Rabu, 26 Ogos 2009
HOT HOT HOT !!! TERKINI !!! TER NOW !!!
AKTOR PORNO HILANG KERJA
Berita jam 11.49 malam.
Berita belum saheh tapi sudah sah !!
KAH KAH KAH...KAH KAH KAH... KAH...
woit... APA KHABAR PORT KLANG ?... kah kah kah
ANGIN PETANG YANG SEJUK
KEMANA RA DI PETANG INI
sehelai lagi petang beredar
sehari kitab tertutup
petang ini redup dan malap
hujan rintik rintik
angin menyejukan
mendung semakin berat
awan berasak asak berkumpul
petang ini ra tidak keihatan lagi
ra sedang dibaluti sedih
disambut tangisan awan
ra ra ra ra
berperahu ra melinatsi duat
ra ra ra
akan bertemu dengan sang apep
si pembawa kelam lagi gelap
si pembawa sejuk dan kemungkaran
maka bertempurlah ra
maka bertempurlah ra
jika kau luka ra
maka menangsilah awan
jika kau sakit ra
maka gerhana lah bulan
jika kau gering ra
maka sejuklah alam
jika ra tidak bersinar lagi
maka mati lah mati
ra ra ra
kau bunuhlah apep
ra ra ra bumi menunggu kau muncul
esok di nantikan fajar kamu wahai sang ra
ra ra ra ra ra kamu lah raja segala alam
ra ra ra ra ra kamu lah dewa umat manusia
MAJALAH CULT – JADI REBUTAN
BIK MAMA STRIKES AGAIN
KILANG CETAK GEDUNG KARTUN DISERBU - malaysiakini
Selepas menyerbu pejabat Gedung Kartun semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyerbu kilang percetakannya dan merampas plat reka bentuk cetakan majalah humor itu.
Enam pegawai bahagian penerbitan kementerian itu tiba di K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang jam 11.30 pagi ini dan berada di situ selama hampir sejam.
Mereka juga merampas lebihan helaian-helaian majalah edisi sulung "majalah jenaka alternatif" bawah pimpinan kartunis politik terkemuka Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque.
KAH KAH KAH
Kah kah kah….. HEBAT SUNGGUH SATU MALAYSIA INI….kah kah kah…
Kah kah kah…… BERKUMPUL TAK BOLEH …. Kah kah kah..
Kah kah kah…..BURUH NAK BUAT KESATUAN SEKERJA TAK BOLEH…. kah kah kah..
Kah kah kah…. MAHASISAWA NAK TUBUH PERSATUAN PELAJAR TAK BOLEH… kah kah kah…
Kah kah kah….NAK TERBIT AKHBAR TAK BOLEH…kah kah kah..
Woit…. SEKARANG NAK KETAWA PUN TAK BOLEH… kah kah kah…
Nota:
untuk mendapat majalah cult ini
sila hubungi – gedungkartun@gmail.com
atau pukul talipon waktu pejabat sebelum
berbuka puasa 03-22-74-49-31 – keluaran pertama
ini adalah cult. Simpan hingga ke anak cucu cicit.
Labels:
altantuya gadis cun mongolia,
Bik Mama,
ziana zain
SEJARAH LAGU TERANG BULAN
MEMECAH MITOS - FAKTA SEJARAH
INILAH DIA KOMPOSER MEMULA MOON
Pierre-Jean de BĂ©ranger (1780-1857)
LIMA PULUH TAHUN TAHUN TERANG BULAN TERBARAI
KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.
Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.
Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).
Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.
Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.
Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.
Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.
Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.
Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.
Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.
Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.
KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.
BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.
BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)
BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.
BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.
BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.
Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.
Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.
United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.
Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.
Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.
Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)
Nota:
Tulisan ini telah pernah disiarkan
dua tahun lalu - ianya bebas di ambil
untuk memecah mitos dan memajukan
fikrah melayu.
MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI !!!
RAKYAT RISAU MASA DEPAN POLITIK NEGARA – berita hairan
Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat maklum balas daripada sebahagian besar masyarakat yang meluahkan kebimbangan terhadap masa depan politik negara kerana diganggu gugat oleh parti pembangkang.
Dia berkata, rakyat terutama orang Melayu berasa kedudukan mereka tidak lagi selamat jika pembangkang memerintah negara ini berikutan budaya politik dibawa mereka adalah asing.
KAH KAH KAH..
Kah kah kah…. BETUL CAKAP MALIKUL SEMBAB NI…. kah kah kah..
Kah kah kah….. ORANG RAMAI MEMANG BIMBANG …. Kah kah kah…
Kah kah kah….. IBU BAPA DI RUMAH BIMBANG… kah kah kah..
Kah kah kah….. ANAK ANAK KECIL SELALU MENANGIS…kah kah kah..
Kah kah kah….. BUDAK BUDAK LARI DARI SEKOLAH…. Kah kah kah..
Kah kah kah….. PEREMPUAN HAMIL … JADI KEGUGURAN…. Kah kah kah…
Kah kah kah…. KALAU MAKAN ... TAK ADA SELERA…. Kah kah kah…
Kah kah kah …. SEMUA TERJADI BILA MELIHAT MUKA SEMBAB…. kah kah kah...
SALAH BENDERA – KAH KAH KAH
TENTERA MANGOLIA SIAP SEDIA UNTUK DATANG MERAMPAS MAJALAH KARTON
BENDERA MONGOLIA TERKIBAR
SINDIR PM - MAJALAH HUMOR DI RAMPAS - malaysiakini
Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri.
Lapan pegawai itu berada sejam di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.
KAH KAH KAH …. KAH KAH KAH …. KAH KAH KAH … KAH KAH KAH
Kah kah kah…. APA LAH KARTOOOON INI… TAK PATRIOTIK…. Kah kah kah..
Kah kah kah…. TUNJUKAN LAH BENDERA SOMALIA… BARU PATRIOTIK…kah kah kah…
Kah kah kah….INI KAN NAK BULAN MERDE DEKA… kah kah kah…
Nota:
untuk mendapat majalah cult ini
sila hubungi – gedungkartun@gmail.com
atau pukul talipon waktu pejabat sebelum
berbuka puasa 03-22-74-49-31 – keluaran pertama
ini adalah cult. Simpan hingga ke anak cucu cicit.
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
LAWAK BODOH UNTUK SATU MALAYSIA
SPRM BUKAN MAINAN POLITIK : PM - malaysiakini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dijadikan mainan politik dan sentimen ekoran beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibilitinya, kata Najib Razak hari ini.
Perdana menteri berkata orang ramai tidak boleh menunding jari kepada SPRM semata-mata berdasarkan satu kes melibatkan kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
"Kita tidak boleh cepat salahkan SPRM. Kita tak boleh jadikan SPRM mainan politik, sentimen," kata Najib yang juga menteri kewangan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di kementeriannya di Putrajaya.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH …
KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
Woit… INI LAWAK BODOH LEBIH BODOH DARI LAWAK SENARIO… kah kah kah..
Kah kah kah… TERGULING GULING... TERGOLEK DOG KETAWA… kah kah kah..
Kah kah kah….INI MACAM KAHWIN JANDA BERANAK LIMA… TAPI MENGAKUI JANDA INI MASIH ANAK DARA…. kah kah kah..
Kah kah kah… SATU MALAYSIA KETAWA… kah kah kah…
Kah kah kah…. KETAWALAH SEBELUM KAMU DI KETAWAKAN… kah kah kah..
PERNIAGAAN ALI DAN BABA
RAMAI PEMIMPIN UMNO TERLIBAT JIKA SKANDAL PKFZ DIDEDAH – CHUA JUI MENG – harakah daily
Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut.
Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.
Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Tiong King Sing.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… TUTUP… JANGAN TAK TUTUP… kah kah kah…
Kah kah kah…. NANTI ORANG MELAYU TAHU…. kah kah kah…
Kah kah kah…. JANGAN BAGI ORANG MELAYU TAHU… BAHAYA… kah kah kah…
Kah kah kah… KALAU MELAYU TAHU KEMPEN ANTI CHINA MALIKUL TAK JADI…. kah kah kah…
Woit… INI LAH DIA PERNIAGAAN ALI DAN BABA…. kah kah kah…
Kah kah kah…. ALI DAPAT KAN KONTREK… JUAL PADA BABA… kah kah kah..
Kah kah kah…. BABA JADI KAYA….kah kah kah…
Kah kah kah… BILA ORANG MELAYU MARAH….ALI TUDUH PAS JADI KUDA DAP…kah kah kah…
Kah kah kah…HAIRAN … MACAM MANA PAS BOLEH JADI KUDA… kah kah kah…
Langgan:
Catatan (Atom)