Isnin, 2 Februari 2015

SUARA ANAK MUDA






LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
KENYATAAN AKHBAR: 2 FEBUARI 2015

PARTI PERLU BERKORBAN, BUKAN KORBANKAN PAKATAN RAKYAT

Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) ingin menyuarakan kebimbangan terhadap situasi semasa yang sedang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR). LENSA sifatkan tahun 2014 sebagai tahun yang malang buat PR apabila rakyat yang telah memberi undi kepada PR dihidangkan dengan konflik intra-parti pakatan yang tidak berkesudahan.

Bermula dengan perbalahan pemilihan Menteri Besar Selangor yang terheret sehingga 8 bulan, rakyat dipertontonkan pula dengan polemik hudud yang plotnya sentiasa berulang. Januari 2015 pula Pakatan Rakyat mulakan dengan perbalahan mengenai isu Pilihanraya Tempatan yang terheret sehingga ke isu 13 Mei.

Sepanjang tahun 2014 , tidak ada lagi idea-idea besar daripada PR yang mampu menjadi kiblat perbincangan rakyat. Tidak ada lagi kempen turunkan harga kereta, tidak ada lagi kedengaran idea-idea baru seperti Buku Jingga dan sebagainya.

Setiap Rakyat Bertanggungjawab Menjaga PR

Pakatan Rakyat perlu sedar, Tsunami yang berlaku dalam Pilihanraya Umum ke 12 dan 13 adalah hasil daripada rasa jemu rakyat terhadap corak pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. 53% rakyat telah memberi undi kepada gabungan Pakatan Rakyat dengan harapan suatu perubahan berlaku di Malaysia.

Maka seharusnya kepercayaan rakyat ini menjadi pendesak kepada PR untuk sentiasa menjunjung amanah rakyat dan memperkukuh gabungan PR bagi mencapai cita-cita perubahan. Kepentingan rakyat ini sepatutnya menjadi matlamat mutlak Pakatan Rakyat. Harapan rakyat ini sepatutnya sentiasa tersemat dalam jiwa dan akal setiap pemimpin Pakatan Rakyat.

Apabila diperbincangkan mengenai hal ini, maka dengan pantas segelintir pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab, sememangnya mereka sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat. Tetapi apakah dengan mengheret perbalahan mengenai isu Hudud, PBT, 13 Mei menunjukkan rakyat sedang diperjuangkan?.

Lebih mengecewakan apabila timbul cakap-cakap dalam kalangan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang mengatakan parti mereka bersedia untuk terpisah daripada PR hanya kerana pendirian yang berbeza antara parti. Apakah pemimpin ini sedar bahawa kenyataan ini ibarat mengkhianati kepercayaan rakyat. Apakah harapan 53%rakyat sudah tidak wujud dalam jiwa mereka?

Sudah semestinya perbezaan antara parti pasti akan berlaku kerana mustahil tiga parti berbeza akan sentiasa bersepakat dalam semua isu. Namun amat menghampakan apabila tiga parti harapan rakyat ini dilihat gagal mengurus perbezaan yang ada.

LENSA percaya setiap rakyat yang mahu melihat Malaysia terus bergerak maju ke hadapan perlu memastikan gabungan pembangkang ini sentiasa utuh. Hanya pembangkang yang kuat mampu menjadi pengimbang kepada corak pentadbiran Kerajaan. Malah dalam konteks Pakatan Rakyat, gabungan ini dilihat sebagai alternatif dan semakin hampir untuk memerintah Putrajaya.
Oleh itu tidak ada pilihan lain selain rakyat perlu berani mengkritik dan bersuara secara vokal bagi memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di atas landasan perjuangan pro-rakyat dan tidak teralih kepada isu-isu picisan yang membantutkan perjuangan.

Parti Yang Perlu Berkorban, Bukan Korbankan Pakatan Rakyat.

Demi rakyat, sewajarnya setiap parti dalam gabungan Pakatan Rakyat perlu sedia berkorban bagi memastikan Pakatan Rakyat terus kukuh. Janganlah hanya kerana memperjuangkan cita-cita parti sendiri, Pakatan Rakyat sanggup dikorbankan. LENSA percaya cita-cita tertinggi yang perlu menjadi dasar perjuangan setiap komponen Pakatan Rakyat ialah memastikan Malaysia mendapat kerajaan baru selepas PRU14 yang akan datang. Kerajaan baru yang bakal membawa perubahan mendasar sekaligus melonjakkan Malaysia menjadi sebuah Negara Berkebajikan dan Demokratik. Inilah juga yang menjadi impian rakyat Malaysia.

Untuk mengejar cita-cita ini, semestinya memerlukan toleransi yang tinggi dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk mengetepikan kepentingan individu mahupun parti. Sampai ke hari ini rakyat masih boleh melihat dengan jelas fraksi yang berlaku dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai contohnya, PKR secara bersendiri memutuskan untuk melaksanakan Langkah Kajang tanpa dibincangkan secara teliti sesama gabungan PR. Begitu juga PAS dengan Rang Undang-undang Persendirian Hudud dan DAP dengan isu Pilihanraya Tempatan.

Bagaimana PR mahu yakinkan rakyat bahawa mereka boleh mentadbir Malaysia jika sesama gabungan pun mereka gagal mempamerkan toleransi yang baik. LENSA percaya masalah toleransi ini jugalah yang menjadi punca PR sehingga ke hari ini PR masih gagal mengeluarkan senarai kabinet bayangan dan calon Perdana Menteri.

Maka apa yang perlu dilakukan parti PR ialah duduk semeja dan selesaikan kemelut dengan semangat toleransi yang tinggi, bukannya masing-masing meninggalkan PR sekaligus mengetepikan harapan rakyat.  

Pemimpin Muda Perlu Buktikan Sesuatu Sebelum Rakyat Jemu.

Sukar untuk diperkatakan, namun amat jelas, pertikaian yang sedang berlaku dalam PR hari ini membabitkan pemimpin-pemimpin senior dalam ketiga-tiga parti. Oleh itu LENSA menganggap masa depan Pakatan Rakyat bergantung kepada pemimpin muda yang menjadi tulang belakang setiap parti. Ini bertepatan dengan kata-kata ilmuan Islam Ibnu Khaldun, yang menyifatkan kualiti generasi muda hari ini akan menggambarkan masa depan sesebuah Negara.

Jika kepimpinan pemuda dalam PAS, PKR dan DAP juga gagal mempamerkan hubungan yang lebih dinamik, maka sudah pasti tidak ada lagi ruang untuk rakyat meletakkan harapan terhadap Pakatan Rakyat. Walaupun menyedari wujudnya sentimen-sentimen tertentu dalam setiap parti, namun LENSA percaya semua sentimen itu akan tenggelam dan pupus sekiranya kepimpinan pemuda dapat meletakkan suatu agenda besar yang menjadi kiblat perbincangan dan gerak kerja seluruh kekuatan parti.

Apabila parti gagal meletakkan agenda yang jelas untuk diperbincangkan dan digerakkan, maka ahli dan seluruh kekuatan parti akan sibuk dengan konflik dalaman sehingga masa dan tenaga dibazirkan.  

Oleh itu LENSA amat berharap pemimpin muda dalam PR dapat mengembalikan fokus dan kekuatan parti ke arah isu-isu yang masih membelengu rakyat Malaysia. Segala konflik yang merencatkan jentera pemuda perlu dikesampingkan dan kesatuan intra-parti perlu segera dibentuk.

Forum Pakatan Rakyat, Masihkah Ada Harapan?

Bagi merungkai aspirasi kepimpinan muda Pakatan Rakyat, LENSA akan menganjurkan sebuah forum yang bertajuk Pakatan Rakyat, Masihkah Ada Harapan?, yang akan membariskan kepimpinan pemuda daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat.

PKR akan diwakili oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, PAS pula akan diwakili oleh Sdra Suhaizan Kayat yang merupakan Ketua Pemuda PAS Pusat, manakala DAP akan diwakili oleh YB Teo Kok Seong, Ketua DAPSY Malaysia. Selain wakil pemimpin muda PR, LENSA juga mengundang Sdra Mandeep Singh dari Kelab Bangsar Anak Muda selaku wakil anak muda dan Sdra, Safwan Shamsuddin, Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional. Forum ini akan berlangsung pada 3 Febuari 2015, iaitu hari Selasa, bermula jam 8.45 malam dan bertempat di Dewan Tingkat 1, Gerak Budaya, Petaling Jaya, Selangor.

Daripada forum ini LENSA berharap rakyat dapat menilai keseriusan kepimpinan muda Pakatan Rakyat dalam memastikan agenda rakyat akan terus menjadi keutamaan PR. Forum ini juga akan menjadi kayu ukur untuk rakyat menilai samada masih relevan Pakatan Rakyat dijadikan harapan untuk Malaysia mencapai perubahan yang diimpikan.

Sekian. Terima kasih

Syukri Razab
Penyelaras Komunikasi



------------

APA DIANYA KOMUNIS





APA MASALAH KAMU 
DENGAN KOMUNIS
Tanpa nama 4.14 ptg... Salam untok saudara Tanpa Nama, Anda mungkin antara individu2 yg suka mengaitkan DAP dengan Komunis. Dan sudah tentu Komunis juga ditujukan terhadap TT..Soalannya.. Apa Masalahnya dengan Komunis? Apakah pemahaman anda dengan Komunis? 


Adakah anda sudah mengkaji sedalam dalam dengan makna Komunis itu? Rasanya kalau anda ke Negara China sekarang ini..mungkin Anda secara automatik akan bermazhab Komunis heh! 

*Mohon maaf, Saya belom lagi Komunis..tapi Saya agak setuju dengan sistem ekonomi anjuran Karl Marx..Tiada pembantaian terhadap buroh..Gaji dibayar sesuai dengan kudrat.. Soal Komunis tidak beragama...Adakah Kapitalis itu beragama? Dan yang paling agong..Rashid Maidin seorang Komunis..Dan dia menganut Islam.. Jadi..Apa Masalahnya dengan Komunis? on LAWAK PETANG SABTU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/1/15











------------

DEMO 10 FEBUARARI






DEMO 
10 FEBUARi
anak muda turun semua






-----------------

OLD TOWN GULAI BABI






KOMENTAR
keadaan semakin jelas
politik ialah perebutan kuasa
merebut kuasa untuk merebut ekonomi

kini parti ketuanan melayu
sedang menggunakan melayu dan islam
untuk mengepong ekonomi

melayu dan islam
adalah alat untuk 
mengolah persetujuan

Boikot peniaga Cina kalau mahu harga barang turun, kata menteri


Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata  Ismail Sabri Yaakob.
"Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga. 

Ismail memberi contoh restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya dimiliki pemimpin DAP.
"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot.
"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti-Islam," katanya merujuk Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/boikot-peniaga-cina-kalau-mahu-harga-barang-turun-kata-menteri#sthash.8ihc6u48.dpuf

KAH KAH KAH

woit - sokong
setuju mari sokong
gwa tak sangka
old town ini milik
cina DAP 
kah kah kah
patutlah ada jual
gulai babi sembelih
kah kah kah

APA PUNYA LAHAL


------------

NASI PANGGUNG PETANG KELMARIN









NASI PANGGUNG
Selamat petang kuala lumpur
Selamat petang jln panggung
Selamat petang warga jalanan
Selamat petang anak semua bangsa!

Selamat hari wilayah! 
Selamat sejahtera semua!

YANG DATANG

Menu & kontributor Jln Panggung minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Tomyam Ayam Super
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
CY Phang - Cucuk - Cucuk Fishball
Tim Sunway Uni - Set Tuala Good Morning
 
YANG MEMBANTU
Anak Semua Bangsa; bersolidariti, berkerja bakti & buat ramai:-
Ajimonn, Muzz Farhan, Fauzi, Angel, Azreen & Suriani
Ivy & Tim Sunway Uni, Kawan2 dari SMJK Katholik PJ,
Sharifah & kawan2,Fitrah & Tim Recycle, Dr Maszlee, Wanji, Brader PyanHabib, Fazzy, CY Phang, 
& semua yg hadir, berkongsi kasih, 
bersetiakawan di Jln Panggung!

YANG MAKAN


Terima Kasih! Thank you! Gracias!
 teşekkür ederim! merci! cảm ơn bạn!
Jumpa di minggu hadapan  :)

++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

YANG BERCINTA
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49
 SPKL Collective

Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh 

talipon: ezzuandi 019-267-12-85
 atau Hadi Khalid 012-664-88-73

Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
2 Februari 2015


UNTUK KENANGAN



-----------------

BUKTIKAN MULUT BESAR





Kalau PERKASA ini rasis buktikan – Ibrahim Ali

 | January 31, 2015
Setiap hari kita menerima permohonan 
menjadi ahli 200-250 permohonan.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) menafikan tuduhan yang mangatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu menjadi alat kepada parti politik tertentu di negara ini.
Presidennya Ibrahim Ali berkata, walaupun PERKASA dilihat agresif dan ekstrem mempertahankan isu-isu sensitif berkaitan agama Islam dan orang Melayu, tetapi ia turut mengkritik semua parti politik termasuk Barisan Nasional dan UMNO

KAH KAH KAH


woit

setiap hari
200 malaon nak jadi ahli
setiap bulan 250x30
jawabnya 7500
setahun 7500x12
jawabnya 90,000
kah kah kah
dalam 10 tahun
dah lebih dari jumlah
parti gerombolan 
ketuanan melayu

APA PUNYA TUUUR

----------

BAPAK BURET ANAK CIRIT





KOMENTAR

ayah najib bernama razak hussein 
razak hussein entot sarimah
kemudian masukkan suami sarimah ISA
najib razak  entot altantuya
lepas entoh bunuh
dan ledakan mayat altantuya

bini najib terlibat kes telan duit negara

besan najib terlibat kes tipu di new york
menantu najib terlibat kes tipu masuk universiti

inilah dinamakan keluarga  mitali
bapak buret anak cirit

grifter :ertinya penipu penyangak


Kazakhstan president’s nephew cheated his way into Columbia University: lawsuit


The grifter who swindled his gloriously connected Kazakh stepfather out of a $20 million Plaza condo also conned his way into Columbia University, court papers charge.
Daniyar Nazarbayev — whose stepdad is the brother of Kazak President Nursultan Nazarbayev — landed at the college using “fraudulent and fabricated” paperwork from a high school he didn’t actually attend, the court papers say.
When applying, Daniyar allegedly claimed he had graduated from a high school in Kazakhstan.
He actually went to high school in Switzerland — and never graduated, sources said.
Even Daniyar’s influential last name isn’t real, the court papers say.
His actual surname is Kesikbayev. His mother, Maira, allegedly had his birth certificate changed after she married Bolat Nazarbayev in 2001.
The marriage was annulled last year.
Daniyar, now 24, graduated from Columbia in 2010. A knowledgeable source said that the allegations were reported to Columbia but that it was unclear whether school officials had taken action.
Daniyar’s name is still in the school’s alumni directory.
A Columbia spokesman refused to comment.
The allegations are part of Bolat’s suit against Maira and her son in Manhattan Supreme Court, where he has accused them of taking advantage of his trust to swipe the Plaza pad and help themselves to two other multimillion-dollar apartments on Wall Street. 
             KOLUM  BIA
Bolat says he has discovered that Maira has had several aliases — and that she’s wanted by Interpol and Kazakh authorities for crimes including kidnapping and extortion.
But Maira, 50, now lives in her son’s condo at The Plaza, a four-bedroom, 4,000-square-foot apartment with 3 1/2 bathrooms. It has been listed as a $68,000-a-month rental.
She was unable to be reached for comment. There was no phone number for the apartment, and The Post was not allowed by Plaza security to knock on her door last week.
Daniyar, meanwhile, is missing.
In court filings, Bolat’s lawyers said they have searched for him in five countries — including Malaysia, where he’s reportedly engaged to the prime minister’s daughter, Nooryana Najwa, whom a source said he met at Columbia.
Bolat had been looking to buy a New York apartment in 2008, and Maira and Daniyar got him to give them power of attorney so they could close the deal without him present.
The suit says Daniyar was supposed to put the apartment in his stepdad’s name but added his mom’s. About eight months later, she sold it to Daniyar for $1, court papers say.

RABU MALAM
di no black tie
tukar tiub dengan skrip baru
akan buka surah
keluarga cekai
jemput datang 

kah kah kah

tukar tiub minta panda

--------------

PROGRAM MENGHASUT



HASUT 

TURUN DEMO 

PUTRAJAYA 10/2/15

 HASUT DALAM

 KETAWA


HASUT LAGI


---------------

SIAPA MAHU PECAHKAN PAKATAN





KOMENTAR

yb nie ching
sila buka mata

bukan mustapa ali saja
mahu pakatan pecah
lim kit siang pun mahu
lim guan eng pun mahu
nik abduh pun mahu
harun din pun mahu
anthony loke pun mahu
tantawi pun mahu
hadi pun mahu
pakatan pecah

sebelah tangan 
tak mungkin boleh bertepok

mustahil yb tak faham
sila baca kenyataan mereka
semua menjurus pada
perpecahan

yang tak mahu pakatan pecah
ialah rakyat dan anak muda



Mustafa Ali mahu lihat PR berpecah? – Nie Ching

February 1, 2015
Jika Hadi dan Mustafa menghargai rakan-rakan dalam PR, mengapa mereka membuat serangan peribadi itu secara terbuka?
KUALA LUMPUR: DAP kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali terhadap Lim Guan Eng yang dikatakan sebagai tidak layak untuk berada dalam pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata, kenyataan itu jelas tidak boleh diterima dan tidak wajar berikutan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP bukannya berada dalam kepimpinan atas kapasiti peribadinya.


KAH KAH KAH

minah ini
macam mana
boleh jadi yb
kalau bebal politik
kah kah kah
APA PUNYA BEBAL


---------------

HASUT LAGI




KOMENTAR
semangat bebas
semangat mahu kerajaan sendiri
mustahil dapat dipadamkan

satu ketika dulu
tanah melayu ialah tanah
jajahan british
rakyat bangun berjuang

satu ketika dulu 
indonesia di jajah belanda
hari ini telah merdeka

sentimen mahu merdeka ini
tidak akan padam
rakyat petani selatan siam 
sedang berjuang
rakyat moro di selatan pilipina
sedang berjuang

lagi di tekan
lagi ramai bagun melawan
ini hukum alam
ini hukum perjalanan sejarah manusia

















9 ditahan edar risalah hasut Sabah keluar 

Malaysia

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah menahan 9 individu di Tuaran hari ini kerana dipercayai mengedar risalah menghasut orang ramai mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
Ketua Polis Negara  Khalid Abu Bakar  berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/9-individu-ditahan-di-tuaran-edar-risalah-hasut-keluarkan-sabah-dari-malays#sthash.Rbjiq88V.dpuf


-----------

SATU CONTOH TAULADAN





KOMENTAR
tidak undur
tidak berganjak
sikap cekal
sosok perjuangan




Presiden kesatuan KTMB rela 

menganggur, enggan mohon maaf setiap 

hari di Facebook

Diminta memohon maaf kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) setiap hari di Facebook dan di blog selama tiga bulan akan datang jika beliau mahu mendapatkan semula kerjanya, presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyifatkan syarat itu umpama dikenakan tebusan dan enggan mengalah.
Abdul Razak Md Hassan, yang kini tidak bekerja tetapi masih menjadi presiden RUM sementara menunggu tindakan mahkamah perusahaan berkata, tuntutan KTMB itu bukan sahaja menghinanya bahkan juga kesatuan.
Kekecohan bermula September lalu apabila KTMB memecat Razak dan Timbalan Presiden RUM, R. Subramaniam, dan mengambil tindakan terhadap 110 ahli kesatuan yang menyertai piket.
Kira-kira 700 ahli RUM mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan 110 yang dikenal pasti KTMB diberikan surat tunjuk sebab.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-kesatuan-ktmb-rela-menganggur-enggan-mohon-maaf-setiap-hari-di-fac#sthash.NByVpJ6Y.dpuf

-------------