Ahad, 14 Januari 2024
SATU CADANGAN BIJAK !!!!
Zahid cadang RUU kekalkan kerajaan hingga akhir penggal
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Beliau yang juga Presiden Umno berkata ia bagi memastikan peristiwa terdahulu seperti pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 tidak berulang pada masa hadapan.
“Kesannya (ketika itu) adalah kepada rakyat apabila pertumbuhan ekonomi kita tidak dapat dipertingkatkan. Kebetulan turut mengalami Covid-19, pengalaman yang cukup pahit untuk negara kita kerana pelabur perlukan kestabilan politik.
“Saya ingin menyarankan supaya satu rang undang-undang dibentangkan bahawa jika sesebuah kerajaan itu diwujudkan sama ada atas sesebuah parti dominan atau gabungan parti dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir penggal.
“Jika tidak, akan mengalami (berulang) perkara terdahulu dan ia tidak baik untuk negara dan rakyat secara keseluruhanannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata demikian sebagai merujuk kepada gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Zahid berkata harus ada perubahan dalam minda ahli politik bahawa sesuatu gabungan parti politik yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan, mestilah diberi laluan mentadbir negara sehingga penggal terakhir Parlimen.
“Kita (ahli politik) harus bertindak dan berfikiran positif dalam perkara ini (saranan rang undang-undang itu). Biarpun politik itu sangat dinamik dan pragmatik, dalam hal ini kita harus lebih praktikal untuk menjaga sebuah negara.
“Boleh berbeza pendapat, tetapi untuk kepentingan negara, kita tidak harus menjadikan rakyat sebagai satu bahan uji kaji demi kepentingan nafsu politik dalam kalangan ahli politik. Cukuplah untuk kita belajar daripada pengalaman yang lalu,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga perlu terus dipertahankan kerana kestabilan politik wujud di bawah pentadbiran kerajaan yang dibentuk atas titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, pasca Pilihan Raya Umum ke-15. – Bernama, 13 Januari, 2024.
INI SATU
PANDANGAN
SATU CADANGAN
YANG BIJAK
KAH KAH KAH
MALAH LEBIH
BIJAK JIKA
SATU SATU
KERAJAAN
BERJALAN
UNTUK
LIMA PENGGAL
AMIN
PRU TIAP 5 TAHUN
BUANG MASA
AMIN
MENTERI MACAM
ZAHID MAT ASAN
MAT MASLAN
NAK BUAT
KERJA UNTUK
RAKYAT
AMIN
20 TAHUN MASA
CUKUP UNTUK
KAYAKAN ANAK BINI...OPPS...
SILAP UNTUK
KAYAKAN RAKYAT
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
PUNDEEEEK
AMIN
SATU LANGKAH BIJAK
Ketua polis balai didakwa kasari orang awam dipindah ke jabatan lain
SEORANG Ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini telah dipindahkan ke jabatan lain.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata langkah itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dalaman yang dilakukan oleh pihaknya.
“Ketua polis balai berkenaan telah dipindahkan ke satu jabatan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sementara siasatan dijalankan. Jabatan itu juga tidak memerlukan individu itu berurusan dengan awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai.
Jumaat lepas, Kamarul Zaman berkata polis menyiasat dakwaan bahawa seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam seperti dipaparkan video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Video berdurasi 37 saat itu memaparkan individu didakwa ketua polis balai menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan. – Bernama, 14 Januari, 2024.
INI LANGKAH
BIJAK
KAH KAH KAH
PINDAH TEMPAT
BAGI ORANG LAIN
RASA PENANGAN
TOK SARJAN INI
KAH KAH KAH
KITA TUNGGU
SIASATAN
AMIN
HARAP TAK
HILANG DALAM
MEDIA
KAH KAH KAH
AMIN
GERILA MATI GERILA LAHIR
180 bayi dilahirkan sehari di Gaza
BULAN Sabit Merah Palestin berkata dianggarkan kira-kira 180 kelahiran dicatatkan dalam tempoh sehari di Gaza dan nasib ibu-ibu ini amat menyedihkan dan nyawa mereka diancam “bahaya” akibat serangan berterusan tentera Israel.
“Ramai daripada mereka tidak dapat ke hospital kerana berada di kawasan terkepung, tentera Israel turut menghalang ambulans untuk sampai ke lokasi mereka,” menurut kenyataan pertubuhan itu, lapor Agensi Anadolu Agency.
Kesengsaraan mereka dapat dilihat menerusi perkongsian rakaman yang dimuat naik pertubuhan itu di platform X.
Turut dimuat naik rakaman perbualan telefon antara pasukan kesihatan dan keluarga seorang wanita hamil yang tidak dapat ke hospital untuk bersalin.
Wakil United Nation Population Fund (UNFPA) untuk Palestin, Dominic Allen, berkata dalam sidang media maya pada Sabtu dari Baitulmaqdis, 18,000 kelahiran berlaku di Gaza dalam tempoh 100 hari.
Beliau berkata UNFPA tidak dapat menyediakan bekalan yang mencukupi dan keadaan di hospital amat teruk serta menyedihkan.
Allen berkata 5,500 wanita dijangka bersalin dalam beberapa bulan akan datang dan dengan kekurangan air, makanan serta akses yang terhad kepada rawatan, nyawa ibu-ibu ini dalam “bahaya”.
Beliau berkata tindakan yang sewajarnya amat diperlukan ketika ini untuk mencegah tragedi sedemikian.
Menurut UNFPA pada 17 Dis seramai 45,000 wanita hamil dan 68,000 wanita yang menyusukan berisiko mendapat anemia, pendarahan dan kehilangan nyawa.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza Ashraf al-Qudra baru-baru ini berkata disebabkan tidak dapat memenuhi keperluan 50,000 wanita hamil di pusat-pusat perlindungan di Semenanjung Gaza, pesakit menghadapi masalah pemakanan dan kesihatan yang teruk..
Al-Qudra menggesa agensi-agensi PBB yang berkaitan untuk campur tangan bagi menyelamatkan kanak-kanak dan wanita hamil. – Bernama, 14 Januari, 2024.
ZIONIS AKAN
BUAT APA SAJA
UNTUK PASTIKAN
SEMAU PALESTIN
PUPUS
AMIN
PANAS SAMPAI KE PETANG
PANAS PETANG
JAM 6.30 PETANG
MATAHARI MASIH BERSINAR
PETANG YANG INDAH
HOKKIEN DAN KL CERAH
PETANG YANG MENAKJUBKAN
TERIMA KASIH ALAM
AMIN
BILA POLIS MULA MEROGOL
BILA POLIS
MULA MEROGOL
JENG JENG JENG
APA AKAN JADI
AMINI
Unknown commented on
"AGONG TERIMA AGONG"
Dua anggota polis Melayu Islam telah menyamun dan merogol seorang pelajar cantik di Selangor, apakah polis yang majoritinya orang-orang Melayu Islam ini boleh diharapkan? Kah kah kah hebohlah satu Malaysia kini engkaulah sibuk bab billion macam geng orang-orang tua zaman Mahathir Mohamad kah kah kah
KL PANAS TERIK - BANJIR MASIH MENGANCAM
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang setakat tengah hari ini
SERAMAI 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu meliputi 1,124 orang daripada 319 keluarga yang berlindung di 13 PPS di lima daerah di Johor dan 718 orang daripada 215 keluarga di lima PPS di Pahang.
Di Johor, 606 orang berlindung di empat PPS di Mersing, 254 orang di empat PPS di Kota Tinggi, 153 orang di dua PPS di Kluang, 88 orang di dua PPS di Segamat dan 23 orang di sebuah PPS di Batu Pahat.
Di Pahang pula, 573 mangsa direkodkan masih berada di tiga PPS di Pekan manakala 145 orang berada di dua PPS di Rompin.
Tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Terengganu berada pada paras bahaya tengah hari ini.
Di Johor, sungai terlibat ialah Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Muar di Segamat, Sungai Endau di Kluang dan Sungai Muar di Segamat manakala di Pahang pula melibatkan Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin.
Selain itu, Sungai Perak di Hulu Perak, Sungai Arau di Perlis, Sungai Kedah di Kota Setar dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu.
Nadma turut memaklumkan terdapat 46 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Ladang Siang di Kota Tinggi, Johor, Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang dan Jalan Bukit Besi-Dungun di Dungun, Terengganu.
Selain itu, Nadma memaklumkan 47 orang daripada 12 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Tawau, Sabah manakala 38 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran insiden kebakaran. – Bernama, 14 Januari, 2024.
WOIT
KL PANAS TERIK
TAPI DI LAIN TEMPAT
BANJIR MASIH
MENGANCAM
KHALAS
PETANG NAN INDAH
PETANG NAN INDAH
JAM 2.45 PETANG
MATAHARI BERSINAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
SEPERTI KELMARIN
PANAS SAMPAI KE PETANG
HUJAN TAK JADI DATANG
APAKAH INI TADA
MUSIM HUJAN
MUSIM BANJIR
DAH REDA
TENGKUJUH DAH SURUT
DAN
MUSIM PANAS MASUK MENCELAH
BIASANYA SEMINGGU
SEBELUM MUSIM RAYA CINA
PANAS AKAN DATANG
WOW
TERASA PANAS
PETANG INI
POLIS MENYAMAR !!!
Polis siasat dakwaan ketua balai kasari orang awam
POLIS akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya mengesan video berdurasi 37 saat itu menerusi laman X pada 3.11 petang tadi, yang turut memetik nama pegawai polis berkenaan berserta jawatannya.
“Pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.
Terdahulu, video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang didakwa merupakan ketua polis balai, menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan. – Bernama, 12 Januari, 2024.
WOIT
KITA SELALU BACA
ADA SAMSENG
MENYAMAR JADI
POLIS UNTUK PAU
KAH KAH KAH
KALI INI POLIS
MENYAMAR JADI
SAMSENG UNTUK
PUKUL ORANG
KAH KAH KAH
AMIN
GEMPUR PENDATANG !!!
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan
KUALA LUMPUR – Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata, operasi berkenaan sama seperti yang dijalankan di Jalan Silang pada Disember tahun lepas.
“Kita tahu warga asing banyak, sama ada yang mempunyai dokumen atau tidak. Secara umumnya kebanyakan mereka yang bekerja memilik dokumen.
“Kita tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin,” katanya ketika program jelajah mesra di Jalan Chow Kit malam tadi.
Allaudeen berkata, program jelajah mesra di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib itu diadakan susulan beberapa laporan yang kurang baik menerusi media berkaitan lokasi berkenaan.
“Kita bawa rakan media pada malam ini bagi melihat sendiri keadaan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib yang satu ketika dulu dikenali dengan aktiviti pelacuran, pondan dan dadah.
“Alhamdulillah, hari ini kita tengok kawasan ini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lepas. Kita telah bersihkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – Bermama
PDRM & JIM
SEDANG BUAT
KERJA
AMIN
SYABAS !!!
INI TUGAS SUCI
AMIN
TAPI KENAPA
TAKDA BERITA
1.2 JUTA WARGA
CHINA MERAH YG
LESAP DI MALAYSIA
AMIN
BILA NAK
GEMPUR MEREKA
AMIN
KHALAS
MASAALAH PENDATANG
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsa
JABATAN Imigresen menahan 10 warga asing termasuk empat kanak-kanak yang mengemis di perkarangan sebuah masjid di Bangsar di Kuala Lumpur, tengah hari semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata 13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing yang sering berlaku di kawasan terbabit.
“Seramai 10 pengemis warga asing berusia dua hingga 41 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
“Tiga lagi individu yang ditahan dibebaskan kerana merupakan warga tempatan,” katanya.
Ruslin berkata warga asing yang ditahan itu terdiri daripada tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar termasuk empat kanak-kanak.
Beliau berkata semua warga asing itu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut. – Bernama, 13 Januari, 2024
PENDATANG
YANG HALAL
& YANG HARAM
AKAN JADI
MASAALAH
BILA EKONOMI
MEROSOT
AMIN
AWAL MENGEMIS
KEMUDIAN
MENCURI
MENYAMUN
PECAH RUMAH
AMIN
AKHIRNYA
MEMBUNUH
AMIN
INI AKAN BERLAKU
TIDAK LAMA LAGI
AMIN
KHALAS
POLIS MENYAMUN TAK RAMAI
POLIS MENYAMUN
TAK RAMAI
AMIN
JANGAN RISAU
AMIN
Unknown commented on
"1 BILLION RINGGIT"
Apabila anggota polis menyamun dan merogol seorang pelajar cantik ini jawapan ketua mereka kah kah kah...
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.
Justeru katanya masyarakat tidak perlu bimbang dan sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada pasukan keselamatan itu untuk menjalankan siasatan telus berkaitan kes-kes jenayah melibatkan pegawai dan anggotanya.
Menurut Razarudin setiap anggota polis sentiasa diselia oleh penyelia masing-masing dan Polis Diraja Malaysia mempunyai kaedah sendiri untuk mengendalikan pegawai dan anggotanya termasuk menangkap mereka yang terlibat jenayah.
“Dalam 137,000 keanggotaan polis, tidak sampai dua peratus pun polis melakukan kesalahan tatatetib atau terlibat jenayah kerana mereka ini diselia pegawai atasan.
KEADAAAN DUNIA SEKARANG
KEADAAN DUNIA
SEKARANG
AMIN
Unknown commented on
"PENGKALAN AMERIKA
AKAN DISERANG"
Berita luar negara setiap masa, berita dalam negara jijiknya kah kah kah asyik bergaduh siang malam tebuk atap tebuk bank tebuk lubang ketat paksa lagi pakai uniform polis kita orang kita hebat belaka, setiap hari jaga moral orang-orang lain tapi moral sendiri ke laut,
saban hari dengan ceramah halal halal hukum hakam makruh sunat wajib tapi nampak lubang semuanya halal belaka kah kah kah tolong lah cermin diri dahulu tak payah sibuk nak syurgakan orang-orang lain amin amin ya kah kah kah
PERANG MEREBAK
PERANG
MEREBAK
AHAD 14 JANUARI 2024
PERANG GAZA MAKIN MEREBAK
BUKAN LAGI
ISREAL LAWAN
HAMAS DAN HIZBULLAH
JENG JENG JENG
PEMAIN BARU MASUK
AMERIKA DAN UNITED KINGDOM
TELAH MENYERANG YAMAN
DENGAN BOM
DAN PELURU BERPANDU
SERANGAN DARI
KAPAL LAUT
KAPAL TERBANG
KAPAL SELAM
YAMAN SEDANG BANGUN
MENYUSUN UNTUK TERUS
MENYERANG KAPAL
DI LAUT MERAH
AMIN
IRAN
MEMBAJAK KAPAL MINYAK
KAPAL INI
KAPAL YANG SAMA
TELAH DI BAJAK
OLEH AMERIKA TAHUN LALU
NAMA KAPAL BERUBAH
KALI INI IRAN MEMBALAS
KAPAL KINI DI TAHAN
TAIWAN
ADA PRESIDEN BARU
LAI CHING MENANG DENGAN
GARIS TAIWAN MERDEKA
APA CHINA MERAH NAK BUAT
JENG JENG JENG
PAKISTAN
PARTI IMRAN KHAN
DILARANG GUNA
KAYU PEMUKUL KRIKET
SEBAGAI LOGO PARTI
KAH KAH KAH
HOKKIEN
CERAH KERING SEGAR
PAGI AHAD YANG BISING
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA BERLUM BERSINAR
LANGIT INDAH BIRU MUDA
DARI JAUH SUARA KENG KENG
DARI JAUH SUARA TERKUKUR
DARI JAUH SUARA GAGAK
DI BUMI CENGKERIK BERSIMPONI
HARI INI AKAN PANAS
MUNGKIN PANAS TAK HUJAN
SEPERTI KELAMRIN
BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD DENGAN
SENYUMAN
DARI KLANG PERGI KE SABAK
AMBIL DUIT MASUK KE POKET
PERANG GAZA MAKIN MEREBAK
YAMAN DI SERANG DENGAN ROKET
JADI BERANG PERANGAI KASAR
IKUT PERANGAI ORANG BELANDA
PERANG BAWA BENCANA BESAR
EKONOMI DUNIA PORAK PERANDA
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)