Khamis, 28 Januari 2010
HARI INI DUA TAHUN DAHULU
AL-HAKIM DR.GEORGE HABASH
MAIN KAN LAGU ITU SEKALI LAGI
Dia dilahirkan pada tahun 1927 di-Al-Lid Palestine.
Pelajar bijak akhirnya mendapat tempat untuk belajar
menjadi tabib di American University of Beirut – di Fakulti Perubatan.
Pulang bercuti pada tahun 1948 – dia melihat sendiri serangan pengganas Zionist
terhadap kotanya. Dia melihat sendiri warga kota berduyun-duyun
dihalau keluar dari rumah dan kampong dan dusun mereka dirampas
Dia melihat kakaknya mati terbunuh. Lalu di kebumikan dalam perkarangan rumah
kerana pengganas Zionis melarang warga Palestine keluar rumah.
Lalu keluarga mereka di halau keluar meninggalkan Al-Lid.
Lalu dia melihat ribuan orang pelarian meninggalkan Palestin
termasuk diri dan keluarganya sendiri.
Di Beirut dia mendapat kelas pertama dari Fakulti Perubatan. Maka
dia dikenali sebagai Al-Hakim.
Dia mendirikan klinik di wilayah miskin untuk membantu sesiapa yang
memerlukan perubatan. Dia menolak untuk jadi kaya raya dan bersenang
lenang walhal peluang ini terbuka luas.
Pada tahun 1967 Al-Hakim muncul bersama PFLP
Al-Hakim adalah Arab tulen.
Al-Hakim adalah rakyat Palestine yang tidak tunduk.
Al-Hakim tidak pernah meminta- minta dari para raja dan sheikh
Al-Hakim tidak pernah duduk semeja untuk berunding
Al-Hakim tidak pernah mengariskan agama
Al-Hakim tidak pernah menjadi chuvinis
Al-Hakim tidak membelot menjualkan seinci tanah Palestine
Al- Hakim tidak ke Camp David
Al-Hakim tidak ke Oslo
Al-Hakim tidak ada istana
Al-Hakim tidak memiliki harta kekayaan
Lalu dunia memanggil Al-Hakim George Habash
Lalu dunia mengenali perjuangan international Palestine
Al-Hakim adalah internationalis
Al-Hakim adalah warga dunia
Salut untuk anak muda yang berani
Salut untuk warga dunia
Mainkan sekali lagi Internationale
Dendangkan suara rakyat tertindas
Lalu Al-Hakim wafat dua tahun dahulu
Salut untuk PFLP
Salut untuk Al-Hakim
SEMUA DIJEMPUT KETAWA
DARI PD KE MENGGORI
TEKA SIAPA DISANA?
PEMBUNUHAN ALTANTUYA JADI IDEA KOMIK TERBARU ZUNAR – harakah daily
Kisah pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu serta pilihan raya kecil Bagan Pinang menjadi idea terbaru kartunis Zunar untuk terus berkarya.
Kali ini beliau datang dengan cerita "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria". Kedua-duanya terdapat dalam buku komik terbaru beliau, Isu Dalam Kartun (IDK).
Komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu, 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, dekat sini.
KAH KAH KAH
woit…. MARI KITA SAMA SAMA KETAWA…. kah kah kah…
woit…. KETAWA BERDEKAH DEKAH… SAMPAI DURIAN MEREKAH..kah kah kah..
nota:
semua dijemput hadir
pastikan dapat satu kopi
kalau terlepas beli kempunan sampai gigit jari kah kah kah
MACAM MANA CARA NAK MENIPU DAPAT PROJEK
SATU LAGI PROJEK SEBAT
KERAJAAN CADANG WUJUD KATEGORI SEKOLAH CERMERLANG –mStar
Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Muhyiddin Yassin.
"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.
SBT DIHARAP WUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT -mStar
KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan sekolah dalam usaha meraih status itu.
Presiden PIBGN, Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SBT menjadi penanda aras dan sekolah contoh kepada yang lain dan usaha untuk tersenarai sebagai SBT mungkin menimbulkan tekanan kepada seluruh warga sekolah terbabit.
"Sehubungan itu, sebagai warga SBT yang menjadi "role model" kepada sekolah-sekolah setempat, sepatutnya menjadi "mentor" yang berkesan kepada sekolah-sekolah lain terutama di kawasan setempat supaya dapat mengikut jejak mereka (SBT)," katanya.
LAGI SEKOLAH TERBENGKALI - melayau
Masalah projek sekolah ‘sakit’ atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
KAH KAH KAH..
kah kah kah… SBT INI APA ?... BUNYI MACAM NAK SEBAT AJE ?... kah kah kah..
woit…. BETULKAN SEKOLAH YANG TERBENGKALAI INI DULU…kah kah kah..
woit... NAK TARAF DUNIA KEPALA BANA APA... YANG TAK SIAP SIAP INI APA HAL..kah kah kah
woit… INI PROJEK SEBAT DUIT RAKYAT…. kah kah kah..
woit… MACAM MANA PROJEK TAK SIAP… kah kah kah…
woit… SIAPA KONTREKTOR… MACAM MANA TENDER KELUAR…kah kah kah…
nota:
apa jadi dengan sekolah bistari
tak kan semua sudah habis lari kah kah kah
apa jadi dengan sekolah kluster
tak kan semua sudah kena gam plaster kah kah kah..
IKANG KENA GORENG
KENAPA TAK TANGKAP MAKHLUK YANG BERTANGGUNG JAWAB
BUMBUNG RUNTUH : PAC SARAN KJR BAIKI SISTEM PENGURUSAN PROJEK - melayau
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan Jabatan Kerja Raya (JKR) memperbaiki sistem pengurusan projeknya bagi memastikan tidak ada lagi projek di bawah seliaan jabatan itu yang berhadapan masalah pembinaan seperti di Terengganu.
Pengerusinya, Azmi Khalid berkata, berdasarkan siasatan, PAC mendapati faktor kelemahan sistem pengurusan projek adalah antara punca utama insiden bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu Jun lepas.
"Kami tidak menyalahkan JKR, kita salahkan keseluruhan sistem, pengurusan keseluruhan projek lemah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil Kementerian Kerja Raya dan JKR bagi mendengar sendiri penjelasan mengenai beberapa insiden keruntuhan bangunan di Terengganu.
Pada 2 Jun lepas, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008, runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
KAH KAH KAH…
woit… ITU SAHAJA LAPORAN NYA… kah kah kah..
woit… TAK ADA LAPORAN KONTREKTOR KRONI SIAPA?... kah kah kah..
woit… TAK ADA LAPORAN MACAM MANA TENDER KELAUR…kah kah kah..
kah kah kah… KALAU MACAM INI SEMUA DOL BOLEH JADI KONTREKTOR…kah kah kah..
woit…BUAT APA DOL PERGI CHANDAT SUTONG… LEBIH UNTUNG BUAT STADIUM… kah kah kah..
nota:
berapa pulak belanja untuk baiki stadium ini
siapa akan keluar belanja
masyuuuk lagi kah kah kah..
KENAPA BAWA LARI DUIT
LANUN TARBUS DARI RANTAU
NS PERKENAL SESI INTEREKSI TERUS DENGAN ORANG RAMAI
Orang ramai di Negeri Sembilan akan diberi peluang berinteraksi secara terus dengan kerajaan negeri menerusi satu sesi khas yang akan dikendalikan oleh semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri mulai tahun ini.
Mohamad Hasan, berkata menerusi sesi "mendengar" itu, orang ramai boleh meluahkan sebarang masalah mereka atau memberi cadangan mahu pun melontar idea bernas kepada kerajaan negeri untuk diberi perhatian.
Beliau berkata, pemimpin masyarakat, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua jabatan akan turut menghadiri sesi ini untuk bagi mendengar dan mengambil catatan yang diperlukan.
KAH KAH KAH…
woit… INI HEBAT BUNYI NYA… kah kah kah..
woit…BETUL BETUL BERJIWA RAKYAT…kah kah kah..
woit… KALAU RAKYAT TANYO KENAPA AIR NEGERI SEMBILAN DI SWASTAKAN… APA JAWABNYA?… kah kah kah…
woit… KALAU RAKYAT TANYA… DUIT SEPULUH JUTA BAWA LARI KELUAR NEGARA…. AMBIL DI MANA?… kah kah kah..
Langgan:
Catatan (Atom)