Khamis, 13 Julai 2023
RASUAH PERLU UNDANG UNDANG BARU
Bukan Melayu majoriti pemberi rasuah, Melayu penerima, kata bekas pegawai SPRM
Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui lebih ramai orang bukan Melayu menjadi pemberi rasuah, manakala penerimanya kebanyakan Melayu.
Komen bekas pegawai kanan itu hadir sehari selepas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mengaitkan orang bukan Melayu terlibat dalam aktiviti rasuah, yang turut mengundang kritikan DAP.
Memetik laporan Berita Harian, Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata kelazimannya, kegiatan rasuah ini membabitkan para peniaga sebagai memberi sogokan kerana mahukan sesuatu manfaat kepada perniagaan mereka.
Beliau yang juga bekas timbalan ketua pesuruhjaya SPRM menegaskan kumpulan pemberi juga adalah mereka yang mempunyai kekayaan berbanding penerima.
"Pemberi rasuah yang kebanyakan bukan Melayu dikesan terbabit dalam aktiviti rasuah itu disebabkan 'nature of business'.
"Mereka yang memberi rasuah biasanya mahukan sesuatu sama ada nak dapat projek, lesen atau permit atau nak cepatkan proses perkhidmatan.
"Mereka ini 'willing to offer' (sanggup memberi), selagi mereka dapat apa yang mereka kehendaki dan si penerima adalah mereka yang sememangnya orang tak berduit, yang biasanya orang Melayu," katanya dipetik laporan Berita Harian Online, semalam.
Bagaimanapun, Shamsun menegaskan sepanjang perkhidmatannya di SPRM, agensi itu tidak pernah menguruskan siasatan hanya semata-mata faktor kaum, agama atau bangsa pelaku sebaliknya berdasarkan laporan-laporan yang diterima.
Komen Shamsun timbul selepas tercetusnya polemik daripada kenyataan Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak di negara ini.
Ketika bercakap dalam “podcast” Keluar Sekejap pada Selasa, beliau mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.
Katanya, dakwaannya itu benar dan boleh dibuktikan dengan fakta selain menuding jari kepada DAP yang didakwa mula memainkan naratif yang sama terhadap pemimpin Melayu.
Kenyataan tersebut kemudiannya ditentang oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menyifatkan kata-kata Sanusi sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Beliau turut mencabar Sanusi mengemukakan bukti terhadap kenyataannya atau membuat permohonan maaf secara terbuka.
Dalam pada itu, Shamsun menjelaskan pemberi dan penerima yang dikaitkan dengan kaum tidak sepatutnya menjadi isu kerana siasatan SPRM adalah berkaitan dengan kesalahan rasuah dan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan jenayah.
Tambahnya lagi, sewaktu dalam perkhidmatan, beliau mendapati mereka yang menerima rasuah adalah kebanyakannya beragama Islam dengan 47% daripadanya adalah penjawat awam.
WOIT
MASA DAH TIBA
BUAT UNDANG2
BARU
AMIN
PEMEBERI JUGA
WAJIB DIHUKUM
AMIN
SEKARANG YG
MENERIMA SAJE
YANG KENA DAKWA
AMIN
PEMBERI JADI
KAYA RAYA
AMIN
KHALAS
SELAMAT MAJU JAYA !!!
Muda perkenalkan 4 calon PRN
MUDA parti berasaskan belia hari ini mengumumkan kumpulan pertama calonnya untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang termasuk tiga calon wanita.
Calon lelaki tunggal parti itu yang diumumkan hari ini ialah Setiausaha Agungnya Amir Abdul Hadi yang dinamakan sebagai calon untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang di Selangor. – 13 Julai, 2023.
SELAMAT
MAJU JAYA
KHALAS
POLITIK BARU DARI INDONESIA
Indonesia bincang situasi serantau dengan Australia, India
MENTERI Luar Indonesia Retno Marsudi mengadakan mesyuarat tiga hala dengan Menteri Luar Australia, Penny Wong, dan Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Jaishankar, pada Rabu bagi membincangkan situasi serantau, lapor Agensi Berita ANTARA.
“Sebagai negara yang berkongsi banyak persamaan, perbincangan mengenai situasi serantau sangat penting,” kata Marsudi kepada media selepas mesyuarat di Kementerian Luar.
Beliau berkata mesyuarat tiga hala itu bukanlah yang pertama kerana pernah mengadakan pertemuan pada September lepas di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Marsudi berkata Indonesia, Australia dan India adalah negara demokrasi dan menjadi kuasa positif dalam menghormati undang-undang antarabangsa dan mengekalkan keamanan dan kestabilan.
Beliau memuji sokongan Australia dan India terhadap pemusatan Asean dan pelaksanaan Asean Outlook on Indo-Pasifik (AOIP).
Marsudi berkata beliau menantikan penyertaan aktif kedua-dua negara itu dalam Forum Infrastruktur Indo-Pasifik Asean, yang dijadualkan pada September di luar Sidang Kemuncak Asean tahun ini.
Ketiga-tiga negara itu adalah ahli Persatuan Lingkaran Lautan Hindi (IORA) manakala Australia pula adalah ahli Forum Kepulauan Pasifik (PIF).
“Saya menerima sokongan padu daripada rakan-rakan saya, menteri luar Asean, mengenai kerjasama Sekretariat-ke-Sekretariat antara Asean-PIF dan Asean-IORA,” kata menteri itu.
Beliau berkata ini satu lagi sumbangan Indonesia ke arah menjadikan Indo-Pasifik sebagai wilayah yang aman dan sejahtera serta rakan kongsi yang melibatkan diri secara inklusif.
Marsudi juga menyuarakan harapan agar ketiga-tiga menteri itu mengenal pasti idea konkrit untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, maritim dan keterjaminan makanan.
Mesyuarat tiga hala itu adalah sebahagian daripada siri acara yang dianjurkan pada Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) ke-56 dengan negara rakan dialog.
Selain Australia dan India, rakan dialog Asean lain terdiri China, Rusia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Kesatuan Eropah, United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. – Bernama, 13 Julai, 2023.
SEMUA NEGARA
WAJIB BERAWAS
BERJAG JAGA
DENGAN
CHINA MERAH
KHALAS
KERAJAAN BARU 7 BULAN
SABAR DULU
INI BARU 7 BULAN
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"MEMIKUL KAVADI"
sori la tt.. gua rasa bukan ph yang bawak kavadi.. bn yang bawak kavadi.. dasar ekonomi bn pun kita boleh nampak hasil.. ini kerjaaan umdap madanon papanon kita tak nampak hala tuju.. yelah kita tau kes rasuah banyak.. tapi bab kerja bn boleh tahan.. kerajaan umdap madanon papanon ni langsung hapah xde benda nak dibanggakan.. semua ceduk usaha orang.. bingai.
CUACA BERUBAH
CUACA BERUBAH
JAM 4.55 PETANG
CUACA INDAH BERUBAH
LANGIT JADI GELAP
HUJAN MULA TURUN
TIDAK LEBAT
TANPA GURUH
DALAM SEKELIP MATA
CUACA BERUBAH
INI TANDA PERUBAHAN IKLIM
CUACA TIDAK MENENTU LAGI
AMIN
RUMAH ANWAR
SUNGAI LONG
KAJANG
AMIN
Unknown commented on
"RUMAH SANUSI ?"
tulah.. politik ni kotor.. tt yang cikgu bad dedah papanon punya istana tu kat mana .. ?
DARI BALKONI LE CHATEAU
PETANG NAN INDAH
JAM 3. 10 PETANG
CUACA PANAS INDAH
PANAS TIDAK TERLALU TERIK
LANGIT BIRU
BERSAMA AWAN PUTIH
AWAN HITAM PAGI TADI TELAH HILANG
HUTAN DAN BELUKAR DI HADAPAN
LE CHATEAU DI LIHAT HIJAU INDAH
JIKA PANAS INI BERTERUSAN
PETANG DAN MALAM INI
CUACA INDAH LUMAYAN
AMIN
MEMIKUL KAVADI
Slogan anti Zahid kembali hantui Pakatan, kata presiden Muda
SLOGAN terkenal “Undi Barisan Nasional (BN) adalah undi untuk Ahmad Zahid Hamidi” yang digunakan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh kembali menghantui Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri akan datang, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Presiden Muda itu berkata PH tidak sepatutnya tersinggung jika frasa itu kini diperhalusi kepada “undi untuk Pakatan adalah undi untuk Zahid”.
“Saya masih ingat. Ini adalah kempen untuk menumbangkan Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh (semasa PRU15),” kata ahli Parlimen Muar itu dalam wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insight.
“Itu (naratif) digunakan terhadapnya dari semasa ke semasa dan ia berkesan.
“Namun hari ini, apabila orang mengatakan undi untuk Pakatan adalah undi untuk kebebasan Zahid, dan pengampunan (bekas perdana menteri) Najib Razak, ada yang sangat marah. Tetapi orang yang sama menggunakan hujah yang sama sebelum ini,” tambahnya.
Semasa PRU15, beberapa pemimpin PH menggunakan naratif itu untuk menghalang pengundi daripada mengundi gabungan Umno/BN yang dicemari skandal.
Mereka berkata mengundi BN adalah sama dengan mengundi untuk membebaskan pemimpinnya Zahid dan Najib daripada perbicaraan jenayah mereka yang sedang berlangsung.
Presiden Umno Zahid dan pendahulunya, Najib, menghadapi banyak perbicaraan jenayah di mahkamah yang dikaitkan dengan rasuah.
Di sebalik pertuduhan jenayah Zahid, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dalam kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, selepas BN, bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRU15.
Sementara itu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Syed Saddiq berkata beliau tidak perlu mengatakan atau mengingatkan orang ramai tentang naratif itu.
“Saya boleh memberitahu anda orang ramai mengetahuinya, orang ramai mengatakannya dan saya fikir orang ramai akan mengundi dengan cara yang sama,” katanya.
Parti Muda yang membentuk pakatan pilihan raya dengan PH pada PRU15, memutuskan untuk bergerak secara solo dalam enam pilihan raya negeri.– 13 Julai, 2023
MEMIKUL KAVADI
AMAT BERAT
AMIN
SILAP SILAP
PATAH TENGKOK
KOYAK KULIT
AMIN
KHALAS
CADANGAN RAFIZI AMAT BAIK
Pertubuhan majikan kecewa ‘tiada tindakan konkrit’ Rafizi untuk perbaiki ekonomi
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) kecewa dengan prestasi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, mengingatkan beliau tentang tugasnya untuk menambah baik ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Setakat ini MEF masih belum melihat sebarang rancangan konkrit daripada menteri ekonomi yang benar-benar tertumpu dan diformalkan yang mampu menambah baik ekonomi negara seterusnya meningkatkan taraf hidup negara dan rakyatnya," kata Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan sebagai respons keras kepada pengumuman Rafizi baru-baru ini mengenai kenaikan gaji.
MEF juga berkata persekutuan itu "terkejut bahawa menteri ekonomi mengambil tindakan terhadap sesuatu di luar bidang kuasanya.
"Ini sepatutnya di bawah bidang kuasa menteri sumber manusia," tambah Syed Hussain.
Ia berlaku selepas Rafizi mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan model gaji progresif yang mungkin mendorong kepada kenaikan gaji tahunan secara mandatori.
WOIT
CADANGAN
AGJI PROGRESIF
DARI RAFIZI
INI BETUL BAIK
AMIN
MAJIKAN TAK
SUKA
AMIN
MAJIKAN NAK
UNTUNG BANYAK
ENGGAN
BAYAR UPAH
YANG BERBALOI
AMIN
KHALAS
JENIN DAN PALESTIN
Abbas melawat Jenin, cuba redakan ketegangan
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas melawat bandar Jenin di Tebing Barat pada Rabu.
Lawatan itu didadakan beberapa hari selepas tiga pegawai kanannya terpaksa meninggalkan upacara pengebumian susulan orang ramai yang berang dengan tindak balas mereka terhadap serangan Israel beberapa hari sebelumnya.
Kemarahan orang ramai di pengebumian pejuang yang terkorban dalam operasi Israel selama dua hari menyerlahkan ketidakpopularan mendalam Pihak Berkuasa Palestin dan perpecahan yang semakin meluas di kalangan puak Palestin.
Abbas yang berusia 87 tahun, melawat tanah perkuburan tempat pengebumian diadakan di pintu masuk ke kem pelarian Jenin.
Abbas berucap kepada orang ramai di pinggir kem di mana infrastruktur jalan raya rosak dan bangunan terbakar akibat operasi besar-besaran Israel di Tebing Barat.
Abbas menyatakan komitmen bahawa kem berkenaan akan dibina semula.
Selama lebih setahun, serbuan Israel di bandar seperti Jenin atau Nablus telah menjadi rutin.
Pihak Berkuasa Palestin menjalankan tadbir urus terhad ke atas bahagian Tebing Barat termasuk Jenin tetapi ia tidak berdaya untuk menghentikan serbuan Israel.
Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin, termasuk anggota unit pengawal presiden Abbas sendiri telah dikerahkan dalam jumlah besar di Jenin selepas ketegangan dengan puak lain meletus secara terbuka semasa pengebumian minggu lalu.
Hamas, gerakan Islam yang mengawal Gaza dan Jihad Islam yang disokong Iran telah lama bertentangan dengan Pihak Berkuasa Palestin.
PIHAK BERKUASA
PALESTIN
KAKI BELOT
AMIN
ANAK MUDA
NAK ANGKAT
SENJATA P.B.P
BERI MAKLUMAT
PADA ZIONIS
AMIN
INI SAMA MACAM
PERANAN UMNO
ZAMAN BRITISH
AMIN
BUKAN LAWAN
BRITISH TAPI
LAWAN ORANG
YANG LAWAN
BRITISH
KHALAS
RUMAH SANUSI ?
RUMAH SAPA ?
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"SANUSI INI BAHAYA !!!"
Kan tt dah kata kena reti baca news...kalau ada manusia cam nie whatdebekaus? Pas boleh caya ka...rumah besaq kata punya abang dia lawan jerung..fuck off la..malay politics tak matang la...kita dok merana depa asyik 3r..pengundi tak bodoh cam.dia la
RUMAH BESAR SAPA PUNYA
RUMAH BESAR
KHAMIS 13 JULAI 2023
BERITA RUMAH BESAR MEREBAK
KAH KAH KAH
KEDAH
HEBOH HAL RUMAH SANUSI
KAH KAH KAH
DI KATAKAN BERNILAI
7 JUTA RINGGIT
WOW !!!
KAH KAH KAH
KAJANG
RUMAH ANWAR
JUGA BERJUTA RINGGIT
TAPI INI BUKAN MILIK ANWAR
DARI APA YANG DI LAPOR
INI RUMAH TOWKAY CHINA
JENG JENG JENG
APA PERANAN TOWKAY CHINA INI
JENG JENG JENG
BERI SEWA ?
GUNA PAKAI ?
JENG JENG JENG
DULU RUMAH
KHIR TOYO
DULU RUMAH
LIM GUANG ENG
KHALAS
UKRAINE
ZELENSKIY KENA KENCING
TAK DAPAT JADI ANGGOTA NATO
KAH KAH KAH
ASKAR UKRAINE MATI KATAK
KAH KAH KAH
KUNUN PERANG UNTUK NATO
AFRIKA SELATAN
SAJLI KALI PERTAMA
TURUN DI JOHANNASBURG
DALAM MASA 11 TAHUN
CUACA SEDANG BERUBAH
LAUT BERUBAH WARNA
GAMBAR DARI NASA
MELIHATKAN AIR LAUT YANG BIRU
KINI MENJADI HIJAU
INI KERANA PERUBAHAN IKLIM
MENGUBAH EKOSISTEM LAUT
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI SEJUK BERANGIN
RUMPUT BASAH HUJAN LEBAT
PETANG KELMARIN
MATA HARI BELUM MUNCUL
LANGIT MENDUNG
AIR HUJAN MASIH ADA
DALAM AWAN
APA KAH PETTNAG INI
AKAN HUJAN ?
JANTAN PAGI INI
MENDOMINASI HOKKIEN
TAK HENTI HENTI BERKOKOK
YANG LAIN KURANG BISING
BRO
ADA UNTUNG MEMBELI LADA
LADA DISIMPAN ORANG BUJANG
NAJIB MERANA BERBINI MUDA
DUDUK TERSIMPAN DI PENJARA KAJANG
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERHARI
KHAMIS
Langgan:
Catatan (Atom)