Rabu, 2 Oktober 2013

SATU IDEA TERLARANG





SATU PANDANGAN
dari ribuan idea terlarang
sila dengar dan dengar



----------

TUKAR TIUB DI MIRI







DI MIRI SEKALI LAGI
sampai di kota miri sekali lagi
pesawat mendarat jam tiga lebih 
datang dengan adam adli
tujuan:

untuk bersetia kawan dengan zuraidah
pemimpin amk miri juga bekas calon pkr
yang ditangkap semasa bersih 2

pemimpin amk ini  telah
di tahan di lapangan terbang miri
kerana memakai baju kuning
ini ketika  kempen bersih 2 sedang berjalan
ini  dua minngu sebelum demo dilakukan di kl

zuraidah bersama anak anak muda miri
gagal ditakut takut kan

demo besar  berjalan d miri
hampir 2000 warga miri 
telah  turun ke jalan raya

ESOK JAM 9:00 PAGI
bicara akan bermula
adam adli dan hishamuddin rais
akan ber ada di mahkamah
sebagai tanda setiakawan

laporan akan menysul lagi..



--------

NAJIB JANTAN SUWEY



SAHEH  JANTAN 
NAJIB SUWEY
obama batal lawatan
rosmah meraung
baju dah buat
kilo dah turun
nak  bergambar dengan michelle
kah kah kah

saheh najib jantan suwey
keturunan pulau sewelasi

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



-------

PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI





SEMUA PROGRAM 
telah diatur untuk
memastikan 
kita semua mendapat pencerahan
kita semua dapat mendengar
apa yang sebenarnay sedang berlaku
apa dia  keadaan politik tanah air kita
jemput datang


FORUM MALAM RABU INI
kalau nak tahu apa
yang sedang bergolak dalam parti pas
RADIO BANGSAR AKAN BERSAMA


MALAM JUMAAT
ditempat yang sama
RADIO BANGSAR 
AKAN MELAPOR

JUMAAT 11 OKTOBER
KITA BERDEMO


----------

APA LAGI OBAMA MAU




















TANAH JAJAHAN DAN MODAL
Imperialisma ialah tahap tertinggi pencapaian sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma ialah sistem ekonomi yang menggantikan sistem feudal mutlak. Sistem feudal dimana Raja menjadi wakil Tuhan dibumi justeru  Raja ialah undang-undang yang bercakap untuk Tuhan.

Pada awal perkembangan sistem ekonomi kapitalis - +500 tahun dahulu -  kaum pemodal  yang berkiblatkan keuntungan maksima hanya mendapat untung dari jual beli dalam negara sendiri. Modal yang terkumpul wajib terus berkembang.  Justeru, meluaskan kawasan menjadi akidah. Tanah jajahan, hasil bumi, buruh  dan pasaran wajib diperluas untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda.

Maka negara-negara penjajah – semuanya begara feudal saperti Sepanyol, Belanda, Peranchis, Britain, Itali dan German – mula berligar mencari tanah jajahan. Sepanyol menjarah Amerika  Latin. Belanda datang ke Tenggara Asia. Peranchis , German dan Itali menaklok Afrika dan Timur Tengah. Malah Peranchis merayau-rayau hingga ke Indo China.  Britain membuka tanah jajahan baru – Amerika Utara, Canada , New Zealand dan Australia.

Britain kuasa imperial paling akhir telah berjaya menakluk 53 buah negara – yang kini menjadi anggota Negara Commonwealth.  Hampir tiga suku dari wilayah dunia telah dimiliki oleh Baginda Queen. Tanah jajahan berselirat dari Kepulauan Caribbean,  ke Afrika, ke India hingga ke Tanah Melayu. Britain  negara miskin yang hanya ada lembu, kambing dan buah apple akhirmya menjadi kaya raya. 

England yang pada awalnya telah menjajah Wales, Scotland dan Ireland akhirnya menjadi sebuah Empire – The Empire of Great Britain.  Perkembangan menjadi Empire inilah yang ditakrif sebagai imperialisma  - dimana sistem kapitalis berkembang  ke puncak  mencari tanah jajahan  ke seluruh pelusuk dunia untuk  merampok daan menjarah demi keuntungan maksima.

Sejarah kapitalisma berterusan. Perang dunia pertama ialah perang merebut wilayah di Eropah. German yang kalah dalam Perang Dunia Pertama dipaksa membayar ufti kepada Britain dan Peranchis. Kaum pemodal Itali tidak dapat  berkembang. Jepun dipinggir dan dikepong. Fakta sejarah menunjukkan bagaimana British, yang menjajah Tanah Melayu  telah menghalang getah dari Tanah Melayu dari dapat dibeli oleh Jepun.  Semua ini membawa perang Dunia Kedua.

Perang Dunia Kedua mengubah semua ini. Punca Perang Dunia Kedua  ialah perebutan wilayah tanah-tanah jajahan.  Kuasa kolonial Barat pada ketika itu sedang rebut merebut tanah jajahan. Kaum pemodal membantu kerajaan feudal yang berkuasa  untuk mendapatkan wilayah baru, konsesi hasil bumi dan pasaran. Dunia  dipecah dan diagih-agih macam membelah buah tembikai.

Sesudah Perang Dunia Kedua – The Empire of Great  Britain runtuh.  Great Britan tidak lagi GREAT. Satu demi satu negara tanah jajahan menuntut merdeka.  India penyumbang besar ke saku Baginda Queen mula bangun melawan. Bhagat Singh telah mengangkat senjata melawan Baginda Queen.  Di Kenya penjajah British telah dibedil oleh gerakan Mau Mau. Di Tanah Melayu sejarah telah membuktikan bagaimana Britain terpaksa mengundur diri kerana pejuangan bersenjata  Parti Komunis Malaya.

United States of Amerika  yang masuk ke kancah Perang Dunia Kedua  di tahun-tahun akhir perang  hampir dalam keadaan selamat. Pukulan hebat menentang kaum fasis dan Nazi Hitler  telah dilakukan oleh Russia. Hasilnya 20 juta rakyat Russia gugur. Dalam suasana inilah  Amerika Syarikat muncul  untuk mengambil alih kuasa  imperial dari Britain.  Sesudah Perang Dunia Kedua –  Amerika muncul sebagai kuasa imperialis terkuat.

Bentuk penjajahan yang dibawa oleh Amerika Syarikat ini tidak sama saperti yang telah dilakukan oleh kuasa kolonial lama – Sepanyol, Belanda atau Inggeris.  Jangan kita lupa bahawa Amerika Syarikat juga  memiliki tradisi menentang penjajah. Rakyat Amerika  ada sejarah  mengangkat senjata melawan Old Mother England. Justeru sesudah Perang Dunia Kedua dunia mula mendengar  Amerika melaungkan nada ‘anti-penjajah’  dan ‘anti-kolonial’.

Tetapi awas! Kesampaian kuasa imperialis baru ini jelas lebih ganas dan  brutal. Negara yang mula dijajah oleh Amerika ialah wilayah jiran tetangga –wilayah dibelakang rumah. Mexico jatuh ke tangan  Amerika. Ini diikuti oleh semua negara di Amerika Latin yang terus  menjadi koloni Amerika – kecuali Cuba yang membebaskan diri pada tahun 1959. 

Dengan nada anti-penjajah dan anti kolonial – imperialis Amerika  menjaja   apa yang mereka panggil DEMOKRASI. Ke hulu ke hilir – dari Amerika Latin ke Afrika dan ke Asia -  imperialis Amerika memukull gendang menjual  demokrasi. 

Apa dia DEMOKRASI  yang dijaja oleh Amerika ini? Demokrasi  dalam erti sebenarnya  ialah  membuat keputusan mengikut suara ramai - suara majoriti. Segala keputusan dibuat dengan merujuk kepada suara ramai. Suara ramai ini diperlukan kerana suara majoriti dilihat berkeupayaan untuk mewakili kepentingan ramai. Inilah asas demokrasi.

Disini para pembaca jangan silap faham. Demokrasi yang dijaja ke hulu ke hilir oleh Amerika itu sebenarnya ialah sistem ekonomi kapitalis.  Demokrasi dari Amerika tidak ada sangkut paut dengan suara majoriti. Demokrasi yang dijaja oleh Amerika hanya topeng untuk menjaja sistem ekonomi kapitalis.

Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis TIDAK berani  dan tidak pernah mengakui bahawa negara itu menggunakan sistem ekonomi kapitalis. Pemimpian negara kapitalis berselindung dibelakang demokrasi, dibelakang dagangan bebas atau dibelakang free market. Negara pengamal sistem kapitalis ini tahu bahawa sistem ekonomi kapitalis ini adalah satu sistem ekonomi yang menindas.

Sistem ekonomi kapitalis ini terbukti jahat dan ganas. Sistem ini berkiblatkan keuntungan maksima. Keuntuangan yang diraih oleh sistem kapitalis adalah hasil perahan tenaga buruh paksa – abdi -  atau buruh murah. Justeru negara kapitalis ini  menyamar, bertopeng dan memakai jubah demokrasi.

Kuasa imperialis Amerika amat brutal. Di Vietnam perang dilancarkan atas  nama  mengembang demokrasi. Sebenarnya menghalang keinginan rakyat Indo-China bebas merdeka dari penjajah Peranchis. Perang Vietnam 1955-1975 meragut nyanya lebih dari 3 juta rakyat Vietnam. Dan  59,209 soldadu Amerika gugur.

Di Amerika Latin  ramai jeneral dan kolonel dari junta tentera telah dinobatkan sebagai Presiden.  Rampasan kuasa diatur oleh CIA untuk memastikan rejim-rejim ini semuanya berkiblat ke Rumah Puteh dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Contoh terbaik berlaku di Chile apabila  Presiden Allende telah menang dalam pilihan raya umum. Presiden Allende  yang pro rakyat ini telah digulingkan pada 9/11 1975. Pekara yang sama juga telah dilakukan kepada  nasionalis Bung Karno pada tahun 1965.  Di Chile General Pinochet telah menjadi barua Amerika manakala di Indonesia General Suharto telah dinobatkan melalui rampasan kuasa yang dirancangan  oleh CIA.

Rejim-rejim militer dan junta  tentera  yang dinaikkan keatas tahtha akan menjadi budak suruhan  setia kepada kuasa imperialis Amerika. Rejim-rejim ini akan memastikan kaum pemodal Amerika dari syarikat perlombong logam, syarikat cari gali minyak dan gas, bank,  syarikat tembakau malah syarikat buah pisang Amerika  juga  akan dapat konsesi wilayah. Pelaburan ekonomi kapitalis Amerika akan dipastikan mendapat keuntungan maksima.

Untuk menjaga Empire dan tanah jajahan ini – kuasa imperialis Amerika memerlukan bala tentera yang besar. Sama saperti Kerajaan Rom Kuno – tentera adalah alat terkuat untuk memastikan emas, perak  dan harta kekayaan sampai ke Rom.

Hari ini angka resmi menunjukkan  ada lebih dari 1000 buah  pengkalan tentera  Amerika di 63 buah negara dalam dunia ini. Pegawai tentera Amerika juga ada  beroperasi secara terangan di 156 buah negara.   Data tahun 2002 menunjukkan ada 255,065 soldadu Amerika sedang bertugas dipengkalan tentera Amerika ini diseluruh dunia.

Lalu timbul persoalan – jika kuasa imperialis  Amerika bagitu kuat kenapa perlu Barack Hussein Obama datang ke Kuala Kumpur pada 10 Oktober ini?”

Sebelum menjawab soalan itu marilah kita memahami bahawa sebelum Obama datang ke Kuala Lumpur, Najib Razak telah pergi lebih awal ke Amerika.  Bukan kah Najib pergi ke Amerika itu untuk berucapa di PBB?  Betul. Najib berucap di PBB itu hanyalah wayang. Di PBB Najib cuba melamar  agar Malaysia menjadi anggota Majlis Keselamatan. Ini angan-angan  Najib.

Kita lupakan angan-angan Najib ini.   Kita lupakan juga bagaimana dunia ketawa apabila Najib salah masuk  ke Pejabat Tweeter atau  tersilap pejabat. Bukan suwey Najib yang perlu kita bincangkan disini. Apa yang penting ialah Najib telah berucap di hadapan ahli CFR. Jangan silap, Najib bukan berucap dihadapan   KFC  tetapi  di CFR. Apa dia CFR ini?

CFR ialah Council on Foreign Relations – sebuah badan pemikir yang menerbitkan majalah bulanan bernama Foreign Affairs.  Badan ini beribu  pejabat di New York. Sekali pandang CFR ini sama saperti beratus-ratus ‘think-tank’  dan kumpulan Ngo pelobi yang bergerak  di Washington DC atau di New York.


Tetapi dalam hal CFR ini jangan sesekali silap baca. Jangan sesekali salah anggap tentang apa sebenarnya badan ini.  CFR adalah badan pemikir yang ulung. Memikir dan berfikir untuk kepentingan kaum pemodal Amerika. CFR ini juga  berfikir dan berstrateji  untuk kepentingan  kaum zionis antarabangsa. Badan inilah yang memikir dasar dan arah tuju kuasa Empire Amerika.  Ahli-ahli dari CFR ini jugalah yang memunculkan apa yang kini dikenali sebagai PNAC – Projek for The Newa American Century  atau Projek Alaf Baru untuk Amerika.

Tetapi Najib bukan seorang ahli fikir. Justeru apa  sumbangan idea  yang boleh di berikan oleh Najib kepada  para pemikir  di CFR?   Persoalan akan dijawab minggu hadapan. (TT)
 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-92-21-10-45


------------

HARI INI SAMBUTYAN SEDUNIA






DARI FACE BOOK

RONA BERSAMA ANAK

HARI CEREBRAL PALSU SEDUNIA
kawan saya ronasina
dan kekasihnya  raja sham
akan ke parlimen  pagi ini
untuk mengajukan tuntutan 

mereka bersama sama ramai
ibu dan ayah yang anak mereka
menghadapi cerebral palsy

ibu dan ayah
anak anak yang menghidapi cp
berharap akan ada kesedaran orang ramai tentang cp
berharap mereka akan mendapat kemudahan
menjaga anak anak yang ada cp

ibu dan ayah yang datang ke parlimen hari ini
tidak mahu anak anak mereka 
terperosok dalam rumah
mereka mahu anak anak mereka
diiktiraf sebagai  seorang insan
sebagai manusia
sebagai hamba allah 
setaraf dengan yang lain

kecacatan tidak menjadikan mereka kurang manusia

kepada pembaca tt
marilah kita bersama bersolidariti
dengan ibu bapa yang gigih menjaga
anak anak yang mengidap cerebral palsy

BERSAMA
SANG KEKASIH

Cerebral palsy (CP) is an umbrella term denoting a group of non-progressive,[ non-contagious motor conditions that cause physical disability in human development, chiefly in the various areas of body movement.[3] Scientific consensus still holds that CP is neither genetic nor a disease, and it is also understood that the vast majority of cases are congenital, coming at or about the time of birth, and/or are diagnosed at a very young age rather than during adolescence or adulthood. It can be defined as a central motor dysfunction affecting muscle tone, posture and movement resulting from a permanent, non-progressive defect or lesion of the immature brain.

---------


MARI KITA TERSENYUM PAGI INI



PUSING PUNYA PUSING
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya. Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti… Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama…. 

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya ade kerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen… Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk-atuk, untuk seminggu ni saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan bermain-main ngan tuk… 

Atuk (rupenye boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu… Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu… Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.. Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni on PERATUS SUNNI WAL RASUAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 10/1/13
-----------

MACAM RAJA BERSIONG JAGA PUSAT JANTUNG NEGARA




Polis hilang aset RM1.33 juta termasuk senjata api, gari

"Pengurusan aset yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutama senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam,"…

Kehilangan aset tersebut direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012.
Statistik yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM itu mendapati, aset paling banyak hilang adalah gari iaitu 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan, masing-masing 44 dan 29 unit.
“Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NAK MENANGIS ATAU NAK KETAWA?.... kah kah kah..

kah kah kah.. SEDIH ATAU BERSEDIH.... kah kah kah...

kah kah kah... PENYAMUN MENJAGA PEROMPAK... kah kah kah...

kah kah kah..PEROMPAK MENJAGA LANUN.... kah kah kah...

kah kah kah... HARAP KAN BULUH ... TAPI BULUH  MAKAN LEMANG...kah kah kah
NOTA
lebih baik beri
raja bersiong jadi jaga
pusat jantung negara
kah kah kah


-------------------