Selasa, 17 September 2013

MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG ESOK



NOTA
layari radio bangsar utama
untuk mengikuti siaran terus menerus
mahkamah rakyat tentang penipuan pru13

www.radiobangsarutama.com


Tribunal Rakyat 18-22 September, dedah penipuan PRU-13

KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) akan bermula dari 18 hingga 22 September 2013 bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya.
Menurut kakitangan Bersih 2.0, Mandeep Karpall, orang ramai dialu-alukan untuk hadir mengikuti prosiding yang tidak mengenakan sebarang bayaran.TR (2)
Tambahnya, Tribunal Rakyat turut disiarkan secara langsung melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautanwww.radiobangsarutama.com.
“Prosiding Tribunal Rakyat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang dari 18 hingga 22 September,” kata Mandeep kepada Keadilandaily.
Tribunal Rakyat akan membuktikan secara muktamad sama ada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dijalankan dengan bebas dan adil.
Tribunal ini berperanan mengkaji, menyiasat, menilai laporan tentang aduan yang diterima atau diajukan tentang perkara yang berlaku menjelang dan semasa PRU-13 diadakan.
Enam anggota tribunal, masing-masing terdiri daripada tiga wakil luar negara dan tempatan akan mengendalikan prosiding
Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 03-77844977 atau melalui emel di alamat bersih.tribunal@gmail.com

MAHKAMAH RAKYAT
BUKTIKAN PRU13 TIPU
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

SURAT UNTUK KAU


SURAT INI UNTUK KAU

surat ini untuk kau
kau yang belum aku kenali

kau yang sentiasa selamat
kau yang hidup selesa
kau yang nyaman sentiasa
kau yang gumbira bersama anak isteri sanak saudara
kau yang bershopping dihujung minggu
kau yang bercuti di long weekend
kau yang berziarah ke dubai dan london

kau tak pernah mengenali aku
aku juga tak pernah mengenali kau

aku tuliskan surat ini
kerana tidak ada pantun yang dapat aku selokakan
tidak ada shaer yang dapat aku lagukan
tidak ada puisi yang dapat aku dendangkan

 aku hantar  kerpada kau
hanya sakeping  gambar
untuk menggoda nafsu kau
untuk menggoda batin kau
untuk memberahikan hati kau

jika hati kau tidak terusik
jika nafsu kau tidak tercabar
jika hati kau tidak terguris
jika berahi kau tidak gersang

kau berhentilah membaca surat ini
berhenti disini!
berhenti sekarang!

tapi

jika hati kau mengelora
jika jiwa kau terganggu
jika mata kau mulai basah
jika kau hayati gambar ini

maka aku telah bertemu 
 dengan seorang  kawan

kau lah kawan aku
kau lah kawan 
yang tangan kau tak pernah aku sentuh
kau lah kawan
 yang nama kau tidak aku pernah dengari

kau lah saorang sufi
kau lah seorang syahdu
kau lah penghuni biara
kau lah seorang muslim
kau lah seorang hindu
kau lah seorang majusi
kaulah pengikut isa dari nazareth

kau lah penghuni semua firdausi
kau lah jambatan siratul mustakim
kau lah  pembawa berita
berita baik 
untuk umat manusia



KAU  YANG BARU AKU KANALI
DATANG LAH KE SINI

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------



SAMBUT OBAMA MUSUH DUNIA DENGAN DEMO


KEMPEN  MENYUSUN
 DEMO ANTI OBAMA


SAMBUT OBAMA
 DENGAN DEMO
Maka bermula hari ini, SAMM bersama rakan sekutu akan menjengah ke seluruh negara dalam satu siri jelajah mobilisasi menentang perjanjian TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10-11 Oktober ini. Siri jelajah juga akan dipanaskan dengan beberapa isu semasa termasuklah isu kesan kenaikkan harga petrol dan pemenjaraan 13 pejuang demokrasi.


Aksi pelancaran Jelajah #BantahTPPA akan berlangsung malam ini di Taman Melati, Wangsa Maju dianjurkan oleh SAMM Wilayah yang diketuai oleh sdr Azmir Hj Mustaffa dengan kerjasama PKR Wangsa Maju. 

Pentas pelancaran akan digegarkan oleh YB Tian Chua, Dr Hatta Ramli, che'GuBard, Hishamuddin Rais, wakil mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli. Turut hadir di pentas adalah wakil NGO #BantahTPPA antaranya Nizam Mahshar (MTEM), Cikgu Azmi (MAPIM), Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT), Anas (Blindspot).

SAMM menjemput seluruh warga kota untuk hadir bersama menghadam maklumat mengenai bahana perjanjian TPPA dan isu semasa yang menghangat. Pesta kesedaran akan terangkan semula biarpun sekadar berbentuk ceramah sebagai pemula, ia cukup menjadikan api kemarahan rakyat dinyalakan sebaiknya. 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

NASIONALISMA
DAYAK BANGUN MELAWAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG - PRU13 TIPU



ADA PENIPUAN DALAM PRU13 

MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG
kali ini kita dengar mahkmah rakyat
mahkamah ini akan memanggil saksi

PARA SAKSI
yang melihat mat bangla mengundi
yang melihat lampu padam
yang melihat duit bertukar tangan
yang melihat kotak undi hilang
yang melihat  undi bertambah
yang melihat borang 14 lesap
yang melihat dakwat kekal padam

DIJEMPUT DATANG
UNTUK MENDENGAR PERBICARAAN INI
peguam antarabanga telah di jemput
hakim antgarabangsa telah di jemput

MAHKAMAH  AKAN BERSIDANG
dari hari rabu hingga ahad ini

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------

RUMAH TERBUKA UNTUK YANG TAK BERUMAH





RUMAH TERBUKA
UNTUK WARGA TANPA RUMAH
 Pesta Rumah Terbuka untuk penghuni jalanan
Di kala penghuni kota enak tidur atas katil bertilam empuk, dia cuma beralaskan kotak yang biasanya dikutip di belakang kedai. Percaya atau tidak, rumahnya semenjak beberapa tahun lalu hanya di kaki jalan kedai sekitar Pudu Sentral. Panas atau hujan, disitulah tempat dia berteduh.
Dalam tempoh lima tahun berkelana di bandar Kuala Lumpur, pelbagai pekerjaan dilakukan dari kerja sebagai pengawal keselamatan hinggalah di restoran.
Bagaimanapun nasib tidak begitu menyebelahi lelaki berusia 32 tahun itu apabila  pekerjaan yang dilakukannya sering kali tidak pernah kekal.

baca seterusnya disini:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rumah-terbuka-untuk-penghuni-jalanan



TIDUR DAN MAKAN
DI JALAN

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

SALUT DAN TABIK UNTUK KAWAN CHIN PENG





SALUT DAN TABIK UNTUK
KAWAN  YANG GAGAH BERANI

Walaupun dah pergi, tetapi tetap bersama rakyat buat selama-lamanya
Dengan kesedihan yang mendalam , kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi 
KAWAN CHIN PENG  ( ONG BOON HUA ) yang meninggal dunia dengan aman, berusia 89 tahun pada 16hb September 2013, pukul 6:20 pagi (waktu Malaysia pukul 7:20 pagi) di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.


Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan.  Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat , yang mana menjadi tumpuan sepanjang hidupnya ini.

Perjuangannya terhadap penyakit menunjukkan personal yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran" beliau.


Malangnya, hal-ehwal yang tidak dapat dielakkan telah mendatang : Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Mungkin , bagaikan seorang yang balik keluar dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi , REHATLAH , kawan seperjuangan kami tersayang.


Beliau telah meninggalkan kita , tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.


Tiada apa yang boleh menggantikan setiakawan yang telah mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing. Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.

Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik . Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit . Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.


Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri. Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain. Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan. Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Beliau amat mencintai kepada negara ini- tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau telah mendatangkan perdamaian kepada negara kita. Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya. Sejarah akan menggugat  mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta. 


Selamat tinggal, Kawan Chin Peng - pemimpin yang kami cintai , kawan kami, wira kebebasan yang berani !  

Abdullah CD , rakan seperjuangan akrap Kawan Chin Peng,
Ban Chulabhorn Pattana Ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-10 (Kampung Perdamaian Betong)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin)
Persatuan Abad Ke-21 Malaysia
Persatuan Perdamaian Hadyai
Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang 

Tarikh: 16hb September, 2013

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

DAYAK BANGUN MELAWAN



DAYAK BANGUN MELAWAN
28 SEPTEMBER 2013
PADANG MERDEKA
KUCHING

Protes Anti Kenaikan Harga Minyak: Walk Against 20sen

Kenaikan harga Petrol/Diesel yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini pastinya membebankan rakyat Malaysia khususnya  golongan yang berpendapatan rendah.Kenaikan ini juga pasti akan membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seterusnya meningkatkan kos sara hidup yang telah pun tinggi terutamanya bagi mereka yang  tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.
 
Hakikatnya, mereka yang tinggal di pedalaman terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pengangkutan utama seperti bot untuk mereka ke bandar/pekan berdekatan.Selain itu,kos penghantaran barang keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman adalah tinggi dan di kawasan tertentu, penduduk terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi daripada orang ketiga. Justeru itu, kenaikan harga minyak akan menambah beban penduduk di kawasan pedalaman.
 
Justeru  itu,kita akan mengadakan 'Walk Against 20cent' sebagai simbolik bantahan terhadap perkara tersebut.Butiran lanjut adalah seperti berikut:
 
Tarikh:
28.9.2013/sabtu
(1 petang)
 
Tempat:
Berkumpul di checkpoint yang akan di tentukan dan bergerak ke Padang Merdeka,Kuching.
 
Tuntutan:
1) Penurunan kembali harga minyak,
2) Pengembalian subsidi rakyat dan mengurangkan
     subsidi Korporat.

Oleh itu, kami berharap rakan seperjuangan NGO di seluruh Malaysia akan menyokong tuntutan kami dan rakyat yang prihatin akan turut hadir bersama kami pada waktu dan masa yang ditetapkan. Harapan kita agar pihak kerajaan lebih peka kepada beban rakyat Malaysia.
 
Disediakan oleh:
Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak
 
Disokong oleh:
1.    Pusat Teori Timur
2.    Sarawak Youth For Change
3.    SAMM Sarawak
4.    Sarawak student Progressive Movement
5.    Geng Kotak
6.    Pemuda Sosialis
7.    Parti Sosialis Malaysia
8.    Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
9.    Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10.  Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
11.  Democratic Student and Youth Movement (DEMA)
12.  Student Progressive Front Universiti Putra Malaysia
13.  Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia
14.  Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia
15.  Student Progressive Front Universiti Malaysia Sarawak      

Disediakan oleh:
Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak (BANTAH)             

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga
-----------