JUMPA
MADEY
TAPI
ABAM
YANG
GILA
NAK
JUMPA
PM mengadap Agong dalam pertemuan "bermakna", kata Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima menghadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan kali ke-30, yang disifatkan Istana Negara sebagai ‘amat bermakna’.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata mesyuarat di Istana Melawati bermula pada 8 pagi dan berlangsung selama 45 minit.
“Mesyuarat Pra-Kabinet pada hari ini amat bermakna kerana ia merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet kali ke-30 Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri sejak Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari tahun ini.
“Ini menunjukkan bahawa Al-Sultan Abdullah bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara malah yang juga penting, Seri Paduka Baginda mengambil perhatian serius dalam hal ehwal kebajikan rakyat jelata,” katanya.
“Al-Sultan Abdullah juga amat terperinci, di mana Seri Paduka Baginda sentiasa meluangkan masa untuk meneliti Memorandum, Nota Jemaah Menteri dan laporan-laporan, sehari sebelum setiap Mesyuarat Pra-Kabinet diadakan,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah amat peka semasa mesyuarat berlangsung dan Seri Paduka menggunakan buku nota kecil untuk mencatat butiran perbincangan bersama perdana menteri.
Katanya Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri.
Mesyuarat-mesyuarat Pra-Kabinet, yang berlangsung selama 30 hingga 40 minit, pada kebiasaannya berlangsung pada Rabu atau Jumaat (sekiranya persidangan Dewan Rakyat berlangsung). Mesyuarat tetap dijalankan jika perdana menteri tidak dapat menghadirinya dan beliau diwakili oleh timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mesyuarat Pra-Kabinet, bagaimanapun, tidak berlangsung jika hari tersebut jatuh pada cuti umum atau jika pada hari tersebut berlangsung majlis atau acara rasmi negara seperti Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi pada Mac lepas.
“Keprihatinan dan keperibadian tinggi Al-Sultan Abdullah turut terserlah apabila Seri Paduka Baginda menitahkan agar Mesyuarat Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri diadakan di Istana Melawati dan bukan di Istana Negara seperti kebiasaan yang diamalkan terdahulu.
“Ini untuk memudahkan pergerakan perdana menteri supaya beliau tidak perlu datang ke Istana Negara dari pejabat beliau di Putrajaya,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka berangkat dari Istana Negara pada 7.15 pagi dan tiba di Istana Melawati pada 7.50 pagi untuk persediaan bagi Mesyuarat Pra-Kabinet yang bermula pada 8 pagi.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Seri Paduka turut menasihati rakyat jelata supaya bersabar dan memberi kepercayaan kepada perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet dalam usaha menyejahterakan negara dan juga rakyat jelata. – Bernama, 22 November, 2019.
MI RES
MI KES
MI LOD
-------------