Selasa, 2 April 2024

AMARAN IRAN !!!!

 

AMARAN IRAN !!!

KAH KAH KAH

WOIT
DUNIA DAH BOSAN DENGAR
AMARAN IRAN DAN HESBOLAH
IRAN DAH JADI NATO
NO ACTION TOK ONLI
KAH KAH KAH

IRAN KLIM 
ADA PELURU BERPANDU
BUAT APA SIMPAN
BUKAN BOLEH BERTELOR
KAH KAH KAH

ISRAEL DAH PANCING
AJAK PERANG
INILAH MASANYA
BIAR PERANG MEREBAK
BIAR PECAH PERANG DUNIA KE 3
BIAR BOM NUKLEAR MELEDAK
MENGIRA  BIJI TASBIH
HARI HARI 
DAH LOTIH
AKSI MAHU
AMIN

PENGGANAS ISRAEL - HUKUM GANTUNG ?


PENGGANAS

 ISRAEL

HUKUM GANTUNG?

JENG JENG JENG

KHALAS

JANGAN LUPA 

ADA 23 SAKSI

JENG JENG JENG

SAPA SAKSI 

AWAM INI ?

KHALAS 

KES PROJEK KRONI


KES PROJEK KRONI

DAH MASUK 5 HARI

RAKYAT MASIH 

TUNGGU

JAWAPAN

KHALAS 

KK MART PADAN MUKA !!!


BOIKOT KK MART

KES INI DAH LAMA BOLEH SELESAI
PEMUDA GEROMBOLAN MINTA
PASANG KAIN RENTANG
MINTA MAAF DI SEMUA KEDAI
TAPI TAK DI BUAT
DEGIL NAK TUNJUK GARANG
KENA BOM PADAN MUKA

TERKINI TERBARU
TUP TUP DUTA AMERIKA
ENTAH APA AGENDA
SOKONG JUGA
TINDAKAN BOIKOT
KHALAS

KENAPA BERAS TEMPATAN HILANG DARI PASARAN ?


Hanya penguatkuasaan boleh kekang beras tempatan (BPT) hilang di pasaran – Ismail

KUALA LUMPUR – ‘Kehilangan’ beras putih tempatan (BPT) di pasaran yang berlarutan sejak tujuh bulan lalu boleh diatasi sekiranya Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melakukan penguatkuasaan berkala ke atas pengilang padi.

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang berkata, ini kerana agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu boleh menentukan keberadaan BPT di pasaran.

“Punca kuasa untuk menentukan keberadaan BPT ialah KPB. Jika tiada penguatkuasaan di tempat sasaran, sampai bila-bila isu kehilangan BPT di pasaran terus berlaku.

“KPB kena lakukan pemeriksaan di semua kilang padi termasuk dari segi dokumen pembelian padi dan invois pengeluaran beras.

“Ia merangkumi jumlah pengeluaran beras sehari dan senarai pemborong yang membeli beras daripada pengilang atau gudang,” katanya kepada, hari ini.

Ahad lalu,  Ketua Pasukan Petugas Pemantauan Kluster Makanan, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendedahkan kurang 5 peratus BPT berada di pasaran.
0
Syed Abu Hussin berkata, hasil pemeriksaan mengejut pihaknya di 105 lokasi menjual BPT mendapati hanya lima tempat sahaja masih menjual beras itu pada harga RM26 sekampit.

Dalam pada itu, Ismail tidak menolak kemungkinan kelemahan penguatkuasaan KPB menjadi antara punca utama BPT hilang dari pasaran.

“Kelemahan penguatkuasaan KPB memang berlaku,” katanya.

Ditanya tentang pendedahan Syed Abu kemungkinan BPT hilang kerana dicampur dengan beras import, beliau berkata, perkara itu memang berlaku.

“Saya syak perkara ini didalangi pemilik kilang beras.Tindakan mereka dicurigai apabila pengilang membeli padi daripada pesawah dengan harga RM1,750 satu tan metrik, sedangkan Bernas beli dengan harga RM1,500 satu tan.

“Sudah tentu petani hantar padi ke kilang beras ini. Apabila ini pengilang mendapat bekalan padi yang banyak, sudah tentu mereka tidak menjual beras ini sebagai BPT.

“Oleh kerana pengilang membeli padi pada harga tinggi, mereka terpaksa menjualnya pada harga tinggi dan mengelak daripada menanggung rugi,” katanya. – 

PELIK TAPI BENAR

DAH MASUK

 7 BULAN

BERAS TEMPATAN

HILANG

JENG JENG JENG

PASAI APA?

WAT IS DE BEKOS?

AMIN

ADA SAPA BOLEH

TERANGKAN APA

TERJADI

AMIN

PADI TAK  JADI ?

PAK TANI TAK JUAL?

PENGILANG TAK BELI?

TIKUS MAKAN PADI

KEMARAU PANJANG

WAT IS DE BEKOS

AMIN

KHALAS

NAA AAH MANU - PARTI JUAL MELAYU



Umno gagal jika pilihan raya Pahang berlangsung hari ini

UMNO berpotensi hilang penguasaan ke atas negeri Pahang ke tangan Perikatan Nasional sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan pada masa ini, menurut satu tinjauan Merdeka Center.

Pengasas dan pengarah programnya Ibrahim berkata, tinjauan yang baru sahaja berakhir itu menunjukkan perubahan besar sokongan pengundi Melayu selepas PRU15.

“Kami jalankan analisis sekitar Januari 2024 ke atas perubahan sokongan pengundi di Pahang sejak PRU15 dan semasa enam pilihan raya negeri (yang berlangsung tahun lalu).

“Kita tahu Pahang tidak adakan pilihan raya negeri tahun lalu tetapi kita lihat bagaimana perubahan berlaku pada 2023 terhadap Umno.

“Jika pilihan raya diadakan (sekarang), sangat sukar untuk Umno menang di Pahang, secara mudahnya kerana jumlah pengundi Melayu yang beralih kepada PN sangat signifikan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tanda-tanda kemerosotan Umno di Pahang terbukti dalam PRU15 yang turut menyaksikan pilihan raya negeri berlangsung serentak pada November 2022.

Dalam pilihan raya itu, PN yang didukung PAS dan Bersatu menimbulkan kejutan apabila mendahului di negeri kubu kuat BN itu.

PN berjaya meraih 17 kerusi diikuti BN dengan 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) dengan lapan kerusi.

Bagaimanapun tiada mana-mana parti atau gabungan berjaya mencapai majoriti mudah 21 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, yang membawa kepada kerjasama BN-PH.

Gabungan BN-PH berjaya mengambil alih Pahang dengan 24 kerusi negeri. PN juga menang tujuh kerusi parlimen Pahang manakala PH merampas dua kerusi.

Itulah kali pertama Umno-BN mengalami kekalahan begitu besar di Pahang.

Menurut Ibrahim, kira-kira 65% pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu di antara usia 18 hingga 22 tahun mengalih sokongan dari Umno, BN ke PN.

Sementara itu, beliau berkata pengundi dalam julat usia 30 hingga 50 tahun juga cenderung menyokong pembangkang.

“Perubahan ini disebabkan tekanan dialami semasa (pandemik) Covid-19, kehilangan pendapatan dan defisit keyakinan ke atas kerajaan semasa.

“Pentadbiran kerajaan pada masa ini tidak meyakinkan.

“Mereka mengalami kehilangan pendapatan, kehilangan simpanan… Semua ini masih belum diselesaikan,” katanya.

Ibrahim berkata analisis menunjukkan pengundi Melayu di negeri itu berpuas hati dengan pentadbiran Muhyiddin Yassin.

“Pada masa itu, (pengundi) berterima kasih ke atas pentadbiran Muhyiddin kerana menyalurkan bantuan kewangan.

“Ia mempengaruhi pandangan mereka bahawa kerajaan lebih prihatin dan responsif ke atas keperluan rakyat sewaktu kesusahan,” katanya.

Muhyiddin memimpin kerajaan PN dari 2020 hingga 2021.

Umno terus merosot

Menurut Ibrahim, masalah dihadapi Umno dijangka berterusan walaupun parti itu menjadi sebahagian kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan dan juga peringkat negeri di Pahang.

Katanya, persepsi negatif ke atas Umno, parti Melayu terbesar dalam negara, masih tidak berubah.

“Rakyat melihatnya sebagai parti dengan pemimpin bermasalah dan jauh dari rakyat.

Bagaimanapun, Ibrahim mengakui pemimpin kelahiran Pahang, Najib Razak masih menguasai sokongan di negeri itu.

Walaupun Najib masih menjalani hukuman penjara kerana rasuah, Ibrahim mendakwa tiada pemimpin lain dalam Umno yang mampu mengatasi pengaruh bekas perdana menteri itu.

“Pengaruh Najib pastinya menjejaskan Umno. Beliau popular di Pahang tetapi pemimpinnya di peringkat nasional kurang popular berbanding dirinya.

“Ia tidak membantu Umno yang mahu menguasai sokongan baharu,” katanya.

Ibrahim juga berkata kerjasama Umno dengan DAP yang menjadi sebahagian dari PH juga menyebabkan sokongan parti berasasan Melayu itu merosot.

“Pahang merupakan negeri majoriti Melayu, jadi agak sukar untuk mempromosi cerita kerjasama dengan DAP dengan baik.

“Anda ada jumlah pengundi konservatif yang besar, pilihan mereka selama ini sama ada PAS atau BN tetapi tiba-tiba BN ada kerjasama dengan DAP yang sedikit-sebanyak merumitkan imej bagi pengundi.”

Ibrahim berkata satu-satunya peluang bagi Umno dan BN untuk kekal relevan dan berkuasa di Pahang hanyalah melalui pakatan pilihan raya.

“Itu sedikit cabaran. Umno tidak dapat menang mudah. Jadi perlu ada gabungan berterusan.

“Perlu ada kerjasama gabungan. (Umno) tidak boleh bertanding tiga penjuru lagi.

“Satu-satunya cara untuk Pahang kekal ialah dengan kedua-dua gabungan BN dan PH bekerjasama. Bertanding solo tidak akan memberikan sokongan pada mereka.

“Jika Umno ada pakatan, mereka boleh menang tipis tetapi mereka perlu melalui satu gabungan sebelum pilihan raya atau mereka akan hilang lebih banyak kerusi dalam pertandingan tiga penjuru.

Awal tahun ini, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri 1 berkata Umno dan BN akan bekerjasama dengan PH untuk menghadapi PRU akan datang.

Bagaimanapun pada bulan lalu, setiausaha agung PH Saifuddin Nasution berkata PH masih belum memutuskan sama ada akan bekerjasama dengan Umno-BN dalam PRU akan datang.

Sentimen pengundi Melayu seperti di Pahang menjadi perhatian sewaktu tumpuan terarah ke pilihan raya kecil yang akan berlangsung di kerusi Kuala Kubu Baru di Selangor.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Lee Kee Hiong dari DAP pada Mac.

Walaupun kerusi Kuala Kubu Baru secara tradisinya dimenangi calon Cina, ia mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar (46.36%), diikuti Cina (30.65%), India (18.02%) dan pengundi lain (4.98%). – 1 April, 2024.

APA DAH JADI

DGN NA AA MANU

KAH KAH KAH

DULU KLIM

KETUANAN MELAYU

KINI DAH DIKENALI

PARTI TIPU MELAYU

PARTI JUAL MELAYU

KAH KAH KAH

KHALAS 

SPRM SENJATA POLITIK TERBAIK



SPRM perlu diletak di bawah Parlimen – Muhammad Rafique

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi alat dendam politik selagi bidang kuasanya tidak diletak di bawah Parlimen.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, kedudukan dan tata kelolanya akan diperjelas sekiranya diletakkan di bawah Dewan Rakyat.

“SPRM seolah diperkuda bagai alat dendam politik Perdana Menteri. SPRM pula akan sentiasa ditunggang sebegitu rupa selagi mana ianya tidak diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

“SPRM juga tidak akan berubah selagi mana Ketua Pesuruhjayanya (Tan Sri Azam Baki ) tidak diletakkan bawah seliaan Dewan Rakyat untuk menjawap isu-isu tatakelolanya sendiri. Ini sahaja cara untuk elak SPRM dijadikan alat politik mana-mana Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menyifatkan suruhanjaya berkenaan dilihat hanya berminat menyiasat individu yang tidak menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani.

Katanya, ini kerana hampir semua kes profil tinggi yang disiasat atau diambil tindakan adalah dalam kalangan pengkritik Perdana Menteri.


Selain itu beliau mendakwa laporan pihak tertentu terhadap SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tidak diambil tindakan.

“Laporan-laporan kepada SPRM atau PDRM mengenai individu-individu samada Perdana Menteri atau rakan-rakannya pula seolah tiada tindakan konkrit. Sepi seribu bahasa.

“SPRM seolah diperkuda bagai alat dendam politik Perdana Menteri,” katanya .

WOIT

MASA PKR

PEMBANGKANG

TUNTUTAN INI

TELAH DI BUAT

AMIN

MASA PKR JADI

KERAJAAN 

SPRM

DILIHAT SEBAGAI

ALAT & SENJATA

TAJAM UTK BUNUH

 MUSUH POLITIK

AMIN

NANTI PEJUANG

PUN BILA JADI

KERAJAAN AKAN

IKUT SAMA

AMIN

MUSTAHIL ADA

PARTI POLITIK 

NAK HILANG KUASA

KAH KAH KAH

YNG TERUS BISING

BADAN NGO

KERANA TAK PERNAH

DAPAT KUASA

KHALAS

AMERIKA SOKONG RAKYAT MALAYSIA BERDEMO DAN BOIKOT


AMERIKA SOKONG

HAK RAKYAT

 MALAYSIA

BERDEMO DAN HAK

BOIKOT

KHALAS

RAFIZI SOSOK TERBIAJK DALM PKR


RIFIZI SOSOK

TERBIJAK DLM PKR

PESAING ANWAR

KHALAS 

Unknown commented on 
"WARGA INTERNET
 PUKI KAN RAFIZI"

""Hari ini tak da pantun. Suka koranglah, nak daftar, daftar. Tak nak daftar pun pandai-pandailah korang beraya," katanya dengan nada sinis..."

orang zaman sekarang saja kena patuh membuta tuli.
kena ikut setiap butir arahan walhal setiap orang ada kepala otak akal boleh fikir.

sebelum malaon rafizi ni lahir pun,
mak ayah tok nenek kita dulu takda padu padu apa kejadah pun. ok ja boleh beraya makan ketupat lemang rendang semua anak cucu kenyang senang hati.

esok lusa kalau malaon rafizi ni mati tegak berdiri, kita semua akan beraya beraya makan ketupat lemang rendang semua anak cucu kenyang senang hati.

takda sapa ambil pot samada padu ke tak padu, rafizi mati ditanam di kubur mana.
kita berapa happy2 ja.

MENTERI NGOK TAK TAHU KAFFIR LIME


LIMAU PURUT

ADALAH

KAFFIR LIME

KHALAS

[5:03 pm, 31/03/2024] Kam: Kesian Menteri Fadhlina..Limau Purut pun haram di rumah sebab Mat Salleh panggil Kaffir  Lime kah kah kah

[6:37 pm, 31/03/2024] Kam: Sabenar nya Kafir tu bukan perkataan burok .Kata asal nya kufr...kafa tu tutop.Apabila petani semai beneh atau bijirin, dia tutop atau kambus( kufr). Dari segi agama, jika hati nya belum terima hidayah, masa tertutop, kufr atau kafir...Orang Trengganu dulu dulu takut dengan Christianity..Di panggil Kristiang.Kalu marah kat Kristiang orang Ganu panggil  Kapir Serani...

[6:39 pm, 31/03/2024] Kam: Sekarang Kapir  Madani jadi mangsa

[6:42 pm, 31/03/2024]  Kam: Sampai memandai mandai nak ban  perkataan kapir tu apa hal.Mesti berilmu jika mau jadi pemimpin


 

KOS PADU 80 JUTA RINGGIT


PROJEK PADU

KOS 80 JUTA

JENG JENG JENG

CARA LICIN KELEPET

DUIT RAKYAT

KHALAS 

MENTERI DAN KAPIR

 


Mengaku sahaja kesilapan, mufti Perlis beritahu Fadhlina dalam kontroversi 'kafir'


Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan keperluan seorang menteri kerajaan menyatakan rasa kurang senang dengan penggunaan label "kafir" sedangkan ia tidak menjadi isu di kalangan umat Islam di negara ini.

Asri mengulas kontroversi yang menyelubungi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek selepas tular video ucapannya di sebuah majlis di mana pemimpin PKR itu memberitahu beliau mengharamkan penggunaan istilah "kafir" di kalangan anak-anaknya.

Dalam ucapan itu, Fadhlina berkata ini kerana memanggil rakyat bukan Islam di negara ini sebagai "kafir" adalah tidak wajar.

Asri berkata ucapan Fadhlina itu tidak menjadi isu sekiranya pengharaman itu di sekolah atau di tempat awam, ataupun sekiranya anaknya suka memanggil orang bukan Muslim "kafir".

"Namun, apabila disebutkan 'di rumah', maka amat pelik, apakah ada kecenderungan dalam keluarga memanggil sesama sendiri 'kafir'?!"

Asri menjelaskan, umat Islam di Malaysia sememangnya tidak memanggil orang bukan Islam sebagai "kafir" dalam pergaulan harian mereka.

Sebaliknya, istilah itu biasanya digunakan sebagai rujukan dalam perkara aqidah.

"Tiada siapapun dalam negara ini menyuruh memanggil mereka yang berlainan agama 'hai kafir' ketika bergaul dan berdialog," kata Asri.

Selepas menerima kritikan hebat, Fadhlina mendakwa beliau difitnah dan membuat laporan polis.

Asri bagaimanapun menasihatkan Fadhlina supaya perbetulkan ucapannya. 

"Jangan sebut video tidak penuh, nanti masyarakat Muslim akan minta video penuh. Bimbang, banyak hal lain mungkin akan timbul. Beritahu sahaja, ada kesilapan dalam ucapan tersebut."

Menurut Asri, dengan mengajak orang ramai berhenti mengunakan perkataan "kafir", ia memberikan persepsi tidak betul terhadap umat Islam.

"Ia membohongi sikap baik yang sedia ditunjukkan oleh masyarakat Muslim, seakan orang muslim di Malaysia memilih panggilan yang tidak sesuai kepada masyarakat bukan Muslim ketika berinteraksi, padahal itu tidak berlaku."

Asri berkata kemarahan terhadap ucapan Fadhlina adalah disebabkan beberapa kempen di peringkat antarabangsa yang cuba mengharamkan beberapa istilah yang digunakan dalam akidah Islam. Ini termasuk kalimah jihad dengan alasan ia berkait dengan keganasan, di samping konsep lain seperti kafir, syirik, murtad, dan keyakinan bahawa Islam agama yang benar.

"Bayangkan jika video itu tidak dikritik. Sudah banyak bulan ia beredar, tiada jawapan sekalipun beberapa pihak telah membantah. Setelah desakan kuat, barulah ditimbulkan kononnya ada konteks yang tersendiri. Itupun sangat ganjil," kata Asri, yang mempertahankan hak umat Islam membantah ucapan Fadhlina "kerana ia boleh membawa maksud yang sangat salah".

Asri berkata "amat menggusarkan" apabila seorang menteri yang mempunyai kuasa dalam lapangan pendidikan menimbulkan perkara itu.

"Ada yang menyatakan video itu tidak lengkap. Jika benar dakwaan itu, maka, sila tunjukkan yang lengkap untuk rakyat faham. Dibimbangi jika yang lengkap ditunjukkan, banyak lagi hal lain yang muncul. Jawapan beliau dalam isu ini amat ganjil."

PASANG NIAT

NAK BODEK CHINA

KAH KAH KAH

TAK SANGKA

ADA AYAT

YAL AL YUHAL

KAFFIRUUN

KAH KAH KAH

LENDIR BUBUH

KAT MUKA 

BIKIN TEBAL

KAH KAH KAH

KHALAS

ZAKAR SHI TIBAI RAFIZI LAGI


Daftar PADU automatik curi data pengguna? – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan mendaftarkan rakyat secara automatik dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mempersoalkan sama ada langkah yang diumumkan Ketua Perangkawan,  Mohd Uzir Mahidin boleh dianggap sebagai mencuri data pengguna.

Mohd Puad juga mempersoalkan sama ada langkah tersebut merupakan formula terbaharu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana berikutan selepas tiga bulan dilancarkan hanya separuh warganegara membuat pendaftaran.

“Ketua Perangkawan Uzir Mahidin kata pendaftatan automatik akan dibuat bagi yang belum lagi daftar PADU. Rafizi memang “Raja Formula”.

“Macam mana Rafizi dapat formula daftar automatik? Tidak mungkin curi data. Tiga bulan kempen PADU 10.6 juta orang sahaja yang daftar.

“Tetapi setelah tamat tempoh daftar, dalam sekelip mata semua rakyat Malaysia akan terdaftar dalam PADU melalui daftar automatik,” soal beliau.

Mohd Uzir dalam sidang media baru-baru ini dilaporkan berkata, PADU masih mempunyai data asas lebih 30 juta rakyat Malaysia yang didaftarkan secara automatik ke dalam sistem tersebut.

Menurutnya, data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi.

Beliau bimbang keciciran bantuan berlaku kepada mereka yang hanya mempunyai data asas namun pada masa sama memaklumkan, jumlah tersebut mungkin agak kecil.

Sementara itu Mohd. Puad menyindir Rafizi yang berkongsi klip video pendek yang menyatakan beliau ‘penat’ untuk menyampaikan pantun berkaitan PADU.

“Dalam videonya, Rafizi kata ‘dia penat’. Siapa sebenarnya penat? Dia atau yang sudah mendaftar? Baru dia tahu, jadi menteri penat, kerja menghasut tidak penat,” kata Mohd. Puad.

Dalam video berkenaan, Rafizi seolah-olah berputus asa selepas PADU yang dilancankan pada 1 Januari lalu tidak mendapat maklum balas yang memberangsangkan.

“Hari ini tak da pantun. Suka koranglah, nak daftar, daftar. Tak nak daftar pun pandai-pandailah korang beraya,” katanya dengan nada sinis di sebalik pelbagai kritikan mengenai PADU.

Media melaporkan, Rafiz berkata, seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.

Pendaftaran sistem PADU ditutup pada jam 11.59 malam 31 Mac.-

KAH KAH KAH

WOIT ZAKAR SHI

TIBAI LAGI

KAH KAH KAH

RAFIZI ADA

FORMULA BARU

KAH KAH KAH

SEMUA DAFTAR

SDN PADU

SECARA OTOMATK

JENG JENG JENG

KOS PADU 80 JUTA

APA CERITA ?

JENG JENG JENG

KHALAS

HANCURKAN AMERIKA DULU



Biden luluskan jualan senjata kepada Israel secara sembunyi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden secara rahsia telah meluluskan jualan bom dan jet pejuang baharu yang bernilai berbilion-bilion dolar kepada Israel dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut laporan yang diterbitkan Jumaat.

Tel Aviv telah berikrar untuk melancarkan serangannya ke bandar selatan Rafah yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 1.5 juta orang pelarian.

Senjata yang diluluskan minggu ini oleh Biden termasuk 1,800 bom MK84 2,000 paun dan 500 bom MK82 500 paun, kata sumber Jabatan Negara dan Pertahanan yang tidak mahu dikenali kepada akhbar Washington Post.

Katanya, Jabatan Negara juga meluluskan pemindahan 25 jet pejuang dan enjin F-35A yang dianggarkan bernilai sekitar ASAS$2.5 bilion.

Jualan belum dimaklumkan secara terbuka, dan tiada pengumuman dibuat di laman web Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan, yang mana pemberitahuan sedemikian biasanya disiarkan.

Biden dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semakin bertelagah sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terbaharu selepas AS gagal memveto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza.

Netanyahu bertindak balas dengan secara tiba-tiba membatalkan lawatan yang dirancang ke Washington oleh delegasi antara agensi Israel yang membincangkan alternatif AS kepada pencerobohan Israel ke atas Rafah.

Mesyuarat itu kini dijadualkan semula.

Tetapi perselisihan itu nampaknya tidak menjejaskan kesediaan Biden untuk terus membekalkan Israel dengan senjata.

Keputusan secara senyap-senyap dibuat susulan semakin banyak tuntutan daripada Demokrat yang telah menggesa presiden untuk menghentikan sebarang peruntukan tambahan senjata kepada Israel yang menghalang bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

Dua minggu lalu, enam senator Demokrat menghantar surat kepada Biden menggesanya menghentikan penjualan senjata ke Tel Aviv, kerana kini melanggar undang-undang 1961 yang melarang penjualan senjata kepada negara yang menghalang penyampaian bantuan AS.

“Amerika Syarikat tidak seharusnya memberikan bantuan ketenteraan kepada mana-mana negara yang mengganggu bantuan kemanusiaan AS.

“Undang-undang Persekutuan adalah jelas, dan, memandangkan krisis mendesak di Gaza, dan keengganan berulang kali Perdana Menteri Netanyahu untuk menangani kebimbangan AS mengenai isu ini, tindakan segera adalah perlu untuk mendapatkan perubahan dalam dasar oleh kerajaannya,” ,” kata Senator Bernie Sanders, Chris Van Hollen, Jeff Merkley, Mazie Hirono, Peter Welch, Tina Smith, Elizabeth Warren dan Ben Ray Lujan. – Agensi



TANPA AMERIKA

ISRAEL HANCUR

AMIN

UNTUK MUSNAHKAN

ISRAEL WAJIB

AMERIKA DI MUSNAH

TERLEBIH DULU

AMIN

KHALAS