KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama)-- Kerajaan PAS Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 Sept sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata ini kerana mengikut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah mempertikaikan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Malah, katanya kerajaan Kelantan PAS pernah membawa kes ke mahkamah kerana mempertikaikan penggabungan tersebut, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 14 Sept 1963.
Kah kah kah….. menteri Parti 46 ni nak klentong sejarah. Woit jangan jadi ngok.
Memang betul PAS ketika itu PMIP menentang pembentukan Malaysia. Bukan sahaja PMIP yang menentang – Parti Rakyat , Parti Buruh dan Barisan Sosialis dari Singapura juga menentang. Parti Rakyat dari Berunai juga menentang.
Kenapa mereka menentang ?
Kerana rakyat Sabah dan Serawak termasuk Berunai hendak merdeka dari penjajah British. Rakyat Kalimantan Utara mahu membentuk negara mereka sendiri. Projek Malaysia ini juga adalah strateji kuasa imperialis Anglo-Amerika untuk mengepong Indonesia yang di pimpin oleh Nasionalis Agung Bung Karno.
Menentang pembentukan Malaysia adalah tanda solidariti dan setia kawan Melayu Raya.
Kah kah kah…. yang paling bodoh sekali ialah United Malays National Organisation bersetuju Singapura ‘masuk Malaysia’. Ini kerja bangang. Macam mana Singapura nak masuk Malaysia kerana Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Idea bangang inilah yang di tentang oleh PMIP, Parti Rakyat dan Parti Buruh.
Rakyat Kalimantan Utara juga tidak setuju. Mereka di paksa oleh British.
Akahirnya apa berlaku ? Boestaman, Hasnul Hadi, Dr. Buhannuddin dan ramai lagi di cekup oleh ISA dan dihantar ke kamunting. Ini sejarah.
Bila Singapura keluar Malaysia parti United Malays National Organisation ini menyuruk dalam reban ayam…..bukan bertelor tapi mengeram telor sendiri ….. kah kah kah.
Menteri ngok Debat Perdana dari Kemaman ni….. memang bodoh lagi bangang. Patutlah dia masuk parti yang bernama 46.
Kah kah kah…. orang suka 69 dia suka 46 … patutlah biol…. Kah kah kah.
Selasa, 2 September 2008
KRISIS DUNIA YANG SEDANG DATANG
Dalam sistem ekonomi kapitalis - yang menjana perkembangannya ialah pengeluran dan permintaan. Selagi ada pemintaan maka akan wujud pengeluaran. Hukum ekonomi kapitalis ini tidak pernah berubah-ubah hingga hari kiamat.
Hukum kedua dalam ekonomi kapitalis ialah keuntungan maksima. Kuam pemodal menggunakan modal – harta dan wang ringgit – untuk melabor agar mendapat keuntungan maksima. Keuntungan maksima ini datang dari upah buruh yang murah dan menjual produk yang siap dengan harga mahal. Lebihan nilai harga buruh yang diambil oleh tuan empunya kilang akan memastikan kaum pemodal untung berganda-ganda. Hukum ini juga tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat.
Sesudah Perang Dunia Ke Dua , ekonomi kapitalis berkembang. Eropah dan Jepun yang hancur ranah dalam perang perlu di bangunkan. Proses pembangunan sesudah perang menjadikan ekonomi kapitalis gemilang.
Hari ini ekonomi kapitalis global sedang menghadapi satu krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang belum pernah terjadi. Krisis ini lebih buruk dari Zaman Melesat 1929. Lebih buruk dari zaman sebelum Perang Dunia Ke Dua
Banyak bank-bank di Amerika dan Eropah telah gulung tikar. Banyak syarikat di Amerika dan Eropah sudah jatuh muflis. Ramai tenaga kerja dan kaum buruh kini menggangur. Di United Kingdom harga rumah turun mendadak. Kalau dulu sebuah rumah berharga 60 ribu sterling kini jatuh menjadi 40 ribu. Ertinya tuan pembeli rumah yang meminjam duit dari bank terpaksa membayar bunga ditakok harga lama – walhal nilai harga rumah telah jatuh.
Keadaan ini dikusutkan lagi dengan harga bahan bakar petrolium yang semakin mahal. Bahan bakar ini semakin susah untuk di temui dan hampir habis. Bahan bakar ini adalah juga asas yang paling penting untuk perkembangan ekonomi kapitalis.
Ini lah latar belakang krisis global yang sedang di hadapi oleh ekonomi kapitalis. Tidak lama lagi kita juga akan berhadapan dengan krisis yang sama.
Justeru, kuasa imperial kaum pemodal Anglo-Amerika telah melanggar dan menawan Iraq untuk merampas telaga minyak. Kuasa imperial Anglo-Amerika juga telah melanggar dan menawan Afghanistan. Ini untuk memastikan gas yang tersimpan dan terperangkap dalam perut bumi Afghan akan dimiliki oleh syarikat multinasional Anglo-Amerika.
Pengeluaran barang-barang dari negara-negara kapitalis juga semakin melimpah-limpah dan telah sampai ke satu tahap dimana TIDAK ada lagi pasaran – tidak ada pembeli. Apabila barang yang dikeluarkan tidak ada pembelinya maka dengan serta merta ekonomi akan menguncup. Penguncupan ekonomi inilah yang menjadikan kaum buruh hilang kerja dan inflasi naik mendadak.
Dalam sistem ekonomi kapitalis apabila berhadapan dengan krisis ini maka kaum pemodal akan merancang PERANG.
Zaman Meleset 1929 berakhir dengan perang Dunia Ke Dua. Bila ada perang maka Industri Perang akan bergerak maju. Peluru, senapang, roket, kereta kebal, jet pejuang, pakaian, makanan dan seribu macam jenis peralatan akan diperlukan. Industri Perang akan berkembang. Anak-anak muda dan sesiapa sahaja yang menggangur akan di hantar ke medan perang untuk menyelesaikan masaalah ekonomi. Inilah hakikat hukum ekonomi sistem kapitalis.
Di mana Malaysia berada dalam suasana ini ? Tidak dapat tidak ekonomi Malaysia juga akan menguncup. 60% ekonomi kita adalah bahan expot untuk Amerika. Apabila ekonomi Amerika menguncup maka ekonomi Malaysia juga akan menguncup sama.
Dalam masa yang tidak lama lagi akan kedengaran berita – graduan tanpa kerja, kilang di tutup, buruh dan pekerja kilang di buang. Syarikat muflis, peniaga juga akan jatuh muflis dan ramai orang berhutang pada bank dan Along akan juga jatuh muflis.
Buruh-buruh asing yang berada di Malaysia akan juga ke hilangan kerja. Wajib disedari tidak kesemua yang hilang kerja ini akan pulang ke tanah asal mereka. Ini adalah hakikat. Kehadiran mereka tanpa kerja ini juga akan membawa banyak masaalah.
Akan muncul satu fenomena baru – rompakan, pecah rumah dan kecurian akan berlaku berlipat ganda. Ini dilakuan oleh sesiapa sahaja yang kehilangan kerja sebagai cara menampong hidup. Tidak semestinya ‘jenayah’ ini hanya dilakukan oleh pendatang luar negara.
Bila ‘jenayah berkembang’ maka sentimen anti-orang asing akan muncul. Pekerja dari luar negara ini akan menjadi ‘kambing hitam’. Akan muncul taring rasis yang menyalahkan bangsa atau kaum asing. Sikap anti-pendatang akan membiak. Mereka akan dituduh sebagai bertanggung jawab mengambil kerja anak tempatan. Mereka akan dituduh sebagai pembawa masaalah jenayah.
Ini tidak betul. Yang melahirkan jenayah ialah sistem ekonomi kapitalis. Kaum pemodal memerlukan buruh-buruh murah untuk mendapat keuntungan maksima. Apabila kilang di tutup kaum pemodal ini tidak akan bertanggung jawab. Buruh-buruh yang hilang pekerjaan ini akan merempat. Jenayah hanya satu pilihan untuk hidup.
Apakah tamadun manusia dapat melarikan diri dari cengkaman ekonomi kapitalis ini?
Jawabnya ada. Jawapan kepada kejelikan dan kezaliman sistem ekonomi kapitalis ini ialah sistem ekonomi sosialis.

HOT !HOT! HOT! UMNO MINTA MAAF BERHUBUNG KENYATAAN KETUA BAHAGIAN
KUALA LUMPUR 2 Sept. �UMNO, tunggak kerajaan Barisan Nasional (BN), mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.
Kami berharap orang bukan Melayu tidak terlalu terganggu dengan kenyataan itu dan kami meminta maaf jika ia telah menyentuh sensiviti atau menimbulkan rasa kurang senang berhubung kenyataan itu.
Kami minta maaf, UMNO meminta maaf walaupun ia bukan kenyataan kami tetapi kenyataan itu telah dibuat oleh seorang daripada ketua bahagian kami. Ianya tidak wajar dan tidak mencerminkan pendirian dan sikap UMNO atau kepimpinan UMNO. Kami benar-benar kesal dengan perkara itu,� kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini.
Kah kah kah…..
maaf kan kami
maaf kan kami
maaf kan kami
Kah kah kah ...berapa kali nak minta maaaf daaaaaa……. Kah kah kah…. Komponen Barisan Nasional semua nak cabut masuk Pakatan. Bila-bila masa saje Gerakan akan masuk, parti di Sabah dan Serawak telah bersedia …… kah kah kah… udah terlambat kot….
Bila nak minta maaf beli kapala selam?
Bila nak minta maaf projek 5 bilion ringgit kapal angkatan laut tak siap-siap di Lumut?
Bila nak minta maaf pada Mister Sharibu ayah Altantuya?

SELAMAT BERBUKA PUASA
Selamat Berbuka Puasa.
Kuala Lumpur hujan lebat. Cuaca selesa.
Tak perlu mundar mandir buat sibuk.
Jangan makan berlebihan. Itu bukan amalan puasa.
Hari Raya lagi 28 hari.

IRAN AKAN DI SERANG ? – BERITA DI GELAPKAN
Ketika dunia sedang sibuk dengan sukan Olympik, bala tentera laut Amerika Syarikat telah bergerak ke Telok Parsi.
Hari ini dua ‘aircraft carrier’ Abraham Lincoln dan Peleliu sedang berlabuh di Telok Parsi.
Sebuah lagi kapal Iwo Jima telah mula bergerak pada 22hb Ogos yang lalu juga menuju ke Telok Parsi.
Dua lagi kapal Theodore Roosevelt dan Ronald Reagan dikatakan sedang dalam perjalanan tetapi belum ada kepastian yang sahih.
Berita-berita ini telah dilaporkan oleh Jerusalem Post dan telah dipungut oleh sebuah akhbar di Mesir. Dunia Arab kelihatan sedar akan apa yang sedang berlaku walau pun media antarabangsa menggelapkan berita ini.

Labels:
Amerika Syarikat,
iran,
minyak,
perang
BERITA SEDIH
Pada bulan Ogos 2008 yang baru lalu seramai 13 wartawan/pemberita telah mati terbunuh.
Terakhir tiga terbunuh di perang Georgia/Russia dan dua di Selatan Filipina. Dua lagi terbunuh di Siam dan dua lagi di Pakistan.
Tahun lalu ( 2007) jumlah wartawan/pemberita yang terkorban ialah 117.

TERKINI / STOP PRESS
Anwar Ibrahim akan mengadakan Sidang Akhbar di Ibu Pejabat Keadilan.
Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat
A-1-09, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya .
Jam : 11.00 pagi – semua genre media di jemput datang.
UBAH PEMIKIRAN UNTUK TINGKAT TARAF HIDUP – Utusan Melayau
SRI AMAN 1 Sept. - Masyarakat luar bandar diminta supaya mengubah corak pemikiran mereka supaya tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong Dagang berkata, kebanyakan golongan masyarakat luar bandar pada masa ini masih lagi mengamalkan corak pemikiran lama dan ia mendatangkan kesan negatif kepada usaha peningkatan taraf hidup mereka.
''Jika masyarakat luar bandar masih mengamalkan pemikiran lama, maka mereka akan ketinggalan berbanding masyarakat lain dalam arus pemodenan negeri," katanya di sini baru-baru ini.
Kah kah kah….. woit YB bila lagi YB nak ubah cara bercakap. Masyarakat luar bandar dah lama berubah….. mereka dah nak buangkan YB-YB semua ke dalam tong sampah sejarah…. Kah kah kah….. YB tidak sedar ke… YB akan akan tenggelm dalam arus perubahan rakyat…… YB ni…. Tak baca paper ke? Kah kah kah….

ADUN SABAH,
sabah,
YB
BERUBAH DEMI SURVIVAL POLITIK – Utusan Melayau
APAKAH mekanisme yang boleh digunakan untuk menjenamakan semula Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah?
Itulah persoalan yang berlegar di fikiran apabila Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu mencadangkan format dan pengisian gabungan itu yang wujud sejak 1973 diubah bagi menarik golongan muda.
Muhyiddin berkata, usaha mengolah semula BN perlu dimulakan oleh UMNO sendiri sebelum diikuti oleh parti-parti komponen yang akan mengumpulkan maklum balas kehendak kaum yang diwakili mereka.
Kah kah kah…. jenama baru ? Kah kah kah…. Luis Vuiton dah ada orang punya, Gap dah ada orang punya…. Georgio Armani pun dah jadi jenama orang…. Kamdar dan Mydin pun jenama orang dah chup….
La tu ... napa tak ubah nama United Malays National Organisation tu….ganti jenama baru...kah kah kah….. ni nama Mat Salleh… orang muda la ni tak ramai belajar Maths dan Science dalam bahasa Mat Salleh pasai itu depan tak sukung….depa tak tahu apa ke jadahnya masih pakai nama Mat Salleh ni…. Kah kah kah. Hang nak survive lebih baik hang lawan Dolah.....kah kah kah.

4 FORMULA DEKATI GOLONGAN MUDA – Utusan Melayau
IPOH 1 Sept. - Barisan Nasional (BN) perlu membentuk satu pendekatan khusus bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama dalam proses pembangunan negara.
Ia antara empat formula yang dicadangkan oleh Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin, dalam usaha menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN). ''Kita perlu menggunakan pendekatan baru ini terutama di era siber ini dan blog merupakan satu lagi media alternatif dalam mendekatkan diri kepada generasi muda.
''Kita dapati, penggunaan blog-blog ini kini telah dimonopoli oleh pembangkang kerana mungkin memahami kehendak dan keperluan yang mahukan jawapan atau interaksi secara terus," katanya. UMNO juga katanya, perlu membentuk sistem 'Kawan-Kawan UMNO' bagi menarik lebih ramai generasi muda terutama di kalangan profesional memahami situasi dan keadaan negara yang berlaku sekarang.
Kah kah kah…. Formula pertama ialah TUTUP FORMULA ONE– dan bentang belanjawanya ke parlimen – kah kah kah…. Woit... hang buat blog taraaaak orang nak baca…. Hang buat buat laman web…. taaraak orang nak jengok…… lepas tu hang tahu tutup Malaysia-Today…. Kah kah kah – ini formula hang number berapa?
Kah kah kah… nak buat formula ‘ kawan-kawan’ ….. woit best nya… mesti ramai Contract Jungkies kumpul cari projek …. Kawan-kawan hang yang beri subcon kepada subcon turun ke subcon dan bagi lagi pada subcon …. Bila subcon buat jambatan, jambatan runtuh, buat sekolah , sekolah runtuh, buat bangunan, bangunan bocor….kah kah kah.
Yang repair parlimen 90juta ringgit sampai hari ini masih bocor tu bukan ‘kawan-kawan’ hang ke ? Kah kah kah.

MINTA HENTI DESAKAN – Utusan Melayau
KOTA BAHARU 1 Sept - UMNO Kelantan hari ini meminta Gerakan berhenti mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail berhubung satu kenyataan yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan Ahmad itu pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas bersifat peribadi seperti juga kenyataan beberapa pemimpin Gerakan yang mengugut untuk keluar BN sebelum ini.
"Gerakan mutakhir ini semakin jelas mengeluarkan kenyataan yang terus menggugat keharmonian BN tetapi pemimpin UMNO yang lain tetap bersabar.
Kah kah kah…. abe we mu royak gapo..… mu ni tak pahae pahae… parti Gerakan demo tu doh nak lari…. natang bewok gapo..… mu gedebe cam no… mu balon pitis orang miskin….. kah kah kah.

anwar musa,
gerakan,
Pemuda UMNO
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – Utusan Melayau
WAJARKAH 16 September yang merupakan hari ulang tahun penubuhan Malaysia, diisytiharkan cuti umum?
Awang lontarkan pertanyaan ini berikutan cadangan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang mahukan lima negeri pembangkang berbuat demikian.
Nasihat Awang kepada Anwar supaya jangan terlalu yakin dan usahlah gundah jika apa yang dirancang tidak kesampaian.
Kah kah kah… awang oh awang…. Apo kono kao jang… den dah kobakan surek kaba kao tak ramai orang cayo lagi…. kah kah kah… ekao tak soda ko…. Nasib baik gamin tak bagi den lesen… kalao bogi mapuih surek kaba kao… tak ado orang nak boli….. kah kah kah.

Langgan:
Catatan (Atom)