Sabtu, 14 November 2020

SELAMAT BERGUMBIRA MENYAMBUT HARI PENCERAHAN



SELAMAT  

MENYAMBUT HARI

PENCERAHAN

 


RAKYAT BANTU RAKYAT

 



AWAS


Kes baharu Covid-19 masih kekal 4 digit, Lembah Klang catat penurunan 

KES jangkitan Covid-19 masih kekal empat digit buat dua hari berturut-turut apabila 1,114 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun kes hari ini mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam yang mencatatkan 1,304 kes.

Kes baharu di Lembah Klang menunjukkan penurunan apabila hanya 217 kes dicatatkan hari ini.

Sabah terus mencatatkan kes paling banyak dengan 391 kes disusuli Negeri Sembilan iaitu 371 kes yang kebanyakannya dari kluster Cergas dengan 363 kes.

Secara keseluruhannya, Malaysia merekodkan 46,209 kes jangkitan Covid-19.

“Kebanyakan kes di Lembah Klang hari ini daripada kluster yang sedia ada dengan 145 kes.

“Di Negeri Sembilan, 97.8% kes hari ini dikesan daripada kluster Cergas.

“Sementara itu, 65 kes dikaitkan dengan kluster penjara iaitu 45 dari kluster Tembok, 14 kluster penjara Seberang Perai, 3 kluster penjara Sandakan, 2 daripada kluster Kepyan dan hanya 1 dari kluster GK Tawau.

“Daripada 1,114 kes baharu hari, dua merupakan kes import melibatkan seorang individu dari Indonesia dan seorang dari Jordan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, sebanyak 803 kes pulih direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan keseluruhan kes pulih 33,772 kes.

“103 pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 43 daripadanya perlu menggunakan alat bantuan pernafasan,” tambahnya.

Dua kematian turut dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kes korban kepada 306 kes. – 14 November, 2020.


AWAS

PKPB di Johor langkah awal elak Covid-19 lebih serius, kata menteri



Lebih 500 kes langgar PKPB dalam tempoh 24 jam, kata menteri



AWAS


4 kluster baharu 

Covid-19 dikesan

EMPAT kluster baharu dikesan hari ini dengan masing-masing dua kluster berasal dari Sabah dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut dikenali sebagai Istimewa dan Alila dari Sabah dan Assumption dan Rajawali dari Pulau Pinang.

“Bagi kluster Istimewa di Sandakan, Sabah, kes indeks dikesan positif pada 20 Oktober lalu dan hasil pengesanan kontak mendapati 15 lagi individu dijangkiti Covid-19.

“Kesemua pesakit dihantar ke Hospital Duchess of Kent,” katanya.


Katanya seramai 54 orang telah menjalani ujian saringan dengan 16 didapati positif, 27 negatif dan 11 lagi menunggu keputusa.

Bagi kluster Alila dari Kota Kinabalu, kes indeks dikesan positif pada 5 Oktober dan menjangkit 22 individu lain yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

“Setakat hari ini, 317 individu telah diuji. 23 kes dikesan positif dengan dua kes baharu manakala 294 lagi masih menunggu keputusan.

“Kluster Assumption melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dan juga Kulim di Kedah. Sebanyak 10 kes dikesan dari kluster ini.

“Bagi kluster Rajawali di daerah timur laut dan barat daya Pulau Pinang, 10 kes telah dikesan.

“Sebanyak 90 orang telah diuji dan 15 daripadanya bebas wabak itu,” kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu, dua kluster iaitu kluster Bah Lunas di Kulim dan Baling di Kedah, dan kluster Bah Bemban di Dungun Terengganu dan Kota Kinabalu telah berakhir. – 14 November, 2020.


HATI

HATI

AWAS

SEMBURAN MADEY





 SEMBURAN MADEY

Arymanchino commented on 
"MADEY CAKAP KARUT"
Kah..kah..tajam Tun Madey punya semburan.Tp biasa lah Abam memang xfaham dan sukar faham sbb dia asik tengok dari belakang..

KALAU MADEY TAK RELEVENT PASAL APA AMBIL POT

 


 KALAU MADEY TAK RELEVANT PASAL APA AMBIL POT

cikminah commented on

 "MADEY CAKAP KARUT"

Hahahaha.....bila Madey bukak mulut je, kata Anwar tak layak jadi PM, terbangun semua hantu dalam kubur, mempertahankan Abam. Menegak telinga Gollum, menjerit kat Madet, U shudup old man. U wanna spoil PH'chance to win the war...? 



Kahkahkahkah....kan ke Husam & all the machais cakap Madet dah tak relevent. Kalau Madet tak revent, his words for sure will not be relevent too, kan.... ? Jadi, kenapa semua hevoc...?


ADABIJIK DIBELAKANG BULU

 


ADA BIJIK

DI BELAKANG 

BULU



Unknown commented on 

"MADEY CAKAP KARUT"

Memang puncanya itu. Apa bila imf, bank dunia, bank akhirat,bank syurga neraka puji puji Anwar kote dia sudah syok. Bangkit macam tiang bendera. Tapi pasal bodo tak pernah faham orang puji melangit mesti ada bijik belakang bulu. 



Serupala bila anak anak ikan, wai be yoda, sani 1001 hantu zombi mana datang ceruk lubuk puji puji puji,kote dia lagi syok bangun lagi. Maki,pukul kawan janji PM.

SENAFRI KEGAGALAN

 



SENARAI KEGAGALAN

PANJANG

Unknown commented on 

"MADEY CAKAP KARUT"

TT, 30 juta rakyat Malaysia jangan rendah diri sendiri lagi. Kita bangsa yang rajin, berkebolehan, sopan dan cerdik. Janganlah seksa diri anggap Anwar kayak jadi pemimpin kita. Tolong senarai apa kejayaan Anwar selama ni. Yang aku tahu, senarai kegagalan panjang.

ANWAR GILA NAK JADI PM

 


 ANWAR GILA

NAK JADI PM

Author2019 commented on 

"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Xada lagi mengundi pada pru1 sb Akan Ada maslah baru dlm politik dunia Dan politik dlm Malaysia. Pemimpin mkn kenyang2.rakyat bagi lapar.bgus sngt lah kebodohan kmu.


AMIR commented on 

"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Penulis ini sdh jd semacam org gila..dok merapu sembang kari.. Tak payah baca dan layan apa yg dtulis.. Jgn peduli, teguhkan PH.. PKR, DAP & Amanah


Unknown commented on 

"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Rasanya penulis nie org yg suka merosakkan parti atau individu....semuanya dia hentam...silap2 penulis nie org najib...atau org tali barut BN....nampak mmg cb nak hancurkan parti politik jer...

KETIKA NAK TANGKAP PENCURI

 


 KETIKA NAK TANGKAP

PENCURI BUKAN NAK BEBASKAN PENCURI


Unknown commented on

 "SILA TOLONG MADEY"

Atok masa nak jadi PM dulu jumpa banduan bernama Anwar untuk dapat restu..Apa punya kelas jilat banduan..rasa apa agak nyer..KAKAKAKAKAKAKAKAAK

DUIT DICURI DALAM DUNIA

 



 DUIT DICURI 

ATAS DUNIA

KITA HUKUM 

ATAS DUNIA

AKHIRAT LAMBAT

RAMAI ORANG

 TAK SEMPAT TENGOK 

 SIBUK 

DENGAN BIDADARI

Unknown replied to a comment on

 "NAJIB REMBAT DUIT KWAP"

Betul...buat dosa kering kata orang mencuri...berat tuduhan tu esok makamah akhirat sila jawab... Berpada padalah nak criter politik...

SELAMAT DEWALI




 SELAMAT DEWALI

MADEY CAKAP KARUT

 


 MADEY NI

CAKAP APA

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

MENTERI EKONOMI

TERBAIK DI ASIA

KAH KAH KAH

PEMIMPIN ISLAM

TERULUNG

SUCI WARAK

DAH PERGI HAJI

AMIN

MUSTAHIL TAK 

BOLEH JADI PM

KAH KAH KAH


Anwar tidak boleh jadi PM kalau ada krisis ekonomi, kata Dr Mahathir

ANWAR Ibrahim tidak boleh jadi perdana menteri yang baik untuk Malaysia sekiranya ada krisis kewangan kerana beliau tidak boleh mengemudi negara keluar dari masalah itu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Anwar pernah diuji pada waktu krisis seperti itu pada 1997, semasa memangku jawatan perdana menteri ketika beliau bercuti dua bulan, kata bekas perdana menteri.

“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu.

“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada dia mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik,” kata Dr Mahathir, dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.


“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan.”

Anwar pada masa itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Krisis ekonomi Asia Tenggara bermula pada awal Julai apabila mata wang Thailand jatuh teruk sehingga kesannya menampar mata wang dan bursa saham negara lain di rantau ini termasuk Malaysia.

“Pada waktu kita menghadapi krisis kewangan, cadangannya tidak boleh memulihkan ekonomi kewangan negara. Dia suka menurut apa yang disarankan oleh Bank Dunia, oleh IMF,” kata Dr Mahathir.

Antara cadangan Anwar pada masa itu ialah mengurangkan perbelanjaan awam dan menaikkan kadar faedah, seperti yang saranan agensi dunia.

“Saya pernah berkata kepadanya kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak akan ada dana yang cukup untuk membayar gaji, tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia.

“Sebab itu saya terpaksa ambil alih kerajaan daripada menteri kewangan dan merancangkan pendekatan untuk memulih semula negara kita,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang menyalahkan krisis kewangan itu pada penyangak mata wang kemudian menambat nilai ringgit pada RM3.80 berbanding dolar Amerika. Nilai itu hanya diapungkan pada Julai 2005.

Langkah Malaysia itu diperakukan oleh dunia apabila menjadi antara negara yang cepat pulih daripada krisis kewangan tersebut berbanding negara lain, misalnya Filipina dan Indonesia.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim gagal dalam menangani krisis kewangan pada 1997/98. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 November, 2020.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim gagal dalam menangani krisis kewangan pada 1997/98. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 November, 2020.
“Saya tak terlibat”

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Anwar ada sokongan cukup untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional, Dr Mahathir berkata beliau tidak terlibat.

“Walaupun Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan, saya dan beberapa orang lagi sanggup bekerja dengan Pakatan Harapan untuk mengembalikan kerajaan pilihan rakyat.

“Kita boleh dapat majoriti tetapi kita dapati bahawa Anwar menolak kerjasama dengan kita, dengan saya terutamanya.

“Kalau menolak saya, saya tidak boleh (dapatkan) lebih ramai untuk menyokong Pakatan Harapan supaya kita boleh dapat jumlah yang mencukupi, sebab itu kita tidak jadi kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata ada juga dalam kalangan penyokongnya termasuk anggota Dewan Rakyat yang tidak akan menyokong Anwar kalaupun beliau setuju untuk presiden PKR itu jadi perdana menteri.

“Saya khuatir kalau kita janji untuk dia jadi perdana menteri ramai juga pengikut saya tidak akan sokong.

“Kalau tak sokong, kita tidak akan dapat jumlah bilangan yang cukup,” katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang pada 13 Oktober lalu menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai sokongan “yang kukuh dan menyakinkan” untuk menggantikan kerajaan Muhyiddin.

Dr Mahathir juga menjelaskan bukan hak beliau untuk menentukan Anwar jadi perdana menteri atau tidak.

“Kalau orang nak dia, mereka boleh beri sokongan. Dia pun biasa bercakap macam mana dia mempunyai sokongan yang begitu besar tetapi sebenarnya tidak. 

“Jadi hari ini dia belum jadi perdana menteri walaupun berkali-kali dia beritahu dia akan jadi perdana menteri.

“Ada yang bersiap nak angkat sumpah pun tetapi tidak jadi. Orang khuatir sama ada dia terima atau pun tidak kebenaran,” katanya.– 14 November, 2020.

 WOIT

MADEY

KALAU ANWAR

TAK JADI PM

SAPA AKAN JADI PM

KAH KAH KAH

SAPA NAK JAGA

POS OPIS

KAH KAH KAH

POS OPIS

WAJIB ADA

POST MASTER

KAH KAH KAH

MUSAHIL

PEMIMPIN ISLAM

TAK LAYAK UNTUK

JADI 

POST MASTER

KAH KAH KAH

KALAU

 POS MASTER

PUN TAK BOLEH

INI SUDAH BERAT

AMIN



MADEY TIBAI DUA EKOR BANDUAN


MADEY TIBAI

DUA EKOR BANDUAN

Unknown commented on

 "SILA TOLONG MADEY"

Madey cakap banduan bukan pada Najib tapi pada Abam kah kah kah killing two birds with one stone !!! Najib bakal banduan ... Abam memang banduan kah kah

KES JANDA BAIK



ADA APA 

DI JANDA BAIK 

Unknown commented on

 "PRU USA - MSIA SAMA SAJA"

Cina dah ucap tahniah pd Biden. Dulu lu cakap Cina tak mahu kongrugulet Biden sehingga disahkan jd presiden. Apa pulak alasan lu titi kali ni. Kata tipu undi sudah, undi antu sudah, sistem undi Amerika tak adil sudah. Terum dah bungkus titi. Kabar angin bertiup kencang Terum akan berpindah ke Brickfield bukan Janda Baik. Kahkahkah

NAJIB PENJENAYAH

 

NAJIB PENJENAYAH

Arymanchino commented on

 "SILA TOLONG MADEY"

Najib memang dah jadi penjenayah dan banduan.Dia dah d jatuhkan hukuman penjara dan denda.Dia hanya berjaya mohon tangguh hukuman dgn membayar wang jaminan.Blm ade mane2 hakim dan makamah yg membebaskan penyamun besar ni...Tlg faham semua..

MADEY KATA - ANWAR TAK BOLEH JADI PM

 



TAK BOLEH JADI PM

KAH KAH KAH

PASAI APA

KAH KAH KAH

Anwar tidak boleh jadi PM kalau ada krisis ekonomi, kata Dr Mahathir


 WOIT

MADEY

BILA ADA 

KRISIS EKONOMI

SEKARANG  KRISIS

MAT KOBID

KAH KAH KAH

BOSS REFORMASI

 


BOSS REFORMASI

Unknown commented on 

"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Sape berani lawan Boss Refomasi tuu..bila diakata " hang tak caya kat aku kaaaa n hang nak lawan aku kah?.

SEMUA GILA KUASA

 


SEMUA GILA KUASA

Unknown commented on 

"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Bukan Anwar sahaja yang gila kuasa, bahkan mana-mana parti sahaja buat masa ini seolah-olah mempunyai kuasa ghaib untuk memulihkan Covid 19. Biarkan pemerintah yang ada sekarang berusaha menyelesaikan masaalah ini. Rebutlah bila sampai masa nanti.

MANA NAK DICARI



MANA NAK DICARI

Unknown commented on 

"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Kembali kepada pemimpin yg berakhlak mulia, tidak sombong, dan jujur bila bercakap..

BERKHALWAT HARI KE 242

 



KHALWAT KE 242



SABTU 14/11/2020
KITA MASUK KE HARI 242
BERKHALWAT

PAGI INI BILA GUA BUKA PINTU
TERNAMPAK
RANGOLI  DI LANTAI
DI BAWAH GANESH

INI DEPAN PINTU
SEBELAH  FLET GUA
ACHI DAN SUAMI
BERSAMA DUA
ANAK JANTAN
MENYAMBUT DEWALI

SELAMAT DEWALI

PAGI INI HOKKIEN LEMBAB
UDARA  SEGAR
CENGKERIK SENYAP
UNGGAS PUN SENYAP
MATAHARI CUBA NAK KELUAR

KUALA LUMPUR BERKABUS
HOKKIEN JUGA BERKABUS NIPIS

BRO
RUKUN WAHID DALAM HIDUP
IALAH
BUAT APA YANG KITA SUKA

BRO 
ELAKKAN LARI
DARI SOSOK
YANG SUKA POTONG STIM
DALAM HIDUP

WAJIB BERINGAT
DILUAR SANA
ADA MAMAT  DAN MINAH
YANG GUMBIRA
HIDUPNYA
DENGAN MEMILIKI
LEBIH KURANG DARI
APA YANG KITA ADA

SEMUA KERJA BESAR
BERMULA DENGAN
MUSTAHIL BOLEH BUAT

BRO
HIDUP INI AKAN LEBIH
CERIA BILA
KITA BERANI BERKATA
PERGI MAMPOOSLAH
GUA TAK PEDULI

ADA SOSOK
YANG ADA KAWAN
DISETIAP  TAHAP UMUR
ADA SOSOK
YANG BERNASIB BAIK
ADA KAWAN
DISEPANJANG UMUR

KAWAN ADALAH
SOSOK YANG PALING
MOLEK UNTUK DIMILIKI
JADI KAWAN JUGA
ADALAH PALING BERHARGA

KAWAN YANG BAIK
MACAM KESEHATAN
BILA DAH TAK ADA
BARU TERASA

BRO 
KAWAN KITA BUKAN
BERAPA LAMA KITA KENAL
TAPI
YANG DATANG TAK HILANG HILANG

BRO
KAWAN INI
IALAH MAMAT
YANG NAMPAK
TAPI TAK PEDULI
PAGAR TAMAN KITA TERBARAI
TAPI MASIH MENIKMATI
BUNGA DI TAMAN KITA

PERSAHABATAN
IALAH  GAM DAN SIMIN
YANG BOLEH MENGIKAT DUNIA

HIDUP INI 
IMPIAN UNTUK SOSOK BIJAK
MAINAN UNTUK MAT BEBAL
KOMIDI UNTUK YANG KAYA
TRAJIDI UNTUK YANG MISKIN

BRO
BERGUMBIRALAH
KETIKA INI
DETIK INI
MILIK KITA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT