ROSMAH
MANSOR
DAN
LADY MACBETH
Minggu
lalu saya telah bersurah tentang beberapa perempuan yang sering
disebut-sebut dalam buku sejarah. Perempuan-perempuan ini dikatakan
memainkan peranan politik dibelakang tabir dan dalam kelambu.
Perempuan-perempuan
ini bukan Raja, bukan Presiden atau Perdana Menteri. Tetapi mereka
lebih berkuasa dari Presiden dan Perdana Menteri.
Dari
sejarah Eropah pra-moden kita bertemu dengan Marie Antionette
(1774-1792) Di Argentina Amerika Latin kita bertemu dengan Evita
Peron (1919-1952) Kita juga bertemu dengan perempuan negara jiran –
Siti Hartinah a.k.a Ibu Tien dari Jakarta ( 1947-1996) dan Imelda
Marcos (1929) dari Manila. Paling terbaru kita bertemu dengan Leila
ben Ali (1956) dari Tunisia.
Di
Malaysia - 28 juta rakyat sedang dipaksa berhadapan dengan seorang
perempuan yang bernama Rosmah Mansor. Kesah, cerita, berita dan klip
YouTube tentang Rosmah Mansor ini telah keluar bergantang-gantang.
New media atau media sosial kini sedang merakam dan menjadi saksi
rakyat yang paling setia.
Di
Malaysia ini usik apa sahaja – pasti akan terusik Rosmah Mansor.
Berkumpul dalam apa sahaja majlis – kesah Rosmah akan timbul.
Jantan dan betina rakyat Malaysia jika berkumpul – dilobi
hotel-hotel 5 bintang kendati pun di kedai Mamak – mereka pasti
akan bersembang tentang Rosmah Mansor. Ini seolah-olah mata dan
telinga 28 juta rakyat Malaysia sentiasa terbuka untuk melihat
kerenah dan mendengar gosip tentang Rosmah Mansor.
Bayangkan
– ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu – satu keping gambar
Rosmah sedang bershoping di Bangkok muncul dalam Face Book. Satu
negara heboh. Gambar ini menjadi viral. Minggu lepas satu lagi gambar
Rosmah muncul ketika Rosmah sedang berjalan diwilayah membeli belah
Singapura. Face Book meledak sekali lagi.
Marie
Antionette, Evita dan Siti Hartinah terselamat dari serangan media
baru. Ketika arwah-arwah ini berkuasa internet, twitter dan YouTube
belum wujud. Kesah dan desas desus kehidupan boros lagi lumayan
mereka hanya bersambung dari mulut ke mulut. TIdak saperti hari ini.
Melalui
media sosial, kerana kehebatan media baru - perempuan yang bernama
Rosmah Mansor ini telah berjaya dinobatkan sebagai ikon kebencian
majoriti rakyat Malaysia. Saya berani menggunakan perkataan
'majoriti' kerana adalah fakta.
Seramai
52% rakyat Malaysia telah memilih dan mengundi Pakatan Rakyat dalam
PRU13 yang lalu. Ini bermakna 52% rakyat Malaysia membenci Rosmah
Mansor. Dalam masa yang sama saya juga amat yakin dalam parti United
Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan
Nasional pasti ramai yang menyampah melihat muka dan kerenah
Rosmah Mansor.
Tetapi
apa sebenarnya perempuan-perempuan ini?
Mari
kita lihat pensejarahan Marie Antionette. Pemaisuri ini bukan anak
jati Peranchis. Dia dilahirkan dari keluarga bangsawan Austria.
Justeru ketika panen gagal, ketika tanaman tak menjadi – kaum tani
Peranchis telah menjadikan 'perempuan pendatang' ini sebagai musuh
mereka. Perempuan imigran ini menjadi sasaran kaum tani Peranchis.
Kemarahan
rakyat Peranchis ini mempunyai sebab yang amat amat kukuh. Marie
Antoinette ini amat terbukti boros. Pemaisuri ini suka mengumpul
intan berlian. Kalau Rosmah Mansor diingati dengan cincin 30 juta
ringgit – Marie Antionette hingga ke hari ini akan diingati dengan
kes pembelian rantai leher berlian.
Revolusi
Peranchis (1789-1799) akhirnya menghapuskan sistem Raja di Peranchis
dan Marie Antionetter dipenggal lehernya. Hingga ke hari ini dunia
mengingati bagaimana Permaisuri ini terdengar suara penunjukan
perasaan yang melaungkan ' kami mahu roti – kami mahu roti '. Marie
Antoinette menjawab ' jika tidak ada roti.. makanlah cake..'
Kata-kata sademikian membantu menyemarakan Revolusi Peranchis hingga
berjaya menghapuskan sistem Raja.
Kata-kata
'makan cake' dari Marie Antoinette ini mengingatkan kita dengan
kata-kata Rosmah Mansor. Si Rosmah dengan bangga telah bercerita
tentang bagaimana dia membayar 1,200 ringgit untuk mendandan rambut.
Bayangkan untuk sekali mendandan rambut Rosmah membayar 1,200 ringgit
– wal hal gaji minima yang cuba dituntut oleh kaum buruh di
Malaysia hanya 950 ringgit sebulan. Satu bulan – 30 hari - bukan
sekali dandan.
Justeru
apakah jenis perempuan-perempuan ini? Apa sebenarnya dalam benak
mereka? Kenapa mereka memiliki perangai sademikian?
Saya
memahami Marie Antoinette. Puteri bangsawan yang dibesarkan dengan
segala kemewahan. Justeru Marie Antioinette gagal memahami kehidupan
kaum tani di Peranchis. Tetapi Rosmah, Evita, Leila dan Imelda
bukan dari gulungaan bangsawan? Leila hanya pendandan rambut. Rosmah
Mansor hanya anak guru sekolah bukan anak Datuk Undang. Justeru
pasti ada sebab musab yang lain yang wajib kita teroki.
Untuk
memahami perangai perempuan-perempuan ini saya menggunakan
pendekatan saikoanalisis. Ini adalah satu teori fikrah yang telah
dikembangkan oleh Sigmund Freud (1856-1939).
Mengikut
teori saikoanalisis perangai dan tingkah laku kita dipangkin oleh
bawah sedar. Bawah sedar ialah kesedaran yang wujud diluar kesedaran
kita. Mengikut teori ini ada babak babak dalam awalan hidup kita yang
terpendam yang memangkin kehidupan harian kita.
Untuk
saya ada kebenaran dalam menggunakan teori ini untuk memahami siapa
perempuan-perempuan ini.
Imelda
Marcos satu ketika dahulu – ketika sentimen anti Presiden Marcos
memuncak - telah disamakan oleh media Manila dengan Evita Peron.
Imelda telah marah dan menafikan persamaan ini. Mengikut Imelda dia
bukan pelacur saperti Evita. Dengan serta merta perkataan
'pelacur' muncul dari mulut Imelda. Ini bermakna
perempuan-perempuan ini memiliki ' hidup gelap' yang ingin
mereka lupakan. Kehidupan 'gelap ' ini wujud dibawah sedar
mereka.
Apakah
kehidupan gelap perempuan-pereampuan ini? Evita, Hartinah, Leila,
Imelda dan Rosmah – semuanya menggunakan 'tubuh badan mereka'
untuk sampai kepuncak kuasa. Mereka bukan ilmuan. Mereka bukan
pemikir. Bukan ahli sukan. Bukan pakar sains. Yang ada pada mereka
hanya tubuh badan mereka. Dengan menggunakan “First Body'
perempuan-perempuan ini merancang untuk menjadi 'First Lady'.
Orang
ramai di Malaysia jarang diberitahu bahawa Najib berkahwin dengan Mak
Janda Berhias yang bernama Rosmah Mansor pada tahun 1987. Ketika
itu Mak Janda Berhias ini telah berumur 36 tahun. Lebih kotai dari
Najib. Umur 36 tahun ertinya dalam masa 4 tahun akan sampai monopos.
Media milik United Malays National Organisation menggambarkan Najib
bukan duda dan Rosmah masih anak dara dan bukan Mak Janda Berhias
ketika mereka berkahwin.
Isteri
pertama Najib sampai sekarang menjadi 'non person'. Siapa sebenarnya
suami pertama Rosmah? Mamat ini juga tidak pernah menjadi Berita
Buletin Utama. Malah orang ramai tidak tahu berapa' ekor' anak anak
mereka dari perkahwinan pertama. Media Malaysia saperti menerima
arahan untuk menutup berita ini.
Dengan
menggunakan tubuh badan sebagai umpan berahi , perempuan-perempuan
ini bijak memilih jantan-jantan. Mereka telah berputar-putar silih
berganti mencari antan-antan untuk dipanjat. Evita, Imelda,
Hartini dan Leila – semuanya memanjat antan soldadu. Mereka
berjaya kerana dinegara yang TIDAK mengamalkan demokrasi hanya
soldadu yang berpotensi merampas kuasa untuk menjadi Presiden atau
Perdana Menteri.
Dari
Amerika Latin kita beralih ke Scotland untuk memahami saikoloji
perempuan-perempuan ini. Kepada peminat teater atau panggung
bangsawan pasti mengenali William Shakespears (1564-1616) yang
menulis sebuah drama trajedi bernama The Tragedy of Macbeth. Dalam
trajedi ini kita temui watak Rosmah, Leila, Hartini, Evita dan
Imelda.
Lebih
dari 400 tahun dahulu Shakespears tanpa menggunkan saikoanalisis
telah mengenali watak-watak perempuan ini. Shakespears telah
menggarap watak Lady Macbeth – perempuan di belakang Lord Macbeth.
Lady Macbeth telah memaksa suaminya membunuh Raja Duncan untuk
merampas tahtha dan menjadi Raja Scotland.
Jika
kita halusi siapa dia Leila, Evita, Imelda, Hartini dan Rosmah –
maka tidak dapat tidak kesemua mereka memiliki ciri-ciri perwatakan
Lady Macbeth. Mereka adalah perempuan-perempuan yang 'memaksa' Sang
Suami 'merampas' kuasa untuk menjadi Presiden.
Adalah
dikesahkan apabila Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan pada
tahun 1998 dahulu – Lady Macbeth Rosmah Mansor telah berdoa siang
malam agar penggantinya ialah Najib Razak. Mengikut klip YouTube
Perempuan Puaka pastilah Rosmah telah menggunakan bantuan para bomoh
untuk memastikan antan suaminya menengak terus ke puncak kuasa.
Lady
Macbeth dari Scotland telah menggunakan khidmat Nenek Kebayan untuk
merampas kuasa. Manakala Rosmah Mansor dari Rembau menurut klip
YouTube Perempuan Puaka telah menggunakan khidmat bomoh. Apa yang
saheh ialah William Shakespears 500 tahun dahulu telah mengenali
watak perempuan bernama Rosmah Mansor.
Apa
sebenarnya pekara yang menjemput orang ramai untuk mempersoalkan
siapa Evita, Imelda, Leila, Hartinah dan Rosmah? Kalau Marie
Antoniette kita dapat memahami dengan senang kerana pada ketika itu
rakyat marah kerana lapar.
Apakah
betul perempuan-perempuan ini saperti Lady Macbeth memiliki kuasa.
Apakah betul, apakah saheh dibelakang kuasa Presiden Juan Peron
(1995-1974) ialah isterinya Evita. Apakah betul dibelakang Najib
Razak ialah Rosmah Mansor? Tunggu minggu hadapan. ( TT)
NOTA
tulisan
ini telah disiarkan
dalam SUARA
KEDILAN
sesiapa yang
ingin melanggan
akhbar
mingguan ini
sila
puykul talipon:
03-92-21-30-45
--------