Melayu jangan ulang kesilapan PRU-12, satu undi boleh tumbangkan BN - Zul Nordin
SHAH ALAM 16 Mac - Orang Melayu diingatkan untuk menggunakan kuasa satu undi dengan sebaiknya agar masa depan negara yang gemilang di bawah Barisan Nasional (BN) terus terjamin.
Menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, orang Melayu perlu belajar daripada pengalaman Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang menyebabkan lima negeri dikuasai pembangkang dan hak istimewa orang Melayu terhakis sedikit demi sedikit.
"Jangan kerana marah kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan kita tidak mahu mengundi parti kita, hingga menyebabkan BN hilang dua pertiga (majoriti).
"Perkara kecil sebegini perlu diketepikan oleh orang Melayu kerana jika kita tidak mengundi BN kali ini maka kemungkinan parti pembangkang mendapat majoriti mudah di Parlimen lebih cerah," katanya.
"Perkara kecil sebegini perlu diketepikan oleh orang Melayu kerana jika kita tidak mengundi BN kali ini maka kemungkinan parti pembangkang mendapat majoriti mudah di Parlimen lebih cerah," katanya.
Zulkifli berkata, lebih menakutkan jika pihak pembangkang menggunakan majoriti yang ada untuk melaksanakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan iaitu menjemput negara lain bagi mencapai majoriti dua pertiga.
"Di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan perkara ini tidak mustahil dilakukan jika pembangkang mendapat majoriti mudah 112 dan BN 110.
"Mereka boleh memanggil Sidang Parlimen untuk mengusulkan kemasukan negara lain yang mempunyai banyak kerusi Parlimen untuk melengkapkandua pertiga, ia tidak mustahil berlaku jika kita tidak mengundi BN pada PRU kali ini,"ujarnya.
Mengulas mengenai insiden Lahad Datu, beliau berkata, jika pihak musuh mempunyai pembiaya khusus operasi mereka, sudah pasti konco-konco mereka tidak akan berdiam diri dan mungkin akan membuat serangan gerila bagi membalas dendam.
Katanya, Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dalang sebenar di sebalik insiden terbabit terutama penglibatan pemimpin pembangkang yang didedahkan Wikileaks dan media antarabangsa lain. - MELOYA ONLINE
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
JANGAN BUAT SILA
1 - Puan Ainon jangan buat silap sekali lagi - jangan pinjamkan duit kepada zul nordin
2 - Disman a.k.a shamsuddin Osman jangan buat silap sekali lagi
kenalkan zul nordin dengan puan ainon
3 - Zunar jangan buat silap - patut panggil polis serta merta apabila
melihat dokumen laporan keewngan palsu yang dibuat oleh zul nordin
4 - Anwar ibrahim jangan but silap pilih orang macam zul nordin untuk jadi calon pkr
5 - zul nordin jangan buat silap kerana ada blog bernama tukar tiub
yang akan terus menerangkan duduk pekara sebenar
NOTA
orang ramai jangan buat silap
apabila melihat kopiah songkok
dan ayat-ayat suci
-----------