Jumaat, 13 Mac 2015

PENIAGA AGAMA





UMAT MUNDUR
Ulamak, pak2 ostad & lebai telah gagal mentarbatkan islam sebagai ugama sempurna serta ugama yg diredhai Allah. Kalau tidak masakan umat islam adalah umat termundur didunia, umat yg suka bercakaran, bunuh membunuh sesama sendiri, pemimpin2 yg korup dan akhlak yg hina. 

Tak sedar lagi ke wahai bani melayu...mustahil ugama sempurna mempunyai penganut2nya yg paling hina dari segi akhlak dan ekonomi.. Jadi ulamak2 dan agamawan harus bertanggung jawab akibat kegagalan meletakan islam ditempat yg betul dan menepati ajaran Muhammad saw. Tanya diri sendiri kenapa gagal.. on JUAL AGAMA CARI MAKAN
Anonymous
at 3:31 PM

 HALAU DAN TANGKAP JIN
pernyataan aluztas harrussani ini bukan setakat ada betulnya tapi "ada-ada" betulnya. Setahu saya kerja "uztas" adalah mengajar dan menyebarkan ugama, tapi uztas la ni mengikut acuan David Teo ia itu menhalau dan menangkap hantu dan jin, menjual air dan makanan yang telah didoakan. 

Kalau nak berdakwah pun hanya pada orang yang dah sedia ada Islam, dgn memberi contoh yang sgt sempit untuk difikirkan, kekadang mereka boleh melucutkan keislaman seseorang itu. Semua perlakuan uztas ini dibayar, sesama mereka bersaing sebab itulah mereka perlu mengiklankan diri mereka...jika la ni "lawak" adalah fenomena maka berlawaklah mereka..

 Kita mesti ingat dlm dunia ni penduduknya mencecah 8 billion atau 8000 juta orang drpada ini hanya 1 billion lebih sikit sahaja yg Islam yg lain adalah kafir laknat yg bakal jadi penghuni neraka selamanya. Kita juga "musti" ingat bahawa adalah tugas kita untuk berdawah dan meneroka wilayah baru untuk berdakwah dimana akhirnya satu dunia ini penduduknya akan on JUAL AGAMA CARI MAKAN
panglimo potaseh
on 3/1
----------

TENGKU FRAUD DAN TELOR ITIK







FACE BOOK




5 hrs · 
 

Menteri Ku Nan marah kenapa ramai yang kritik#1MDB sedangkan ia ibarat itik yang bertelur emas! Baik untuk rakyat, katanya. Semalam Menteri Kewangan II sahkan Najib Razak dah bagi RM950 juta dana baru disuntik ke dalam #1MDB untuk bantu legakan tekanan kewangan. Ini ibarat pepatah moden: Ibarat kroni dapat telur emas, rakyat dapat tahi itik! Sebarkan.
 — with Belajar Dan Terus Belajar and Mohd Shakirin Harith.









--------------

PERANG SUDAH MULA








KOMENTAR
ingat tak TT kata perang akan mula
inilah  perang itu

bebera minggu sebelum rosmah
mengahbiskan berjuta juta ringgit
belanja anak kahwin
madey telah menyerang hebat

madey mua bertanya
dari mana najib dapat duit
dari mana rosmah dapat duit
berpoya poya shopping
dari mana anak rosmah dapat duit
beli kondo beratus juta ringgit di amerika

sebelum berita ini merebak
najib telah menyerang
BLOG milik madey di tutup
orang ramai TIDAK dapat
membaca isi kandongan tulisan madey

kita tunggu apa pula serang balas madey

NOTA
musuh kepada musuh kita 
ialah sahabt kita


Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib



 Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri  Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.
"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,”," kata  Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.
“Soalannya jika tidak dari keluarga Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?”
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-persoal-sumber-kekayaan-najib#sthash.Th7dpDtB.dpuf


KAH KAH KAH

woit
rosmah senyap
najib senyap
langsung tak ada
cerita kenduri
takut kecut lisut

PADAN MUKA



--------------

JET KERAJAAN DANA NAK BADAK







 ANAK BADAK
 NAIK JET

Kerajaan Harus Telus menjawab Jet Kerajaan Merantau Dunia

13 Mac 2015

Pada 11 Mac 2015, saya telah mengemukakan soalan lisan kepada Parlimen meminta jawapan Perdana Menteri menyatakan perjalanan dan jumlah kos penggunaan jet Kerajaan 9M-NAA dari 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015 Saya juga minta mereka senaraikan penumpang iaitu manifest penumpang.

Jet kerajaan tersebut dilaporkan merantau dunia dari Hawaii ke Los Angeles, New York, kemudian ke London, Dubai, Bangkok baru balik ke Malaysia. Jumlah perjalanan dianggarkan 12 hari. Perjalanan jet Kerajaan merantau dunia menimbulkan krontroversi kerana pada masa itu, seramai 250,000 rakyat Malaysia menderita ditimpa banjir yang paling serious dalam sejarah Malaysia.

Jawapan yang saya terima amat mengecewakan. Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri menjawab “Sepanjang 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015, jet 9M-NAA digunakan untuk tujuan urusan rasmi YAB Perdana Menteri. Segala kos yang tertanggung adalah berdasarkan had kelayakan YAB Perdana Menteri. Manakala para penumpang yang menaiki pesawat tersebut adalah mereka yang berkelayakan menaikinya seperti pasukan keselamatan yang ditugaskan melindungi YAB PM.”

Ini adalah kali pertama, Kerajaan enggan berterus terang menjawab soalan sedemikian dan menjawab dengan sambil lewa. Pada sesi parlimen lepas, soalan sedemikian dijawab dengan penuh. Contohnya, JPM menjawab soalan ahli parlimen mengenai perjalanan Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar menggunakan jet kerajaan pada tahun 2014 membelanjakan RM426,489.46. Tetapi, tahun ini, jawapan yang saya terima, seolah-olah kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu.

Kedua, fakta yang dijawab oleh Menteri JPM juga salah. Media melaporkan bahawa YAB Perdana Menteri telah kembali ke Malaysia selepas bermain golf dengan Presiden Obama pada 27 Disember 2014. Maka, dari 27 Disember sehingga 7 Januari, YAB PM tidak lagi menumpang jet kerajaan tersebut. Penumpang VVIP menjadi misteri. Adakah penumpang VVIP itu lebih layak daripada Perdana Menteri? Rakyat berhak tahu segala kebenaran.

Parti KEADILAN telah membuat anggaran bahawa perjalanan sepanjang 12 hari tersebut telah memakai 243,145 liter petrol jet. Pada harga petrol RM2 satu liter, yang jauh lebih murah daripada petrol jet, kami menganggarkan secara konservatif perjalanan tersebut membelanjakan RM 494,404. Kita harap kerajaan akan keluarkan fakta menjawab anggaran daripada Parti KEADILAN.

Kerajaan tidak terus terang menjawab soalan, seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu. Mungkin sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Sebagai ahli Parlimen, saya amat khuatir terhadap kebajikan penumpang VVIP ini. Adakah beliau sihat? Adakah beliau selamat sampai ke destinasi? Adakah beliau berjaya menjalankan tugas keselamatan negara? Adakah beliau puas shopping? VVIP berkenaan adalah tunjang Negara, jangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada beliau.

Jawapan dari Jabatan Perdana Menteri harus dikecam. Ini amat tidak berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen, iaitu, kerajaan harus menjawab soalan dikemukakan oleh ahli Parlimen dengan terus terang. Keenganan kerajaan menjawab soalan menimbulkan pelbagai soalan dan spekulasi. Menteri Shahidan Kassim harus tahu bahawa penggunaan jet pejuang melibatkan penggunaan duit rakyat dan rakyat berhak mengetahui bagaimana kerajaan menggunakan duit rakyat.

Sim Tze Tzin, MP Bayan Baru



-----------

APA ITU JINNAKOLOJIS





ZAMAN IBNU SINNA
zaman tamadun arab tengah hebat dulu takde pulak cerita jin2 ni. bersusah payah ibnu sina dulu buat penyelidikan sains perubatan. tiba2 sampai sini perubatan mistik dikatanya islamik.

oops lupa pulak yg ibnu sina tu mu'tazilah. kalau ada lagi zaman sekarang ni dah kena potong dengan puak2 salafi kahkahkah on BERITA BARU MASUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/13/15
JINNAKOLOJIS
'Jinnakolojis' oi 3x cuba baru bole sebut betoi, phew, that was man! on BERITA BARU MASUK
kampong lad
on 3/13/15

AIR JINN
Premis jinnakologis ni adalah karut-marut yakni superstitions. Apakah ilmu dan pengetahuan bidang karut-marut ini, melainkan bacaan surah2 atau ayat quran dan hadis termasuk hadith palsu lalu disemburkan ke dalam air bersih, tak semesti yang disuling lalu yakin saja yang air mujarab itu boleh bertindak magis dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik terhadap sesiapa yang juga percaya sistem karut-marut itu.

Tapi sipembuat air jin itu sudah binakan imej dia selaku orang 'maksum', yakni petah dan hebat mengguna surah2 quran dan hadiths, dan selalu awasi yang semuanya adalah kerana kuasa Tuhan walaupun tidak ditunjukkan bagaimana tindakan air jin H2O terhadap sel2 badan itu kerana tiada elemen kimia lain yg ada pada air jin itu melainkan ayat2 jampi yang mungkin jua tiada kaitan dengan penyakit kronik itu. on BERITA BARU MASUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/13/15







------------------

SATU LAGI PERTANYAAN





FACE BOOK


1 hr · 
 

Yg menghalalkan GST tu bagaimana 

pula???..mohon terasa!





-------------

SATU PERTANYAAN





LE FLOM


60 jenama tempatan tembusi 55 negara


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek berkata, permintaan terhadap produk francais negara membuktikan sektor berkenaan mampu berkembang dengan lebih pesat.

Jelas beliau, ini secara tidak langsung meningkatkan aliran wang masuk ke Malaysia menerusi peningkatan eksport produk tempatan ke negara luar.

LE ROSMAH MANSOUER
KAH KAH KAH

woit
nak tanya
apa dia jenama itu?
jenama seluar dalam
rosmah mansor masuk?
bra bik mama masuk?

pelincir saifool masuk?
1MDB masuk ke?
le imbecile 
jenama hasan malek masuk?

woit
bagilah tahu jenama itu
rakyat nak bangga sama

RASUAH 
JENAMA MALAYSIA

------------

JUAL AGAMA CARI MAKAN










Harussani tegur pendakwah

Jadi ‘penglipur lara’, guna gelaran fasik


IPOH 12 Mac - Mufti Perak,  Harussani Zakaria menegur beberapa pendakwah yang disifatkan beliau sebagai ‘penglipur lara’ kerana berjenaka ketika berceramah serta menggunakan nama fasik seperti panggilan ‘Ustaz Bollywood’.

Tanpa menyebut nama pendakwah yang dimaksudkan, Harussani berkata, teguran itu bersifat umum kepada semua pendakwah selain turut memberi ingatan kepada pendakwah yang kerap membuat fatwa yang tidak mengikut hukum syarak.

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
ada penglipur lara
ada bollywood
kah kah kah
ada juga
ustaz lawak  duduk
ada juga ustaz mekdonal
ada juga ustaz cari bini
kah kah kah

SEMUA CARMA
----------

HADI BOLEH DILAWAN





KOMENTAR
satu perkembangan baru
satu  perkembangan yang baik
kalau kasut lama dah rahai
kita beli kasut baru
ini hukum alam


Hadi: Kerusi presiden PAS boleh dicabarAhmad Fadli KC | 5:13PM Mar 12
"Boleh dicabar? Boleh..." kata Hadi sewaktu ditanya wartawan.
 

'Boleh tukar presiden PAS jika tak bagus'2:14PM Mar 12
dikemaskini 2.42pmDalam muktamar, prestasi AJK dan presiden dikaji.




SABTU 

SOGO



-----------

LINGKUP NEGARA INI





KOMENTAR
habis lingkup
habis duit negara
habis duit simpanan pencen
habis duit kerajaan buat kenduri kahwin

hutang negara makin bertambah


KEMUDAHAN DANA RM950 JUTA KEPADA 1MDB SATU “BAIL-OUT” 

Sejurus selepas Menteri Kewangan Kedua,  Husni Hanadzlah mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan RM950 juta dana baru untuk digunakan oleh 1MDB, Ketua Pegawai Eksekutifnya Arulkanda Kandasamy mengeluarkan kenyataan bahawa dana itu adalah dalam bentuk pinjaman kepada 1MDB berdasarkan terma-terma komersil.

Kenyataannya itu bercanggah dengan penjelasan Husni Hanadzlah yang turut dilaporkan secara meluas termasuknya media perdana bahawa dana RM950 juta itu bukanlah pinjaman; tetapi satu “standby credit”. Laporan New Straits Times (12 Mac 2015) bertajuk“RM950mil for 1MDB as standby credit, not loan: Husni Hanadzlah” misalnya secara jelas menafikan bahawa dana itu adalah pinjaman seperti yang didakwa Arulkanda.

Percanggahan ini memberi gambaran seolah-olah dana ini diluluskan tanpa melalui proses keputusan yang teliti. Saya khuatir sekiranya Jemaah Menteri meluluskan dengan tergesa-gesa agar dana sebanyak RM950 juta disuntik ke dalam 1MDB tetapi perjanjian dan terma suntikan dana itu masih lagi belum dimuktamadkan. Sebab itulah penjelasan Menteri Kewangan II bertentangan dengan kenyataan CEO 1MDB kerana terma suntikan dana itu besar kemungkinannya belum lagi dimuktamadkan.

Makanya, jelaslah bahawa dana RM950 juta itu merupakan satu “bail out” yang bertujuan melegakan kedudukan kewangan 1MDB yang tertekan dengan beberapa bayaran balik pinjaman dan faedah pinjaman yang perlu dibayar segera.

Sekiranya 1MDB mempunyai kedudukan kredit dan kewangan yang kukuh, ia tidak perlu mengambil pinjaman atau suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan. IMDB hanya perlu menyenaraikan beberapa anak syarikatnya untuk mendapatkan suntikan ekuiti dari pelabur awam atau menerbitkan bon untuk mendapatkan hutang baru.

Walau bagaimana pun, rekod kredit dan status kewangan 1MDB adalah sangat lemah sehingga menyukarkan ia mendapat apa-apa pinjaman baru pada terma pinjaman biasa dari institusi kewangan atau pasaran bon. 1MDB juga menghadapi masalah untuk menyenaraikan asetnya kerana besar kemungkinan penerbitan sahamnya tidak mendapat sambutan menggalakkan.

Oleh yang demikian, tindakan mendapatkan suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan adalah jelas merupakan tindakan “bail out”. Kerajaan Persekutuan tidak memberi pinjaman sewenang-wenangnya kepada mana-mana syarikat kerana pinjaman sewajarnya diperolehi dari institusi kewangan.

Saya menasihati pengurusan 1MDB yang diketuai Arulkanda Kandasamy supaya menumpukan perhatian kepada usaha mengurangkan risiko kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat 1MDB. Beliau tidak perlulah cuba menegakkan benang basah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan dana RM950 juta itu bukan satu ‘bail out” kerana ia dalam bentuk pinjaman komersil.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-------------