Rabu, 7 Oktober 2020

LAPAN TAHUN DULU GUA SUDAH CAKAP





LAPAN TAHUN DULU

GUA SUDAH CAKAP

# MUHYIDDIN OUT SEKALI

 


BILA ABAH NAK ROTAN TUAN HAJI KHAIRUDIN

RAKYAT SEMUA  MENANTI TAK SABAR SABAR 

AMIN


Kerana rotan dan 'double standard', #MuhyiddinOut sohor kini

JAMINAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak mengamalkan “double standard” dalam tindakan ke atas pelanggar SOP Covid-19 tidak diterima baik pengguna media sosial yang meluahkan kekecewaan mereka di ruang siber.

Tanda pagar #MuhyiddinOUT mula sohor kini beberapa jam selepas perutusan khas Muhyiddin berkaitan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Pada ucapannya semalam, Muhyiddin meminta rakyat supaya terus kekal bertenang dan mematuhi SOP dikeluarkan pihak berkuasa ketika negara menyaksikan berlaku gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

“Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan,” katanya.

Gelaran “Abah” mula muncul beberapa bulan lepas apabila pengguna media sosial merasakan Muhyiddin menunjukkan prestasi baik mengekang penularan Covid-19 dan menganggapnya sebagai “Abah” penjaga negara.

Tetapi, ramai pengguna media sosial berpandangan yang perdana menteri itu tidak sensitif apabila “berjenaka” mahu menggunakan rotan kepada pelanggar SOP sedangkan pandemik Covid-19 negara semalam menelan korban seorang bayi berusia setahun.

Pengguna media sosial juga mengkritik kekurangan tindakan displin ke atas Menterinya, Tuan Haji Khairuddin Aman Razali.

Tuan Haji Khairuddin sebelum ini dikecam hebat kerana gagal patuh kuarantin wajib 14 hari pencegahan Covid-19 selepas pulang dari Turki, lawatan yang didakwanya sebagai “separuh rasmi”, malah beliau turut hadir sidang Parlimen hanya beberapa hari selepas pulang ke tanah air.

Sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah, beberapa orang politikus termasuk menteri, timbalan menteri dan Adun sudah disahkan positif Covid-19, situasi yang dianggap pengguna media sosial sebagai #KlusterMenteri.

“Perutusan khas ini tidak ada yang istimewa, memperlekeh dan memalukan. Memburukkan keadaan, seorang bayi baru hilang nyawa kerana virus. Rakyat bimbang, keluarga takut, dan negara bukan pada tahap terbaiknya. Apa yang anda hanya boleh buat adalah lawak. No! #MuhyiddinOut,” tulis seorang pengguna Twitter @ulyahusamudin

Pengguna Twitter juga mengecam ucapan Muhyiddin dan berkata negara perlukan penyelesaian dan ini bukan masanya untuk mempersalahkan rakyat.

“Menonton pengumuman PM. Pelajar Tingkatan 5 pun boleh buat pengumuman lebih baik. Kita perlukan penyelesaian, bukan salah-menyalah. Isu utama dielak,” kata @yickhan.

Selain itu, pengguna Twitter juga mempersoalkan jaminan diberikan Muhyiddin bahawa tidak ada “double standard” dalam pelaksanaan hukuman kepada mereka yang melanggar SOP pencegahan Covid-19.

“Menteri (Khairudin) masih belum dipecat. Marilah dapatkan idea yang lebih segar dan akal lebih waras untuk tolong negara. #MuhyiddinOut #AbahResign,” tulis @yickhan lagi.

“Lelaki nasi kandar Sivagangga didenda RM12K dan penjara lima bulan kerana langgar kuarantin rumah. Tuan Haji Khairuddin pula dengan angkuhnya hadir di Parlimen walaupun dia sepatutnya dalam kuarantin dan hanya didenda RM1K. Tidak ada ‘double standard’ katanya. #Muhyiddinout,” kata @michelelehh pula.

Tanda pagar #MuhyiddinOut digunakan dalam lebih 30,000 tuit ditulis pengguna Twitter.

Selain itu, tanda pagar  #NotMyPM, #BukanAbahSaya, #Muhyiddout dan #MuhyiddinIsOut juga sohor kini di Twitter.

Jumlah kes baharu Covid-19 semalam melonjak kepada 691 dengan empat kematian dilaporkan. – 7 Oktober, 2020.

ABAH JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

RAKYAT DAH MARAH

AMIN



PILIHANRAYA TIPU TURUN JALAN RAYA

 


LANGKAH BIJAK 

CONTOH TERBAIK 

UNTUK DIPELAJARI

AMIN

PILHNARAYA  TIPU

 TURUN JALAN RAYA

JAWAPAN TEPAT DARI RAKYAT 

AMIN


Bantahan besar-besaran, PM Kyrgyzstan letak jawatan

PERDANA Menteri Kyrgyzstan dan speaker parlimen semalam meletakkan jawatan berikutan tunjuk perasaan besar-besaran yang membantah keputusan pilihan raya parlimen 4 Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu.

Speaker Parlimen Dastan Jumabekov dan Perdana Menteri Kubatbek Boronov menyerahkan surat peletakan jawatan mereka dalam mesyuarat yang dihadiri anggota parlimen di Bishkek.

Anggota parlimen bersetuju melantik Sadyr Zhaparov sebagai perdana menteri sementara dan Miktibek Abdildayev sebagai speaker.

Kyrgyzstan dicengkam demonstrasi besar-besaran menyaksikan ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bishkek menuntut pilihan raya baharu diadakan.

Pada Isnin penunjuk perasaan bertempur dengan polis dan menyerbu bangunan parlimen serta bangunan kerajaan yang lain.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan hampir 600 lagi cedera.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya Kyrgyzstan berkata keputusan pilihan raya tidak sah, sejurus selepas Presiden Sooronbay Jeenbekov meminta semua bertenang dan mendesak parti politik memikirkan nasib negara mengatasi cita-cita politik mereka. –  7 Oktober, 2020.


BILA RAKYAT

SEDAR PILIHANRAYA

SATU PENIPUAN 

JALAN TERBAIK IALAH JALAN RAYA 

AMIN

INI HUKUM POLITIK

 SEDUNIA

AMIN

3 NOVEMBER 

RAKYAT AMERIKA   AKAN MENGUNDI

ATAU 

4 NOVEMBER 

 TURUN 

KE JALAN RAYA

LIHAT DAN TUNGGU

AMIN



RAKYAT MULA BOSAN DENGAN MUHYIDDIN

 


RAKYAT MULA MUAK

DENGAN MUHYIDDIN

RAKYAT  MENYAMPAH

MELIHAT MUKA 

TUAN HAJI KHAIRUDDIN

AMIN

HIDUP NAJIB 

HIDUP BOSSKU 

PANJANG KAN UMUR BOSSKU BOLEH

DUDUK LAMA 

DI SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH


Dakwa Tuan Haji Khairuddin 

di mahkamah, kata Najib

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi  Tuan Haji Mohd Khairuddin Aman Razali patut didakwa di mahkamah, kata bekas perdana menteri Najib , kerana melanggar perintah kuarantin wajib membendung penularan pandemik Covid-19.

Najib membuat gesaan itu sehari selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata tiada pilih kasih dalam penguatkuasaan perintah dan arahan kerajaan mengenai kuarantin.

Katanya, biarlah mahkamah yang menentukan menteri dari PAS itu bersalah atau tidak, selepas balik dari satu lawatan ke Turki pada Julai lalu.

Dalam satu komentar di Facebook, Najib berkata beliau membuat gesaan itu bukan kerana hendak mengecam PAS tetapi kerana ramai orang tidak puas hati menteri itu tidak dikenakan tindakan.

“Dakwa menteri perladangan dalam mahkamah. Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan KKM (Kementerian Kesihatan) atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya.

Setakat ini polis masih lagi menyiasat pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh  Tuan Haji Khairuddin, yang sudah lebih 90 hari, selepas diminta mengemaskan siasatan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.

Semalam, dalam ucapannya Muhyiddin berkata beliau sendiri pun sekarang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas seorang menteri kabinet disahkan positif Covid-19.

“Covid 19 tidak mengenal pangkat atau darjat. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan oleh kerana itu SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mesti dipatuhi oleh semua orang,” katanya dalam perutusan khas semalam.

Tuan Haji Khairuddin yang pulang dari luar negara pada 7 Julai setakat ini sudah dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan pada 7 Ogos.

Kementerian Kesihatan juga berkata pegawai kanannya hanya tahu mengenai pelanggaran yang dimaksudkan melalui laporan media.

Tindakan Tuan Haji Khairuddin melanggar kuarantin wajib mendapat perhatian umum dan diulas oleh Kementerian Kesihatan hanya selepas dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang juga bekas menteri portfolio sama di Dewan Rakyat pada pertengahan Ogos.

Komen awal Kementerian Kesihatan sebelum menjelaskan Tuan Haji Khairuddin dikenakan kompaun ialah perkara itu sedang disiasat.

Tuan Haji Khairuddin kemudian meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan memulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri sebagai derma untuk Tabung Covid-19.

Tindakannya bagaimanapun terus dikecam kerana dianggap cuba menutup kesalahan, lebih-lebih lagi setelah pemimpin kanan PAS pun mempertahankan tindakan Tuan Haji Khairuddin tidak patuh undang-undang.

Menurut Najib, Tuan Haji Khairuddin perlu berdepan tindakan di mahkamah jika tidak isu itu akan diteruskan dimainkan oleh pelbagai pihak, termasuk pemimpin pembangkang.

“Jika kalah, masih boleh rayu. Hentikan modal propaganda PH (Pakatan Harapan) sebab saya dah bosan tengok (Lim) Kit Siang buat puluhan posting bagi isu yang sama,” katanya.

Najib yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International kini sedang menunggu rayuan sabitan dan hukuman ke atasnya.

Beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. – 7 Oktober, 2020.

PEMIMPIN ISLAM

MAKIN DILIHAT

KARUT MARUT 

KAKI PUTAR

AMIN

SABENARNYA INI

 AMAT BAIK

MAKIN RAMAI RAKYAT SEDAR

PENIAGA AGAMA INI JUAL TAIK MINYAK ARAB

AMIN




MAT SONGEL AKAN MENGADAP SULTAN

 



MAT SONGEL AKAN MENGADAP SULTAN 

HARI SELASA

Unknown commented on 

"NIKMAT SYURGA"

Mr Yesterday Cukup Sedih Nak jadi PM tak Boleh Ayer liur Meleleh.... Al kisah Mat Songel dalam Sejarah tenggelam.....

SELASA DAPAT WARNING

 





SELASA DAPAT

 WARNING

panglimo potaseh commented on

 "BERKHALWAT KE 204"

Tu lah ceritanye ..perang belum habis General dah jadi Field Marshall, Prebet dah jadi Lance Kopral. Tapi ..tapi yang lawaknye Si Abam dah banyak kali perang dah cocok, mancot depan belakang 

..tapi masih lagi KEMPUNAN nak jadi PM. Semalam(selasa) Agong dah bagi LAST WARNING terakhir ..titah bagindo "nek tayim no tipu-tipu .."

CINTA AGUNG CINTA YANG GAGAL




CINTA AGUNG 

CINTA YANG GAGAL

HALIMI MN commented on

 "KAMAL DAN SADDAR"

Boleh buat filem lagi nih Tajuk "BUKAN dari Jemapoh ke Manchester." Lepas ni nak cari kat google Ali & Nino.

RAKYAT MULA SOKONG NAJIB

 



SOKONG 

Dakwa Khairuddin di mahkamah, kata Najib


BERITA MENYUSUL

DATUK SERI BUAT LAWAK BERDIRI

 


DATUK SERI

ANWAR IBRAHIM

BUAT LAWAK BERDIRI

AMIN

SEMUA WAJIB KETAWA

KAH KAH KAH


Anwar umum ada majoriti untuk elak PM minta Agong bubar Parlimen

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini diberitahu, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk mengelakkan Perdana Muhyiddin Yassin berjumpa Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang turut berada dalam mesyuarat itu berkata, itulah tujuan mesyuarat khas itu diadakan iaitu untuk memberikan penjelasan kenapa tindakan itu dibuat oleh Anwar.

HARI SELASA

ANWAR AKAN

ANGKAT SAMPAH

AMIN






ABAM DAH CUKUP NUMBO MAGNUM

 



ABAM DAH CUKUP 

 NUMBO MAGNUM

Unknown commented on

 "CALON TERLAMA DALAM DUNIA"

calon bakal pm akan mengatasi jumlah tahun tdm sebagai pm. nombor memang banyak untuk dicari selagi nombor yg betul naik tak serupa dengan yg dicari. usaha lagi, jumlah penyokong yg percaya pun ramai dan masih menunggu. tu pasal magnum dan sport toto cepat pulih kerana orang percaya pada nombor.

TV TER NOWW TER HOTT

 




SABAR BRO

Ketua Pengarang commented on

 "TV TER NOWW AKAN MUNCUL"

TT nak buat youtube channel ke? Ternow TV. Kah kah kah!

LOKMAN ADAM TERUS JADI LOKMAN ADAM

 



LOKMAN ADAM

SENTIASA

LOKMAN ADAM 

AMIN


Muhyiddin dan Hamzah punca

 Covid-19 melonjak

Orang kanan budak suruhan  Najib mendakwa, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bertanggungjawab apabila kes Covid 19 meningkat mendadak.

Tuan Haji  Lokman Noor Adam berkata, kerana tindakan mereka berdua mahu merampas kerajaan negeri Sabah lah menyebabkan Shafie Apdal memohon Yang Dipertuan Negeri Sabah membubarkan Dewan Negeri Sabah.
 
“Dua manusia inilah yang melakukan gerakan merampas kerajaan negeri Sabah daripada tangan Warisan akibatnya berlakulah kluster Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual di Facebooknya baru-baru ini.

Tambah beliau, sepatutnya semua yang berusaha merampas kerajaan negeri Sabah haruslah bertanggungjawab.

Ketika ditanya, mengapa Menteri Kesihatan tidak menasihati Perdana Menteri terlebih dahulu Tuan Haji Lokman berkata “PM ni bukan nak dengar pun orang nasihat”.

“Menteri Kesihatan orang Umno, PM dan Menteri KDN orang Bersatu,” ujar beliau.
 
Semalam dalam perutusan khas, Muhyiddin mengakui kempen pilihan raya di negeri Sabah menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19.

PRN Sabah terpaksa diadakan apabila Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai yang lalu.

KOBID BERJANGKIT

NASIB KITA BAIK

PENYAKIT 

LOKMAN ADAM

TIDAK BERJANGKIT

KAH KAH KAH



KITA JUGA WAJIB SAMA BERSEDIA

 


KITA JUGA 

WAJIB SAMA

 BERSEDIA

 AMIN 

WHO beri amaran 

kerajaan perlu 

siap sedia hadapi

 lonjakan Covid-19

PERTUBUHUAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada kerajaan di negara-negara wilayah Pasifik Barat termasuk Malaysia untuk bersiap sedia mendepani peningkatan Covid-19 sebelum vaksin tersedia - dianggarkan pada penghujung 2021.

Pengarah Kecemasan Wilayah WHO untuk Pasifik Barat Dr. Babatunde Olowokure berkata meskipun negara-negara berkenaan sudah melakukan yang terbaik berbanding wilayah lain, sikap dan kelemahan dasar menyebabkan lonjakan.

“Ini terutama disebabkan pelanggaran, pengecualian atau kelonggaran seperti membiarkan perhimpunan ramai dalam keadaan berisiko tinggi,” katanya pada sidang media maya sesi ke-71 Jawatankuasa Wilayah hari ini.

Beliau berkata sekatan pergerakan tidak akan berfungsi kerana ia perlu disertai “langkah-langkah untuk mengekang virus” seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan amalan kebersihan yang baik.


“Harus ada sejumlah langkah pengawalan yang semuanya dilaksanakan secara bersama,” ujarnya. 

Pengarah wilayah WHO Pasifik Barat Dr. Takeshi Kasai pula mengatakan kerajaan mesti  mencari strategi jangka panjang yang mampan apabila rakyat mula bosan untuk mematuhi protokol pandemik.

“Selama virus ini beredar di dunia, tidak akan ada negara yang aman. Dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan virus itu akan hilang dengan cepat,” katanya.

Langkah-langkah itu merangkumi peningkatan kewaspadaan, pengesanan yang pantas, ujian  dan mengasingkan kes, memperbaiki sistem kesihatan masyarakat selain melindungi golongan yang lemah. 

Katanya, perniagaan perlu meneroka kaedah untuk beroperasi sambil meminimumkan risiko, manakala masyarakat perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Tambahnya, adalah menjadi kewajiban kerajaan untuk melibatkan kerjasama antara perniagaan dan orang ramai di samping mengurangkan penularan.

“Saya tahu ia tidak mudah untuk dilakukan. Tetapi semakin aktif kita mencipta kebiasaan baharu, saya rasa kita dapat memajukan ekonomi dan kehidupan masyarakat,” katanya.

WHO Pasifik Barat merekodkan jumlah jangkitan dan kematian paling rendah setakat ini, dengan beberapa pulau Pasifik tidak mencatat kes. Covid-19 sudah menjangkiti lebih 633,000 orang dan meragut lebih 13,000 nyawa di rantau ini.

Ini adalah kali pertama anggota Jawatankuasa Wilayah WHO Pasifik Barat bermesyuarat secara maya. Semasa mesyuarat tahunan itu, semua anggota dijangka membincangkan kerangka untuk imunisasi, penuaan yang sihat dan pembedahan yang selamat dan berpatutan. – Bernama, 6 Oktober, 2020.


AWAS

KENAPA AMERIKA - UK AUSTRALIA CANADA SINGAPURA -SOKONG ISRAEL





SINGAPURA

RAMAI TIDAK SEDAR 
SINGAPURA JUGA
ADALAH SETTLER STATE
SETTLER COLONIAL SOCIETY 
CHINA MENJAJAH  BUMI MELAYU
KINI MENJADI AJEN SETIA ISRAEL
AWAS
AKAN DATANG
MENJADI AJEN CHINA MERAH

BERITA TIEU NAMA



JANGAN SEBAR

BERITA DARI

TIEUNAMA

KAH KAH KAH

SILA SEBAR 

BERITA  DARI

BERNAMA

AMIN 


Akaun parodi boleh 

dikenakan tindakan sivil, 

kata SKMM

AGENSI atau individu yang terkesan dengan akaun parodi atau palsu boleh mengambil tindakan undang-undang sivil, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Beliau berkata tindakan itu adalah hak masing-masing dan negara juga mempunyai undang-undang lain yang boleh diguna pakai bagi menangani mereka yang menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan tertentu selain bertujuan menjejaskan masyarakat. 

“Akaun parodi bukan sahaja masalah di Malaysia, akaun parodi ini memang berlaku berleluasa baik dalam dan luar negara. Semua adalah sama.

Akaun parodi ini merupakan trend baharu dalam menyampaikan berita palsu, mengejek atau mencerca di media yang menggunakan nama/jenama atau logo yang hampir serupa dengan badan atau pertubuhan yang dikenali ramai atau orang kenamaan. 

“Akaun parodi ini selalunya dinaikkan melalui platform global iaitu Twitter atau Facebook yang berpangkalan di luar negara. Jadi akta dan undang-undang negara sama ada di Malaysia atau mana-mana negara lain ada limitasinya iaitu mengikut sempadan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

“Yang di luar negara memang susah nak banteras tetapi untuk individu dalam negara kita cuba buat pendekatan agar kita sebagai rakyat untuk lebih bermoral iaitu nak cakap apa-apa boleh tetapi jangan menipu. Freedom of speech but not freedom to lie.

Fadhlullah Suhaimi memberikan beberapa contoh akaun parodi di Malaysia seperti “BERMANA” yang ramai menyangka ia adalah Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan baru-baru ini Jakim@MyJAKIM turut menjadi mangsa dengan logonya yang nampak sama tetapi ditambah dengan perkataan “Just Kidding”.

Akaun parodi Twitter “BERMANA” @bermanadotcon itu yang mempunyai 24.6k pengikut menyampaikan berita palsu manakala akaun Twitter palsu Jakim itu pula menyeleweng ayat al-Quran dan hadis, kesemuanya atas nama parodi yang menimbulkan masalah bagi pemilik nama sebenar iaitu Bernama dan Jakim.

“Sebagai pengikut, mereka tidak perasan dan bila kita tengok kandungan itu dia bukan sahaja berbentuk jenaka tetapi pada masa sama mengelirukan orang ramai, ia berselindung dalam tema parodi,” katanya.

Beliau berkata siasatan memerlukan sedikit masa dan pihaknya telah berhubung dengan Twitter dan Facebook selain meminta orang ramai memahami bahawa syarikat platform global berkenaan tidak berada di Malaysia, maka apa-apa yang dimohon adalah berdasarkan nilai negara mereka iaitu negara barat.

Pada 5 Oktober, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya berhubung parodi membabitkan satu akaun Twitter palsu yang menggunakan nama dan logo jabatan itu.

SKMM menerusi laman web rasminya pada 6 Oktober telah mengemas kini status akaun Twitter @MyJAKIM yang telah digantung dan menggesa orang ramai untuk lebih berwaspada dengan akaun parodi.

“SKMM ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Twitter atas kerjasama pantas yang diberikan dalam menggantung akaun Twitter JAKIM@MyJAKIM yang mewujudkan akaun palsu dengan niat untuk memuat naik hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian dan laporkannya kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya,” menurut SKMM. – Bernama, 7 Oktober, 2020.

NGUYEN VAN THIEU

IALAH PRESIDEN

BONEKA AMERIKA

MASA PERANG 

 VIETNAM

KAH KAH KAH

THIEUNAMA INI

SELALU 

MENGELUARKAN

BERITA

I GOT  NUMBO

I GOT NUMBO

DAH MENANG

 DAH MENANG 

 VIETCONG KALAH 

THIEU NAMA KA HAI 

AMIN



BERITA YANG AMAT LOKMAN ADAM

 



BERITA YANG AMAT

LOKMAN ADAM


Muhyiddin dan Hamzah punca Covid-19 melonjak


BERITA MENYUSUL



JANGAN HANYA CAKAP - SUSUN BANGUN LAWAN

 




JANGAN HANYA CAKAP

SUSUN BANGUN LAWAN

Unknown commented on 

"BERJAGA JAGA"

Rakyat bodoh kena ikut arahan, pemimpin pandai tak ikut arahan pun, ke sini ke sana, bila rakyat tahu buat bodoh pula, kah kah kah, mana adil macam ini tt kah kah ada kuasa boleh buat apa saga, rompak duit rakyat pun masih bebas apa?

BERITA DARI TIEU NAMA

 



BERITA TIEUNAMA 

Akaun parodi boleh dikenakan tindakan sivil, kata SKMM


BERITA MENYUSUL


TUKAR TIUB JAGA KESEHATAN KAMU




TUKAR TIUB JAGA KESEHATAN KAMU

Unknown commented on

 "TERIMA KASEH TIAP HARI MASUK BLOG TUKAR TIUB"

tiap2 hari nak masuk jamban.. bahan bacaan dlm jamban je, kalau tak, berak tak puasss..

AL-FATIHAH - SELAMAT JALAN

 


 AL-FATIHAH

SELAMAT JALAN



Eddie Van Halen 
dies of cancer aged 65

Son announces death of guitarist and founding member of band named after Van Halen and his brother


Eddie Van Halen, pemain gitar virtuoso yang solo. Solonya yang inovatif dan terik tengang membantu mendorong kumpulan yang menggunakan namanya menjadi salah satu aksi rock terbesar pada tahun 1980-an, telah meninggal dunia kerana barah. Dia berusia 65 tahun.


SOLO



JUMPA AGONG HARI SELASA

 




JUMPA AGONG 

 HARI SELASA

Unknown commented on 

"PASAL APA HANG SAKIT KEPALA"

gua tak sakit kepala bro, hari selasa mana ada sakit kepala. gua ada bini bro, kalau gua sakit kepala pun, ubatnya.. entot bini. 

hari selasa hanya ada cemas, panic & gelabah berok, ubatnya entot bini jugak, kalau ada bini la.. kalau takde bini, hisap tetek anjing pun boleh. kah kah kah takde dlm kitab semua agama samak pun tak perlu kalau ikut pak arab