Isnin, 21 Julai 2014

HARI HARI AKHIR SAEKOR KHALID





KOMENTAR

pada hemat tukar tiub
bila wan azizah menjadi
menteri besar selangor
pru14 akan cepat sampai

najib dan rosmah 
tidak akan membenarkan 
wan azizah menyusun 
selangor untuk menjadi 
kubu kuat pakatan
selangor dijadikan basis
tempur untuk menumbang
jatuh gerombolan
selangor dibawah
wan azizah adalah
medan tempur
politik ekonomi dan budaya




















Selepas beberapa siri perbincangan rasmi dan tidak rasmi di kalangan ahli Pakatan Rakyat, PAS  bersetuju menukar Menteri Besar Selangor  Khalid Ibrahim, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Bagaimanapun, tiada persetujuan dicapai antara PAS, DAP dan PKR sama ada presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar baharu.


Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor




Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan, parti Islam itu sememangnya tidak akan menuntut kerusi menteri besar Selangor jika Khalid Ibrahim ditukarkan.
"Memang menjadi pandangan umum pemimpin PAS, PAS tidak boleh menuntut kerusi MB Selangor buat masa sekarang. Ia hak PKR," katanya kepada The Malaysian Insider.


i rest my case

my lord




---------

MALAYSIA HULUR BANTUAN





KOMENTAR

amerika syarikat
 memberi 3 bilion dolar setahun bukan hutang
beri terus
malaysia sebagai negara kecil
hanya sanggup beri bantuan
minyak sawit
kepada israel

MINYAK SAWIT SAMPAI 
KE PELABUHAN ASDOD

  • Ashdod - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Ashdod
    Modern Ashdod was established in 1956 on the sand hills near the site of the ancient town, and incorporated as a city in 1968, with a land-area of approximately ...
  • Port of Ashdod - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Port_of_Ashdod
    The Port of Ashdod is one of Israel's two main cargo ports. The port is located .
  • BORANG BANTUAN  
  • SAWIT MALAYSIA
  • SEBAGAI BAHAN BUKTI





  • ----------

    SELAMAT BERBUKA




    SELAMAT

     BERBUKA

    bagitu cepat sekali
    hari berjalan
    cepat alam beredar
    tertiba
    puasa telah masuk 
    minggu terakhir

    gwa belum sempat melawat
    bazar ramadan bangsar tahun ini
    belum sempat buat ramai
    di chow kit
    tetiba 
    puasa dah nak abis
    tetiba 
    bulan ogos sampai


    gawa raya tahun ini 
    jadi bangla tak balik kampong
    rumah di kampong tahun ini ditutup
    tak ada siapa nak buka rumah pusaka
    maka gwa berhari raya di brickfeild
    berhari raya di jalan thambypillai

    SENIN INI
    panas berjerebu
    dan date line
    resah dan gelisah
    tentang mh17

    MALAM KELMARIN
    dijalan panggung
    bersama puluhan warga
     dan 
    keluarga
    mangsa mh17


    PETANG INI
    ada panggilan talipon
    ketika gwa masak
    ada jemputan dari satu ngo
    untuk duduk bantah
    di keduataan rusia

    gwa ketawa dan marah
    belum ada bukti yang rusia
    bertangung jawab
    ngo malaysia dah
     buat keputusan

    angela merkel dari german senyap
    pm india senyap
    pm china senyap
    pm italy senyap
    tetiba ngo malaysia 
    menuduh rusia


    PETANG INI
    gwa hanya ada buat tamar
    tidak ada spesial
    rien du tout
    rien spesial
    tak ada apa apa
    tak ada yang spesial
    manggis pun dan abis
    yang tinggal petai
    SELAMAT

     BERBUKA






    ----------

    BERITA AMAT BAIK




    KOMENTAR

    apa makna berita ini?
    maknanya apabila musuh
    menyerang kita bukan 
    tanda tidak baik 
    itu tanda baik

    bila musuh puji
    itu bukan tanda baik
    itu tanda tidak baik

    bila diserang ertinya
    kita melakukan yang betul
    kita melakukan garis politik tepat

    jika dipuji ertinya
    kita dengan musuh telah sama

    NOTA
    awalnya anwar dicadangkan jadi mb selangor
    dengan cepat kes di alih tarikh
    dengan cepat anwar dijatuhkan hukum

    sekarang wan azizah dicadang jadi mb selangor
    semua musuh gelabah
    sampai turun darah bulan pun masuk kira

    ini bermakna memilih wan azizah
    adalah tepat betul dan lengkap




    Wan Azizah
    SHAH ALAM - Isyarat peralihan kuasa yang dilancarkan Ketua Umum PKR,  Anwar Ibrahim dengan menamakan isterinya,  Wan Azizah Wan Ismail bakal menggantikan posisi jawatan nombor satu Selangor menggambarkan sekali lagi Presiden PKR itu dibonekakan suaminya.

    i've notin' to say mi lord  mi rest mi cace mi lord..




    -----------

    SEJARAH DI UBAH LAGI





    HARI  ULANG TAHUN 
    MALAPETAKA
    NAK SAMPAI

    anak muda bersedia

    KAH KAH KAH
    dua lelaki india 
    yang panjat everest
    tak masuk kira
    kah kah kah
    mana mic
    mana ppp
    mana psm
    mana xvier
    mana gobala
    mana khoo kay kong
    mana zainal kling

    KAH KAH KAH



    ---------

    AKOUN PALSU






    Akaun Facebook Palsu Ugut Bunuh Perdana Menteri: Respon SAMM

    Ekoran beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Afzanizam Hashim penggerak SAMM P.Pinang, kononnya telah membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia melalui sebuah akaun facebook bernama Ahli Fikir, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat klarifikasi;

    1. SAMM menegaskan bahawa ugutan terhadap Najib Razak adalah satu fitnah dari status sebuah akaun facebook palsu yang telah diterbit menyerupai akaun sebenar mangsa. Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM.

    2. Setelah menyedari kewujudan akaun facebook palsu tersebut, mangsa fitnah telah segera membuat laporan polis pada tarikh 17 Julai 2014 jam 2 petang di Balai Polis Perda (kemudian dipanjangkan ke Balai Bukit Mertajam), Pulau Pinang. Laporan polis ini dibuat lebih awal sebelum laporan-laporan polis terhadap mangsa. 

    3. Afzanizam juga dipanggil memberi keterangan di IPD Kepala Batas sehari kemudiannya dan beliau telah hadir memberi kerjasama.

    4. Penerbitan akaun palsu kini telah menjadi trend dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini bukan kali pertama komrad SAMM menjadi mangsa. Pengasas SAMM, che'GuBard sendiri menjadi mangsa apabila satu akaun 'fan-page' telah sengaja membuat status menghina institusi beraja, dan Young Syefura / Rara SAMM juga menjadi mangsa ketika baru menyertai DAP yang menjadi perhatian media.

    5. SAMM bersedia dan mengalu-alukan pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menuntut dengan serius agar semua kes ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat supaya diselesaikan dengan telus. SAMM turut mempersoalkan di manakah hasil siasatan kes ugutan bunuh dari kalangan pro-kerajaan itu? Apakah ia juga berakhir di Lautan Hindi?

    6. SAMM kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadap gerakan SAMM ketika negara sedang berduka dengan tragedi MH17, ia seolah mengambil kesempatan dari peristiwa yang berlaku.

    7. Benar SAMM adalah gerakan anak muda yang progressif, juga agresif, malah SAMM lahir dari perlawanan jalan raya namun masih ada kewarasan dalam setiap titip kenyataan yang dikeluarkan dari setiap komrad terlatih.

    8. Tidak dapat disembunyikan, ramai anak muda yang sangsi dan gusar dengan rentak pemerintah negara dalam mengendalikan isu dunia, merujuk kepada terlalu banyak kelemahan ketika mengendali isu MH370. 

    9. Akhir sekali, disertakan salinan laporan polis Afzanizam Hashim, Penyelaras Bersama SAMM P.Pinang sebagai rujukan.

    Sekian,

    EDY NOOR REDUAN
    Pengarah Propaganda
    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






    ---------

    SEMUA PERANCANGAN ANGLO-AMERIKA





    KOMENTAR
    semakin jelas dibelakang trajedi ini
    ialah perancangan rapi dari kuasa
    imperialis anglo-amerika

    jelas semua ini dirancang dengan
    tujuan untuk menimbulkan
    suasana perang dingin

    jelas semua ini dirancang
    untuk memastikan rusia
    dilihat sebagai musuh dunia

    kelmarin berita melaporkan : pemimpin dunia mengutuk rusia
    walhal hanya 3 orang pemimpin 
    yang bersuara:
    - obama  dari amerika
    - cameron dari united kingdom
    - mark rutter dari belanda

    hari ini tajuk berita : dunia marah
    kah kah kah
    kah kah kah
    kah kah kah

    yang marah ialah osce
    badan yang ditubuhkan oleh nato
    ini anak syarikat nato
    nato menjaga kepentingan amerika

    PERSOALAN MULA TIMBUL
    apakah kehilangan mh370 
    ada sangkut paut
    dengan apa yang sedang
    berlaku dihadapan mata 
    apakah hilangnya mh370
    ini adalah sebahagian dari 
    strateji penyediaan
    suasana untuk mh17?

    ini masih belum jelas

    Ukrainian State Emergency Service

    MH17: world's anger at Russia grows as bodies pile on to train at crash site

    Experts fear clues as to why Malaysia Airlines plane was brought down could be lost for ever as chaos at scene persists
    As politicians, investigators and relatives of the dead across the world expressed anger at the Kremlin for not forcing pro-Russia rebels to offer more cooperation, there had yet to be any serious examination of the crash site. Experts suggested vital clues to how the Malaysia Airlines Boeing was brought down could have been lost for ever as the site continued to be a free-for-all three days after the tragedy, which took 298 lives.
    The small OSCE mission on the scene is made up merely of monitors. Not a single international aviation expert or investigator has visited the site, as evidence disappears. Until Sunday lunchtime, nobody even knew where the body bags from the site had been taken, with dark rumours swirling. Even now, the OSCE monitors have had to take the word of the local emergency services that 196 bodies have been found so far.

    i've nothing else

    to say my lord

    i rest my case my lord





    -----------