Sabtu, 15 Ogos 2020

KETAWA GOYANG GOYANG







KETAWA 

GOYANG GOYANG

PISANG BOGAYANG GOYANG







PISANG GOYANG

BERGOYANG
KALAU TAK ADA TUPAI
PISANG TAK AKAN
BERGOYANG GOYANG

KESAH KELUARGA PENYAMUN







INI KESAH

KELUARGA

PENYAMUN

AMIN

BERTARAF 

ANTARABANGSA

AMIN

ANAK BINI

MENANTU

BESAN ANAK

LELAKI

BESAN ANAK

PERAMPUN

SEMUA

MENYAMUN

AMIN



Besan Najib dinamakan

 suspek kes rasuah 

berkait buruan Indonesia

Besan kepada bekas perdana menteri Najib Razak telah dinamakan sebagai suspek kes rasuah berkaitan dengan siasatan yang sedang dilakukan oleh polis Indonesia berikutan penangkapan salah seorang buruan yang dikehendaki, Djoko Tjandra, di Kuala Lumpur bulan lalu.

Jurucakap polis pusat Indonesia Argo Yuwono dilaporkan mengenal pasti suspek sebagai "TS", yang merupakan singkatan bagi nama hartawan Tommy Sumardi.

Tommy dituduh memberi rasuah kepada dua pegawai kanan polis untuk memudahkan penghapusan notis merah Interpol terhadap Djoko dan membantu perjalanannya. Dua pegawai kanan polis itu kemudian digugurkan daripada jawatan mereka kerana disyaki menerima rasuah.

Identiti suspek dan hubungan keluarga dengan Najib kemudiannya didedahkan oleh penyelaras Masyarakat Anti-Korupsi Indonesia (Maki) Boyamin Saiman, menurut portal dalam talian Detik.com.

Ketika dihubungi, Boyamin mendakwa Tommy ialah orang yang rapat dengan Djoko dan Setya Novanto, bekas speaker parlimen Indonesia yang kini menjalani hukuman penjara 15 tahun setelah disabitkan dalam skandal rasuah perolehan kerajaan.

"Dia (Tommy) mengikuti hubungan perniagaan Djoko," kata Boyamin kepada Malaysiakini.

Dia menyebut contoh pembinaan menara 1MDB yang diberi nama Signature The Exchange 106 di Tun Razak Exchange oleh Kumpulan Mulia Indonesia di bawah kendalian saudara Djoko, Eka Tjandranegara sebagai presiden merangkap pengarah dan pemiliknya.

Sewaktu Djoko menjadi berita utama di sini pada tahun 2015 mengenai kaitan dengan rancangan pembinaan bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia, Najib ketika itu perdana menteri dan menteri kewangan. 

Boyamin mendakwa apa yang bermula sebagai hubungan perniagaan yang melibatkan Djoko, Tommy dan Najib secara beransur-ansur menjadi lebih peribadi.

Dikatakan hal ini membawa kepada pertemuan anak perempuan Tommy, Fitri Aprinasari Utami dan anak Najib, Mohd Nazifuddin, yang akhirnya melangsungkan perkahwinan yang diadakan di Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Permintaan bekas AG M'sia 

"Pasangan itu bertunang pada Mei tahun lalu, tetapi Najib tidak dapat menghadiri majlis di Jakarta kerana larangan perjalanannya," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Najib untuk mendapatkan penjelasan beliau.

Menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai amaran merah Interpol terhadap Djoko, Mulia Group pada tahun 2015 berkata Djoko tidak lagi memegang sebarang jawatan atau saham dalam kumpulan itu walaupun Boyamin menegaskan hari ini bahawa pengumuman itu hanyalah "penyamaran" untuk menghindari pertanyaan daripada pihak berkuasa.

"Itu hanya penyamaran. Djoko Tjandra ialah pemilik yang mendapat manfaat (beneficial owner)," katanya.

"Tommy masih belum ditangkap. Dia hanya akan dipanggil minggu depan.

"Di Indonesia, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum seorang suspek (yang dinamakan) ditangkap, tidak seperti di Malaysia," jelas Boyamin ketika disoal mengenai status Tommy sekarang.

Dia berkata polis pusat Indonesia diharapkan akan memanggil Tommy sekitar minggu depan.

Dakwaan kaitan Djoko di Malaysia sebelumnya ditimbulkan oleh bekas peguam negara Indonesia, HM Prasetyo, yang mendakwa bahawa peguam negara Malaysia ketika itu, Apandi Ali, pada tahun 2016 telah membuat permintaan peribadi baginya untuk mempertimbangkan supaya menggugurkan sabitan terhadap hartawan berusia 68 tahun itu dan membenarkannya kembali sebagai seorang bebas.


Polis Malaysia setakat ini tidak mengeluarkan sebarang perincian mengenai penangkapan Djoko (gambar, atas) pada 30 Julai, walaupun rakan sejawat mereka dari Indonesia dilaporkan telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak berkuasa negara.

Dia diserahkan kepada sepasukan polis Indonesia dan diterbangkan kembali ke Jakarta dengan jet peribadi sewa dari lapangan terbang Subang.

Menteri Koordinator Politik, Perundangan, dan Keselamatan Indonesia Mahfud MD sebelumnya mendedahkan operasi rahsia itu dilakukan atas kerjasama "polis dengan polis" antara Polri dan PDRM di bawah arahan langsung dari Presiden Joko Widodo.

Djoko Tjandra melarikan diri dari Indonesia ke Papua New Guinea pada tahun 2009, sehari sebelum Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda 15 juta rupiah berikutan sabitannya dalam kes rasuah Bank Bali.

Dia kini menjalani hukuman penjara dua tahun dan dijangka diadili atas tuduhan rasuah tambahan berkaitan dengan siasatan dana haram yang sedang berlangsung.

YANG PELIK

MASIH ADA

YANG ANGGAP

NAJIB ROSMAH

SUCI BERSIH

BUKAN PENCURI

AMIN

SIKAP INI

MEMANG

AMAT PELIK 

AMIN

APA BERGOYANG






APA BERGOYANG

Yeaaaah Raja Goyang. 
on 
JANGAN 
GOYANG GOYANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 15/08/20


OO MAK DATUK





OOOH OOH

MAK DATUK

CIRIT DATUK

MANA NI?

AMIN

Dua Datuk direman bantu siasatan skandal balak RM27 juta

DUA individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang, lima tahun lepas.

Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pengerusi syarikat berusia 65 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos depan.

Seorang lagi suspek berusia 40 tahun, merupakan bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, direman lima hari mulai hari ini sehingga 19 Ogos depan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, mereka ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 5 petang dan 10.20 malam, semalam.

Semalam, media melaporkan SPRM mendapat perintah reman terhadap tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk, bagi membantu siasatan kes yang sama.

Difahamkan, kes ini berkaitan pengambilalihan projek pembalakan di satu daerah di Pahang seluas 6,591.67 ekar pada 2015. (1 ekar = 0.404686 hektar) – Bernama, 15 Ogos, 2020.


ADA 10764688

ORANG DATUK

DI MALAYSIA

AMIN

INI BELUM 

MASUK KIRA

DATUK KAMBOJA

 DATUK SULU



KAH KAH KAH

MEDIA BUAT

PERANGAI 

BANGANG LAGI

AMIN
 

AMPONKAN ANWAR SEKALI LAGI





AMPOON NI

SAH KE ?

AMIN

APA MAKNA

AGONG AMPON

AMIN

KALAU 

KES BUNUH

SELAMAT DARI

TALI GANTUG

AMIN

KES ANWAR NI

SELAMAT DARI

APA

AMIN

RAKYAT NAK

FAHAM

YA AMPOOON

Perlembagaan Tak Sebut Agong Boleh Ketepi Sabitan Kes – Peguam

(Malaysiakini) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian ketika prosiding mahkamah terbuka di hadapan Hakim Akhtar Tahir pagi ini.

Haniff bertindak sebagai peguam kepada Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Khairul Azam, yang juga pengamal undang-undang, pada 26 Februari memfailkan saman untuk mencabar nasihat Lembaga Pengampunan pada 16 Mei 2018 terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes itu.

Pada tarikh itu Anwar dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan penuh diraja dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya Mohd Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pendengaran Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan dengan permohonan oleh Anwar dan defendan bersama Lembaga Pengampunan, untuk mengetepikan cabaran Khairul Azam.

Semasa prosiding, Haniff Khatri berkata mahkamah patut menolak usaha mengetepikan saman itu dan mendengar sepenuhnya saman utama, bagi membolehkan semua isu boleh bicara didengar.

Haniff berkata ini termasuk isu berkaitan pembentukan lembaga itu dan dakwaan nasihat salah berkaitan kuasa Agong memberikan pengampunan yang diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut:

“Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”

Haniff berkata, peruntukan itu jelas menyebut “memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum” bermaksud ia terhad kepada hukuman dan tidak boleh melebihi perkara itu.

“Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut Seri Paduka boleh mengetepikan sabitan kes,” kata Haniff.

Peguan Anwar:  Plaintif tiada locus standi

Sementara itu, Bernama melaporkan peguam J Leela yang mewakili Anwar berhujah bahawa pengampunan penuh Agong tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk meneruskan tindakan berkenaan.

“Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Katanya, menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris bersetuju dengan Leela.

Hakim menetapkan 21 Sept untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terlibat memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.

Pada 26 Feb lepas, Khairul Azam memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, Khairul Azam mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 dan kerajaan baru dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baru.

Justeru, katanya, dan mustahil bagi lembaga itu dapat bersidang memberikan nasihat kepada agong bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati agong, mengakibatkan nasihat yang diberikan tidak sah dan terbatal.

BERTAMBAH

GOYANG TAMBAH

CUNT PIUS

KAH KAH KAH

PEMUDA AMANAH SOKONG MADEY






PEMUDA 

AMANAH

SOKONG MADEY

AMIN

APA KATA

PEMUDA PKR

Pemuda Amanah bahagian 

gesa wujudkan pakatan

 dengan Pejuang

Empat ketua Pemuda Amanah bahagian menggesa parti mereka mewujudkan pakatan bersama Dr Mahathir Mohamad dan parti yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

"Keputusan ini sejajar dengan usaha untuk menegakkan kembali mandat rakyat dan sistem demokrasi negara tanpa dibelenggu oleh penangguhan tidak berkesudahan daripada individu yang mempunyai kepentingan politik peribadi," kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh oleh ketua pemuda bahagian Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak), Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar (Bukit Bintang) dan Anhdeer Supardy (Batu).

Jelas kenyataan itu lagi, Pemuda Amanah mahu membantu pembinaan semula sistem demokrasi, ekonomi dan pentadbiran negara pasca wabak Covid-19.


PEMUDA PKR

KATA

BRO LU BERANI

NANTI AMK

BELANGKONG

AMIN

AMK DAH

SELALU BERLATIH

AMIN

SETAKAT BUDAK

KECIK AMANAH

SAP SAP SOI

KAH KAH KAH

CARA MEMBACA TUKAR TIUB




CARA MEMBACA

TUKAR TIUB
SEMUA YANG DIPAPARKAN
SEMUA YANG DITULIS
SEMUA IMEJ
SEMUA GAMBAR
YANG MUNCUL DALAM TUKAR TIUB
MEMILIKI TANDA 
MEMILIKI  MAKNA

TIDAK ADA SATU PUN
YANG TERPAPAR DALAM 
TUKAR TIUB 
OMONG KOSONG

JUSTERU WAJIB INGAT
APA YANG TELAH DIBACA
APA SEDANG DIBACA
KERANA
INI MEMBAWA KEPADA
APA YANG AKAN MUNCUL
UNTUK DIBACA
AMIN

SIAPA ?






SIAPA ?
Yg angkat tangan semua dah merasa... Yg tak angkat tu, siapa suruh tak angkat masa org tanya siapa nak jd PM... Haaa kan dah cicir...
 on 
SAPA 
KENNAY TAY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:57

������������. 
Kenny Tay ��
 on 
SAPA 
KENNAY TAY
Anonymous
at 15:46

Keling

KUEH GOYANG





KUEH GOYANG
mat KASI dah bankrup idea nak tulis,
 ini modal baru-kueh goyang.
 berita menyusul.. 
on 
GOYANG RINGAN
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 15/08/20

Ap

MARI TANYA LEBAI GOOGLE






MARI KITA 

TANYA

LEBAI GOOGLE

 LEBAI GOOGLE KATA
GOYANG 
DALAM BAHASA INGGERIS
IALAH 
ROCKING

GOYANG 
DALAM BAHASA PERANCHIS
IALAH 
BALANCEMENT

GOYANG 
DALAM  BAHASA ARAB
IALAH 
HIZAZ

GOYANG 
DALAM BAHASA SWEDEN
IALAH 
ROCKING

GOYANG 
DALAM BAHASA GERMAN
IALAH
 ROCKING

GOYANG DALAM
BAHSA TAMIL
IALAH 
RAKKIN

GOYANG 
DALAM BAHASA RUSIA
IALAH
Раскачивание
Raskachivaniye

GOYANG 
DALAM  BAHASA INDONESIA
IALAH 
INUL DARATISTA

GOYANG GOYANG DI BALI





GOYANG 

BERGOYANG

DI BALI



GEROMBOLAN BODOHKAN MELAYU





GEROMBOLAN

BODOHKAN

MELAYU

atok dah lambat sangat, juara rasuah sedunia is Mr Razak, terlalu lewat dah, sudah kena tinggal lama lama, nak ubah apa lagi, rasuah sudah jadi darah daging, cuma ada satu cara, tukar darah tukar daging, kah kah kah, selagi ada nama Melayu, disitu ada rasuah, bukan salah Melayu, 

mereka diajar sejak merdeka, dibodohkan oleh gerombolan, supaya dapat berkuasa, sehingga kini selamanya, kah kah kah, 
mudah saja guna agama bangsa negara jadi target cina, India senang, perjuang isu Palestin, perjuang isu jawi, perjuang isu Zakir naik, semarak sentimen kaum agama, itu lah UMNO PAS buat, kah kah kah 
tapi belakang belakang support cukong kira komisen kira share kira kroni, bila kena tangkap, salah J Low bro kah kah kah, melayu semua innocent belaka bodoh belaka sampai duit masuk akaun tak tahu....kah kah kah duit masuk tak tahu tapi pandai berbelanja kah kah kah akaun langit al ahazam kah kah kah syukuri
 on 
ATOK 
CAKAP APA NI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 15/08/20

kah

GOYANG BOYS








GOYANG BOYS


DAPAT NAIK HAJI








DAPAT NAIK AJI

Biler jadi tukang cover towkey judi bermakna dia otomatik akan jadi tukang cover duit lendir dan duit serbukk! Towkey Untung duit judi cuci buat pub.. Tempat serbuk masuk. 
Tohkey juge akan bukak tempat spa keluarga. Last2 semua kasi cover. Bulan2 dpt duit gaji judi balik rumah purak2 mengaji . Isi borang tabong haji dpt naik haji. Jadi nak panggey puak ni haji apo? Hahaha 
on 
TAK RASUAH -
 DAH POIE AJI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 15/08/20

Y

HOT GOYANG HOT HOT









GOYANG JANGAN

TAK GOYANG



CEKAU DUIT POLITIK UNDI




CEKAU DUIT

POLITIK UNDI

Saya masih ingat lagi pada tahun  1969   saya berada  dalam tingkatan enam di Kolej Melayu  Kuala Kangsar. Cik Gu Kertas Am saya   Mister Muzzafar Tate   -  dalam  suasana ketegangan pasca Mei13 telah berkata ‘ politics is a rich man’s game…’ – politik ini untuk mainan orang kaya kaya.  

Muzaffar Tate  bekas soldadu Inggeris adalah  juga seorang sejarahwan.  Telah menulis buku sejarah Tanah Melayu. Arwah ini  juga telah memperkenalkan saya kepada petikan  kata-kata Mao Zedong  yang pertama saya dengar  – Power grows out of the  barel of the gun – kuasa datang dari laras senapang.

Satelah berkelana dan mengumpul pengalaman kini saya memahami  dengan jelas  makna kata-kata  yang telah disampaikan oleh Muzffar Tate kepada  saya pada tahun 1969. Malah  pada tahun 2020 ini saya berani menambah petikan kata kata Mao :  Kuasa datang dari laras senapang  juga kuasa datang dari ringgit dan dollar. Amin.

Budaya dan sistem politik undi atau electoral politics ini memang  memerlukan belanja yang banyak. Ada pelbagai tangga dan tahap yang wajib dinaiki dan dilintasi  sebelum nama dinaikkan  menjadi calon.  Calon Adun atau calon Yang Berhomat ahli parlimen ini bukan datang bergolek. Ada harga yang wajib dibayar. 

Saya ada kenalan yang pada satu ketika dahulu aktif dalam parti United Malay National Organisation. Kenalan ini  bercita-cita untuk menjadi Timbalan Ketua Bahagian. Menurut congak kenalan saya ini jika  dia menang dan ada kedudukan dalam  Bahagian   maka berkemungkinan nama dia boleh  dicalonkan sebagai  Adun atau ahli parlimen. Ada pangat dalam parti bermakna untuk pilihan raya yang akan datang nama menjadi  cerah.

Ketika berkempen untuk jawataan Timblan Ketua Bahagian kenalan saya ini telah  memberitahu saya bahawa dia telah menggunakan lebih dari 80,000 ringgit untuk berkempen. Ini pada tahun 1996.  Wow. Untuk pendatang baru dalam politik Malaysia saya merasakan  ini jumlah yang lumayan.
‘ Orang macam kau ni…  jalan kaki .. takda  kereta…tak ada siapa nak ikut… ada  Mercedes  barulah ramai akan ikut..’  Ini kuliah politik dan tunjuk ajar  politik yang keluar dari mulut kenalan saya.

Saya juga mendapat pencerahan  poilitik dari kawan saya Zahid Hamidi. Dia  telah pernah menjadi Menteri.

Dia berkata kepada saya…. ‘ politik ini macam gula dengan semut.  Mana ada gula semut akan datang ….’ . Metapora gula dan semut diguna  untuk politik undi. Siapa gula dan siapa semut.
Pada hemat saya dua dua pandangan ini  dari kawan saya ini amat tepat. Ianya memberi gambar yang jelas  tentang sistem dan budaya politik undi yang  kita amalkan di Malaysia. 

Lalu timbul persoalan hakiki – dari mana nak dicekau  duit untuk bertanding dalam pilihan raya?

Dalam  struktur dan budaya politik undi  modal amat penting.   Untuk ini mari kita melihat sejarah modal  dan politik.   Politik memerlukan modal.  Ini fakta. Dari surah yang saya dengar dan dari maklumat yang saya baca ketika para nasionalis kita  ketika berjuang menetang penjajah Inggeris modal juga diperlukan. 

Saya mendengar surah tentang bagaimana para nasionalis kita -  Boestaman, Hasnul Hadi,  Shamsiah Fakeh,  Burhanuddin Helmi ketika masuk berceramah memberi pencerahan tentang MERDEKA. Mereka berbasikal atau menumpang kereta dari kampong ke  pekan dari kota ke desa untuk menaikkan semangat juang. Dimana mereka sampai mereka telah disambut. Para nasionalis kita telah dapat sokongan orang ramai.  Makan dan tempat tidur sentiasa ada. Saya juga mendengar bagaimana Kakak  dan  Mak Cik bukan saja memberi pitih dan riyal malah ada yang telah memberikan cincin , rantai dan anting-anting emas sebagai derma kepada pejuang nasionalis  -  demi Tanah Melayu merdeka. 

Saya juga pernah mendengar surah bagaimana abang , ibu dan kakak telah bergadai bergolok untuk menderma kepada Tunku Abdul  Rahman agar cukup dana terbang ke London. Tunku ke London untuk berunding dengan  kuasa kolonial Inggeris. Amin

Malah saya sendiri melihat dan mengalami pekara yang sama ketika bergerak berceramah dizaman Reformasi.  Saya melihat  sendiri  bagaimana  anak -anak muda yang ditugaskan membawa uncang kosong pulang dengan uncang berisi dengan ringgit derma. Malah saya pernah mendengar surah bagaimana ada abang yang telah memberi jam tangan sebagi derma untuk gerakan Reformasi.

Kali pertama  saya mendengar ceramah Reformasi ialah di  Simpang Pelangai  Jelebu Negeri Sembilan. Malam itu kali pertama saya mendengar  Mat Ezam berucap dengan sengau Anwar Ibrahim. Saya juga mendengar Dr Chen Mah Hin dari DAP.   Lepas ceramah saya tak sangka-sangka dijemput sama untuk menikmati jamuan dari tuan rumah. Koleksi derma malam itu  melintasi 300 ringgit. Cukup untuk duit minyak Mat Ezam pulang ke Kuala Lumpur.

Parti politik saperti PAS  tidak akan lupa mengeluarkan uncang derma dimana sahaja parti ini berceramah. Malah budaya ini telah menjadi budaya politik untuk parti Amanah, Bersatu dan PKR.  Amin.

Untuk saya derma dari orang ramai  satu budaya sehat. Budaya menderma ini boleh ditafsirkan  sebagai mengamalkan perang rakyat. Perang rakyat atau peoples war adalah konsep kaum kiri yang muncul ketika  gerakan nasionalis mengangkat senjata melawan  kuasa kolonial. Ini pengalaman  disemua  negara bekas tanah jajahan.

Tapi yang mahu saya rungkai ini bukan konsep perang rakyat  ketika  berjuang menentang Inggeris tetapi konsep dan budaya politik  undi  yang  kontemperori.  Politik sesudah Inggeris  memberikan kuasa kepada   United Malays National Organisation.
Dari sejarah  yang kita sesama  baca United Malays National Organisation mendapat sokongan politik dari Inggeris.  Tanpa sokongan Inggeris parti ini telah  berkubur lama.  Atas nasehat Inggeris parti  Ketuanan Melayu ini juga berkerjasama dengan  Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC) dan memangil diri mereka Perikatan.  Kerjasama ini penting untuk Inggeris terus menguasai ekonomi Tanah Melayu. Jika tidak Tanah Melayu akan menjadi Republik Tanah Melayu sarentak dan seirama dengan  Republik Indonesia Bung Karno.

Ketika Inggeris berkuasa bukan sahaja Inggeris telah membawa   masuk ramai pendatang China  hinggakan semua  kota  dan pekan menjadi milik China.  Pekan dan kota adalah pusat  ekonomi berbanding dengan ladang dan sawah  dikampong. Pusat ekonomi maknanya pusat duit dan tempat duit berligar untuk dicekau.

Hubaya. Hubaya. Wajib diberitahu bahawa MCA kawan  sekawah  United Malays National Organisation ini  ialah Persatuan Bani China. Lebih tepat lagi persatuan ahli dan syarikat   perniagaan Bani  China.   Orang meniaga yang berpusat dibandar justeru memiliki modal.

Jelas dari sinilah modal asal  United Malays National Organisation. Modal towkay China telah membantu  United Malays National Organisation mengambil alih kuasa dari Inggeris. Fakta ini diakui oleh para veteran dari United Malays National.

Seawal Pilihan Raya 1955 United Malays National Organisation telah menerima dana dari ahli perniagaan Bani China. Ini fakta bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais.

Tetiba datang Mei13. Bani  Melayu marah kepada  Bani China kerana mereka melihat Bani China  memiliki kekayaan  satelah  12 tahun Inggeris meninggalkan Tanah Melayu. Bani Melayu  merasa agihan ekonomi berat sebelah.  Mereka menjadi Red Indian dalam negara sendiri. Mereka  melihat China  dipekan disusukan Melayu di kampong mati kelaparan.

Dalam parti United Malays Natonal Organisation  telah timbul  kesedaran betapa bahayanya  kedudukan parti mereka yang didanai oleh Towkay China.   Kemarahan Bani Melayu ini akan menghakiskan kuasa parti United Malays National Organisation. Jalur pandangan muncul  melihat Towkay Bani China sedang  menimbulkan masalah dan kemarahan Bani Melayu.
Mei13 membuka kesedaran awal kepada Bani Melayu tetang kuasa dan dana politik. Amin.

Kesedaran ini menimbulkan apa yang kita dikenali  sebagai  Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Dasar ini jelas mahu melembutkan kemarahan Bani Melayu terhadap harta kekayaan  Bani China. Dalam masa yang sama DEB ini juga jalan untuk membebaskan United Malays National Organisation dari diperangkap oleh ahli perniagaan China  yang  selama ini membantu membantu parti ini dalam kerja politik kempen pilihan raya. Amin.

Dari segi teori dengan wujudnya DEB maka  Bani Melayu akan jadi kaya. Bila wujud Melayu kaya maka United Malays National Organisation tidak perlu bergantung dana dengan MCA atau Towkay Bani China.  Dari segi  teori difahami bahawa dengan kuasa politik Bani Melayu akan  dapat mengaut kembali kuasa ekonomi.

Dengan kuasa ekonomi kuasa politik menjadi lebih kukuh.

Biar saya jelaskan disini beberapa konsep yang wajib kita fahami dalam memahami politik undi. Mengundi ialah memberi kuasa  membuat keputusan kepada sosok yang kita undi dan kita pilh. Kuasa ini ialah kuasa membuat undang-undang.  

Kuasa ini akan dari segi teorinya diguna pakai untuk kesejahteraan ramai. Suara ramai – suara undi – kitalah yang menjalankan negara ini.

Undi kita adalah untuk negara kita. Negara kita adalah hak kita. Justeru politik undi amat penting untuk kesejahteraaa ramai. Amin

Ini konsep dan falsafah molek lagi cun dari budaya politk undi. Jika molek cun dan bergetah kenapa negara kita kini   berhadapan dengan kes 1MDB dan kes Hot Burger? Sila tunggu pencerahan minggu hadapan. (TT)