Isnin, 22 Mei 2023
NASEHAT UNTUK BUNG MOKHTAR
Bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar, isteri didengar 7 Julai
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 7 Julai depan untuk mendengar bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan peguam pasangan itu, Teh See Khoon, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara tersebut selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini.
Pendakwaan mengemukakan bantahan awal atas alasan Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan pasangan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi bukan suatu keputusan yang boleh dirayu mengikut Seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad sebanyak RM150 juta.
Pada 9 Disember tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menyebabkan mereka memfailkan rayuan.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – Bernama, 22 Mei, 2023.
KAMI WARGA
SEMENAJUNG
MENASEHATKAN
BUNG MOKHTAR
DAN ISTERI TERCUN
AMIN
JANGAN MAKAN
PETAI JERUK
AMIN
JANGAN MAKAN
BACANG MUDA
AMIN
JANGAN MAKAN
JULAP
AMIN
HENDAKNYA
PENYAKIT MUHYIDIN
PENYAKIT NAJIB
CERET BERET
TERCIRIT DALAM
SELUAR TIDAK
BERJANGKIT PADA
BINI YG CUN LAGI
BERGETAH
AMIN
KHALAS
SRI MUDA - BUKAN BENCANA ALAM
50 rumah diarah berpindah selepas kebocoran gas ammonia di Sri Muda
PENDUDUK kawasan perumahan di Seksyen 32, Sri Muda, Shah Alam diarahkan berpindah buat sementara waktu selepas kejadian pencemaran gas disyaki ammonia dari longkang perumahan mereka, semalam.
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, aduan itu diterima pada Ahad kira-kira jam 9.30 malam berhubung pencemaran bau di Jalan Sungai Rasau 32/24, Seksyen 32.
Katanya, salah seorang penduduk terhidu bau busuk yang kuat dari longkang lalu terus menghubungi balai polis untuk membuat aduan.
“Siasatan di lokasi kejadian bersama pasukan Hazmat Bomba Selangor mendapati bau berkenaan disyaki gas ammonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.
“Siasatan lanjut bomba mendapati pengurusan gudang mengatakan mereka sedang menjalankan kerja penyenggaraan berkala seperti yang dijadualkan,” katanya.
Tetapi, katanya, pengurusan gudang tersebut tidak menyedari terdapat takungan berlaku pada sistem perparitan yang sepatutnya tidak berlaku sehingga menyebabkan pencemaran bau.
“Pihak bomba telah membuka pili bomba di kawasan kilang untuk mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat,” kata Mohd Iqbal.
Sementara itu, seorang penduduk di Berjaya Park yang terjejas akibat kejadian kebocoran gas itu menyatakan kira-kira 40-50 rumah di kawasan itu diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa.
“Kami diarahkan berpindah kira-kira jam 10 malam dan hanya pulang apabila pihak berkuasa menganggap keadaan sudah selamat.
“Rata-rata kami dibenarkan pulang selepas dua jam,” katanya. – 22 Mei, 2023.
MALAPETAKA
SAMPAI LAGI
AMIN
KALI INI BUKAN
BENCANA ALAM
INI KERJA YANG
TIDAK RAPI
AMIN
KILANG WAJIB
DISAMAN
AMIN
KERJA DENGAN TOWKAY CHINA
KERJA DENGAN
TOWKAY CHINA
AMIN
Amier The Hero commented on
"UNDI MELAYU
UNTUK PENCURI"
TT, lenkali jgn bg org bangang komen laaa.. buek malu ajo. Cino nak adil, nak kesaksamaan eh? Suruh unknown ni jadi kuli cino kojap, tgk apo dio komen lak. Kito amik contoh mudah la iyo. Kompeni owner eh Chee Chong Fan, dio interbiew 3 org pekojo.. yg pertamo Lim Ca Koi, yang kedua Mohd Keria Labu dan yg ketigo En. Vaday Masala. Tigo² org ni dapek kojo kek kompeni Chee Chong Fan. Ok, kito amik bab gaji lak iyo.. Lim Ca Koi di ofer basic RM 2500.00, menkalo Mohd Keria Labu plak Chee Chong Fan ofer gaji basic Rm 1800.00. Vaday Masala pulak kono ofer gaji basic RM 1500.00, jawatan yg samo iyo. TT ado nampak tak kesamarataan kek situ? Ini base on true story dan pengalaman den jadi kuli cino. Diorg dah lamo bersatu teguh, melayu bangang ajo yg bodo selamo eh.. as simple as that. Suh unknown tu guno otak eh sebolum komen.
Jgn jadi punco kemaghahan orang bijak pandai. Ok, kesudahan ceghito eh bab kojo tadi.. tido org tu amik ajo ofer tu. Bekojo la diorg sesungguh eh.. Lim Ca koi dapek ofer laie tinggi, dio blah sesudah 3 tahun bekojo. Mohd Keria Labu take over tmpt Lim Ca Koi dgn gaji dinaikkan jadi RM 2400.00... bekojo la Keria dgn bersungguh sambil blaja ilmu Chee Chong Fan. Sesudah 10 tahun dgn gaji tiap setahun sekali naik rm50 ajo, Mohd Keria Labu beghonti dan bukak kompeni sendiri.. baru dio tau Chee Chong Fan buek duit beratus ribu setahun. Vaday Masala pulak, tak tau la apo ceghito.. kah kah kah...
PANDANGAN YANG BETUL
PANDANGAN
BETUL LAGI TEPAT
KHALAS
Unknown commented on
"BELI PRODUK RUSIA"
Ni sumer salah madey bukan salah orang lain. Madey pandang rendah perusahan pertanian walaupun dia berasal dari negeri jelapang padi. Dari mula dia berkuasa budget utk kementrian pertanian adalah diantara yg terendah dan menteri yg dia lantik ke kementrian ini adalah menteri yg paling bawah pecking order sususan kabinetnya. Dia kata perusahan pertanian merugikan sbb gunatenaga tanah yg luas tp hasilnya sangat kecik. Dia mahu perusahan teknologi memacu ekonomi msia jd dia guna peruntukan besar utk cyberjaya sbg lembah silikon msia tubuh InventQjaya lah wafer foundry lah Proton City lah dan mcm2 makhluk berteknologi lg yg hasilnya cuma sedut duit je.
Madey kena tipu dgn founder InventQjaya tuntut pinjaman RM242 juta dari syarikat yg bungkus setelah dpt grant yg besar dari msia. Kalu madey beri perhatian kpd industri pertanian msia kita harini dpt mengecilkan dana impot barang makanan tak payahlah nak sibuk nak impot barangan dari Russia. Ada MiG pun nak buat apa, ada kapal selam Scorpene pun dok main menyelam je buat tangkap ikan dilaut dlm pun tak boleh. Haissh.. mengabihkan beras je
BERITA PELIK ATAU FITNAH
BERITA PELIK
ATAU FITNAH
AMIN
Unknown commented on
"IMPOT BARANG RUSIA"
Dah pergi pawagam ticket sold out .. penonton kosong
SABAH SARAWK AKAN KELUAR KERAJAAN
SABAH SARAWAK
AKAN KELUAR DARI
KERAJAAN
AMIN
Unknown commented on
"DEMO LEBIH BESAR
SEDANG DI ATUR ?"
Apa kata buat pusingan U dgn membuat rayuan bukan menarik balik rayuan ikut tuntutan orang ramai. Takde ruginya sbb mahkamah nanti yg akan buat keputusan bukan kerajaan. Jadi tak perlu buat himpunan besar2an tunggu saje keputusan mahkamah. Piece of cake.
BERNASIB BAIK ADA MELAYU
BERNASIB
BAIK ADA MELAYU
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"ALLAH & NABI
BERI MAKLUMAT MELALUI MIMPI"
Nasib baik Allah ada Melayu nasib ada pejuang yang akan demo akan bising akan teriak pertahan agama selama ini Amin, syukur kita semua Melayu masih baik Masih tidak rasuah Masih tidak curi kah kah kah
AWAN MULA BERKUMPUL
AWAN MULA
BERKUMPUL
AWAN PUTIH MASIH RAMAI
TAPI DI BAWAH AWAN PUTIH
DAH ADA AWAN HITAM
INI JAM 3.50 PETANG
CUACA MASIH PANAS
MATAHARI SEDANG MEMBAKAR
MATAHARI SEDANG MENYEDUT AIR
UNTUK MENAMBAH AWAN HITAM
APAKAH PETANG INI
ATAU MALAM INI AKAN HUJAN ?
KIAT LIHAT DAN TUNGGU
KHALAS
IMPOT BARANG RUSIA
BERANI KERANA
IMPOT MASA AMERIKA
SEKAT NIAGA
DENGAN RUSIA
KHALAS
Jigit commented on
"HEBAT KERAJAAN INI"
Apa daaa abg Mat....dah berpuluh tahun pun Kouk Brothers mengimpot chemical fertilizers dari Russia. Cuba check dulu sebelum buka mulut. Kalau mau bergerak selangkah ke hadapan belilah peralatan pertanian pula seperti jentera pembajak, trucks and traktors, combine harvestors dll. Harga barangan buatan Russia adalah competative kecuali ayamnya. Ayam Russia mahal sebab memang cantik dan pandai mengawan....raja pun suka...😁
TALIBAN AMBIL ALIH PERAK ?
Pas siap sedia teraju Perak – Razman
KUALA LUMPUR – Pas Perak siap sedia terajui Perak Sejahtera, kata Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria.
Kenyataan itu dikongsi dalam hantaran di Facebook, dipercayai ada kaitan dengan dakwaannya bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan datang berjumpa dengannya.
Dakwaan itu ada kaitan dengan spekulasi gerakan menumbangkan kerajaan negeri Perak.
Dalam komennya pada hantaran itu, Razman berkongsi tentang tema Konvensyen Pas Perak – iaitu Pas Menerajui Perak Sejahtera.
Tema itu merupakan kesinambungan daripada tema Konvensyen ke-21 yang diadakan pada tahun 2019 iaitu Islam Memimpin Perak Sejahtera.
Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan Razman berkata, beberapa ADUN kerajaan datang sendiri berjumpa dengannya namun beliau enggan mendedahkan jumlah serta nama ADUN kerajaan yang didakwa berjumpa dengannya itu.
INI BERITA
BURUK
AMIN
APA AKAN
JADI JIKA PERAK
JATUH KE TANGAN
TALIBAN
AMIN
IPOH MARI
AKAN JADI
SEMUA LARI
KAH KAH KAH
AMIN
KETUM SUMBER EKONOMI
Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum di Pahang
POLIS menahan seorang lelaki bersama daun ketum dianggarkan seberat 450 kilogram di Kampung Seberang Jelai, Kuala Lipis, Pahang pagi tadi, yang dipercayai rampasan daun ketum terbesar daerah itu setakat ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 33 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada jam 6.45 pagi dan selain daun ketum, pihaknya turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.
“Semua daun ketum dan cecair itu ditemukan dalam plastik hitam yang disimpan di muatan belakang sebuah pacuan empat roda yang berada di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.
“Siasatan awal mempercayai suspek memperoleh semua barangan itu dari Sik, Kedah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Azli berkata turut dirampas sebilah parang dan wang tunai RM550, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM11,050.
Suspek yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau termasuk curi, melakukan khianat dan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, akan direman esok bagi siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. – Bernama, 21 Mei, 2023.
DAUN KETUM
DARI SIK KEDAH
AMIN
TERBUKTI
DAUN KETUM
JADI SUMBER
EKONOMI
KAUM TANI
AMIN
MASA DAH TIBA
KETUM DI BEBAS
DARI AKTA
BAGINDA QUEEEN
AMIN
KHALAS
UFO BANTU EDORGAN ?
Penampakan UFO di Turki, 18 penerbangan ditangguh
SEKURANG-KURANGNYA 18 penerbangan digantung selama 12 jam susulan penampakan UFO yang didakwa dikesan oleh radar pesawat penumpang di tenggara Turkiye pada Sabtu, lapor Anadolu.
Radar sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang pada tengah malam mengesan objek tidak dikenal pasti itu pada 2743.2 meter (9,000 kaki) di bandar Gaziantep, kata pihak berkuasa.
Selepas menerima laporan juruterbang, unit kawalan trafik udara mengarahkan penerbangan yang dijadual tiba mendarat di lapangan terbang di bandar Adana dan Sanliurfa. – Bernama, 20 Mei, 2023.
ADAKAH UFO
INI DATANG NAK
BANTU EDROGAN
MENANG UNDI
KAH KAH KAH
KHALAS
UNDI MELAYU UNTUK PENCURI
UNDI MELAYU
UNTUK PENCURI
AMIN
Unknown commented on
"MALIKUL MERASA PELIK"
Woit apa bodoh nya orang ini? Ingat undi Cina tak pecah tak luntur, dulu Cina sokong MCA sokong Gerakan sekarang Cina sokong DAP khalas, tak ada dolak dalik macam undi Melayu, yang pecah terbarai undi Melayu undi orang Isle kah kah kah siapa tak faham lagi, undi Cina mahu perubahan mahu saksama mahu adil mahu Telus, tak mahu curi tak mahu rasuah simple saja, undi Melayu untuk perompak penyamun perogol penyondol semua ada kes rasuah kah kah kah siapa bijak siapa pandai lagi? Tak faham kah kah kah
SENIN YANG CERAH
SENIN YANG INDAH
SENIN 22/5/2023
SYAWAL DAH PERGI
MUSIM NAK KE HAJI DAH SAMPAI
RUMAH TERBUKA MASIH ADA LAGI
ALLAH
ISU ALLAH DAH REDA
ISU HARGA BARANGAN MAHAL
JADI TUMPUAN
INI AKAN JADI ISU KEMPEN
PRN 6 NEGERI
HARGA BARANG MAHAL
BERLAKU DISELURUH DUNIA
BUKAN HANYA DI MALAYSIA
APA YANG JELAS
KERAJAAN MASIH TERCARI CARI
CARA DAN PENDEKATAN
UNTUK MENANGANI
HARGA BARANG YANG MAHAL
UKRAINE
ZELENSKY KLIM
BAKHMUT MASIH MILIK UKRAINE
KAH KAH KAH
PEKAN BAKHMUT DAH
HANCUR LEBUR
MENJADI TUMPUAN DUNIA
KERANA DISINI SOLDADU UKRAINE
BERTAHAN
UK
EKSPORT SENJATA
NAIK KE 8.5 BILION POUND
KERANA BANYAK PERANG
SEDANG BERJALAN
SUDAN
ORANG ITAM
BUNUH
ORANG ITAM
ORANG PUTIH
JUAL SENJATA
RATUSAN RIBU
PELARIAN PERANG
SEDANG TERSANGKUT
DI PELBAGAI SEMPANDAN
HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH
LANGIT BIRU INDAH
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
TERKUKUR BERLAGU
DARI JAUH JANTAN BERKOKOK
DALAM SAWAH RUMPUT
PIPIT BERBUNYI
PANAS KELMARIN
TELAH MENGERINGKAN
SEMUA LOPAK AIR DI JALAN
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
LANGIT BIRU INI
AKAN MENJEMPUT AWAN PUTIH
BERKUMPUL
MUNGKIN HUJAN PETANG
AMIN
BRO
KITA SENYUM
MENYAMBUT SENIN
YANG NYAMAN
BRO
LAKUKAN SEKARANG
SEBELUM SEMUANYA
BERUBAH
BRO
KALAU LU BUAT SILAP
INI BUKTINYA LU
SEDANG MENCUBA
KALAU LU TAK PERNAH SILAP
LU TAK PERNAH MENCUBA
PERKARA BARU
BRO
KEHIDUPAN YANG BESAR
BERMULA DARI IMPIAN
YANG BESAR
BRO
SERIBU KATA KATA
BERGULUNG GULUNG IJAZAH
TAK BERMAKNA
JIKA LU TIDAK BUAT APA APA
BRO
NILAI HIDUP LU
BERGANTUNG DARI APA
YANG LU PIKIR
BRO
JIKA LU DI UJI
BUKAN NAK CARI KELEMAHAN LU
TAPI NAK BERTEMU
KEKUATAN LU
BRO
LU BERHENTI
JIKA LELAH
JANGAN BERHENTI TERUS
BRO
LU JANGAN RISAU
BERJALAN LAMBAT
RISAU JIKA TAK BERJALAN
LANGSUNG
BRO
LU MULAI HARI INI
UNTUK MENGAKHIRI
YANG BARU
BRO
LAGI KUAT LU KERJA
LAGI KERAS NIAT LU
UNTUK MENYIAPAKAN
BRO
ANGIN RIBUT
DATANG UNTUK MENDUGA
TUNJANG KAYU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAGI
SENIN
Langgan:
Catatan (Atom)