Rabu, 7 April 2021

DENGAR BAIK BAIK - FAHAMI CARA CHINA MERAH MERASUAH

 


DI MALAYSIA 

AJEN CHINA MERAH

JO LOW RASUAH

PERDANA MENTERI

NAJIB 

AMIN

DI MALTA

AJEN CHINA MERAH

CHEN CHENG RASUAH

MENTERI TENAGA MALTA

MR. KONRAD MIZZI

AMIN

DUA DUA NEGARA

ADA PEMBUNUHAN

AMIN 

ANWAR TIPU MAT SABU DAN KIT SIANG SEKALI LAGI

 


ANWAR TIPU

MAT SABU KIT SIANG

BERJAYA MAIN

GELI GELI DENGAN

GEROMBOLAN 

Unknown commented on 

"MUSTAHIL TAK FAHAM"

yang nuar tu mmg dah kita tahu dia mmg dapat mandat dari kit siang dengan mat sabu nak buat bincang dengan umno .. itu kita tahu. kan ? tapi si anak murid ni lain macam sikit .. dia kata no dap no anwar no bersatu .. ropanya main geli2 dengan nuar ni dulu dah pernah terjadi dalam satu parti agama dulu.. yang mana .. 


hardy wang main geli geli dengan umeno.. las2 parti agama jadi pecah jadi dua parti satu parti bam mat sabu satu pati haji hardy deme mmg gemor cerita pasal mandat.. mandat pantat deme... rakyat dibodohkan dengan mandat.. sebab tu mudim tak peduli pasal mandat agaknya.. dia pun dah boring.. kah kah kah..

MAKIN RAMAI SOKONG RAFIZI

 


MAKIN RAMAI

SOKONG RAFIZI  

GANTI ANWAR

panglimo potaseh commented on

 "CADANGAN UNTUK 

SAUDARA RAFIZI"

SEJAHTERA syantik nama tu ..sesuai dgn Pizi ..alang kah sejahtera nye kito kok minyak 1.50 ..sejahtera lah sangat ..rakyat depan belakang kiri kanan siang malam di TIPU.

Unknown commented on

 "CADANGAN UNTUK

 SAUDARA RAFIZI"

Sokong cadangan ini. Pizi boleh bawa bersama ahli PKR yang sudah muak dengan tingkah-laku Anwar Ibrahim and tukang bodeknya. Aku rasa ramai yang akan ikut. PKR hari ini bukan PKR sebelum PRU dulu. PKR hari ini sudah rosak dan bocor. Sudah masa pinggirkan Anwar Ibrahim.

TUKAR TIUB TEPAT BETUL

 


 BILA TUKAR TIUB

TULIS BAHAWA

JHO LOW AGEN

CHINA MERAH

AMIN

SEMUA KATA TT

DAH GILA

AMIN 


Peguam: Hanya Jho Low 


boleh jawab kenapa 


dana SRC masuk 


ke akaun Najib

Hanya Low Taek Jho dapat menjawab mengapa jutaan dana SRC International disalurkan ke akan Najib Razak, menurut pasukan peguam bekas perdana menteri itu di Mahkamah Rayuan.

Peguam Harvinderjit Singh berkata demikian ketika permohonan mengenepikan sabitan bersalah terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta hari ini.

Pengerusi panel tiga hakim, Abdul Karim Abdul Jalil bertanya kepada Harvinderjit mengapa Jho Low memasukkan RM27 juta dana SRC ke akaun Najib.

Karim: Mengapa Jho Low letakkan wang ke akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya Jho Low yang dapat menjawabnya.

Ketika prosiding hari ini, Harvinderjit berkata Jho Low terlibat dalam dalam pengalihan wang yang rumit melibatkan akaun SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Najib.

Dia berkata, Jho Low dan beberapa individu lagi terlibat dalam penyaluran wang melibatkan akaun Najib dan Najib tidak tahu menahu tentangnya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dana itu, yang dipindahkan sebanyak tiga peringkat iaitu RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, didakwa dipindah daripada akaun SRC dan melalui beberapa akaun lagi sebelum masuk ke akaun Najib.

Harvinderjit Singh
Ketika prosiding, Karim juga bertanya bagaimana pihak ketiga yang tiada jawatan rasmi dalam SRC seperti Jho Low dapat mempengaruhi pemindahan wang dalam akaun bank syarikat.

Soalan tentang peranan Jho Low dibangkitkan susulan hujah pasukan pembelaan Najib bahawa ahli perniagaan itu dan mereka yang didakwa sebagai sekutunya yang mengaturkan transaksi tersebut.

Karim: Anda kata Jho Low merampas (commandeer) akaun bank SRC tanpa pengetahuan sesiapa?

Harvinderjit: Kami tidak tahu bila dia mampu melakukannya.

Karim: Ini nampaknya menjadi teras hujah pembelaan. Saya cuba memahaminya. Bagaimana mungkin untuk pihak ketiga, yang tidak dinamakan untuk apa-apa kapasiti dalam syarikat (SRC)?

Harvinderjit kemudian berkata, berdasarkan keterangan bekas pegawai bank Joanna Yu, Low mampu membawa wang keluar daripada SRC kerana bekas pengarah eksekutif 1MDB Terence Geh, yang didakwa menjadi sekutunya.

Dia juga berkata Geh menggunakan salinan soft copy surat arahan - yang turut menyertakan salinan tandatangan - untuk memindahkan jutaan ringgit daripada SRC.

Dia mendakwa Jho Low mengarahkan Yu untuk bekerjasama dengan Jerome Lee (seorang lagi didakwa sekutu Jho Low) untuk mendepositkan wang ke akaun Najib.

Menurutnya, keterangan Yu menunjukkan tiada komunikasi antara Jho Low dan Najib berkaitan pemindahan wang itu.

Dia mendakwa Low tidak tahu bila cek dikeluarkan, dan itu menunjukkan tiada komunikasi antara dia dan Najib.

Karim: Macam mana lelaki ini (Jho Low) begitu berkuasa?

Harvinderjit: Kami tidak tahu.

Selain Karim, panel hakim dibarisi Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

 

SEKARANG BUKTI

SAHEH

AMIN

JO LO AGENT 

CHINA MERAH

AKAN SELAMATKAN 

NAJIB DARI PENJARA

AMIN

JHO LOW

DIJAGA  SELAMAT

OLEH

CHINA  MERAH

KHALAS 

SEMUA INI PROJEK

  CHINA MERAH 

NAK JADIKAN 

 TANAH MELAYU 

DUSUN DURIAN  

KHALAS 

CHINA MERAH

 SUKA UMNO 

YANG KORUP 

SENANG DIBELI

KHALAS



BETUL SAHEH - JANGAN FITNAH

 


 BETUL SAHIH

INI BUKAN 

SUARA ZAHID

AMIN

INI BUKAN 

SUARA ANWAR

AMIN

SUARA SIAPA?

AMIN 



Zahid nafi perbualan telefon dengan Anwar

AHMAD ZAHID HAMIDI menafikan beliau ada berbual dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini, yang rakaman didakwa perbualan itu tersebar melalui media sosial sejak malam tadi.

Katanya, penyebaran rakaman itu satu percaturan politik untuk menghancurkan Umno.

“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zahid percaya akan ada banyak lagi “permainan keji” seperti ini bertujuan  untuk terus meremeh dan memusnahkan Umno.

Katanya, beliau tidak akan mencabuli keputusan yang dibuat oleh parti antaranya untuk tidak bekerjasama dengan PKR dan Anwar.

“Sebagai presiden Umno, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Perhimpunan Agung Umno.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini,” katanya. 

Kenyataan Ahmad Zahid menyusul rakaman audio yang dikatakan perbualan telefon antara beliau dan Anwar mengenai keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020, yang berlangsung pada 28 Mac lalu.

Dalam perbualan telefon itu, suara mirip Anwar didengar memuji Zahid atas ucapannya di perhimpunan agung itu.

Dalam ucapan penggulungannya, Zahid menegaskan pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu.

Beliau juga mendapatkan mandat daripada perwakilan untuk Majlis Kerja Tertinggi menentukan tempoh yang sesuai bagi Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin.

Rakaman perbualan itu membayangkang wujud usaha dan percaturan kuasa antara Zahid dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin yang dikatakan sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Zahid sebelum ini turut menafikan beliau menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Anwar sebagai perdana menteri walaupun beberapa pihak mendakwa surat itu bukan palsu. – 7 April, 2021.

 BUKAN BUKAN

BUKAN

SEMUA FITNAH

AMIN

SUARA ZAHID

ADA PADA

LEHER ZAHID

AMIN

SUARA ANWAR

ADA PADA

LEHER ANWAR

AMIN

YANG INI BUKAN

SUARA MEREKA

INI RAKAMAN

  AMIN

ADA FAHAM

 KHALAS



MUSTAHIL TAK FAHAM

 


 MUSTAHIL

TAK FAHAM 

capt salai commented on

 "KANTOI MANTOI -

 KESIAN ZAHID"

Hahaha. Tambah sorang lagi geng mat sabu dengan guan eng..satu dua tiga lekuk kah kah kah


Unknown commented on 

"KANTOI MANTOI - 

KESIAN ZAHID"

Wahhhhh! Ini serius! Pakatan Harapan ada apa ulasan mengenai perbuatan calon perdana menteri mereka? Lim Kit Siang ada ulasan? Mat Sabu ada ulasan?

TUKAR TIUB SEBAR FITNAH

 


 TUKAR TIUB

SEBAR FITNAH

Unknown commented on 

"TUKAR TIUB FITNAH

 ANWAR DAN ZAHID"

Tak payah teka-teki. Kalau bukan Anwar dan Zahid, sudah tentu mereka setuju cari pakar odio buat penentuan, bersih nama. Cari pakar asing yang canggih. Kalau odio tiruan, bole saman siapa yang sebar. Kalau odio sahih, kenalah beri penjelasan. Senang aje. tanya kedua orang tu, tak payah wayang kulit

CADANGAN UNTUK SAUDAR RAFIZI

 


 CADANGAN UNTUK

SAUDARA RAFIZI 

Unknown commented on

 "KANTOI MANTOI - 

KESIAN ZAHID"

Sdra Rafizi, kalau saudara ada terbaca berita ini dan rasa percaya dengannya atau pun rasa sangsi sekali pun, rasanya sudah sampai masanya saudara meninggalkan kapal yang jelas lagi terang sudah lari dari halatuju sebenarnya... 


Tubuhkan parti baharu yang akan membawa halaju kepada kesejahteraan seluruh anak bangsa negara ini khasnya mereka yang tersisih dan terpinggir. Parti Sejahtera Negara, SEJAHTERA, cantik nama itu.

CILAKA LAKI BINI MENCURI

 



CILAKA

LAKI BINI 

MENCURI 

Unknown commented on

 "TER KINI 

TER NOWW TER HOTT"

mula-mula menipu lama kelamaan mencuri tapi si celaka ini bagus. sambil menipu pun boleh sauk duit mencuri. bila semua harta kena rampas orang akan bertanya: kenapa ayahanda bersila di atas lantai? nak baca doa selamattt? 


si celaka laki bini keluarga cekai itu akan menjawab: tidakkkk....dok fikir apa akan jadi pulakkkkk kepada semua warga Pekan yang pilih celaka ini jadi MP sila pangkah lagi si celaka penyamun ini pada pru akan datang lepas itu kalian boleh mula cari cangkul gali tanah dan kambus kepala kalian. ameennn

SIAPA BIJAK BUAT SUARA INI ?

 


 BIJAK

AMAT BIJAK

AMIN 


Zahid nafi perbualan telefon dengan Anwar



TEKNOLOJI

SUARA MAKIN

HEBAT

AMIN 

JAGA JAGA - DENGAR MAKLUMAT INI

 



JAGA JAGA

DENGAR

 BAIK BAIK

 MAKLUMAT INI

TOK SHEIKH GESEL BINI

 



 TOK SHEIKH

GESEL BINI

Arymanchino commented on 

"KANTOI MANTOI - 

KESIAN ZAHID"

Kah..kah...Tok Sheik bila habis puji Wak Jahid pah tu dia gesel pula bini Wak Jahid.Nak tahu cerita Tok Sheik gesel bini org tanya lah Hamzah..

TUKAR TIUB FITNAH ANWAR DAN ZAHID

 

 

TUKAR TIUB

FITNAH

ZAHID DAN ANWAR

Unknown commented on 

"KANTOI MANTOI - 

KESIAN ZAHID"

#hey si bodo TT, ko baca sini.....burung pun bole tiru suara orang, apa susah sgt nak tiru suara anwar dan zahid...benda banggang macam ni pun ko boleh percaya...memamg jenis fuck la lu ni.

PERANGAI ARAB CUCU CICIT NABI

 



 PERANGAI ARAB

CUCU CICIT NABI

KAH KAH KAH 

PAK TUNGGAL - PANGGUNG RUBY



 

 PANGGUNG RUBY 


Cik Gu Zaleha Sidek diarahkan untuk berpindah dari Sekolah Melayu Tapak  Jempol Kuala Pilah ke Sekolah Melayu Kuala Klawang B Jelebu pada tahun 1955.  Pada ketika itu  Tanah Melayu  telah  sekali lagi menjadi  tanah jajahan Inggeris satelah Perang Dunia Kedua tamat.

Pada 15 Ogos 1945  Jepun mengaku kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Ini satelah  bom Atom meledak di Hiroshima pada 6 Ogos  dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Pada  13 September 1945   di Victoria Institution  Kuala Lumpur  Panglima Besar Pasukan ke 29 tentera Jepun Leftenan Jeneral  Teizo Sishiguro,  Ketua Turus Angkatan Tentera Major Jeneral Noachi Kawahara dan Kolonel G-Oguri mewakli Maharaja Jepun telah menanda tangani surat mengaku kalah dengan  wakil Baginda Queen : Pegawai Pemerentah Tentera British Leftenan Jeneral Roberts.

Pada hari itu Tanah Melayu secara resmi  menjadi tanah jajahan Inggeris sekali lagi. Dari tangan Jepun kembali ke tangan Inggeris. Dari mulut buaya masuk ke rahang harimau.

Ketika aku sampai ke Kuala Klawang umur aku baru hendak masuk  empat tahun.  Tapi aku telah mula mengumpul ingatan lebih awal lagi.

Pada petang  aku sampai ke Kuala Klawang  aku macam tak percaya betapa moden pekan ini berbanding dengan Padang Lebar atau Batu Kikir. Bayangkan aku  seorang budak kampung dari pedalaman untuk pertama kali melihat  lampu neon dan lampu jalan api leterik.

Budak Sakai Biduanda mendongak ke langit melihat lampu leterik yang di kerumuni oleh kelkatu dan seribu jenis seranga yang berterbangan.

Kuala Klawang  ialah ibu kota untuk  pentadbiran daerah Jelebu.  Pejabat Daerah, Rumah Pasung, Rumah DO – Pegawai Daerah,  Pejabat OCPD – Officer in Charge of Police District, Mahkamah dan Pejabat Pos semuanya ada dalam pekan Kuala Klawang.

GES – Goverment English School – terletak ditepi pekan. Kakak aku yang telah masuk GES memberi tahu bahawa Guru besar GES Kuala Klawang pada ketika itu  ialah Mister J.A Lewis – anak keturunan  Serani dari Seremban. Rumahnya   resmi guru besar di tepi sekolah.

Diatas bukit dalam kebun getah  di  sebelah GES ialah Sekolah Melayu Kuala Klawang A.

Di sebelah GES  di hadapan rumah Guru Besar  ada kem askar Ghurka. Ghurka ialah  soldadu upahan  penjajah Inggeris yang dibawa dari India – yang juga tanah jajahan Inggeris.

Di hadapan kem Ghurka ini ialah Pejabat Penerangan – tempat pejabat wayang propaganda.  Kalau di Jelebu semua orang panggil Jabatan Penerangan ini  Wayang  Mail Pengandar. Ismail yang berbadan gemok ini adalah seorang juruheboh – juru propaganda  -  yang petah dan  pandai bercakap bagi pihak kerajaan  Inggeris dan  kerajaan boneka Inggeris.

Jalan  masuk ke GES di pasang kawat berduri dan kubu dari guni yang telah di isi dengan pasir. Di belakang guni  pasir ini ada beberapa orang soldadu Ghurkha  yang sentiasa berkawal dengan senjata lengkap.

Hospital Jelebu  di Petaling terletak dua batu dari pekan Klawang  dalam kawasan hijau berbukit yang segar.  Doktor , Matron dan Misi terdiri dari Orang Putih. Ada juga Misi China ada Misi Melayu. Manakala Ayaa -  tukang sapu dan tukang  basuh  perempuan  India. Penjaga dan pengawal hospital semuanya lelaki India.

Berhampiran dengan Rumah Pasung ialah Kaman Keling –  wilayah kediaman  buruh   India   P.W. D – Public Works Department.  Dalam kawasan ini ada bangunan bekas penjara  yang  telah diubah suai untuk menjadi pejabat P.W.D. Di belakang tembok batu bekas dinding penjara ini semua lori P.W.D tidur.

Pekerja P.W.D ini tinggal  dalam rumah teres satengah batu satengah papan. Ada  lima baris rumah teres ini.  Ada juga sebuah  bangunan  seluas dua padang badminton. Bangunan ini dibahagi untuk menjadi bilik-bilik. Tiang batu bangunan ini  amat tinggi. Bahagian  bawah ini dijadikan tempat rehat oleh penghuni bangunan ini. 

Aku tidak tahu kenapa wilayah pekerja P.W.D ini dipanggil Kaman Keling.  Pada ketika itu di Jelebu Orang  India dipanggil  Keling. Menggunakan panggilan Keling  tidak akan menimbulkan apa-apa perbalahan. Ini kerana Orang Melayu difahamkan dari sejarah Melaka   sosok yang berkulit hitam ini berasal  dari Benua Keling. 

Konsep Keling ini tidak menghina. Malah semua orang Melayu di  Jelebu dan mungkin juga   semua anak Nogori akan  memasang niat satu hari nanti  akan sampai ke Tanjung Keling Melaka untuk  merayakan Mandi Safar.

Di hadapan  Kaman Keling ini ialah padang bola milik  Sekolah Kuala Klawang  B.  Sekolah papan beratap zink bertangga batu ini  ada dua bangunan. Satu bangunan besar  untuk bilik belajar dan satu lagi  bangunan kecil untuk bilik masak-memasak.

Sekolah Kuala Klawang A untuk murid lelaki. Sekolah Kuala Klawang B untuk murid perempuan. Justeru ada bangunan khas untuk masak memasak lengkap dengan dapur tungku batu dan dapur minyak api.

Di  sebelah GES ada sebuah Gereja Kristian. Ini untuk Orang China pengikut Nabi Isa. Di Tengah  pekan di bawah bukit rumah kediaman resmi Tuan  DO ada sebuah Tok Pekong China.  Tok Pekong ini di bawah pokok kayu yang besar – betul- betul di simpang jalan tepi pekan.

Masjid Kuala Klawang di belakang Pejabat Kerajaan. Masjid ini tidak jauh dari padang tenis dan rumah kelab pegawai kerajaan.

Di permulaan jalan masuk ke pekan Kuala Klawang – diantara Rumah Pasung dan Pejabat Tuan D.O ialah sebuah padang bola yang luas.   Kadang kala menjadi padang kriket. 

Tak jauh dari padang antara Rumah Pasung dengan kem Ghurkha  ialah Rumah Rehat Kuala Klawang.

Di sebelah belakang pekan Kuala Klawang ada sebuah kuil Hindu dalam kawasan yang agak luas.  Kuil Hindu ini tidak jauh dari pasar. Depan kuil Hindu ini ada sebuah lagi pejabat P.W.D.

Di sebelah kuil Hindu ini tegak berdiri Panggung Ruby.  Panggung ini tidak berapa jauh dari Sungai Teriang. Untuk aku Panggung Ruby ialah simbol mercu kemodenan  warga Kuala Klawang.  Aku dan warga Jelebu berbangga dengan Panggung Ruby.

Pada tahun 1955  aku merasakan Kuala Klawang adalah  sebuah pekan yang amat lengkap. Aku belum pernah kenal pekan-pekan lain saperti Seremban atau Kuala Pilah atau Tampin. Kuala Lumpur aku hanya mendengar  nama -  belum pernah sampai.

Ketika aku membesar di Kuala Klawang  aku tidak sedar bahawa  reka bentuk pekan aku  ini semuanya  mengikut S.O.P perancangan pekan dan bandar-badar  kecil di United Kingdom. 

Apa yang aku sedar hanyalah kemustahilan aku untuk menyamakan pekan Padang Lebar dengan kehebatan Kuala Klawang. Padang Lebar tak ada panggung wayang.

Dalam ingatan aku kali pertama keluarga  kami masuk ke Panggung Ruby ialah untuk menonton filem   dari Mesir. Ketika itu Abah aku pulang bercuti. Abah aku  bekerja sebagai  anggota SC – Special Constables berpangkat koperal. 

Abah mengajak kami adik beradik  menengok wayang di Panggung Ruby.  Aku tak sabar nak menengok wayang panggung bukan wayang padang atau Wayang Mail Pengandar.

Aku ingat lagi Panggung Ruby ini ada menjual empat jenis tiket. Tiket Reserve  : 1RM 40sen   Kelas Pertama : 1 RM  -  Kelas Kedua 65 sen dan Kelas Ketiga 40.  Tiket 40 sen hanya kerusi panjang tanpa numbo dimana  penonton duduk berasak-asak mendongak memandang layar putih.

Malam itu kami sekeluarga telah menapak ke Panggung Ruby yang tidak jauh dari rumah kami.

Sebenarnya aku tidak faham pun cerita filem  ini. Ianya dalam Bahasa Arab Mesir.  Imej yang aku masih ingat hingga ke hari ini  ialah satu keping batu dihimpapkan  ke atas dada seorang lelaki berkulit hitam.

Sehari  kemudian Abang aku menerangkan  , ‘ Itu cerita Bilal...’  Apa dan siapa Bilal aku pun tak tahu. Yang aku ingat aku dapat masuk Panggung Ruby kali pertama.

‘ Kek panggung Ruby laaa... Aman di tangkap dengan Pak Teh kau....’   Emak aku membuka surah  apabila Abang aku menimbulkan hal menonton wayang. Surah  Aman ditangkap Jepun ini  telah pernah aku dengar. 

‘ Kek mano Mak ?’ Aku bertanya lagi.

‘ Kek pintu dopan   yang kita masuk tu malam tu...’ Emak aku menerangkan.

‘ Ooo kek pintu depan tu Pak Teh dan Pak Tunggal kena tangkap...pintu yang kita lalu malam tu....’  

Pintu depan dimana Pak Tunggal aku di tangkap hanya untuk laluan pemegang tiket Reserve  dan Kelas Pertama.  Panggung ini ada lima pintu. Dua  di dinding kiri dan dua didinding kanan.  Pintu kanan  dan pintu depan   yang digunakan. Pintu kiri tidak pernah dibuka.

‘ Mak raso masa Pak Teh dan Aman nengok wayang Jepun tu .. tak ramai orang...pintu lain tutup.. satu pintu bukak... pintu depan ...askar Jepun menunggu...’ Emak aku menerangkan lagi.

Bila aku teringat surah  Pak Tunggal Aman di tangkap Jepun dalam Panggung  Ruby pandangan aku terhadap panggung Ruby berubah. Setiap kali aku berdiri di hadapan pintu   Panggung  Ruby ingatan aku merayap ke petang itu. Petang Pak Tunggal dan Pak   Teh Ramli ditahan Jepun.

Aku dapat mengambarkan wajah Pak Teh Ramli. Ini  kerana hingga ke saat aku mengetik tulisan ini dia masih lagi hidup. Tetapi  wajah pemuda  China adik angkat Abah aku yang kami panggil Pak Tunggal Aman tidak ada dalam bayangan aku.  Aku hanya mendengar surah.

Untuk aku dan mungkin juga untuk ramai murid sekolah yang merayau-rayau dalam pekan Kuala Klawang  akan menjadikan Panggung Ruby tempat wajib dilawat.  Datang ke hadapan panggung untuk melihat poster besar  dan gambar-gambar filem yang diiklankan untuk tayangan  akan datang.

Panggung  Ruby Kuala Klawang ini tidak besar. Boleh memuatkan  tidak lebih dari  250 penonton.  Tapi amat jarang panggung ini penuh.  Skrin layar pun  kecil. 

Aku sebenarnya tidak sedar bahawa Panggung Ruby memiliki skrin layar yang  kecil. Ketika  aku mula mengenal wayang  apa itu skrin besar  dan skrin kecil ini tidak  aku ketahui bezanya. Aku tidak pernah memasuki panggung lain selain dari Panggung Ruby.

Tetiba pada tahun 1957  perubahan besar berlaku. Ini ketika aku sudah masuk darjah satu. Aku telah mula belajar membaca , menulis dan mengira. Maklumat diiklankan  bahawa Panggung Ruby akan meggunakan skrin besar – cinemascope. 

Ada empat kotak kaca iklan filem melekat didinding panggung. Satu: Coming Soon. Tiga lagi kotak  iklan  : Next Change – Tomorrow dan Now Showing. 

Dalam kotak Coming Soon ada tertera – The Bridge on The River Kwai – Cinemascope. Ini bermakna  Panggung Ruby akan menggunakan layar cinemascope yang luas.  Skrin layar yang kecil akan diganti.  Dan filem  cinemascope pertama yang akan ditayangkan di Panggung Ruby pada tahun 1955 ialah The Bridge on The River Kwai.

Aku melihat poster filem The Bridge on The River Kwai. Ada gambar  kereta api atas jambatan kayu melintasi sungai. Ada gambar ramai lelaki Inggeris tidak berbaju. Ada gambar askar Jepun.  Melihat gambar-gambar ini aku faham bahawa ini filem perang. Ini filem  askar Orang Putih lawan  askar Jepun. 

Setiap  kali aku ke pekan aku akan singgah untuk melihat poster dan iklan filem.  The Bridge on the River Kwai masih lagi dalam kotak iklan Coming Soon.

Satu petang ketika aku melihat poster dan  gambar-gambar filem aku berjumpa dengan Zainal – anak muda yang  lebih tua dari Abang aku. Zainal ini pemain bola. Dia bekerja di pejabat  P.W.D . Ada beberapa kali  aku melihat dia  bermain bola untuk  pasukan P.W. D

‘ Ni... mesti tengok ni...filem ni..’  Jarinya menunjukkan   filem The Bridge on The River Kwai  pada aku.

Aku senyap tidak menjawab. Kerana aku tak tahu apa-apa. Semua dalam tulisan Inggeris.

‘ Ni cerita perang Jepun...  Jepun buat jambatan... buat  jalan   keret api di  Siam ..’
‘ Iya ke..’ Aku bersuara. Mata aku terbuka besar. Telinga aku terpasang jelas  apabila mendengar perkataan  membuat jalan kereta api di Siam.

Mata aku memandang Zainal kemudian beralih pada poster The Bridge on the River Kwai. Akhirnya  mata  aku beralih ke pintu depan panggung  wayang Ruby di mana Pak  Tunggal aku ditangkap kemudian dihantar untuk membuat  jalan kereta api di Siam.

Aku pandang sekali lagi pada iklan Coming Soon : The Bridge on the River Kwai.  Ini filem Pak Tunggal aku.  Filem wajib aku tengok.  Coming  Soon : ini bermakna  aku masih ada   masa lagi untuk mengumpul 40 sen. (TT)



TULISAN INI  JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/04/07/panggung-ruby/