Selasa, 8 Julai 2014

APA YANG BERLAKU




NGO Dapur Jalanan tidak puas hati perjumpaan dengan Putrajaya



Badan bukan kerajaan‎ (NGO) Dapur Jalanan tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat bersama Putrajaya pagi tadi kerana tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.
Koordinator Dapur Jalanan Hadi Khalid berkata, berdasarkan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, kementerian gagal memahami isu sebenar dan cuma melihat dari segi imej kebersihan bandar sahaja.

"Kementerian tidak memahami isu sepenuhnya kerana mereka lihat dari segi imej kebersihan Kuala Lumpur.

"Kami pula datang ke mesyuarat kerana nak bawa isu warga miskin kota tetapi tidak ada apa-apa jalan penyelesaian dapat dicapai‎," katanya kepada The Malaysian Insider di Petaling Jaya, hari ini.

Kementerian Wilayah juga dijangka mengadakan perjumpaan kedua bersama NGO tetapi Hadi menegaskan, Putrajaya sebaliknya perlu mengadakan pertemuan empat mata dengan golongan tidak berumah dan pengemis, bukannya melalui NGO jika mahu masalah ini selesai.
Perjumpaan dengan Adnan tadi disifatkannya sebagai sesi "suai kenal" kerana pihak kementerian tidak mengemukakan alasan dan penyelesaian yang konkrit.
Wakil warga miskin kota yang dijemput Dapur Jalanan hadir sama mesyuarat tadi ketika ditemui berkata, pihaknya tidak gembira mendengar penjelasan Putrajaya dan akan meneruskan hidup mereka seperti biasa.
Mahu dikenali sebagai Tan, beliau berkata kerajaan sepatutnya menolong mereka menyelesaikan masalah termasuk menyediakan rumah dan bukannya mengenakan tekanan atau ugutan terhadap mereka.
"Mesyuarat tadi tak guna. Dia cakap kita dengar saja. Saya ingat dia (kementerian) tak tahu masalah sebenar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Wong Kar Fai, dalam sidang media berkata, pihak kementerian dalam pertemuan mempersoalkan tindakan mereka memberi makanan percuma serta gelandangan yang kembali ke jalanan walaupun beberapa kali ditangkap penguasa, namun mereka hanya mendiamkan diri.
"Mereka (kerajaan) tanya sampai bila nak bagi makan free? Persoalan itu membuktikan kerajaan tidak ada struktur penyelesaian lagi," katanya.
Sementara itu, Koordinator Dapur Jalanan, Mandeep Singh dalam sidang media berkata, pihaknya tidak akan berganjak walaupun larangan pemberian makanan percuma dalam lingkungan 2 kilometer akan dikuatkuasakan kerajaan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, Dapur Jalanan akan terus beroperasi seperti biasa di Jalan Panggung, Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan tidak kisah jika dikenakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kami tidak akan berpindah. Nak saman? Teruskan," tegasnya.
Ahli pengasas Dapur Jalanan, Hishamuddin Rais pula menggesa agar kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Orang-Orang Papa 1977 yang digunakan untuk menahan warga misikin kota tanpa bicara.
Katanya, warga miskin kota sudah lama ditindas oleh undang-undang dan polisi yang digubal atas alasan ingin menyelamatkan mereka.
"Sebarang dasar atau akta berkenaan isu warga miskin kota tidak patut dilaksanakan sebelum perbincangan diadakan untuk melindungi komuniti ini," katanya. – 8 Julai, 2014.


--------

SELAMAT BERBUKA




DAH 

SEPULUH
hari ini sibuk
dengan dapur jalanan
bukan kerana nak masak
tapi kerana nak bertahan
nak meneruskan
program beri makan
pada 
warga miskin kota

JUMPA YANG BERWAJIB
tim dapur dan tim yang lain
pagi ini telah dipanggil 
jumpa opis ku nan
jawabnya hampeh

PERLAWANAN DI TERUSKAN
malaysia 
hanya satu satunya negara
dalam dunia ini
dimana bersedekah
dimana memberi makanan
dimana melakukan kebajikan
akan dicap penjenayah

SIDANG AKHBAR
petang jam 2:00 
ada sidang akhbar di pj
kami terangkan tentang duduk pekara

dapur jalanan dengan dua pendapat
1 - menteri tak ada hak
untuk tentukan dimana
kami boleh bersedekah
2 - jangan tutup kegagalan
dasar kerajaan 
dengan menangkap
 orang miskin

AKTA ORANG PAPA
akta ini menjadi 
kita yang miskin
kita yang tak ada rumah
sebagai orang papa 
orang papa boleh ditangkap
dipenjara tanpa bicara

PEGUAM 
lawyers for liberty 
kata
ini sama macam isa 
tangkap 2 tahun
boleh sambung
tak ada dakwa dakwi

BERBUKA
tak ada spesial
hanya air sejuk
dan buah manggis
dan kopi pahit


SELAMAT

BERBUKA




---------

DARI MANA DATANGNYA MELAYU









KITA BERHIMPUN 
DI DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS
KIBARKAN SANG SAKA
APA ITU BANGSA

Selama tiga kali yang lalu saya telah menulis tentang isu yang sama. Saya menulis tentang bangsa - tentang hubungan bangsa-bangsa dan juga tentang sikap perkauman. Ini termasuk sikap benci membenci antara kaum dan bangsa.

Tulisan saya dalam konteks Malaysia. Latar tulisan saya ini ialah apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Tulisan ini adalah gambaran lanskap hubungan bangsa-bangsa di Malaysia.

Harus diakui hari ini, dari pengamatan saya, masih ramai Orang Melayu tidak mahu menerima Orang China dan Orang India sebagai warga negara. Masih ada – secara sedar - Orang Melayu menganggap Orang China dan Orang India sebagai kaum imigran. Orang China dan Orang India dianggap kaum pedatang. Malah dari hujah kaum pendatang kini satu pandangan baru telah muncul. Kini Orang China dianggap Penceroboh ke Tanah Melayu – perosak tamadun Melayu.

Pandangan-pandangan ini bukan satu pandangan baru yang hanya muncul dari mulut Isma atau Perkasa. Parti politik United Malays National Organisation, secara terbuka tidak bercakap saperti Isma atau Perkasa. Tetapi dalam kumpulan tetutup, dalam mesyuarat sesama ahli parti sendiri - para pemimpin parti ini tidak segan-segan mempropagandakan bahawa China atau India adalah kaum pendatang yang membawa masalah dam mudarat kepada Orang Melayu.

Malah para menteri dari United Malays National Organisation secara tertutup akan mempertikaikan peranan Cina dalam MCA atau India dalam MIC. Para penyokong dan pemikir Parti ini juga mempertikaikan apakah manafaatnya MCA dan MIC bersama dalam Barisan Nasional.

Dari segi sejarah United Malays National Organisation ini telah ditaja, di pupuk dan didukong oleh British – untuk menggantikan kuasa pentabiran kolonial British. Parti barua budak suruhan British ini melaungkan Hidup Melayu sebagai slogan ketika anak semua bangsa mengangkat senjata melawan British. Malah hingga ke hari ini Parti tajaan British ini masih lagi berpaksi dan melaungkan slogan Ketuanan Melayu.

Ini tidak pula bermakna PKR atau PAS lebih cerah pandangan. Terdapat juga ahli PAS atau ahi PKR jika dicarik kulit jingganya akan terserlah resapan kesasauan Ketuanan Melayu. Ini bukan dongeng. Ini fakta. Ucapan-ucapan pekauman ini terhambur dimulut pemimpin atau ahli PKR/PAS kerana perasaan itu sentiasa berkubang dalam otak mereka.

Pada hemat saya – sikap Kecinaan juga wujud dalam Parti DAP, MCA dan parti Cina yang lain. Ini jelas muncul melalui beberapa dasar induk parti DAP dan MCA. Manakala MIC pada hemat saya, kerana mereka terlalu kecil bilangan dan tidak memiliki keupayaan ekonomi saperti MCA maka suara Kekelingan mereka tidak banyak kedengaran.

Semua yang saya nyatakan diatas ini bertujuan untuk menyokong hujah saya bahawa Malaysia telah gagal sebagai sebuah negara bangsa. Masalah kaum dan bangsa masih belum selesai. Pembangunan nasion masih tergendala. Cita-cita untuk mendirikan negara bangsa masih jauh patin dari tempoyak.

Dalam tulisan ini saya ingin membuka wacana tentang Yang Lain/The Other. Rasa saya ini amat penting untuk kita memahami apa yang sedang belaku. Saya rasa ramai tidak bagitu jelas apakah maknanya teori Yang Lain/The Other.

Teori Yang Lain ini mucul salepas datangnya penjajah. Teori ini sering diguna pakai oleh akademia di Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam penganalisan mereka terhadap masing-masing negara. Teori Yang Lain ialah pengalaman anak tanah jajahan pasca kolonial.


Dalam konteks Tanah Melayu – yang lain ini muncul satelah Orang Melayu di Bumi Melayu bertemu dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini bukan bermakna sebelum Mat Saleh dan Jepun ini datang tidak ada Yang Lain. Ada Banjar, ada Jambi, ada Minang, ada Melayu Kedah, ada Melayu Riau dan dan dan. Tetapi ini tidak dianggap Yang Lain kerana Yang Lain ini dikaitkan dengan kuasa tentera dan kuasa ekonomi.

Kesampaian Portugis atau Inggeris atau Jepun ke Tanah Melayu menimbulkan kesedaran Siapa Aku. Menimbulkan kesedaran bahawa Melayu dan Orang Puteh adalah dua makhlok yang berbeza-beza. Perbezaan ini bukan sama saperti perbezaan antara Melayu dengan Jambi atau Melayu dengan Jawa. Lebih dari itu. Perbezaan antara Melayu dengan Penjajah disalut dengan kuasa.

Justeru dari sinilah lahirnya jati diri. Dari Yang Lain inilah lahirnya kesedaran KeMelayuan. Kuasa penjajah yang tidak peduli dengan budaya tempatan membakulkan sesiapa sahaja yang mereka temui sebagai Anak Tanah Jajahan. Anak tanah jajahan ada yang dijadikan hamba abdi, ada yang dijadikan kuli, ada yang dijadikan gundek dan ada juga yang dijual sebagai barang dagangan.


Kaum penjajah dari Negara Atas Angin ini datang kerana ingin menjarah kekayaan Tanah Melayu. Mereka mahukan emas, bijeh timah, kayu kayan dan rempah rampai. Penjarahan dan perampokan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ini telah dirasakan bersama oleh Orang Melayu. Penjajah tidak mengira siapa kamu. Justeru dari penindasan penjajah ini telah menimbulkan kesedaran NASIONAL

Pengalaman – nasional- sademikian bukan hanya dirasakan di Tanah Melayu, malah di India, Arab, Afrika dan di AmerikaLatin – apabila anak-anak tempatan – warga asal bertembung dan bertemu dengan kuasa penjajah maka lahirlah semangat kekitaan. Semangat kekitaan inilah yang akhirnya menjadi SEMANGAT NASIONALISMA.

Justeru kita boleh rumuskan bahawa Semangat Nasionalisma ini adalah perasaan kekitaan hasil dari pengalaman bersama kerana dibuli, diinjak-injak, dihina, dibunuh dan diburu oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Perasaan benci kepada penjajah – benci kepada Yang Lain - inilah yang menjadi asas mendirikan negara bangsa atau nation state.

Mendirikan negara bangsa ini juga wajib memiliki hukum dan syarat-syarat. Sebelum lahirnya sebuah negara bangsa wajib wujud dahulu nasion atau bangsa yang akan menjadi warga negara terlebih dahuku.

Apa itu nasion atau bangsa? Bangsa ialah satu kelompok manusia yang berkongsi hidup dalam satu wilayah yang jelas. Satu kelompok manusia yang berkongsi bahasa, budaya dan cara hidup yang sama. Paling penting juga kelompok manusia ini bersama-sama dalam satu kancah perkongsian pengalaman dan sejarah. Tidak cukup dengan ini - kelompok manusia ini juga wajib berkongsi mimpi, harapan dan cita-cita yang sama.

Apakah syarat nasion/bangsa ini telah wujud di Tanah Melayu? Jawabnya IA dan TIDAK. Malah pada hemat saya lebih banyak Tidak dari Ia.

Dari fakta sejarah kita telah memahami bagaimana Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kemudian diambil pula oleh Belanda. Kita membaca bagaimana Dutch East India Company menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Kemudian kita melihat bagaimana British East India Company membawa masuk kuli dari India dan kuli dari China. Kemasukan China dan India ini melahirkan satu lanskap baru dalam polity Tanah Melayu.

Di zaman Portugis danh Belanda kita membaca bagaimana pahlawan Melayu telah bangun melawan Portugis dan Belanda. Mereka mengangkat senjata menghalau THE OTHER. Kita mengingati Tun Fatimah sebagai contoh keperiwaan melawan Yang Lain. Kita juga kagum dengan Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang enggan tunduk dibawah kuasa British. Kita juga kenal dan bangga dengan Maharaja Lela yang membunuh Residen British – wakil Baginda Queen dalam Sungai Perak

Semua ini berlaku sebelum kesampaian satu lagi kumpulan THE OTHER - YANG LAIN – Yang Lain yang saya maksudkan ini ialah Orang China dan Orang India yang akan dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi.

Pengalaman ini tidak ada dalam hari sanubari masyrakat Cina atau India yang datang kemudian. Mereka mungkin terbaca, mungkin membaca sejarah – lalu bertemu dengan nama saperti Tun Fatimah, Tok Janggut atau Datuk Bahaman. Untuk jenerasi Yang Lain yang baru datang ini Maharaja Lela mungkin hanya nama stesen monorail. Hang Jebat mungkin hanya nama stesen LRT – tidak lebih dari itu.


Walhal untuk manusia Melayu di Tanah Melayu nama-nama stesen LRT ini mengembalikan mereka kepada sejarah asal usul mereka. Nama-nama ini membuka naratif yang maha luas tentang apa ertinya Melayu dan apa ertinya semangat Melayu. Dari nama-nama inilah lahirnya naratif kesedaran Aku Ini Siapa?

Corpus tamadun Melayu – Hikayat Hang Tuah, Salalatul Salatin, Hikayat Merong Mahawanga – mungkin nama-nama yang pernah didengari oleh jenerasi yang dibawa oleh British ini. Tetapi mereka tidak menghayati tanda dan makna dari nama-nama ini.

Hakikatnya ratusan tahun sebelum China dan India dibawa oleh British ke Tanah Melayu – Orang Melayu telah memiliki kesedaran bangsa. Mereka telah dikumpulkan dalam satu nasion. Mereka telah berkongsi wilayah, bahasa, budaya – mereka telah mengenali diri mereka sebagai Melayu.

Apakah yang saya tulis ini hanya kata-kata kosong? Apakah yang saya tulis ini hanyalah teori kosong. Saya akan mempertahan hujah dan pandangan saya ini dengan Perlembagaan Rakyat tahun 1946. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
 SUARA KEADILAN



















--------

LAWAK HARI RABU




KUALA LUMPUR 7 Julai - Kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini hanya boleh diperangi jika ketua sindiket dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan undang-undang. Bekas...


KAH KAH KAH

ini lawak bulan puasa
ini kenyataan jambu
kiut dan seksi tapi lawak

ada beribu ribu
bilik dan lot kedai
jadi tempat mesin judi
mustahil tak tahu

ada satu cadangan
sila tanya lidah pendek
masa dia jaga kdn
masa inilah mesin judi berkemanbg
tanya munkee ni
ta ta ta itu apa?

KAH KAH KAH






---------