Isnin, 1 Januari 2024
TAK ADA PERSEMPADAN SEMULA ?
SPR tak cadang kaji semula sempadan pilihan raya, kata pengerusi
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak merancang untuk melaksanakan urusan kajian semula persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah, berikutan lat tempoh yang masih berkuat kuasa.
Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.
Beliau berkata urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
“Bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada 2018, manakala bagi Sarawak dan Sabah masing-masing pada 2015 dan 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Ghani berkata sesuatu syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri oleh SPR, serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkan perlu, bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri berlandaskan prinsip dan tatacara ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
Prinsip berhubung persempadanan pilihan raya antaranya ialah kewajaran memudahkan semua pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri, serta mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu, bagi pendaftaran dan pengundian.
“Bilangan pemilih yang lebih kurang sama banyak bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan kesukaran lain yang dihadapi bahagian pilihan raya di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan dan perhatian kepada pemeliharaan hubungan tempatan,” katanya. – Bernama, 1 Januari, 2024.
BETUL KE
TAKDA SEMPADAN
BARU ?
JENG JENG JENG
ATAU INI
NAK SEDAPKAN
HATI ORANG MELAYU
YG MAKIN RISAU
HILANG KUASA
AMIN
KHALAS
HAK UNTUK BERHIMPUN - FASAL 10 PERLEMBAGAAN
Polis dalam proses ambil keterangan penganjur piket 'Kepung Demi Palestin’
POLIS masih dalam proses mengambil keterangan penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata sebaik proses mengambil keterangan selesai, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
“Piket yang diadakan selama enam hari itu keseluruhannya berlangsung secara terkawal dan penganjur memberikan kerjasama kepada polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini Allaudeen berkata pihak polis bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin, namun mereka bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan asing di negara ini.
Beliau berkata piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ itu tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan perhimpunan terbabit.
Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan kira-kira 21,822 rakyat Palestin setakat 31 Disember lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.
Solidariti berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat itu sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.
Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine. – Bernama, 1 Januari, 2024.
SOKONG ATAU
TAK SOKONG
PALESTIN
AMIN
INI YANG
RAKYAT NAK TAHU
AMIN
KHALAS
FATWA LEBAI KIT SIANG
Kedudukan Islam di Malaysia tidak terancam – Kit Siang
KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menafikan kedudukan Islam di negara ini dalam keadaan terancam.
Sebaliknya, menurut beliau, yang terancam adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dalam sebuah negara yang berbilang etnik, agama, budaya dan tamadun.
“Kerana inilah Yang di-Pertuan Agong telah mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di mana cadangan ini telah ditolak oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kit Siang menambah, dalam tahun pertamanya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa bertarung demi kelangsungan hidupnya.
Beliau berkata, ia adalah kerana Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat yakin bahawa Gelombang Hijau yang dicetuskan PN dalam PRU15 mampu menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan ia dijangka berlaku selepas enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.
“Namun, Gelombang Hijau ini gagal untuk membesar menjadi tsunami dalam enam PRN.
“Walaupun ia masih menjadi satu perkara yang tidak boleh dipandang kecil seperti yang ditunjukkan dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,” jelasnya.
Sehubungan itu, Kit Siang menyeru kepada semua pihak menjadikan 2024 sebagai tahun untuk memperkukuhkan perpaduan nasional dan kestabilan politik.
“Pada masa yang sama, marilah kita jadikan 2024 juga satu tahun di mana Malaysia berjaya melaksanakan reformasi untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam suku dekad yang lepas agar kita menjadi sebuah negara yang hebat di dunia,” katanya. –
BERITA BAIK
Jumlah mangsa banjir tiga negeri terus menurun
KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan dengan hanya 1,122 orang masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengahari tadi.
Ia berbanding 1,483 orang di 15 PPS pada sebelah pagi.
Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan, jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,034 orang yang berada di sembilan PPS.
Menurut laporan itu, PPS di Kelantan merangkumi enam di Tumpat yang menempatkan 744 orang, dua di Pasir Mas (274) dan satu di Kuala Krai (16).
Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang yang berlindung di dua PPS di Maran, manakala 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands kekal berada di sebuah PPS.
Jumlah mangsa banjir di Johor pula tidak berubah dengan 54 orang masih berada di dua PPS di Segamat setakat 12 tengahari tadi. –
MENUNGGU
KERING
AMIN
TAPI AWAS
LEPAS BANJIR
MUSIM PANAS
KHALAS
MAT SABU DAN NIK NAZMI ADA SAMA
ADA MAT SABU
ADA NIK NAZMI
ADA IKRAM
ADA WAKIL HAMAS
ADA TIM PALESTIN
ADA CHINA
ADA BENGALI
ADA INDIA
ADA ABIM
ADA MAPIM
ADA PSM
ADA DAP
ADA MUDA
ADA MCA
ADA SEJAGAT
ADA ADAM ADLY
ADA MUKRIZ
ADA DR AKMAL
ADA SHEIKH
ADA AMBIGA
AMIN
LU ADA SAMA?
MANA LU TAHU
MADEY ADA ?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
AMIN
JANGAN BERI
PENGHORMATAN
TINGGI SANGAT
PADA GENG BANGSAR
BAHAYA !!!
NANTI KAMI SEMUA
KENA TANGKAP
AMIN
NANTI TAKDA SAPA
NAK MASAK
DAPUR JALANAN
TIAP PETANG AHAD
KHALAS
Unknown commented on
"DEKLARASI AKSI KEPONG"
Meluat tengok muka Boss Gay Malaysia Freddie Mercury disebelah Atok Saka dan Geng Bangsar.
Unknown commented on
"DEKLARASI AKSI KEPONG"
Tengok Geng Bangsar kepong Atok semasa Deklarasi Kepong US Embassy semalam sahkan brp perkara:
a. Memang ajenda utama Kepong adalah nak guling PMX kerana yg hadir Geng Sheraton Move nak tunjok lebih pro-Palestine dari PMX
b. Tian Chua adalah owner dulu Malaysia Chronicle sekarang Politics Now yang editor Wong Choon Mei dan Stan Lee 24/7 365 blogging hanya tibai PMX dari sebelum PRU15 lagi dan sekarang 100% nak guling PMX
b. Tukar Tiub Barua dibayar Abah BFF Tian Chua konon Geng Bangsar sekepala Geng Kartel Jemin Semburit, hanya kerja blogging sama macam Malaysia Chronicle
c. Atok dan Daim selama 30+ tahun hanya misi sekat PMX melalui konspirasi Liwat Rekaan Din Bapok Tua dan sekarang makin desperado bila musuh utama Atok, Sultan Johor akan ambil takhta YDPA baru Januari 2024
Inilah agenda utama Kepong.
Khalas. Amin. Kah Kah Kah
KEDUTAAN SIMBO NEGARA
KEDUTAAN SIMBOL
NEGARA
AMIN
1973 KAMI DEMO
DI BANGUNAN AIA
JALAN AMPANG
KHALAS
Unknown commented on
"DEKLARASI AKSI KEPONG"
Kepung macam pantek.. kah kah kah
Helok ekau pergi kepong banglo lama Avenue kat depan skettt kedutaan USA tu lah wooii...hado jugak paedah nyer..??
Hado jugak paedah nya kepong kat Avenue tu Ada judi jack pot 100% yg berjudi suma orang Melayu.
Kedutaan USA tu dah kosong urusan pejabat banyak di pindahkan Bangunan Tan n Tan... Nak masuk Bangunan tu security paling ketat wooi..!!
Kepung Bangunan kosong buat hapo weeii.. Bangang bertingkek tingkek..!!
Itu dah tentu tokey taikun Judi jack pot tu suda kasi rasuah sama penguasa jugak... Lucky Club kat Jln Tun Razak bila bole ambush...
Itu Judi jack pot woiii...!! MiCasa dah berkurun Judi jack pot bole berkampung trus kat situ... Suma buta bijik mata... Puiii..!!
Bila mau tangkap Kartel Judi jack pot Mata sepet taikun tu haah
Kah kah kah
TAHUN 2024 KERAJAN MASIH BELUM STABIL
Langkah Dubai, politik tahun kedua belum tentu stabil
KETENANGAN hari-hari terakhir tahun 2023 terhakis dengan khabar mengenai kewujudan satu lagi ‘langkah politik’. Langkah terbaharu yang dikatakan mahu menggulingkan kerajaan. Kali ini diberi nama jolokan Langkah Dubai. Selepas Langkah Sheraton yang mengejutkan dunia politik pada awal 2020, menjadi heboh Langkah London dan Langkah Jakarta. Kedua-dua Langkah London dan Jakarta muncul sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.
Langkah Dubai yang sinonim dengan himpunan ahli-ahli politik di Dubai beberapa minggu lalu sekali lagi menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia termasuk ada yang menghadiri program dan majlis menyentuh kepentingan global.
Kesemua langkah itu dikaitkan dengan usaha pihak tertentu untuk menggantikan kerajaan semasa. Spekulasi dan kenyataan terbuka bahawa kerajaan pada hari ini iaitu kerajaan perpaduan yang dibentuk hasil sokongan 18 buah parti dan gabungan serta baru-baru ini beberapa wakil rakyat Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sehingga membawa kepada sokongan lebih 150 anggota Dewan Rakyat, akan tumbang. Andaian ialah tahun baharu 2024 akan diiringi oleh kerajaan baharu.
Kenyataan itu turut menjadi bahan kempen ketika pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kemaman beberapa minggu lepas. Bahawa calon Perikatan Nasional (PN)-PAS yang juga menteri besar Terengganu akan menjadi calon perdana menteri apabila kerajaan bertukar tangan. Ia menjadi antara bahan kempen utama PRK itu.
Saya juga mendengar desas-desus mengenai Langkah Dubai sejak seminggu lalu. Beberapa kenyataan daripada pemimpin dalam kerajaan dan perkembangan semasa telah membayangkan kewujudan usaha politik terkini itu. Beberapa individu yang dihubungi awal bulan ini semua mengatakan mereka berada di Dubai. Pada awalnya tidak disangka. Bagaimanapun ia berakhir dengan khabar angin yang memberi nama Langkah Dubai.
Desas-desus itu menjadi jelas apabila timbalan ketua pengarah J-KOM mengatakan bahawa wujud usaha menggerakkan Langkah Dubai bagi menggulingkan kerajaan. Lebih awal berbanding Langkah Sheraton yang menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam masa 22 bulan, pada akhir Februari 2020.
Pemimpin-pemimpin PN dengan segera menafikan usaha ke arah itu. Mereka mendakwa ia sebahagian daripada cerita untuk menutup kelemahan kerajaan perpaduan yang berusia 13 bulan. Kerajaan perpaduan meraikan ulang tahun pertama pentadbiran bulan lepas.
Sama ada betul atau tidak wujudnya Langkah Dubai, satu impian yang mahu menggantikan kerajaan semasa, ia memberi gambaran negatif ke atas negara secara keseluruhan.
Meskipun akhir-akhir ini Anwar menegaskan sudah wujud kestabilan, satu pendirian yang mungkin bersandarkan kepada sokongan padu parti-parti yang menganggotai kerajaan dan bertambahnya jumlah anggota Dewan Rakyat yang menyokong pimpinan beliau, tetapi rasa sebenar kestabilan negara dan politik masih belum kelihatan.
Hakikat itu kita perlu terima.
Selepas PRU15 fasa pertama pada 19 November 2022, masa seharusnya telah dihabiskan untuk membawa negara ke arah kestabilan yang lebih kukuh. Malangnya ia tidak menjadi. Keadaan bertambah merungsingkan apabila hampir sembilan bulan pertama telah dihabiskan untuk politiking melampau dan hanya menunggu untuk melihat hasil pilihan raya umum enam negeri yang diadakan pada Ogos lalu.
Malah, tempoh itu juga diisi dengan siri kenyataan barisan pembangkang yang mengatakan kerajaan perpaduan bakal tumbang dan akan digantikan oleh kerajaan baharu pimpinan PN. Malah ia berterusan sehingga awal September lalu dan ketika PRK Kemaman, Terengganu awal bulan lalu.
Kini, ia membawa kepada desas-desus mengenai Langkah Dubai.
Kita sudah masuk tahun kedua pasca-PRU15. Sampai bila kenyataan kononnya kerajaan akan tumbang dan usaha menggerakkan ‘langkah politik’ untuk menjatuhkan kerajaan akan dan perlu berterusan?
Ya, pada hakikatnya kerajaan pusat semasa tidak sempurna. Kita perlu akui akan pertama ini. Ada kekurangan tertentu yang memerlukan pembetulan dan penambahbaikan segera. Saya percaya kepimpinan kerajaan semasa sedar akan perkara ini.
Kesemua pihak perlu memainkan peranan untuk membawa penambahbaikan dengan menggunakan platform dewan perundangan (parlimen) untuk membaiki kekurangan, kelemahan dan jurang yang wujud. Bukannya menggunakan jalan belakang atau laluan tikus politik yang menjadi fokus sejak kebelakangan ini.
Kedua-dua barisan anggota pentadbiran dan pembangkang mempunyai peranan besar dalam hal ini.
Kenyataan bahawa kerajaan akan tumbang dan usaha menggerakkan ‘langkah politik’ tidak akan membawa impak positif daripada segi persepsi orang ramai termasuk orang luar ke atas Malaysia.
Cukuplah empat tahun yang tidak stabil dan tidak produktif. Kita juga telah berpeluang menyaksikan kebolehan dan keupayaan memerintah kesemua parti dan gabungan sepanjang empat tahun lalu.
Kita sudah masuk tahun kedua pasca-PRU15. Masa untuk membawa kebaikan lebih besar demi rakyat. Bukannya sajikan mereka dengan kenyataan demi kenyataan bahawa kerajaan akan jatuh. Sampai bila kita hendak bertindak sedemikian? Rakyat semakin muak.
Jangan sampai rakyat dan pengundi hilang keyakinan ke atas politik, ahli politik dan parti politik.
PRU16 tidak lama lagi. Mungkin dalam dua atau tiga tahun. Jika ada sokongan dan bilangan, kita harus menggunakan PRU16 secara profesional untuk membawa perubahan termasuk membentuk kerajaan berdasarkan hasil sokongan pengundi.
Sehingga itu, hentikan apa jua usaha tepuk atap dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak membina bagi negara dan rakyat.
Selamat Tahun Baharu kepada semua! Semoga kita akan dikurniakan kestabilan yang lebih. – 1 Januari, 2024.
* Dr G Manimaran ialah bekas wartawan berpengalaman membuat liputan pilihan raya sejak 1991 dan mantan ahli tetap Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC)..
WOIT
INI BERITA
HOT HOT HOT
KAH KAH KAH
TAHUN 2024
MASIH TAK STABIL
JENG JENG JENG
AKAN JADI LEBIH
TAK STABIL BILA
EKONOMI JATUH
AMIN
KHALAS
ISRAEL DAH KALAH - KATA MAT SABU
Israel sebenarnya telah kalah – Mat Sabu
KUALA LUMPUR – Israel sebenarnya telah kalah selepas sehingga kini gagal mengalahkan Hamas dan kumpulan jihad Islam yang hanya merupakan pertubuhan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, selama lebih tiga bulan Israel masih menggunakan alasan memburu pejuang jihad Islam yang akhirnya membunuh puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Sebenarnya Israel telah kalah, mereka bertarung dengan Hamas kumpulan jihad. Mereka hanya pertubuhan, Israel nak melanyak hamas, dalam masa seminggu atau dua sekarang sudah tiga bulan, Hamas tidak dapat dikalahkan.
“Siapa yang mereka bunuh? Kanak-kanak, wanita. Lebih kurang 22,000 penduduk Gaza dibunuh, 2/3 daripadanya merupakan kanak-kanak dan wanita. Israel tidak dapat mengalahkan pejuang Hamas dan sekarang mereka berperang pula dengan Hezbollah di sempadan sebelah Utara dan kumpulan jihad Islam lebih keci,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kepung Demi Palestin yang diadakan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak.
Himpunan berkenaan yang disertai pelbagai aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil parti politik mula berkemah di kawasan tersebut sejak 26 Disember lalu.
Aksi selama enam hari itu merupakan respon terhadap tindakan AS yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.
Walaubagaimanapun, Mat Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yakin Palestin akan mencapai kemerdekaan daripada rajin zionis melalui kesepaduan dunia.
Jumaat lalu, harapan masyarakat dunia untuk menyaksikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengakhiri perang di Gaza menerusi resolusi gencatan senjata gagal apabila badan dunia itu hanya meluluskan resolusi berkaitan bantuan kemanusiaan.
PERANG
DITERUSKAN
HINGGA PALESTIN
MERDEKA
KHALAS
HIMPUNAN SEJUTA SOKONG PALESTIN
Kepung Demi Palestin tekad terus kecam kekejaman Israel
KUALA LUMPUR – Selepas enam enam hari, Himpunan Kepung Demi Palestin telah melabuhkan tirainya di malam ambang tahun baru malam tadi.
Seramai lebih kurang 100 aktivis dari pelbagai negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiwa dan parti politik bermalam di kawasan sekitar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini sejak 26 Disember lalu.
Himpunan berkenaan sepakat menyeru supaya gencatan senjata serta-merta yang kekal di seluruh bumi Palestin.
Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua ketika membacakan deklarasi himpunan berkata, peserta mahu sistem apartheid di semua wilayah jajahan Palestin ditamatkan selain menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.
“Keamanan dan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk semua di Palestin. Mulai hari ini, tanggal 1 Januari 2024 dan setiap hari selepas ini kami teguh berdiri dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin.
“Kami tidak berganjak dari komitmen kami untuk perjuangan dan akan terus meningkatkan usaha kempen kami.
Demi mencapai keamanan, keadilan, keselamatan dan maruah untuk Palestin yang berdaulat,” katanya.
Tepat jam 12.01 tengah malam tadi, peserta himpunan melaungkan “Free Palestin”, “From the rover to the sea Palestin will be free” sebelum bersurai. –
JANGAN LUPA
24/2/2024
HIMPUNAN SEJUTA
SOKONG PALESTIN
KHALAS
TANYA DIRI SENDIRI
TANYA DIRI
SENDIRI
AMIN
Unknown commented on
"DEKLARASI AKSI KEPONG"
Selamat tahun baru 2024 kepada TT dan warga penyokong tukar tiub. Kadang kadang kena tanya diri sendiri, adakah kita pernah adil saksama kepada sesama manusia? Adakah sikap kaum agama yang dibawa oleh kita dihargai seluruh manusia di muka bumi?
Sentiasa cermin diri agar kita boleh dihormati amin, selalu perubahan perlu berlaku dalam diri sebelum mengajar orang lain, terima kepada semua penyokong yang sampai solidariti terhadap kemanusiaan sejagat kah kah kah selalunya
MUSUH DALAM SELIMUT
MUSUH
DALAM SELIMUT
AMIN
n
Unknown commented on
"SAPA DIA ZIONIS TEMPATAN"
Musuh bukan luar sana, musuh dalam selimut, musuh bulu ayam, ramai musuh dalam kampus dalam kampung dalam rumah, kita ini cuma tak sedar saja, selama ini musuh ini semua adalah kalangan kita, yang mencuri yang merasuah yang bawa masuk warga asing, jual lesennya jual hakmilik jual tanah jual rumah sewa semuanya sekali orang-orang KITA, bukan Yahudi bukan bukan bukan komunis dah lama hilang komunikasi korporat komunis ini kah kah kah
ya g curi berbilion Mahathir Daim Zainuddin akan berangkat Dubai kah Kah kah TT pun masuk geng mereka juga, kawan baik Mahathir Mohamad yang sumbat dia dahulu sekarang kawan baiknya kah kah apa apa komen Mahathir tak masuk tapis FINAS kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)