Rabu, 6 April 2011

TIPU JANGAN TAK TIPU



TIPU JANGAN TAK TIPU



nota:
abis melayu kena tipu
pagi ditipu meloya
tengah hari ditipu cukong
petang ditipu bik mama
malam ditipu rtm
kah kah kah








KEMATIAN PEGAWAI KASTAM DISIASAT SEBAGAI KEMATIAN MENGEJUT
- meloya

KUALA LUMPUR 6 April - Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. KAUM KELUARGA HEBOH MENAFIKAN ARWAH INI MEMBUNUH DIRI… kah kah kagh..

kah kah kah…KAUM KELUARGA HEBOH MENGATAKAN SI ARWAH ORANG WARAK…. kah kah kah…

kah kah kah…SATU DUNIA TAHU SI ARWAH JATUH DARI TINGKAT TIGA…. kah kah kah…

kah kah kah….AKHBAR MELOYA INI LAPOR MATI MENGEJUT…. kah kah kah..

woit...KEPALA BANA PUNYA AKHBAR... kah kah kah...

woit… SEDARLAH ORANG MELAYU…. BERTAHUN TAHUN KENA TIPU…. kah kah kah…

kah kah kah…. TAK SEDAR SEDAR… TAK FAHAM FAHAM…. kah kah kah….

woit… DAH MATI TERTIARAP NANTI…. DAH TERLAMBAT…. kah kah kah…

kah kah kah...TAK TERTIARAP ... BARU NAK SEDAR?.... kah kah kah...

nota:
pelik juga mati jatuh
dari tingaklat tiga?

macam mana boleh jatuh?

ini mesti lantai runtuh
ini mesti bangunan yang
dibuat oleh kontrektor
yang buat stadium di kt
kah kah kah
kalau tidak kontrektor
yang buat jamban tn gantung
di kuala dipang kah kah kah




TERKINI TERPERANJAT TERNOW !!! TUKAR TIUB PEMECAH BERITA




LAGI CERITA SPRM



Facebook Zunar Kartunis:

SURUHANJAYA BENG HOCK: Suruhanjaya diberitahu pegawai2 SPRM sdg main ping pong dlm ofis pula masa tangkapan Beng Hock

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



WOIT !!! MATI LAGI


Seorang pegawai kastam mati jatuh dari tingkat tiga ketika disoal siasat oleh
SPRM.

Siasatan ini bersangkutan dengan berbilion ringgit duit cukai yang tidak dibayar.

Jangan lupa kepada kes Teoh Beng Hock. Teoh juga mati jatuh ketika disoal siasat.

Pada masa ini kes Teoh Beng Hock masih belum ditemui siapa yang bertanggung jawab
diatas kematian Teoh. Suruhanjaya Diraja sedang bersidang untuk menyelesaikan kes Teoh Beng Hock.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
satu trend
siasat sampai mati
kah kah kah



SATU LAGI SIASAT SAMPAI MATI?


Insider Latest

FLASH - Customs officer under probe for graft, dies after falling off 3rd floor of MACC KL. 8 minutes ago


PEGAWAI KASTAM DISIASAT MATI JATUH DARI BANGUNAN SPRM - minsider

Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali.
Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara




TERNOW DARI JOHOR - UNTUK ORANG JOHOR


Dari Facebook Zunar Kartunis:

Ramai2 datang bawa pemetik api: Mlm ini upacara pembakaran Utusan & Kosmo 9.30 mlm markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu

Jangan lupa datang berami ramai!!!


LAGI LAGI TIGA MAT BOROI




LATIHAN UNTUK LAKONAN














BILA TUHAN DIREKRUT


“Datuk T”, Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.

( petikan dari MalaysianInsider.Com)

Lawak filem Tiga Mat Boroi ini nampaknya belum selesai. Macam macam yang sempat aku dengar. Macam macam khabar angin yang sampai. Semua tak boleh dipakai. Semuanya buat kelentong. Semua jual taik minyak. Aku sampai tak kering kencing kerana ketawa membaca berita yang bersangkutan dengan Tiga Mat Boroi ini.

Mulanya aku baca berita tentang Si Mamat yang jadi Menteri Undang-Undang. Mamat ini suka buat lawak. Dia seorang pakar lawak di Parlimen. Mukanya macam pelakon dari Madras cuma perutnya tidak boroi kalau tidak pasti ada kemungkinan dia dipelawa untuk beraksi dalam Tiga Mat Boroi.

Mamat ini pakar lawak sempit. Lawak sempit ini adalah satu genre lawak dimana kalau kita meminati dan percayai dengan lawak ini maka otak kita akan menjadi sempit. Lagi banyak kita dengar lawak ini lagi sempit otak kita.

Contohnya: Pada awalan apabila filem Tiga Mat Boroi ini ditayangkan di Carcosa, si Mamat ini telah berkata bahawa Tuan Pengarah dan Tuan Pengedar filem ini tidak boleh disaman. Ada hukum dan undang-undang yang mempertahankan hak pengarah dan pengedar.

Sehari kemudian si Mamat ini beralih cerita pula. Kali ini dia berkata yang Pengarah dan Pengedar boleh disaman jika dibuktikan filem ini mengarut dan menjadikan penonton sakit perut apabila melihatnya. Bila lawak ini muncul ramai orang mula menangis beramai-ramai. Orang ramai menangis kerana bersimpati dengan anak isteri si Mamat ini. Bayangkan berapa seksanya hidup serumah dengan si Mamat ini.

Tapi ini belum bagitu lawak lagi. Ada satu lagi pelawak yang amat lawak. Si Dol ini mengakui bahawa dirinya adalah pejuang Islam sejati – Penjihad Islam. Si Dol ini akan ke hulu ke hilir dengan memakai tarbus Turkinya. Meraban ke hulu ke hilir ini entah apa yang dicarinya – hanya Guru Nanak sahaja yang mengetahi tujuannya,

Di hari pertama Tiga Mat Boroi di buka di panggung, Si Dol ini telah melalak ke hulu ke hilir mengatakan bahawa jantan dalam filem itu ialah Brad Pitt. Bila diterangkan bahawa ini filem buatan Kru opps… buatan krew Melayu bukan filem Hollywood, si Dol ini tak peduli dia masih berkeras kepala dengan Bradd Pittnya.

Wartawan kemudian bertaya apakah si Dol ini telah menonton filem ini. Jangan terperanjat. Jangan pengsan. Jawapan si Dol ini cukup ilmiah dan berilmu. Cukup dengan nas dan bukti. Lengkap dengan sharawi dan sarkawinya.

‘Saya tak perlu tengok filem porno itu. Ianya haram untuk ditonton. Tapi saya tahu jantan yang sedang … ek ek ek… dengan pelacur China itu ialah Bradd Pitt’.

Laaa… kalau aku wartawan yang ada berhampiran pasti aku belankong kepala Si Dol ini. Kalau tak menonton filem ini mana tahu Bradd Pitt yang berlakon. Kalau tak baca buku Satanic Verses macam mana minta buku ini diharamkan. Kalau tak tahu tempoyak mana nak kenal ikan patin. Bangang.

Pening kepala aku. Memang saheh dalam dunia ini ada macam macam gila. Bila berhadapan dengan orang kureeeeng akal kita tak mungkin dapat melakukan sesuatu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia macam si Dol ini wujud. Tak mungkin kita hendak kunci mulut si Dol ini dari bercakap. Kalau kita kunci mulut mungkin si Dol ini akan bercakap dari lubang perut pulak. Ini lagi bahaya, bukan saja cakap tak tentu buah butir malah baunya pun akan busuk lagi membusukkan.

Cerita Tiga Mat Boroi ini tak habis disini. Dua hari dulu sekali lagi negara jadi heboh. Ini apabila ada seorang Pak Sarjan berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah filem tulen. Pak Sarjan ini baru masuk balai tetapi amat jelas Pak Sarjan ini juga pandai buat lawak bodoh. Nampaknya kalau nak jadi Pak Sarjan salah satu kebolehan yang diutamakan ialah keupayaan membuat jenaka. Wajib lulus pepereksaan membuat lawak bodoh. Kalau tidak mustahil dapat naik pangkat.

Buktinya cukup jelas. Sebelum ini ada seorang Tok Sarjan yang suka bawa tilam ke hulu ke hilir. Dengar khabarnya apabila dia pergi berUmrah pun dia mengheret tilam yang sama. Nampaknya apabila jadi polis ini kepala semakin biol. Semakin tinggi pangkat semakin biol kepala. Mungkin kerana sibuk jaga Amoi di Bukit Bintang. Atau terlalu sibuk buat operasi tangkap orang kudung kaki dan tangkap orang bisu.

Kerja menangkap ini bukan enteng. Orang kudung kaki amat susah untuk ditangkap kerana dia selalu menghilangkan diri. Orang bisu pula cukup susah untuk ditahan dibawah ISA kerena apabila dituduh sebagai kaum kerabat Usman Bin Ludin, orang bisu ini tidak akan menjawab. Ini yang menjadikan Tok Sarjan berkepala biol.

‘Filem ini tulen’ adalah kenyataan Pak Sarjan dari Balai Bergerak Jalan Bandar.

Memanglah filem ini filem tulen. Tak ada sesiapa yang mempertikaikan tentang ketulenan filem ini. Apa yang dipertikaikan ialah penonton ingin tahu apakah teknik yang telah digunakan oleh Wira Jantan yang membolehkan dia membuat gerakan Tantrik Yoga diatas ranjang. Wira Jantan ini berjaya melentingkan badan kebelakang sambil lidah terlejelir untuk menjilat punggung sendiri. Ini betul-betul hebat macam - macam ajaran Al- Kitab Kamasutra. Lebih hebat dari 69.

Para penonton sangsi apakah Wira Jantan ini telah diberikan Viagra sebelum adigan ranjang difilemkan. Para penonton yang telah melintasi umur 60 tahun amat jaki lagi cemburu dan merasa tidak puas hati bagaimana Wira Utama yang telah berumur 64 tahun masih boleh membuat Lotus Position. Lalu timbul persoalan dikalangan jantan jantan yang sudah berumur: apakah semua ini sebenarnya teknoloji imej filem yang membolehkan muka dan gerak badan di reka cipta.

Adigan ranjang ini juga telah banyak menimbulkan persoalan. Orang ramai memang amat yakin yang filem Tiga Mat Boroi ini filem tulen. Malah keyakinan mereka lebih besar dari Wisma Yakin. Justeru, soal ketulenan tidak timbul disini. Orang ramai telah sebulat kepala berok bersetuju bahawa tidak mungkin filem ini filem cetak rompak.

Buktinya cukup senang. Le Petit Tambi Sang Pengarah ini adalah seorang Melayu Bumiputera yang jujur lagi berwibawa. Tutur bahasanya bersopan terutama untuk kanak-kanak sekolah. Kerja- kerja cetak rompak ini dianggap haram dan melanggar tata susilawati. Kerja haram ini bukan kerja Melayu Bumiputera. Yang suka membuat kerja cetak rompak ini selalunya Orang Asli dari Gua Musang.

Cerita lawk Tiga Mat Boroi ini tidak mungkin habis disini. Dalam semua lawak lawak ini aku rasa yang paling terlawak sekali ialah jenaka yang telah dihamburkan oleh Datuk Sk. Lawak ini tidak ada tolok bandingan. Memang betul orang ramai dan penonton kurang arif dari mengetahui siapa sebenarnya Datuk ini. Kita hanya tahu bahawa si Datuk ini adalah orang Siam. Sama ada Datuk Sk ini bersunat atau tidak bukan persoalan.

Yang menjadi persoalan ialah lawak Datuk Sk. Biar aku cakap terus terang, aku tak kering kencing ketawa apabila Datuk Sk mula mengrekrut Allah. Dulu Mat Ezam telah merekrut Allah. Allah telah ‘menalipon’ Mat Ezam hinggakan Mat Ezam tersedar bahawa rupa-rupanya ‘boss’ lamanya suka makan sup bontot.

Kalau dengan Mat Ezam kesahnya hanya mendapat panggil talipon, dengan Datuk Sk ini lebih hebat lagi. Datuk Sk berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah ‘Anugerah Allah’. Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang mendapat Anugerah Bintang Popular, Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah kali pertama aku dengar sebuah filem telah mendapat Anugerah Allah.

Aku kurang faham apa maknanya apabila filem Tiga Mat Boroi ini dapat Anugerah Allah? Apakah ertinya filem ini akan terus ke panggung tanpa melalui Lembaga Penapis? Kalau macam ini semua orang hendak Anugerah Allah. Atau apakah Anugerah Allah ini lebih gah lagi dari Anugerah Seri Angkasapuri. Wow! Kalau betul inilah yang anugerah yang terhebat. Bagaimana dengan anugerah Palm d’Or dari Cannes atau Golden Bear dari Berlin? Apakah anugerah ini telah jatuh murtabatnya?

Semua ini persoalan yang memeningkan kepala aku. Tidak cukup dengan mistei Anugerah Allah ini aku juga membaca bahawa Datuk Sk telah berkata bahawa filem ini juga ialah Petunjuk dari Allah.

Nah! Ini lagi memporak perandakan fikrah aku. Apa maknanya Petunjuk dari Allah? Apakah Allah suka menonton adigan ranjang? Apakah Allah juga menonton filem porno? Mashallah! Siah malaikat 43. Toba. Toba .Toba.

Disini aku melaung kerana ingin bertanya bagaimana filem Tiga Mat Boroi ini dilihat sebagai Petunjuk Allah. Kalau betul kenyataan Datuk Sk ini terbukti bahawa ada rasuah dalam pemilihan filem Tiga Mat Boroi ini. Pertama filem ini belum dipertandingkan telah mendapat Anugerah Allah. Tidak cukup dengan anugerah ini – filem ini juga adalah Petunjuk Allah.

Disini jelas kelihatan ada bias dan berat sebelah. Datuk Sk telah mengrekrut Allah untuk mendapat anugerah dan penilaian ini. Justeeru , nampaknya pada tahun 2011 ini tidak mungkin lagi ada filem yang akan dapat menandingi filem Tiga Mat Boroi. Pengarah-pengarah baru kini banyak yang frust telentang setelah puas frust menonggeng.

Kini terbukti kemustahilan akan ada pengarah yang akan dapat merentasi keupayaan garapan tim Datuk Sk ini; kecuali pengarah ini bermentorkan Linda Raffar dan Edry. Atau dapat kautim dengan KRU yang telah dipilih untuk menjadi hakim penilai kesahehan filem Tiga Mat Boroi.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
akhbar ini dalam pasaran sekarang
untuk mendapatkan naskah sila
pukul talipon 03-22-72-40-45

MELOYA SAMPAI MUNTAH




HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU





nota:
kalau bersaing dengan akhbar lain
tanpa sokongan gerombolan
akhbar ini dah bungkus lama
kah kah kah


DUA SMS UNTUK ZUNAR

Dua SMS dari staf Utusan yang saya terima - Zunar

1. SMS dari staf Utusan:"Saya dengan rasa rendah diri dan sedih memohon maaf kepada keluarga Anwar kerana turut terlibat dalam akhbar yang memfitnah DS Anwar. Minta sdr Zunar sampai mesej ini kepada Kak Wan dan Nurul Izzah

2. SATU lagi SMS staf Utusan:"Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno


UTUSAN, KOSMO DAN TV3 MEDIA LUCAH
- harakahdaily

Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.

Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.

Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…AKHIRNYA AKHBAR INI MERUNDUM JATUH…. kah kah kah…

kah kah kah…. ORANG RAMAI DAH LAMA TAK BELI…. kah kah kah..

kah kah kah…IKLAN LAMA TAK MASUK….. kah kah kah…

kah kah kah… DULU ADA KERAJAAN SELANGOR DAN PULAU PINANG BELI IKLAN…. kah kah kah…

kah kah kah… SEKARANG SEMUA KERING…. kah kah kah….

woit… DULU ADA KHIR TOYO BELI IKLAN…. kah kah kah…’

kah kah kah…SEKARANG SEMUA SUDAH LINGKUP... kah kah kah

woit… MACAM MANA NAK JADI KETUANAN MELAYU…. BISNESS INI PUN TAK BOLEH JADI TUAN….. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU TAK ADA GAMIN BAGI DUIT IKLAN… DAH LAMA UTUSAN MAMPUS… kah kah kah…

woit... KALAU NAK BUAT AKHBAR TAK PERLU LESEN... DAH LAMA MELOYA BUNGKUS... kah kah kah

BLOG DISARAN JANGAN MENGHINA



INI CONTOH PENGHINAAN



nota:
ini satu penghinaan kepada babi
mana boleh disamakan
kekuatan hidung babi dengan
hidung manusia

nota:
padan muka
bila kena batang hidung sendiri
tahu pulak marah kah kah kah



WIRA PERKASA BUAT LAPORAN POLIS - meloya

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan sebuah laman blog yang memaparkan imej karikatur pemimpin tertinggi negara dengan haiwan.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Pemangku Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, pihaknya menyedari kewujudan blog berkenaan selepas menerima maklumat daripada rakannya, semalam.

Beliau berkata, laporan itu dibuat kerana bukan sahaja menghina malah tidak bertanggungjawab, tidak bermoral dan bersifat perkauman.

"Blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar serta salah satu karikatur yang menghina Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.

"Tindakan pemilik blog berkenaan memaparkan imej berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan pengecut," katanya sambil berharap pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pemilik blog berkenaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…INI MEMANG BETUL…. TUAN PUNYA BLOG INI TAK ADA OTAK…. kah kah kah..

kah kah kah...PUKRAK PUNYA ORANG... kah kah kah

kah kah kah… APA TUJUAN BUAT BLOG MACAM INI?.... kah kah kah…

kah kah kah…BETUL BETUL TAK BEERTANGGUNG JAWAB…. kah kah kah…

kah kah kah… BLOG INI MENGHINA TAK TENTU HALA…. kah kah kah…

woit…HORMAT LAH PADA BINATANG…. kah kah kah…

kah kah kah…MANA BOLEH SAMAKAN BINATANG DENGAN PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA… kah kah kah..

woit.... JANGAN HINA BINATANG BINATANG INI…. kah kah kah…

kah kah kah…. MEMANG BLOG INI TIDAK BERMORAL…. kah kah kah..

kah kah kah… TIDAK ADA SIFAT KEBINANTANGAN YANG SUCI …. kah kah kah…

nota:
tolong jangan hina ihrahim ali
siapa yang hina inrahim ali
akan mati ibrahim ali di tepi jalan
kah kah kah


SATU LAGI PERKATAAN TIPU RAKYAT




TIPU MALAYSIA DOT KOM



nota:
ini batang tipu malaysia
hari hari rakyat ditipu
kah kah kah




PERKHIDMATAN AWAM LEBIH KEKAP – berita hairan

Jawatan di Kementerian Pelajaran dirasionalisasikan, diguna sepenuhnya: TPM

Muhyiddin Yasin mahu jawatan di Kementerian Pelajaran dirasionalisasikan bagi menghasilkan perkhidmatan awam yang kejap selain memastikan tiada tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu boleh dilakukan melalui penjajaran fungsi bahagian bertindih, pengawalan pengisian jawatan kosong, pemansuhan jawatan serta pengagihan semula jawatan ke agensi yang lebih kritikal.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MARI BELAJAR PERKATAAN BARU… RASIONALISASI…. kah kah kah..

kah kah kah… DULU PERKTAAAN : SELARAS…. kah kah kah…

kah kah… PERKATAAN RASIONALISASI DI GUNAKAN ATAS NASEHAT APCO…kah kah kah…

kah kah kah..INI TEKNIK MENIPU RAKYAT CARA HALUS…. kah kah kah…

kah kah kah…. HARGA DI SELARAS KAN…ERTINYA HARGA BARANG NAIK… kah kah kah..

woit… PEKERJA DI KEMENTERIAN PELAJARAN DI RASIONALISASIKAN …ERTINYA KENA BUANG KERJA…. kah kah kah…

kah kah kah… RASIONALISASI KERJA ERTNYA BUANG KERJA…. kah kah kah..

kah kah kah...INI BETUL BETUL IDEA ZIONIS TIPU MELAYU.... kah kah kah..

woit...KENAPA TAK GUNAKAN PEERKATAAN: DIBERHENTIKAN KERJA?.... kah kah kah..

kah kah kah...INI NIAT NAK MENIPU ANAK MAK CIK FELDA.... kah kah kah..

kah kah kah...MAK CIK FELDA PUN TAK FAHAM APA RASIONALISASI.... kah kah kah

nota:
padan muka
sokong grombolan
sekarang bila dah rasional
sila masuk pakatan kah kah


RAJA BEROOKE BANGUN MELAWAN



BENDA KARUT APA PEHIN?



nota:
pehin?
kepala bana apa pehin ini?
peha dari lebanon ada juga maknanya
pehin ini berooke kokak mana?





TIADA TEKANAN PEMIMPIN PERSEKUTUAN : TAIB
- meloya

KUCHING 5 April - Disebalik bahang pilihan raya semakin memuncak dengan kempen secara rasminya bermula esok, Abdul Taib Mahmud kekal tenang menyatakan beliau tidak berdepan sebarang tekanan dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkata, sememangnya menjadi harapan BN Sarawak untuk meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya negeri kali ini juga akan dihadapi seperti mana pada semua pilihan raya negeri sebelum ini.

"Tiada sebarang tekanan (daripada pemimpin-pemimpin Persekutuan). Kami sentiasa berusaha untuk memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya. Tidak perlu tekanan untuk itu.

"Anda tidak desak orang untuk lakukan sesuatu yang mereka memang mahu lakukan,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
raja berooke ini telah
berjuang hebat untuk selamatkan diri
mat mongol dan malikul telah beri tekanan
agar berooke ini berhenti kerana jika dia
bertanding akan mebawa bala pada sarawak

raja berooke ini cukup cekap
dia bersetuju untuk undur

bila mat mongol dan malikul naik kapal terbang
raja berooke buat kenyatan akan bubar adun serawak
kah kah kah

mat mongol tak dapat buat apa
untuk balas balik
mat mongol kata akan ada beberapa nama untuk dicalonkan
ini untuk memastikan kaki ampooo raja berooke
tidak ramai bertanding

sekarang perang suadara antara gerombolan
dengan dayak, iban dan bidayuh sedang berjalan
berjuta ringgit bertukar tangan

kalau sarawak tergelincir
akan ada perkembangan baru
mat mongol akan berfikir sekali lagi
untuk buat pilihanraya di semenanjung

tak cukup dengan ini – kerajaan negeri pakatan
tak akan ambil pot dalam piliohanraya
semua ini membuatkan hati malikul sembab senang
perhatian dalam kes video porno
malikul tak cakap apa apa
dia bersiul gembira kerana yang kena tibai
ialah mat mongol kah kah kah


nota:
kalau raja berooke tak melawan
sudah pasti dia akan dijadikan contoh
sprm akan mula buka fail
macam kes toyo
dan liong sik

mat mongol perlu satu lagi contoh
untuk membuktikan bahawa gerombolan
serious nak lawan rasuah dan penyalah
gunaan kuasa

untyuk raja berooke ini hidup mati'
keluarganya kah kah kah



CUKONG SUDAH MULA MARAH




JANGAN JADI MACAM INI



nota:
jangan bermain dengan radioaktif
tidak ada tahap selamat
kata kata yang mengatakan radiposktif
ada tahap selamat hanyalah propaganda
dari saudgar penjual loji

tak caya?

pernah dengar ada racun selamat?


MCA: HENTIKAN PEMBINAAN LOJI NADIR BUMI - mkini

MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar.

Presiden MCA,Dr Chua Soi Lek berkata satu kajian menyeluruh mengenai potensi risikonya dan kajian penilaian kesan alam sekitar, mesti dilaksanakan dan hasilnya diumumkan.

Katanya, kerajaan wajib mempertimbangkan pro dan kontra projek kontroversi itu, dan "bukan terlalu tergesa-gesa" dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… CUKONG SUDAH MARAH…. kah kah kah…

kah kah kah… BILA CUKONG MARAH… GEROMBIOLAN HATI SUSAH…. kah kah kah…

kah kah kah…. BILA CUKONG CAKAP ADA DUIT IKUT SAMA…. kah kah kah…

kah kah kah…KALAU CUKONG TAK ANTI NUKLEAR…. CUKONG HILANG SOKONGAN…. kah kah kah..

kah kah kah…BILA CUKONG HILANG SOKONGAN … PAKATAN JADI WIRA… kah kah kah…

woit...NAK TANYA MANA DIA PENJIHAD ISLAM?.... kah kah kah...

kah kah kah...ORANG ISLAM KAN DI RACUN.... kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA NGO MELAYU?.... kah kah kah..

kah kah kah...ORANG MELAYU AKAN DI RACUN.... kah kah kah....

kah kah kah...TAK KAN SIBUK MEMANTAT DEPAN TV MELIHAT VIDEO PORNO... kah kah kah..

nota:
selalunya cakap cukong masin
bila cukong marah semua takut
bila cukong komen semua ikut
kuasa pada duit
yang berduit cukong

kita lihat kali ini
kalau gerombolan tak ikut cakap cukong
bermanaa pahang akan jatuh ke tangan pakatan

kalau pahang jatuh ke tangan pakatan
ini berita amat tak baik
kerana mat nak di sumbatkan adnan yacob
kah kah kah

MACAM MACAM CARA NAK BODOHKAN MELAYU




INILAH PADANGNYA



nota:
inilah padang yang disedikan oleh spr
padang ini boleh turun naik
ini untuk memastikan gerombolan menang

nota:
tak kan tak faham faham
kah kah kah


HAD 50 PENYOKONG UNTUK TUTUP MALU BN – harakah daily

KOTA SAMARAHAN, 5 April: Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan peraturan yang menghadkan seramai 50 orang penyokong sahaja mengiringi calon parti-parti yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada penamaan calon esok adalah untuk menutup malu BN.

Ini kerana kata Khalil, setiap kali pilihan raya, penyokong Pakatan Rakyat lebih ramai daripada penyokong BN.

"Saya melihat peraturan ini tidak lebih dari usaha untuk menutup malu BN apabila setiap kali pilihan raya lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calonnya.

"Mereka juga datang tanpa diupah dan datang sejak awal secara sukarela. Berbeza jauh dengan penyokong BN, walaupun 50 orang yang ditetapkan, saya pasti ianya perlu dengan sejumlah upah kepada mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoal kewajaran peraturan itu dibuat sedangkan Perlembagaan Negara membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SEKALI LAGI TIANG GOL DIUBAH…. kah kah kah…

Kah kah kah…. BILA PAKATAN NAK TENDANG MASUK GOL….TIANG GOL HILANG… kah kah kah..

Kah kah kah…. KALI INI BUKAN TIANG YANG HILANG…PADANG PADANG PUN HILANG… kah kah kah..

Kah kah kah….SPR … HANYA BARUA GEROMBOLAN… kah kah kah…

Kah kah kah… KERJA DAN TUGAS… MEMASTIKAN GEROMBOLAN MENANG…. kah kah kah…

nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama puilihanraya diharamkan di malaysia kah kah kah


MELAWAN ARUS FITNAH



KENYATAAN MAP


5 APRIL 2011

Pendedahan Video Seks Cemarkan Politik Nilai di Malaysia

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia.

Samaada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat.

Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah.

MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden MAP