Rabu, 5 November 2008

MEMPERKAYA BAHASA IBUNDA - KEMPEN BAHASA KEBANGSAAN

Hari ini Tukar Tiub memperkenal satu perkataan-perkataan baru. Ini adalah sebahagian dari cita murni dan sumbangan Tukar Tiub untuk memperkayakan bahasa ibunda. Ini juga selaras dengan cita-cita untuk memurtabakkan bahasa ibunda sama seperti yang sedang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Petaka.

Perkataan hari ini ialah : JARJIS

Jarjis mengikut kamus bererti meraba-raba, memegang, merasa, mengusik sesuatu yang di terletak di bawah

Jarjis
- kata nama khas : Salmah binte Lebai Jarjis

Jarjis - kata perbuatan. (men)jarjis – Contoh: Ahmad telah menjarjis ke dalam tempayan beras untuk mencari anak tikus.

Contoh : Aminah menjarjis tangannya ke dalam lubuk berlumpur dengan harapan akan dapat menangkap saekor haruan.

Jarjis – kata bangun kena buat : Ahmad telah menjarjis(kan) sebatang kayu untuk bersedia berhadapan dengan musuh.

Jarjis – kata sifat – Bik Mama telah cuba menjarjiskan mukanya dengan menggunakan botox dengan harapan dia akan dilihat cun.

Contoh Karangan: Seorang Ahli Parlimen telah menjarjis seorang pelayan di sebuah bar terkenal di Kuala Lumpur. Apabila si Pelayan wanita ini merasa punggungnya telah di jarjis maka dia terperanjat dan menjerit. Penjarjisan ini telah dilihat oleh beberapa tamu di dalam bar yang sama. Para tamu terperanjat melihat tangan Yang Berhormat ini terus menjarjisi walau pun pelayan bar itu telah menjerit.

Apabila Ahli Parlimen ini cuba meneruskan jarjisannya para tamu telah datang membantu si Pelayan.

Berita jarjis yang berlaku terhadap Pelayan bar ini telah dilaporakan media antarabangsa. Berita kes jarjis menjarjis ini menggemparkan rakyat Malaysia. Apabila media cuba mendapat pengesahan dalam kes jarjisan si jarjis ini , para media telah cuba dihalang. Ahli Parlimen ini telah merasa dirinya di jarjiskan oleh media. Lalu dia mengjarjis dan menghilangkan diri ke London.

Kes penjarjisan jarjis ini masih belum selasai. Si Pelayan yang bontontnya dijarjisi dikatakan akan menyaman si Ahli Parlimen yang telah menjarjisnya.

Jarjis - kata seruan : Cis jangan kau berani menjarjis aku!

Jarjis - kata janji : Jamaluddin bin Ahmad seorang nelayan telah bersumpah yang dia tidak pernah menjarjis bontot saekor ikan duyung.



MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU



Hegemoni Ketuanan Melayu yang di sebarkan olih United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.

Ketuanan Melayu ini juga telah juga ‘mencelarukan pandangan agama’ sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah Ketuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk di hayati secara mendalam.

Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India , Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lungkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendakkan meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.

Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.

Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.

Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan di wujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.

Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaa dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.

Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat di sangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi di agung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.

Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangasa memilki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.(TT)




BERITA-BERITA TERKINI DARI PARLIMEN

BERITA 1

PARLIMEN : Ketika Najib Razak Menteri Keduitan sedang cuba menyampaikan ucapan perubahan belanjawan 2009 di Parlimen pagi kelmarin, Azmin Ali dari Pakatan Rakyat telah bangun untuk mencelah ucapan Najib Razak yang lintang pukang.

Jamaluddin Jarjis yang berbulan-bulan senyap kini terpaksa bangun bersuara agar tingkah lakunya dan suaranya dapat dilihat oleh Najib Razak. Jamaluddin Jarjis melaung-laung sesuatu untuk menggangu ucapan Azmin Ali.

Azmin Ali telah bangun dan berkata,’ Yang berhormat dari Rompin, saya datang ke sini untuk membincangkan belanjawan negara dan bukan untuk meraba-raba..’ Dewan Parlimen terbarai ketawa.

Jamaluddin Jarjis terduduk diam dan tidak besuara hingga ke petang
. (Ajensi TT)

kah kah kah…. yb raba raba bontot…. kah kah kah… dalam parlimen telah ada notis AWAS RABA RABA BONTOT …. kah kah kah … ini untuk memberi ingatan kepada semua perempuan dan wanita agar menjauhi diri dari yb raba raba bontot…. kah kah kah…

kah kah kah…. notis terpasang di sebelah notis DI LARANG BERFIKIR …. yang terletak di kawasan barisan nasional…. kah kah kah….

BERITA 2

PARLIMEN : Apabila Najib Razak Menteri Keduitan membentangkan belanjawan baru 2009 di Parlimen petang kelmarin, semua para Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat telah meninggalkan dewan.

Najib Razak tercengang-cengang dan cuba melawak dan berkata... ‘ nampaknya semua pembangkang telah keluar…’

Tiba-tiba Ibarahim Ali bersuara ‘ Saya masih ada lagi… saya dari Parti Bebas…’

Lalu Najib Razak dengan gembira meneruskan ucapannya. ( Ajensi TT)


kah kah kah….. ibrahim ali???… kah kah kah…. najib razak???….. kah kah kah…. cukup padanlah dan cukup cantik najib razak berucap… yang mendengar hanya ibrahim ali…. kah kah kah….berdebat dan berbincang dengan ibrahim ali…..kah kah kah…

macam tepak dengan sireh… macam cincin dengan permata…. cukup padan dan cukup berseri …. kah kah kah… macam berudu dengan katak … kah kah kah…. ….



PEMUDA :GUGURKAN ISTERI NAJIB DI UNISEL - MalaysiaKini


Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Selangor menggantikan isteri timbalan perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama Pemuda PAS Selangor dan DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Abdul Khalid esok.


kah kah kah…. rosmah mansor cancelor??? kah kah kah kah…. minah dempak ni sekolah di mana?.... kah kah kah…

cancelor adalh seorang insan contoh yang bermoral tinggi…. kah kah kah… minah dempak ni bermoral apa….. tinggi ??? … kah kah kah….siput minah dempak ni betul betul tinggi … kah kah kah …. moralnya??? …. kah kah kah…

woit…universiti ialah gedung ilmu…. kah kah kah…. minah dempak ni tahu apa…. kah kah kah…. dia salah pilih gedung…. kah kah kah… dia nak cari gedung membeli belah… kah kah kah… minah dempak ni nak cari gedung botox….kah kah kah….



BERITA BODOH !!! PAPAN TANDA : GGMM SAMAN KERAJAAN P.PINANG - melayau


PULAU PINANG 4 Nov. �Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut.


kah kah kah kah… GRADUAN…. kah kah kah….EXCO… kah kah kah….PLAINTIF…. kah kah kah…. DEKLARASI…. kah kah kah… DEFENDAN…. kah kah kah…. INJUNKSI… kah kah kah…. semua ini bahasa apa?... kah kah kah…

kah kah kah…. satu lagi kumpulan mamak nasi kandar kena mad cow disease…. kah kah kah…. ni

woit munkeee bila nak saman UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION kerana tak pakai PEKEMBAR…. kah kah kah…