Rabu, 29 Februari 2012
DARI JUNIOR KEPADA SENIOR
MAHKAMAH TINGGI SIVIL TIGKAT 3
NOTA:
seorang old boy dengan seorang old boy
seorang senior dengan seorang junior
seorang peguam dengan anak gumanan
gambar sebelum aku meninggalkan mahkamah
detik akhir aku menangis kerana peguam ini
mahu aku mengingatkan kembali hidup dalam penjara
dan apa yang terjadi kepada hidup aku
akhirnya dia berkata" im very sorry you have to relived
the experience....but it's important... your political views
never changed but the imprisionjment does affected you..."
"... but now i am proud to claim that i'm the only
one that made hishamuddin rais cried..'
inilah epilog dari kesah kesah dari penjara
yang masih belum sanggup aku tuliskan
setiap kali aku mencuba
setiap kali aku gagal
berat mata memandang
berat hati membaca
berat lagi tangan untuk menuliskan
BEKAS TAHAN ISA : SAYA DIHINA, DERA SECARA MENTAL - mkini
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Rais memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa sebahagian besar masanya ketika ditahan, beliau dihina, diancam dan didera secara mental.
Dicekup pada 2001 atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan dengan cara keganasan, Hishamuddin memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah disoal atas tuduhan terhadapnya itu sepanjang penahanan dua tahun berkenaan.
"Saya bukan ditahan kerana saya adalah ancaman kepada keselamatan negara, tetapi kerana saya adalah satu ancaman kepada kedudukan Umno dan menguggat kepentingannya," kata aktivis Reformasi, kolumnis dan pembikin filem itu.
Hishamuddin sebagai plaintif memberi keterangan dalam saman memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 8 dan 73 ISA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, adalah tidak berperlembagaan.
Beliau dan empat yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib yang memberi keterangan pada Isnin lalu juga menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.
Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.
Hishamuddin dalam keterangannya mengenal pasti petikan yang merujuk kepadanya menerusi beberapa keratan akhbar dan gambar yang disiarkan pada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Norian.
"Kacak, bergaya dan memakai topi. Tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah saya (dalam gambar itu)," katanya
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
LAWAN ZIONIS TEMPATAN
SIFAT DAN GERAK KERJA ZIONIS
Saya telah beberpa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisma dan apa itu Yahudi . Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua pekara ini. Dua pekara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai’ kampong yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi
Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin Parti Pas dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
Biar saya cuba sekali lagi jelaskan disini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisma. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memelok agama Judaisma. Contohnya : Penyanyi pop Madonna, aktress Elizebeth Taylor dan pemusik kulit hitam Sammy Davis Junior – mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisma. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisma. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisma ini.
Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisma ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama – dua perkara yang jauh berbeza.
Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhamad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini berbangsa Yahudi. Hanya Nabi Muhamad sahaja dari bangsa Arab Quarish. Apa yang ingin saya terangkan disini apabila kita mengutuk Israel – yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi bagitu juga Nabi Musa atau Nabi Yaakob. Justeru yang wajib kita kutuk , lawan dan tentang ialah fahaman Zionisma bukan bangsa Yahudi.
Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisma? Zionisma ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke 19 ini. Gerakan ini di mulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisma ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit puteh. Ini adalah fakta sejarah.
Justeru gerakan Zionis ini telah berkongress pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari Menteri Luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah a yang dipanggil Balfour Declaration 1917.
Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi German. Maka Eropah merasakan adalah perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi.
Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa Banga Bersatu, Palestine telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.
Palestine akhirnya dipilih kerana di Palestine telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestine. Malah agama Judaisma juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestine.
Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisma di tentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisma.
Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisma memiliki idealoji. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan idealoji politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.
Asas utama ideloji Zionisma ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongann ini kaum Zionis juga mengistihatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.
Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisma sahaja yang betul dan tepat. Agama lain salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan / the choosen people’. Salah satu cabang isealoji Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeri kaum Zionis antarabanga memiliki menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada - bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.
Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis International. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit puteh sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionist berada di Washingtob DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.
Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan bagitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.
Ini bukan terori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti saheh tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.
Kita semua telah diberitahu bagaimana Apco telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan Zionis telah menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura. Gerombolan ini telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini fakta bukan teori.
Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
Parti Pas melalui Nik Aziz menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikit Pas Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan Pas terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa pepecahan.
Sebenarnya isu Palestine ini bukan isu politik asas – bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan ajenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.
Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di tv isu ‘ sokongan Anwar terhadap Israel’ ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ di muka depan mereka.
Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan ajenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel wal hal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan Rakyat pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.
Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan ajenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.
Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya : Kenapa tv atau media kita tidak membuat berita dan selidikan tentang bom nuklear Israel?. Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.
Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kesah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.
Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Ajenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaran atau lingua franca.
Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu pekara yang tidak fudumental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah ajenda utama. Bahasa hanyalah ajenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.
Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan tauladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. . Dua-dua debat ini bukan ajenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.
Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
ANAK MUDA PELAJAR BANGUN MELAWAN
SEMUA KENAL - TAK PERLU KAWAD CAM
8 MAHASISWA DIPANGGIL UNTUK SESI KAWAD CAM OLEH PDRM.
Petang tadi kira – kira jam 3 Petang , 8 Mahasiswa yang terlibat dengan Perhimpunan Kebebasan Akademik pada malam tahun baru 31 Disember yang lalu telah dihubungi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sesi kawad cam yang akan diadakan pada 29 Februari 2012 di Balai Polis Tanjung Malim, Perak.
Lapan aktivis Mahasiswa yang terlibat adalah Ahmad Shukri Bin Che Ab Razab yang bertindak sebagai Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Khalid Bin Mohd Ismath Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Haziq Abdullah Bin Abdul Aziz Presiden KAMI, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) , Adam Adli Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif , Ekhsan Bukharee Bin Badarul AKSI , Mohd Zaini Bin Mahd Ismail Aktivis Mahasiswa dan Muhammad Hilman Idham Bekas Presiden dan Pengasas KAMI.
Perhimpunan yang diadakan pada malam tahun baru itu sebenarnya adalah untuk mengulangi enam tuntutan Mahasiswa yang telah dikeluarkan oleh Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) dan beberapa Persatuan Mahasiswa yang lain serta menuntut supaya pihak UPSI menggugurkan pertuduhan ke atas Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli yang dikatakan menghuru-harakan ketenteraman awam serta mencemarkan nama universiti. Namun begitu , perhimpunan aman yang hendak diadakan berakhir dengan tragedi berdarah apabila Pemimpin BEBAS Muhammad Safwan Bin Anang@Talib telah mengalami kecederaan yang parah akibat dipukul. Selain itu , beberapa Mahasiswa lain juga turut tercedera.
Kes Himpunan UPSI ini mendapat perhatian serta liputan meluas termasuk daripada Bekas Mufti Perlis , Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mengecam tindakan pihak Polis. Kes ini seolah – oleh tergantung dan tidak mencapai resolusi yang sepatutnya apabila Safwan yang telah dipukul tidak mendapat pembelaan sepatutnya.Ini yang kami tidak faham.
Selain itu, 8 Mahasiswa yang mendapat panggilan daripada PDRM itu berasa hairan apabila mereka yang dikenakan kawad cam sedangkan kes anggota Polis yang memukul Safwan Anang tidak mendapat sebarang jalan penyelesaian. Lord Denning yang terkenal pernah berkata bahawa “keadilan bukanlah sesuatu yang mampu dilihat, ia tidak terbatas oleh waktu tetapi kekal sampai bila – bila. Ia bukan produk intelek tetapi produk rohaniah insan. Justeru , Mahasiswa menuntut supaya supaya keadilan ditegakkan dalam kes ini bertepatan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang – undang.
Mahasiswa berharap supaya pihak Polis menjalankan kawad cam mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan kerana kami masih percaya bahawa pihak Polis merupakan harapan masyarakat untuk menjaga keselamatan dalam negara. Kalau bukan kalian, siapa lagi ?
KHAIRUL NAIM,
SETIAUSAHA AGUNG,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)
UMNO NAFI TERLIBAT DALAM KEKECOHAN HIMPUNAN HIJAU - meloya
KUALA LUMPUR 28 Feb. — Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan UMNO terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lepas, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.
Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan UMNO dalam kejadian itu.
"Kalau betul kita (UMNO) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).
"Benda yang tiada, diada-adakan,” katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. — TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...TENGKU FRAUD INI TERBUKTI BANGANG... kah kah kah..
kah kah kah.. KALAU LIM GUAN ENG BUAT LAPORAN POLIS INI TANDA GEROMBOLAN TERLIBAT.... kah kah kah..
kah kah kah...RAJA FRAUD BERTUL BETUL BANGANG.... kah kah kah..
kah kah kah...BACA BERITA BAWAH INI... SAHEH GEEROMBOLAN TERLIBAT.... kah kah kah
LIM: UMNO, PERKASA BERSALAH JIKA SAYA DIANCAM - mkini
Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.
"... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya."
Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.
INI BUKTI LAPORAN POLIS
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...APA NAK CAKAP?.... kah kah kah..
kah kah kah...APA NAK KELENTONG?.... kah kah kah..
kah kah kah...APA NAK LEBONG... kah kah kah...
kah kah kah.... APA NAK KENCING.... kah kah kah
DEMO ORANG CACAT
SEJARAH KITA BERSAMA
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
INI KES 5 REFORMIS TIBAI NORIAN MAI
TANGKAPAN 10/04/2001
NOTA:
ini adalah sebahagian dari soal jawab
antara tukar tiub dengan peguam di mahkamah tinggi kelmarin
NOTA:
hari ini jam 9.30 hingga 2.00 petang
tukar tiub akan disoal
oleh pendakwa
semua dijemput datang
kegumbiraan anda terjamin!
kah kah kah
NOTA:
kes inin ialah kes 5 orang reformis:
yb saari sungip
yb tian chua
ustaz badrul amin
pak din
tukar tiub
yang menyaman norian mai bekas ketua polis negara
kerana buat kelentong
NOTA:
ikuti twit tukartiub:
@ishamrais
NOTA:
tukartiub akan membukukan kes ini
sila tunggu buku ini dalam pasaran
jiman akan merangsang seksual anda
hingga turun ke jalan raya
untuk humbankan gerombolan
PERNYATAAN SAKSI TAMBAHAN
HISHAMUDDIN BIN MD RAIS
Pengataan Fakta No. 1
7. Adakah anda bersetuju bahawa ucapan berkenaan boleh merangsang orang ramai untuk bertindak secara kekerasn bagi menggulingkan kerajaan dan mengancam serta memudaratkan keselamatan Negara?
Tidak bersetuju. Saya bukan penjual ubat penguat tenaga batin yang selalu kita dengar jual ubat di Brickfeild atau di Lorong Haji Taib. Ubat-ubat ini merangsang keberahian seksual. Saya tidak merangsang sesiapa.
Sebagaimana yang telah saya katakan. Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya baca dari buku, media-media tempatan dan antarabangsa. Orang ramai masih boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku. Buku-buku ini saya percaya telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri sebelum dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Sekiranya apa yang saya ucapkan itu dikategorikan sebagai menghasut, mengikut lojik akal - maka buku-buku ini wajib ditangkap dan disoal siasat juga kerana memiliki pandangan yang sama dengan saya.
Pengataan Fakta No.3
8. Adakah anda pernah berucap dalam sebuah ceramah politik di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2000?
Saya tidak ingat.
9. Sila rujuk perenggan (3) Pengataan Fakta Untuk Perintah Tahanan. Pernahkah anda mengucapkan “... dalam sejarah politik dunia tidak ada seorang diktator, tiada seorang diktator yang dapat dijatuhkan melalui pilihanraya.... hanya ada satu jalan sahaja untuk menumpaskan rejim seperti ini... tidak lagi dalam pilihanraya, bukan lagi dalam pilihanraya tapi pilihan jalanraya..”?
Ya, benar saya ada membuat ucapan seperti ini.
10. Bolehkah anda terangkan tentang ucapan berkenaan dan adakah anda bersetuju dengan dakwaan bahawa kata-kata anda tersebut berupa satu hasutan?
Ini bukan hasutan. Perkataan hasutan itu tidak seharusnya digunakan disini.
Ini memang betul ucapan saya. Tetapi ini hanya petikan dari satu ucapan saya yang panjang. Mengambil dan memotong-motong teks ucapan dan kemudian menuduh saya ingin menggunakan kekerasan dan kemudian memenjarakan saya tanpa bicara adalah berniat jahat.
Memotong motong dan memungut ucapan saya, saya anggap mala fide – ini bahasa Latin. Dalam Bahasa Melayunya perbuatan memotong ini berniat jahat. Bahasa orang kampong ini dipanggil kerja buat auta. Dalam bahasa Terangganu ini dipanggil buat lebong. Dalam bahasa anak muda ini dipanggil ‘kaki kencing”
Memotong ucapan saya sama saperti mengucap tak habis...la illah... ertinya tiada tukan... wal hal mengucap sepenuhnay ialah: la illah ha in laaah Muhamad da rasul llulah... Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad pesuruh Allah
Keseluruhan ucapan tersebut merupakan satu fakta yang boleh kita dapatkan dari buku-buku sains politik dan system bernegara. Bahkan sejarah juga merekodkan yang sedemikian. Sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas, saya percaya buku-buku tersebut dijual di Malaysia dan telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Isi ceramah saya fakta akademik dan fakta sejarah.
JANGAN LUPA
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
KITA MENUNGGU KUNING DAN HIJAU
INI YANG RAKYAT TUNGGU TUNGGU
PENCERAHAN DARI PEMBACA
Semua Jabatan Agama mesti dimansuhkan dengan segera dan dibuang ke dalam tong sampah sebab ia merupakan suatu alat yang digunakan oleh UMNO dan Raja Gopal untuk menipu rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, ianya juga membazirkan wang rakyat! Sepatutnya mereka yang bekerja di Jabatan Agama yang kebanyakannya tak lulus SPM, diupah bekerja sebagai pencuci tandas di Mid Valley mengambil tempat Mat Bangla dan Mat Indon. Mereka yang bekerja di Jabatan Agama ini kebanyakannya tak lulus SPM atau dapat Gred 3.
Selepas gagal SPM, mereka pergi belajar di sekolah pondok di Pakistan. Bila balik dari Pakistan atau Mesir, mereka akan bekerja di Jabatan Agama. Malaysia kekurangan tenaga buruh mahir dan tidak mahir sebab terlalu ramai rakyat Malaysia yang mengaji agama di Pakistan.
Malaysia kekurangan tenaga buruh dan terpaksa membazir wang berbilion ringgit setahun kerana mengupah buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh sebab Pak Arab Celup dan Mak Arab Celup ini malas nak bekerja kerana terlalu suka mengintai apa orang lain buat.
Pak Arab Tiruan dan Mak Arab Tiruan ini adalah pemalas yang hanya mahu mengaji kitab, mengutuk orang lain, berdemo kat konsert, dan mengintai apa orang lain buat di dalam bilik tidur. Mereka ini lebih kurang sama dengan Free Loaders yang malas bekerja. Mereka menggunakan alasan nak mengaji agama sebagai alasan untuk meneruskan kemalasan mereka. Untuk meneruskan gaya hidup pemalas mereka, mereka sanggup diperalatkan oleh Pendusta UMNO untuk menangkap basah sesiapa sahaya yang Pendusta UMNO hendak aniayai. Sebab itu semua Jabatan Agama mesti dibubarkan serta merta!!!!!! Buat apa rakyat Malaysia nak membazir wang menanggung orang malas macam ini? Apa faedahnya Jabatan Agama????
Tak ada faedah langsung. Nak tahu pasal agama, kita semua boleh tanya Tok Lebai Google yang dapat menjawab soalan-soalan kita dengan lebih tepat daripada pemalas-pemalas ini. Lebih baik kita guna wang itu untuk membantu rakyat yang miskin!!!! Saya menasihatkan Tun Hishamuddin Rais berhati-hati sebab kemungkinan besar, Tun Hishamuddin Rais pula akan menjadi mangsa aniaya UMNO sebab Tun Hishamuddin Rais masih bujang. Jadi bila ada gadis cun mengajak Tun Isham keluar, saya harap Tun Isham berhati-hati, jangan terperangkap.
By GERAKAN MANSUHKAN FREE LOADERS on PENCERAHAN DARI BADROLAMIN on 2/27/12
TURUN BERAMAI-RAMAI
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
GEROMBOLAN SEKSA RAKYAT
3 JAM DENGAR CERAMAH UMNO SEBELUM DAPAT RM500 – harakah daily
TUMPAT, 28 Feb: Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia.
“Kalau program penyampaian dibuat pada waktu petang, ada penduduk yang tidak sempat hendak menunaikan solat.
“Ini kerana semua pemimpin Umno mahu berceramah, bukan seorang dua. Sedangkan duit itu bukan duit Umno,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdulllah.
Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad, 54, dari Melor pula berkata, beliau terpaksa mendengar ceramah pemimpin Umno termasuk Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebelum mendapat duit RM500.
Katanya, bukan seorang yang bercakap, malah semua pemimpin Umno mahu menggunakan program penyampaian BR1M bagi menghodohkan PAS dan kerajaan negeri.
“Saya mendapat RM500 pada majlis yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan baru-baru ini,” katanya.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program penyampaian wang BR1M bagi menarik undi rakyat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
kah kah kah... INGAT GEROMBOLAN BAGI DUIT KERANA APA?.... kah kah kah..
woit... INGAT SEDEKAH JARIAH KE?..... kah kah kah..
kah kah kah.... INI LAH SATU CARANYA GEROMBOLAN DAPAT KUMPULKAN RAKYAT.... kah kah kah..
woit..BILA DAH KUMPULKAN BARU BOLEH DI SEKSA DENGAN CERAMAH..kah kah kah..
kah kah kah...SILAP HARI BULAN DISEKDA DENGAN CERAMAH HASAN ALI....kah kah kah..
MARI SAMA BERDEMO
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
SKANDAL NFC:
NAJIB PERLU JELAS KENAPA FELDA FARM PRODUCTS SDN BHD TIDAK DILANTIK MENERAJUI NFC
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.
Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.
KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.
Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.
Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:
“Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.
Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar.”
Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd.
Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:
SYARIKAT
DITUBUHKAN PADA
SAHAM DITERBITKAN BERBAYAR
PEROLEHAN TAHUNAN TERKINI
Felda Farm Products Sdn Bhd
7 Ogos 1995
RM10 juta
RM9.6 juta
(31 Dis 2010)
Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd
28 Mac 2005
RM20
(31 Dis 2010)
MIG Farm Sdn Bhd
15 Julai 2005
RM1 juta
RM1.2 juta
(31 Dis 2009)
MLC Industries Sdn Bhd
13 Ogos 2004
RM20juta
(31 Dis 2010)
Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.
Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit.
Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Najib Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.
Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:
1. Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;
2. Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?
Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
HAJI SUHAIMI SAID
PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN
28 FEBRUARI 2012
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)