Kenyataan Media
10.1.2016.
Mahasiswa Universiti Malaya Menyambut Baik Demonstarsi NGO Petani Baling Bersama Mahasiswa (PBB) di Universiti Malaya 14 Februari 2016.
1.Menurut jurucakap NGO PBB saudara Abdul Mutalib Seman hari ini di Pekan Baling, mereka bakal menganjurkan demostrasi di Universiti Malaya 14 Februari nanti untuk membela nasib mahasiswa yang kelaparan.
2.Selaku mahasiswa Universiti Malaya, saya menyambut baik demonstrasi ini.
3. Saya menyeru lebih ramai masyarakat dan Mahasiswa untuk turun bagi mendesak pihak bertanggungjawab menjalankan tugas mereka sebaiknya.
4. Malah perhimpunan aman ini, bakal mengimbau kembali sejarah 40 tahun lepas sewaktu Mahasiswa Universiti Malaya membela nasib petani Baling.
5. Walaupun keadaan ini dilihat "pelik", namun perkara ini memperlihatkan keutuhan masyarakat bersama mahasiswa.
Mahasiswa Tahun Akhir Universiti Malaya/ Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
Fahmi Zainol
----------------