Isnin, 8 Januari 2024

GERAKAN MUJAHIDIN MUNCUL DI PALESTIN


GERAKAN 

MUJAHIDIN

MUNCUL

DI PALESTIN

AMIN

SABRI ATAU MUHYIDIN AKAN DI TANGKAP ?



Bekas PM, pembantu akan dipanggil berhubung dana RM700 juta, kata Azam

SEORANG bekas perdana menteri dan pembantunya akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana kerajaan sebanyak RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti semasa pentadbirannya, kata Azam Baki.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata mereka akan memanggil bekas perdana menteri itu tidak lama lagi.

“Tindakan memanggil mereka akan dibuat pada minggu ini atau selewat-lewatnya minggu hadapan.

“Kami tidak mempunyai banyak pertanyaan tentang bagaimana peruntukan itu diputuskan atau diluluskan. Ia lebih kepada bagaimana ia dibelanjakan dan syarikat yang diberi tugas untuk promosi dan kempen publisiti kerajaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan perdana menteri berkenaan.

Minggu lepas SPRM melancarkan siasatan terhadap RM700 juta yang dibelanjakan untuk tujuan promosi dan publisiti oleh dua kerajaan Persekutuan sebelum ini antara 2020 dan 2022.

Sumber berkata SPRM sudah ke Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi proses siasatan dan mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan.

“Siasatan ini dibuat berdasarkan maklumat awal sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lepas yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Susulan kenyataan Anwar itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut membuat catatan di media sosial yang rakyat berhak mengetahui bagaimana RM700 juta dibelanjakan. – 8 Januari, 2024.

INI KEMPEN

SATU MALAYSIA

ATAU

KELUARGA

MALAYSIA

KAH KAH KAH

KEMPEN 

KELUARGA 

MALAYSIA

DAH JADI

KEMPEN MADANI

KAH KAH KAH

SYARIKAT YANG

SAMA

DAPAT PROJEK

JENG JENG JENG

KHALAS


MAT SYABU DI TANGKAP BUKAN MAT SABU


MAT SYABU

 DITANGKAP

BUKAN MAT SABU

JANGAN SILAP

KAH KAH KAH

AMIN

SAMAN CIK GU BARD


BILA WAHAB

NAK SAMAN

CIK GU BARD?

JENG JENG JENG


KHALAS

KOTAK PANDORA


KOTAK PANDORA

AMIN

KENAPA ZAHID

TIDAK DI SIASAT

AMIN

KENAPA DAIM 

SAJA DI SIASAT

KHALAS

REBAK KAN LAGI PERANG !!! AMERIKA DAH TAKUT !!!


PERANG MEREBAK

AMERIKA TAKUT

AMIN

ERTINYA 

REBAKKAN

LAGI PERANG

KHALAS

APA JADI CERITA AGUS ?


APA JADI

KESAH AGUS

DAN WAHAB

AMIN



PASAL APA POLIS

SENYAP ?

AMIN

FAIL ILANG ATAU

TERBAKAR

KAH KAH KAH

SAPA MISTER H

JENG JENG JENG

KHALAS

BANJIR DI JOHOR


BANJIR DI JOHOR

AMIN

KACAU DI SABAH


Politik Sabah bergolak: Zahid segera ke Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau akan segera ke Kota Kinabalu hari ini bagi meredakan situasi politik Sabah yang sedang bergolak.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai penyelesaian terhadap pergolakan politik di negeri di bawah bayu itu.

“Saya akan terbang serta-merta selepas selesai majlis ini (Mooda Fest) ke Sabah.

“Saya akan keluarkan dua kenyataan di Kota Kinabalu, esok,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kesediaan UMNO Sabah untuk bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mengalahkan Gabungan Rakyat Sabah (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Sebelum ini, media melaporkan Warisan akan menjalin kerjasama dengan UMNO dalam PRN Sabah akan datang untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir GRS.

Presiden Warisan,  Mohd Shafie Apdal berkata, ia tidak mustahil kerana pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat Sabah.

Sementara itu, Bung Moktar Radin juga mengakui pihaknya tiada halangan menjalin kerjasama dengan Warisan dan setakat ini pihaknya belum melakukannya secara rasmi. –

REBUT JANGAN

TAK REBUT

AMIN

JANJI DUIT

MASUK

AMIN

INI SABAH

BAAAAA

KAH KAH KAH

KHALAS

BANJIR DI SELATAN


Peperiksaan sekolah agama di Johor ditangguh bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS



Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 6,564 orang

JUMLAH mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah setakat 8 pagi ini berbanding 3,322 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Dr Azmi Rohani berkata pertambahan itu susulan peningkatan mangsa di Kota Tinggi, Kluang dan Johor Bahru.

“Kota Tinggi mencatatkan mangsa tertinggi dengan 2,964 orang daripada 783 keluarga yang berlindung di 24 PPS diikuti Johor Bahru sebanyak 1,844 orang daripada 504 keluarga di 10 PPS dan Kluang dengan 1,633 mangsa daripada 500 keluarga di 14 PPS,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata Kulai pula merekodkan 86 mangsa banjir daripada 23 keluarga, 20 orang daripada lima keluarga di Segamat dan Pontian sejumlah 17 orang daripada empat keluarga dengan masing-masing ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan enam sungai di Johor mencatatkan paras bahaya.

Empat sungai yang berada pada paras bahaya di Kota Tinggi membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang iaitu 10.65 meter (m), Sungai Linggiu di Linggiu (31.4 m), Sungai Kepala Orang di Kampung Sri Jaya (8.76 m) dan Sungai Johor (3.27 m), katanya.

Beliau berkata turut mencatatkan paras bahaya ialah Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang yang mencatatkan 15.9 m dan Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai (20.95 m).

Dalam pada itu Azmi berkata hanya Mersing dan Tangkak dijangka hujan pagi ini manakala semua lapan daerah dijangka cerah.

Sementara itu menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Pahang turut meningkat menjadi 845 mangsa daripada 221 keluarga di 23 PPS setakat 12 tengah malam tadi.

Rompin menjadi daerah tertinggi mangsa dipindahkan iaitu 360 orang daripada 109 keluarga diikuti Maran (261 mangsa, 58 keluarga) dan Pekan (224 mangsa, 54 keluarga).

Selain itu satu PPS juga dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan oleh bencana kebakaran yang menempatkan sebanyak 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati beberapa sungai mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Kedah, Kota Setar di Kedah; Sungai Kelantan, Gua Musang, Kelantan dan lima sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan, Kuantan; Sungai Pahang di Pekan, Jerantut dan Maran dan Sungai Rompin, Rompin.

Batang Sadong, Serian di Sarawak serta Sungai Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu turut berada dalam senarai paras bahaya.

Laporan itu turut memaklumkan sebanyak 43 jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh, jalan mendap dan kerosakan antaranya Jalan Mersing - Endau (Mersing), Jalan JB - Mersing dan Jalan Kota Tinggi - Kluang di Johor; Lebuhraya Kuantan - Segamat (Lebuhraya Tun Razak) dan Jalan Pekan - Nenasi - Rompin, Jalan Temerloh - Jerantut di Pahang serta Jalan Bukit Besi - Dungun, Terengganu.

Amaran cuaca peringkat bahaya turut dikeluarkan membabitkan kawasan Rompin di Pahang yang diramal berlaku hujan sangat lebat berterusan manakala peringkat buruk di Pekan, Pahang dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) yang dijangka berlaku hujan lebat berterusan hari ini.

Peringkat waspada pula melibatkan Maran, Kuantan dan Bera di Pahang serta di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru yang dijangka berlaku hujan berterusan hari ini. – Bernama, 8 Januari, 2024.

BANJIR SERANG

SELATAN

BERJAGA JAGA

AMIN

AMERIKA TAKUT PERANG MEREBAK



Perang Israel-Hamas boleh merebak, kata Blinken

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata perang di Gaza mungkin merebak dan mengancam kawasan di Timur Tengah, melihat kepada konflik Israel-Hamas yang semakin meningkat.

“Ini adalah saat tegang di wilayah itu. Konflik ini boleh merebak ke kawasan lain dengan mudah, menyebabkan lebih banyak keadaan tidak selamat dan kesengsaraan,” katanya di sidang media di Doha, bersama Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.

Konflik itu bermula pada 7 Oktober selepas pejuang Hamas melancarkan serangan balas terhadap Israel yang menyebabkan 1,140 kematian, kebanyakannya orang awam yang ditembak Israel.

Hamas turut menawan 250 tebusan, dengan 132 daripadanya masih dalam tawanan.

Israel kemudian melancarkan kempen perang dengan membedil bom tanpa henti dari udara dan darat yang setakat ini menyebabkan sekurang-kurangnya 22,835 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak mati syahid.

Blinken berkata amat penting untuk Israel mengutamakan keselamatan orang awam dan operasi dijalankan perlu direka seiring dengan melindungi orang awam dan membenarkan bantuan kemanusiaan diberikan kepada rakyat Palestin.

Di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang makin parah di Gaza, Blinken berkata orang awam perlu dibenarkan pulang sebaik saja keadaan mengizinkan.

“Mereka tidak boleh ditekan untuk keluar dari Gaza,” katanya selepas dua menteri Israel mengesyorkan rakyat Palestin digalakkan untuk berpindah. – AFP, 8 Januari, 2024.

AMERIKA MULA

TAKUT PERANG

MEREBAK

KAH KAH KAH

KINI AMERIKA

BAWAH TELUNJUK

ISRAEL

KAH KAH KAH

ISRAEL MAHU

AMERIKA SERANG

IRAN

JENG JENG JENG

AMIN

PRU CARA BANGLA


PRU CARA

BANGLA

AMIN

TOWKAY UNTUNG ADA PENDATANG HARAM


NEGARA ROSAK

TOWKAY KAYA

KERANA ADA

PENDATANG 

HARAM

AMIN

Unknown commented on
 "RAKYAT MAKIN MARAH"

Tahu siapa paling mendapat untung dengan kemasukan pendatang haram? Mestilah tauke tauke yang mendapat buruh murah, sanggup bekerja 24 jam, tak payah bayar permit, tak payah bayar EPF tak payah SOCSO, semuanya tak payah, hanya keuntungan luar biasa, nak tekan kerajaan nanti dia akan kata produksi turun, orang tempatan tak mahu bekerja, malas macam-macam lagi lah, ini semua biasa kita dengar tetapi yang paling penting untuk kapitalis ialah keuntungan, 

itu saja kalau gaji orang-orang tempatan susah, kena bayar semua sekali jadi keuntungan kurang kah kah kah itulah saja alasan mereka, sebenarnya golongan kapitalis ini parasit negaraku, siapa belakang parasit ini semua? Tepuk dada tanya Zahid Hamidi kitalah kah kah kah satu kepala berapa dapat dia akan bagi business lumayan sekelip mata kaya woit

TAKDO DUIT NAK GI UMRAH



TAKDO DUIT

NAK GI UMRAH 

NAK BOLI 

TIKET SYURGO

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "KETUM UNTUK KESEHATAN"

Semalam coghito prihal duit zakat kono rembat .. dan luakkan duit curik tu RM12 ribu ontok moli tikit ko syurga (bor-umrah). Hari ni kek TV kuar pulak boghito 88 ekor babi kono chokop sobab jual tikit ko surgo dongan caro mombonggak. TaT .. nak tanyo boley .. camno Poncurik onam bijik Tolo Ayam nak masok syurgo .. nak moli tikit umrah duit tak chokoop..

EKONOMI


EKONOMI

SENIN 8 JANUARI 2024
AGENDA INDUK HARI INI
IALAH EKONOMI

PERTAMA
 EKONOMI DUNIA
DI RAMAL AKAN MELESET
DUA NEGARA BESAR
AMERIKA & CHINA MERAH
SEDANG MENGALAMI
KRISIS EKONOMI

DALAM SISTEM KAPITALIS
JIKA EKONOMI JATUH
MAKA PERANG MUNCUL
INI PENGALAMAN
PERANG DUNIA PERTAMA
DAN
PERANG DUNIA KEDUA

KEMUDIAN TAKTIK
INI DI BAIKI
BUKAN  GUNA PERANG DUNIA
TAPI PERANG LOKAL
VIETNAM IRAQ AFGHANISTAN
KINI ADA DUA PERANG
GAZA & UKRAINE
TAPI EKONOMI MASIH MERUNDUM
MAKA AKAN DI PERLUAS
DARI GAZA MENJADI
PERANG WILAYAH TIMUR TENGAH
JIKA INI GAGAL JUGA
MAKA PENTAS PERANG  DUNIA KE TIGA
AKAN DI BUKA

INDUSTRI SENJATA
SEDANG BERSEDIA
SAHAM SYARIKAT SENJATA
SEDANG MELONJAK LONJAK
AMIN

GAZA
BOM MELEDAK PULUHAN MATI
KEMPEN BOM GAZA
DI TERUSKAN

AMERIKA
ANTONI BLINKEN
SETIA USAHA AMERIKA MARAH 
KERANA ADA BEBERAPA
MENTERI ISREAL MAHU
WARGA GAZA SEMUANYA
DI HALAU KELUAR
AMERIKA RISAU PERANG INI
AKAN MEREBAK

BANGLADESH
PRU SELESAI
SHEIKH HASINA MENANG
UNTUK KALI KE EMPAT
PRU INI DI BOIKOT PEMBANGKANG
KRISIS AKAN MENCUL
JENG JENG JENG

PAKISTAN
SEMUA INTERNET PUTUS
KERANA PARTI IMRAN KHAN
NAK MULAKAN KEMPEN
GUNA INTERNET
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
KELMARIN RENYAI
TAK HENTI HENTI

PAGI INI
MATAHARI DAH MUNCUL 
HOW WOW BERSUARA
CENGEKRIK BERSIMPONI
HA HA HA
SEKUMPULAN PIPIT MELINTAS
HITAM LANGIT
TERBANG BERAMAI RAMAI

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM KITA SAMBUT
SENIN DENGAN SENYUMAN

BRO
NAK MARAH MEMANG SENANG
TAPI MARAH PADA SOSOK YANG BETUL
PADA MASA YANG TEPAT
DENGAN TUJUAN YANG BETUL
DENGAN NADA YANG TEPAT
DENGAN CARA YANG BETUL
BUKAN MUDAH

BRO
BUATLAH APA YANG KAMU
BOLEH BUAT
DENGAN APA YANG LU ADA
WALAU DI MANA 
LU BERADA

BRO
KALAU LU DENGAR
MUNGKIN LU LUPA
KALAU LU NAMPAK
LU AKAN INGAT
KALAU LU BUAT
PASTI LU FAHAM
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSENIN