Jumaat, 24 Mac 2023
NASIB KITA BAIK - BODOH TIDAK BERKUMAN
NASIB KITA BAIK
BODOH TIDAK
BERKUMAN
DAN TIDAK
BERJANGKIT
KHALAS
TANDA BAIK - BERITA GUMBIRA
Tahap kesedaran awam terhadap perubahan iklim semakin meningkat
TAHAP kesedaran awam terhadap kesan perubahan iklim dalam negara semakin meningkat dan usaha memperkasakannya akan dipergiat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Lim Ze Hui berkata jabatan itu akan sentiasa berinteraksi dengan orang awam bagi memastikan tahap kesedaran dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Usaha ini boleh dilaksanakan melalui sistem hebahan mengenai perkembangan semasa cuaca, supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini seterusnya memberi kesedaran kepada mereka,” katanya.
Lim berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bagi mengulas topik Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentasi Generasi terbitan BernamaTV hari ini.
Menurut Lim bagi memastikan keberkesanan ramalan cuaca, MetMalaysia sentiasa mengadaptasi penggunaan teknologi terkini setaraf dengan negara maju selain meningkatkan sistem cerapan bagi membolehkan pengesanan awal.
Mengenai sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2023 yang disambut hari ini, beliau berkata tema “Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentasi Generasi” itu memberi fokus terhadap kepentingan penjagaan iklim demi kelestarian alam dan kesejahteraan generasi akan datang.
“Apabila kita sentuh soal generasi, maka kita tekankan tentang elemen ‘manusia sejagat’ dan ia juga terkait dengan warisan yang kita tanggalkan, warisan kepada generasi akan datang,” katanya. – Bernama, 23 Mac, 2023.
DULU HALAL -SEKARANG HARAM
DULU BOLEH
SEKARANG HARAM
KAH KAH KAH
KERANA NAK
SERANG
ABANG NON
DGN ISU BONTOT
KAH KAH KAH
Newpost thing
@ThingNewpost
YG terbuka buat2 pejam mata.. yg kat celah kain nampak pulak..yg tak tahu boleh jadi tahu.yg terbuka buat tak NAMPAK..😂😂
ZAHID SAMAN MADEY
Bicara kes Zahid saman Dr Mahathir ditetapkan 6 November
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan empat hari bagi perbicaraan kes saman difailkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 6 November depan.
Malaysiakini memetik kenyataan peguam defendan, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata tarikh 6 hingga 9 November itu ditetapkan ketika pengurusan kes sebelum ke Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pagi ini.
Zahid memfailkan tuntutan saman terhadap pengerusi Pejuang itu pada tahun lalu berhubung tuduhan Zahid bertemu Dr Mahathir selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk cuba memihak kepada Dr Mahathir kerana Zahid menjangkakan akan menghadapi pertuduhan jenayah.
Zahid dalam penyata tuntutannya menafikan pernah bertemu Dr Mahathir untuk membincangkan kesnya di mahkamah atau tindakan oleh agensi penguatkuasa sebelum Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan Dr Mahathir adalah fitnah dan berniat jahat.
Zahid menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta injunksi terhadap Dr Mahathir, pegawai, pembantu atau ejennya daripada mengulangi kenyataan yang didakwa memfitnah itu, serta mengarahkan bekas perdana menteri itu berusaha memadam atau menyunting rakaman kenyataannya yang disiarkan media. – 24 Mac, 2023.
ZAHID SAMAN
MADEY
KAH KAH KAH
MADEY SAMAN
ZAHID
KAH KAH KAH
YUSUF
SAMAN ANWAR
KAH KAH KAH
SAMAN JANGAN
TAK SAMAN
KAH KAH KAH
KHALAS
MADEY TIBAI GEROMBOLAN
‘Kenyataan UMNO’ — Mahathir
DI antara ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO ialah
2. UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Perlembagaan UMNO menyebut
3.3 ………. membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar.
Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis. Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.
Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO.
Atau apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya.
Wahai ahli UMNO,
Sedarlah.
UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi.
Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
24 Mac 2023
CHINA AMAL BUDAYA RASUAH
CHINA AMAL
BUDAYA RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"AMERIKA FRUST MENONGGENG"
Kalau lihat asal usul China, mereka nak meniaga tak kira di mana, lorong mana negara mana mesti ada china town, mesti ada sindiket mesti ada persatuan mesti ada setia kawan warga china di mana mana pelusuk dunia, mereka tidak mahu gaduh, mereka mula budaya rasuah, mula rasuah judi, lendiri basah kemarau kah kah kah
mesti cari peluang meniaga di mana saja Amin kah kah kah bijak pandai Prof Kangkung semua dah nampak, semua kata tolak perkauman semai perpaduan, ajak pendidikan mesti tapi kalau tok Guru semua tak betul, diri sendiri tak cukup pendidikan dunia hanya satu pendidikan mencari tiket selepas kematian, macam orang mesir nak hidup mewah selepas mati dalam piramid kah kah kah
SELAMAT BERBUKA
TANGGUNG SENDIRI
HARI KEDUA KITA BERPUASA
CUACA ATK PANAS
HUJAN ATK TURUN
DI WILAYAH KL
DI TEMPAT LAIN
DI NILAI ADA ANGIN RIBUT
WOW
ALAM MEMBANTU
WARGA KL
GURUH DIDENGAR
TAPI HUJAN MASIH BELUM TURUN
LANGIT NAMPAK KELABU
JAM 5.30 ?
APAKAH AKAN HUJAN ?
PETANG INI GUA
NAK KELUAR ACRI MAKAN
ARAH BELUM TAHU
NAK TENGOK
BAZZAR RAMADAN
NAK SAMA JADI PAK SIBUK
GUA BERBUKA
SENANG SAJE
AIR SUAM DENGAN KURAMA
KEMUDIAN CARI KEDAI MAKAN
GUA TAKDA MASALAH
GUA MAKAN GUA
TANGGUNG SENDIRI
AMIN
DENGAR BERITA INI - APAKAH KITA MENUJU KE SANA ?
DENGAR BAIK2
BERITA INI
AMIN
APAKAH KITA JUGA
MENUJU KE SANA
KHALAS
MORAL SAPA ?
MORAL SAPA?
AMIN
Perang Bandar pun berlaku bulan poso.... Bulan Ramadan ni bukan setakat cakap dan marah pado perasuh sajo.... Penggal batang leher musuh negaro pun buleh laaa... Oiii tukar tiup lilin tak belajar sejarah ko.... Phuiiiiilah
PROJEK BEBASKAN BIK MAMA?
PROJEK
BEBASKAN
BIK MAMA?
AMIN
Suka_latu Iszz
Retweeted a Tweet you were tagged in
Adakah masa depan nya cerah dan indah lepas ni?? https://pic.twitter.com/ktH5mJ4P5S
DARI BRICKFEILDS LAGI
DARI BRICKFEILDS
LAGI
Satu ketika dulu dalam tahun-tahun 1870’an ada satu wilayah yang tidak jauh dari stesen kereta api Kuala Lumpur masih lagi berdinding papan dan beratap rumbia. Kebakaran sering berlaku.
Ketika ini Perjanjian Pangkor telah di tanda tangani. Tanah Melayu telah menjadi tanah jajahan Inggeris. Tuan Residen yang fasih Bahasa Melayu dan menjadi wakil Mahkota Inggeris ialah Frank Swetthenham ( 1859-1946).
Oleh kerana berlaku kebakaran maka Tuan Residen mengarah rumah kedai di wilayah ini di buat dari batu bata.
Kapitan China Yap Ah Loy ( 1837-1885 ) mengambil kesempatan dan telah mendirikan kilang batu bata. Dari kilang batu bata ini nama wilayah ini menjadi Brickfeilds dalam Bahasa Mat Salleh atau – Padang Batu Bata.
Kampung yang selalu terbakar di sebelah Brickfeilds ialah Kampung Atap. Hingga ke hari ini daerah ini masih kekal nama Kampung Atap.
Stesen kereta api Kuala Lumpur dibina dalam tahun 1910 dan siap pada tahun 1917. Wilayah Brickfeilds yang tidak jauh dari stesen terus menjadi depot Kereta Api Tanah Melayu.
Depot Brickfeilds ini sama juga peranannya dengan depot kereta api di Sentul. Buruh dan pekerja kereta api ini majoritinya Orang India. Orang India ini dipanggil oleh Orang Melayu sebagai Keling.
Keling dalam istilah Orang Melayu ini mengambil sempena nama Kerajaan Kalinga di India. Malah dalam kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu selalu disebut perkataan Keling.
Ayat seperti - ... memakai pakaian seperti Anak Raja Keling..... Ayat ini bukan penghinaan tapi satu penghormatan.
Aku tidak tahu bila dan kenapa perkataan Keling ini diangap satu penghinaan.
Selalu aku bertanya – apakah Tanjung Keling di Melaka menghina Orang India. Apakah masjid tertua di Pulau Pinang - Masjid Kapitan Keling di Lebuh Pitt menghina Orang India. Masjid tertua ini didirikan pada tahun 1916.
Justeru penduduk Sentul dan Brickfeilds kebanyakan Keling . Maka dua wilayah ini di kenali sebagai Pekan Keling oleh Orang Melayu.
Hari ini Brickfeilds di kenali sebagai Little Keling opps.. maaf silap...Little India.
Seratus tahun kemudian – 1971 Hishamuddin Rais Sakai Orang Asli suku Biduanda dari Jelebu datang dan berkenalan dengan Brickfeilds .
Ketika mula berkenal dengan Brickfeilds aku tidak begitu ingat nama -nama asal jalan wilayah ini. Aku rasa ketika itu ianya pasti menggunakan nama Mat Salleh. Contohnya di Brickfeilds hingga ke hari ini masih ada lagi Jalan Scott yang memakai nama Mat Salleh.
Aku masih ingat lagi jalan di seberang Sungai Klang di sebelah Brickfeilds ialah Jalan Lornie. Kini di Melayukan untuk menjadi Jalan Syed Putra. Flet Le Chateau – nama Perancis - yang aku sewa letaknya di Lorong Syed Putra Kiri.
Keluar dari Lorong Syed Putra Kiri aku akan bertemu dengan Sungai Klang, Di seberang sungai tegak berdiri Rumah Pasung Brickfeilds . Rumah Pasung tepi sungai ini bersejarah untuk aku.
Pada Selasa 3 Disember 1974 kami pelajar dari Institut Teknoloji Mara, dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan dan dari Maktab Teknik Jalan Gurney telah keluar berdemo di Dataran Merdeka.
Kami bersetia kawan dengan kaum tani miskin di Baling. Tani miskin di Kedah ini telah keluar berdemo seminggu awal dari kami di Kuala Lumpur.
Ramai pelajar kena tangkap .Akhbar dan media propaganda milik kerajaan melaporkan hanya 500 pelajar turun berdemo.
Ianya menjadi lawak apabila polis melaporkan lebih 1000 pelajar di tahan.
Pelajar yang ditangkap – lebih seribu orang - telah di bawa ke Rumah Pasung Brickfeilds . Lokap tidak dapat menerima jumlah tahanan yang ramai. Maka mereka tidur di padang badminton depan balai.
Rabu eskonya dari apa yang aku dengar Anwar Ibrahim telah datang ke balai untuk menjamin pelajar yang ditangkap. Dia di tangkap di bawah ISA.
Rumah Pasung ini juga ada berkaitan dengan aku. Pada 4 April 1997 Parti PAS telah mengadakan demonstrasi lepas sembahyang Jumaat di Masjid Universiti Malaya.
Parti Islam PAS membantah kedatangan pasukan Kriket Israel dalam perlawanan Trofi Kriket Antarabangsa di Kuala Lumpur
Ada tangkapan berlaku. Pemimpin Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz telah di tangkap bersama Jalaludin Manaf a.k.a Amjal. Mereka di tahan di Rumah Pasung Brickfeilds .
Pada Sabtu 5 April awal pagi aku yang tinggal tidak jauh dari rumah pasung telah datang ke balai.
Dalam balai aku terserempak dengan Mahfuz dan Salahuddin. Ini kali pertama kami bertemu. Mereka hairan melihat aku datang ke balai.
Mereka tidak tahu Pak Cik Amjal – orang kuat PAS ialah bapak saudara aku. Adik kepada ayah aku – Rais Manaf .
Rumah Pasung Brickfeilds ini dikenali sebagai ganas. Pada tahun 2004 Francis Udayapan di temui mati. Mata-mata dan polis Brickfeilds menerangkan yang Francis melarikan diri dari lokap. Dia terjun ke dalam Sungai Klang di belakang balai dan mati lemas.
Emak Francis Sara Lily George menolak keterangan polis ini. Sara yakin Francis di. bunuh dalam lokap. Untuk mengalih cerita mayat Francis telah dibuangkan ke dalam Sungai Klang.
Ketika mayat ditemui tangan Francis masih bergari.
Ketika tulisan ini digarap Rumah Pasung ini telah di runtuhkan. Kawasan kelilingnya di pagar zink. Aku tidak tahu apa projek yang akan dibina di tapak rumah pasung Brickfeilds .
Tahun 1971 ketika aku di UM di depan Rumah Pasung Brickfeilds ialah sederet kedai makan China. Kedai pertama bernama The Pines. Maka wilayah ini di kenali sebagai The Pines.
Begitu popular sekali kedai-kedai makan di wilayah ini hingga ianya masuk ke dalam senarai pelancongan Where To Eat – untuk pelancong dari luar negara.
Hari ini semua berubah. Ada nama jalan Tun Sanbanthan (1919-1979). Sosok ini ketua parti MIC dan juga menteri Perpaduan dalam kabinet Tun Razak.
Ada nama jalan Thambypillay. Aku tidak tahu siapa Thambipillay yang menjadi nama jalan tempat aku melepak.
Aku melepak di Old Town Cafe di permulaan Jalan Thambipillay. Di hadapan cafe ini ialah bangunan YMCA yang dirikan 113 tahun dahulu.
Aku memilih Old Town Cafe ini secara tidak sengaja. Tidak dirancang. Ianya datang dengan sendiri kerana pekan Brickfeilds ini yang paling hampir dengan tempat aku menyewa.
Aku menapak dari pintu ke pintu tidak sampai 20 minit. Justeru aku boleh menetapkan masa untuk membuat temu janji dengan sesiapa saja di Old Town Cafe.
Di Old Town aku akan memesan Teh Si kosong. Ini teh susu cair. Aku telah berpuluh tahun meninggalkan gula. Malah aku terlupa bila kali terakhir aku membeli gula pasir.
Tetapi bila aku memasak gulai ikan atau aku memasak patin tempoyak – jika durian kurang manis – aku akan menggunakan gula batu.
Sejarah aku dengan Old Town ini agak tebal. Malah ketika aku dibicarakan pada tahun 2013 kes tuduhan Akta Hasutan 1948 aku telah menyebut nama Old Town Cafe dalam Mahkamah Jalan Duta.
Memang niat aku untuk merakamkan sejarah di mana aku melepak. Untuk aku ini romantik.
Dengan penuh romantik aku telah membaca tentang Cafe de Flore di mana aktivis politik kiri, novelis dan ahli falsafah Jean Paul Sartre (1905-1980) melepak di Paris.
Dengan penuh romantik aku juga membaca Cafe Mort Subite di Brussels – Belgium. Aku diberitahu di cafe ini Rene Magritte (1898-1967) selalu melepak. Magritte ialah pemula gerakan lukisan surrelis – warga Belgium.
Dengan penuh romantik juga aku membaca tentang Saint George Bar tempat Kim Philby ( 1912- 1988) melepak di Beirut Lebanon.
Kim Philby adalah ‘ master spy ‘. Kim adalah ‘ double agent ‘ bekerja untuk M16 badan risikan Inggeris dan KGB - lembaga risikan Rusia – di zaman Perang Dingin
Dalam mahkamah ketika aku didakwa kerana menghasut , Tuan Hakim telah bertanya di mana aku dapat tahu tentang Perhimpunan Di Dewan China pada 13 Mei 2013.
Dalam kertas tuduhan dalam perhimpunan ini aku telah menghasut orang ramai untuk turun ke jalan raya dan menggulingkan kerajaan.
‘ Saya datang ke sini untuk menghasut... ‘ Ini adalah permulaan klip video yang ditayangkan dalam mahkamah sebagai bahan bukti.
Pertanyaan Tuan Hakim ini telah memberikan aku peluang untuk merakam sejarah.
‘ Banyak aktiviti dan rancangan demo yang disusun semua di rancang di Old Town Cafe.....’ aku sengaja bercakap sedemikian dalam mahkamah di hadapan Tuan Hakim.
Aku tahu perbicaraan ini akan tulis dan di rakam. Aku mahu Old Town Cafe menjadi ingatan sejarah.
Untuk aku ini romantik.
Apa sejarah Old Town Cafe?
Sejarahnya tidak aku hamburkan semua kepada tuan hakim. Ramai sosok- sosok yang aku temui di Old Town Cafe. Semuanya ada sejarah dengan diri aku dan politik negara.
Siapa dia ? Tunggu sambungan minggu depan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/03/24/dari-brickfields-bahagian-2
SATU JUTA TURUN BERDEMO
Lebih sejuta rakyat Perancis sertai protes bantah reformasi pencen
LEBIH 1 juta rakyat Perancis menyertai protes pada Khamis, menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.
Bagaimanapun, kesatuan terbesar Perancis, Konfederasi Buruh Am (CGT) memaklumkan kira-kira 3.5 juta orang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi di seluruh negara, lapor Xinhua.
Peristiwa Khamis menandakan tindakan mobilisasi umum kesembilan di seluruh negara sejak Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne minggu lalu mengumumkan perlembagaan yang membenarkan kerajaan meluluskan rang undang-undang reformasi pencen.
Bimbang protes bertukar ganas, 12,000 anggota polis ditempatkan di seluruh negara, termasuk 5,000 di Paris.
Walaupun kebanyakan demonstrasi berlangsung secara aman, terdapat beberapa penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis, menyebabkan sekurang-kurangnya 123 anggota pasukan keselamatan cedera, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
Polis Perancis menggunakan gas pemedih mata dan anjing polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Kerajaan terpaksa menutup tempat-tempat bersejarah pada Khamis, termasuk Istana Versailles dan Menara Eiffel susulan protes.
Majlis makan malam yang dijadualkan di Istana Versailles antara Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Raja United Kingdom Charles III semasa lawatan negara akan datang, turut diubah atas sebab keselamatan.
Macron berkata pada Rabu bahawa rancangan pembaharuan pencen kerajaan harus menjadi undang-undang “sebelum akhir tahun”.
Di bawah pelan pembaharuan itu, umur persaraan yang sah akan dinaikkan secara berperingkat daripada 62 kepada 64 menjelang 2030, dan pencen minimum akan diperkenalkan.
Pelan itu turut menetapkan pada 2027, pekerja perlu berkhidmat selama 43 tahun sebelum layak mendapat pencen penuh. – Bernama, 24 Mac 2023.
HEBAT HEBAT
LEBIH 1 JUTA
TURUN BERDEMO
AMIN
RAKYAT MAKIN
MARAH
AMIN
BERAPA LAMA
MACRON TAHAN
AMIN
KERAJAAN BARU
KIRI ATAU KANAN
AMIN
KHALAS
LAWAK BERDIRI DARI GEROMBOLAN
Tadbir urus, ketelusan, amalan terbaik integriti jadi keutamaan – Asyraf
KUALA LUMPUR – Aspek tadbir urus, ketelusan dan amalan terbaik integriti sentiasa diberi keutamaan dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketiga-tiga aspek tersebut mesti dipasakkan dalam organisasi berkenaan sebelum beliau memulakan apa sahaja agenda besar pembangunan ekonomi, keusahawanan dan pendidikan bumiputera.
“Insya-Allah, ini dapat memastikan institusi seperti Mara dapat mencapai sasaran sifar ketirisan, pembaziran dan korupsi dalam memacu agenda ummah.
WOIT
INI LAWAK
BERDIRI
KAH KAH KAH
SAMBIL MELAWAK
SAMBIL REKRUT
ALLAH
KAH KAH KAH
KALAU KENA
TUMBUK RUSUK
INI TAKDIR ALLAH
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)