Selasa, 7 Julai 2015

ANAK MUDA BERSEDIA





JALAN RAYA

SEBELUM

PILIHANRAYA


Demonstrasi jalanan jika Najib tidak undur

 | July 7, 2015
Suara menuntut demonstrasi diadakan semakin kuat dan Najib seharusnya mengambil serius perkara itu.
KUALA LUMPUR: Demonstrasi besar-besaran mungkin berlaku bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berhubung susulan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, suara untuk menuntut demonstrasi itu diadakan semakin kuat dan Najib seharusnya mengambil serius perkara itu.
“Saya rasa suara itu amat kuat. Najib tidak boleh lagi menafikan dan berdolak dalik lagi. Sama ada beliau meletakkan jawatan atau beliau seharusnya mengambil cuti bagi suatu siasatan dijalankan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Selasa.
Jelas Loke lagi, demonstrasi itu tidak akan dianjurkan oleh mana-mana parti politik, sebaliknya oleh satu gerakan yang melibatkan individu-individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik.
Aktivis Hishamuddin Rais pula menggesa supaya rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana mendakwa Parlimen kini sudah tidak bebas.
“Semua dah letih, rakyat dah tahu. Namun, persoalannya adalah apakah tindakan yang wajib kita ambil. Pada saya, tidak ada lain, kita susun gelombang rakyat, kepung kawasan Parlimen..
“Saya yakin, Najib tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Jalanraya adalah pilihan kita sebelum ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.



KAH KAH KAH
woit
jangan ada angan angan
najib rosmah mustahil undur
mustahil ada dakwaan
jawaoan hanya styu
kita turun ke jalan raya

JALAN RAYA


--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah terbukti 1mdb dtubuhkan utk mengaut dana bg umno utk pilihan raya.selain itu utk kemewahan kroni yg dketuai oleh rosjib.kesimpulannya pilihan raya adalah rasuah n tidak bersih.malangnya ia tdk hanya melibatkan pilihan raya malah agensi kerajaan yg lain juga.jd msia sudah menjadi negara yg kotor.ia perlu dbersihkan.boleh jd jalan raya adalah satu-satunya pilihan yg ada.

Tanpa Nama berkata...

Turun lah

DARI JALAN PANTAI DALAM KE BUKIT GASING

Cantik !!!!!

Bauan WANGI SEMERBAK KUBORAN boleh cetus idea anak anak muda macam nak hidup jadi Orang

Selagi Melayu Melayu BAHALOL selagi itu lah ada orang macam NAJIB

Kepala Otak !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Masa utk rakyat beraksi!!!

Tanpa Nama berkata...

Weyyyy....berapa kali aku dah cakap ...kita bukan nak najib undur. Tapi kita nak satu pakej undur. Najib dan menteri2 pombodek sekali kita terajang. Jangan lupa TSDH....Tangkap...Siasat....Dakwa...Hukum..