Khamis, 21 Januari 2016

SATU LAGI WAYANG DIBUKA











SATU TAKTiK


KOMENTAR
ini satu pandangan
yang amat tepat
ini analisa politik
yang betul
dari pemimpin PAS
yang amat dihormati
masalah yang dihadapi
oleh najib razak
amat amat besar
maka muncul taktik 
untuk selamatkan najib
taktiknya ialah alih
alih pandangan
alih perhatian
bawa isu lain
bawa ajenda lain
bawa berita kedah
bawa berita tendang MB
satu malaysia nak
tendang najib 
tetiba berita baru sampai
nak tendang mukhriz
ini namanya alih mata








 

Kebangkitan menentang Mukhriz taktik alih isu SRC, kata PAS -

Tindakan Umno Kedah secara tiba-tiba mendesak menteri besar berundur dilihat seperti bertujuan mengalihkan perhatian daripada tindakan terkini peguam negara memulangkan kertas siasatan SRC International kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sesuatu yang menghairankan apabila  Mukhriz Mahathir tiba-tiba menjadi bahan berita utama semua media hari ini.

"Umno Kedah perlu menggunakan media untuk membuat rayuan terbuka terhadap sesuatu isu yang boleh dianggap masalah dalaman parti.

"Apakah ini juga satu 'kebetulan' atau taktik mengalihkan perhatian?" soalnya.

Tuan Ibrahim dalam tulisannya yang bertajuk “Kebetulan” itu juga membangkitkan mengenai penafian SPRM terdapat 37 tuduhan terhadap perdana menteri berhubung kes SRC International.

"Cuma tidak pasti, SPRM menafikan ada pendakwaan terhadap Najib atau menafikan angka '37' sebagai tidak tepat," katanya.

Tuan Ibrahim, dalam usaha menarik kembali perhatian kepada siasatan SPRM ke atas perdana menteri, menasihati Peguam Negara Mohamed Apandi Ali agar tidak menjadi hakim terhadap penemuan badan anti rasuah itu.

"Jika kes ini dibawa ke mahkamah, peguam negaralah yang akan bertindak mewakili kerajaan akhirnya untuk bertempur dengan peguam defendan perdana menteri di mahkamah.

"Tugas mewakili kerajaan adalah sejajar dengan nama peguam ‘Negara’. Peguam negara bukan peguam perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, janganlah kerana hakikat itu, peguam negara menjadi hakim sendiri sebelum kes tersebut didengar hakim mahkamah yang sepatutnya.

"Biarlah hakim mahkamah dan perdana menteri sendiri membersihkan namanya di mahkamah.

"Hanya dengan cara itu, persepsi buruk terhadap perdana menteri di kalangan rakyat mungkin dapat diselamatkan," katanya.

KAH KAH KAH
woit
betul ke gaduh gaduh
atau buat gaduh gaduh
buat bising bising
main wayang
kemudian najib datang
selesaikan masaalah
kah kah kah
lalu najib dilihat hebat
kah kah kah
najib dilihat berjiwa besar
kah kah kah
mahathir pulak tertekan
kah kah kah

WAYANG LAGi


------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini standard lah

Banyak sudah ada macam ini

PUNDEK saja