Isnin, 23 Julai 2018

HAJI PORNO JANGAN BUAT ONAR







 
HAJI PORNO
 
JANGAN BUAT
 
ONAR

 
YANG GAGAL ITU ADALAH NASRUDDIN HASSAN, BUKAN HARAPAN
 
Saya membaca kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan dalam portal Malaysia Kini hari ini (rujuk laporan : “PAS tak tanding PRK Sg Kandis bagi mudahkan HARAPAN ditewaskan”), yang menyatakan PAS tidak menghantar calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg. Kandis bagi memudahkan HARAPAN dikalahkan.
 
Alasan yang diberikan oleh Nasruddin adalah rakyat perlu menolak HARAPAN sebagai signal bantahan rakyat terhadap kegagalan HARAPAN dalam menunaikan janji-janji Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.
 
Antara janji tersebut menurut Nasruddin adalah seperti kegagalan HARAPAN menghapuskan Tol, menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang peneroka felda.
 
Pada pandangan saya Nasruddin masih malu-malu dalam menunjukkan sokongannya kepada UMNO dan Barisan Nasional. Nasruddin sepatutnya perlu lebih berterus terang dalam menyeru pengundi agar menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
 
Nasruddin bukan seorang pemimpin yang naif dan cukup tahu bahawa HARAPAN masih dalam fasa 100 hari pemerintahan. Malah ada janji-janji yang diungkit Nasruddin tidak termasuk dalam manifesto 100 hari Pakatan Harapan seperti menghapuskan tol. Nasruddin juga tahu bahawa HARAPAN berjanji untuk menstabilkan harga petrol dengan perlaksanaan subsidi bersasar yang telah pun berjaya dilaksanakan. Saya pasti hari ini Nasruddin juga menikmati harga Petrol Ron 95 yang stabil dan tidak lagi turun naik seperti sebelum ini.
 
Lalu mengapa Nasruddin terus menghukum seolah-olah HARAPAN sudah gagal secara total ?
 
Jika dicermati kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki adalah jauh lebih cermat berbanding Nasruddin. Ketua Pemuda UMNO itu dalam satu forum anjuran IKRAM di Shah Alam semalam mengatakan masyarakat tidak boleh berlaku zalim dengan menghukum HARAPAN sebagai gagal kerana HARAPAN baru dua bulan mentadbir negara.
 
Hakikatnya ialah, Nasruddin yang telah gagal dalam mempamerkan contoh pemikiran politik Islam yang baik. Nasruddin masih cenderung untuk menghukum musuh politik berasaskan politik dendam dan kebencian.
 
Walaupun ada kelewatan, tetapi sudah ada janji yang berjaya dilaksanakan seperti mansuh GST dan mengembalikan subsidi bahan api. Namun HARAPAN tetap dihukum sebagai gagal oleh Nasruddin. Maka bagaimana pula dengan pentadbiran UMNO yang selama ini melaksanakan GST yang membebankan rakyat, menghapuskan subsidi bahan api dan menggubal pelbagai undang-undang zalim?, apakah itu semua sudah dilupakan oleh Nasruddin sehingga beliau memihak kepada UMNO di Sungai Kandis?
 
Jika Nasruddin ingin menyokong UMNO, nyatakanlah sokongan secara berhemah dan matang. Beliau perlu buktikan betapa UMNO hari ini perlu disokong dan bukannya mencipta alasan dengan menabur tohmah dan fitnah terhadap HARAPAN. Pasca Pilihan Raya Umum ke 14 ini, sewajaranya politik yang berasaskan kebencian dan dendam tidak perlu wujud lagi. Apatah lagi Nasruddin yang datang daripada Parti yang mendakwa mereka sebagai pejuang Islam, maka Nasruddin lebih-lebih lagi perlu mempamerkan corak pemikiran politik Islam yang matang.
SYUKRI RAZAB
Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan
Merangkap Pengarah Strategi Pemuda Harapan








-----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasruddin Hassan Tonpornwi.

Tanpa Nama berkata...

tontobntv ni dah mereng ke bengong ape ke? bajet hot tu buat slogan ape jadah #ABAH kau! kalu nok slowgun "asal bukan pakatan harapan" kena jadi ABPH weiyh... benok tapir hang nih tontontv, sibuk pakchuchengjke sampe tokdapek nok pikior botol2 bosa tuh?? tanye je jangn mareh heh...

PokAmid berkata...

Tontonan terkantoi krn tak jadi pancut ke dinding!!
Apa sebab? Tgh siok tengok, teringat kocek kering utk bayar tontonan tontowi, terus jadi lembik!!!
Kahkahkah!!

Tanpa Nama berkata...

pornn pornnn pornnnnn..
pak lebai tumpang lalu.