Ahad, 27 Mac 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR PAKATAN

 




Pakatan berisiko hilang 3 negeri lagi, kata penganalisis

SELANGOR, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dijangka terlepas dari genggaman Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu terus gagal menyusun gerak kerja sebagai satu pasukan, kata penganalisis.

Mereka juga tidak menolak risiko itu lebih tinggi jika pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serupa sepertimana berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar menjangkakan keadaan lebih sukar buat PKR yang kini dalam mood pemilihan parti yang bakal berlangsung bulan depan.

Beliau menjangka, perpecahan tidak dapat dielak setiap kali berlaku pemilihan dalaman, dan keadaan ini pula akan berlaku sewaktu PKR bakal menghadapi PRU15.


“Pemilihan parti sebelum PRU15 membuatkan parti terdedah kepada pertembungan yang memecah-belahkan kekuatan parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya, ia akan berlaku sekiranya PKR tidak meremajakan semula parti dan peratusan keluar mengundi masih rendah disebabkan rakyat bosan dengan politik dan takut dengan Covid-19.

“Saya khuatir sama ada di peringkat persekutuan, atau negeri di bawah PH, seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, kita tak boleh pandang rendah negeri itu boleh jatuh kepada tangan lawan mereka,” kata Hisomuddin, kepada The Malaysian Insight.

Hisomuddin berkata, insiden pergaduhan waktu pemilihan pula akan terus membuatkan rakyat muak dengan budaya politik parti itu.

“Ahli PKR tegar memang akan membujur lalu melintang patah, tetapi bagi pengundi biasa, pengundi atas pagar, mereka bosan dengan parti yang bergaduh tak habis-habis sesama sendiri ini.

“Mereka kena baiki parti itu sendiri, kalau asyik bertelagah itu akan kekalkan imej kepada pengundi, mereka pula bergaduh sampai hilang kerajaan, itu pencapaian paling cemerlang,” katanya.

Hisomuddin berkata, dua PRN sebelum ini menunjukkan PH masih gagal menyatukan jentera yang terpisah-pisah.

“PH memang terkenal dengan jentera terpisah, mereka tak boleh bersatu dalam aspek jentera. Dalam minda pengundi, kalau sebut PN atau BN mereka nampak satu parti.

“Tetapi kalau sebut PH pengundi nampak setiap parti yang berbeza. Amanah, DAP, PKR, mereka tiada kesepaduan sinergi yang baik koordinasi yang baik antara parti dalam PH,” katanya.

Di samping itu, pentadbiran PKR di Negeri Sembilan dan Selangor juga tidak menunjukkan sebarang reformasi institusi yang dijanjikan parti itu, katanya.

“Kalau pandang sisi lebih negatif, PKR ada dua negeri. Apa reformasi yang mereka lakukan kalau mereka parti yang berprestasi, rakyat agak skeptikal dengan agenda reformasi yang dibawa di Selangor dan Negeri Sembilan,” tambahnya.

BN bukan sahaja berjaya menawan Melaka dan Johor dalam PRN namun turut menguasai majoriti dua pertiga DUN.

Walau menang besar, jumlah undi popularnya kecil, yang dikaitkan dengan jumlah keluar mengundi yang rendah dan kelesuan politik di kalangan pengundi.

Penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi berpendapat, program seperti bekalan air percuma dan bantuan-bantuan lain tidak mampu menjamin kedudukan PH.

Pensyarah dari Universiti Malaya itu berpandangan, program sedemikian hanyalah amalan dan pemberian lazim mana-mana kerajaan kepada rakyatnya.

“Bantuan-bantuan ini semua kerajaan buat tapi kalau nak kukuhkan kedudukan kena ada pelan A dan B supaya tak lalai dan dapat bergerak ke depan dengan lebih keyakinan,” kata Awang Azman.

Di Selangor, pentadbiran ditunjangi PKR melaksana lebih 30 skim sepanjang tiga penggal, merangkumi kebajikan, kesihatan, kekeluargaan, pekerjaan, perniagaan serta perumahan.

Selain pemberian air percuma kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah, ia turut menyalurkan bantuan kewangan melalui program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss).

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan bas henti-henti secara percuma di seluruh Selangor selain bantuan pemeriksanaan kesihatan kepada golongan wanita.

Awang Azman juga berpendapat, PH perlu mencari sekutu baharu untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan negeri di bawah penguasaan mereka.

“Suasana di Johor dan Melaka akan mempengarahui situasi di Selangor. Walaupun Selangor kubu PKR mereka tetap kena buat persediaan supaya dapat memastikan kedudukan PKR di Selangor bertambah mantap,” katanya.

Selepas menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH membentuk kerajaan Pusat dan PKR menguasai Negeri Sembilan dan mengekalkan Selangor.

PKR berjaya mentadbir Selangor sejak pilihan raya 2008, sewaktu pembangkang DAP, PKR dan PAS bekerjasama dalam ikatan longgar dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PH).

Waktu itu DAP juga berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan PH berjaya menidakkan penguasaan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat.

Krisis dan perpecahan dalaman antara pemimpin PH juga dikaitkan dengan gerakan politik Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan gabungan itu tumbang pada Februari 2020 selepas mentadbir kira-kira 22 bulan.

Seterusnya beberapa ahli Parlimen diketuai bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali beserta bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin disingkir.

Wakil rakyat PKR itu kemudian bersama ahli Parlimen Bersatu menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi.

Penganalisis Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali pula melihat kelemahan parti pimpinan Anwar Ibrahim dalam menarik undi dari komuniti Melayu dan bukan Melayu.

Katanya, PKR tidak menarik undi Melayu tanpa sokongan DAP dan tidak mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang besar, seperti dibuktikan dalam PRN Melaka dan Johor.

Oleh sebab itu, PKR katanya harus mengekalkan kedudukan bersama DAP dan Amanah di dalam PH.

“Undi Melayu Selangor kepada PH lebih tinggi sekitar 20%. Di Johor pula antara 7% hingga 10% sahaja. Undi Melayu kepada kepada PKR tak banyak, begitu juga Amanah

“Yang undi DAP, PKR, dan Amanah sama sahaja… Cina dan Melayu bandar. Ini menunjukkan Melayu bandar okey dengan PH, tetapi Melayu luar bandar susah,” kata Mazlan.

Beliau berkata, kedudukan semasa PH menunjukkan seolah-olah gabungan itu gagal mencari kata sepakat.

Dalam PRN Johor, PKR memilih bertanding menggunakan logonya sendiri sedangkan DAP dan Amanah bertanding menggunakan logo PH.

“Nampak tak jelas dalam PH sekarang nampak macam mereka tak sepakat. Nampak susah kekal Selangor kalau berpecah, kalau tiga parti ini bersama boleh bertahan walaupun mungkin tak sebesar dulu.

“Lembah Klang benteng terakhir PH. Kalau kalah di sini, habislah. Kena tunggu lagilah untuk menang,” kata Mazlan. – 27 Mac, 2022.


HARI HARI

AKHIR AKAN

SAMPAI JIKA

GAGAL MEMBUAT

PERSERIKATAN

UNITED FRONT

AMIN

PKR PERTAMA

AKAN BUNGKUS

AMIN

HASI BERGADUH

 SESAMA SENDIRI

AMIN

BERGADUH DAH

JADI BUDAYA PKR

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdra Hishamudin Rais,

1. PRU14 was won due to Mahathir's leadership factor.

2. Anwar had proven himself as incapable of securing victory viz BA, PR in PRUs and PH in PRNs.

3. PH plus all other oppositions minus PKR and Anwar cud win PRU15 provided it is commandered by a strong personality and leadership.

4. Ramasamy's article in FMT said Mahathir is a has been but I beg to differ. Poor results of Pejuang in PRNs Melaka and Johore were NOT A REFLECTION OF MAHATHIR'S FAILURE. Pejuang alone cannot beat BN machinery

5. Anwar, in spite of all praises given is purely superficial, incapable of leading a victorious front.

You may agree or disagree, Mahathir, inspite of all negativities painted against him, is the best bet to lead an opposition front to deny Umno/BN return to power at federal level...wallahuaklam