Selasa, 13 Oktober 2015

MINYAK NAIK HARGA - RAKYAT NAIK MINYAK










KADAR TOL BOLEH DIKEKALKAN, HARGA MINYAK 

BOLEH DITURUNKAN LAGI

Kenaikan kadar tol (selain dari tambang LRT) di sebahagian besar lebuhraya-lebuhraya utama yang menghubungkan Lembah Klang dengan seluruh negara bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah ia membawa risiko buruk kepada perkembangan ekonomi negara.

Tahun 2015 telah menyaksikan pelbagai dasar dan kenaikan yang meningkatkan beban sara hidup isirumah keluarga Malaysia. Pada 1 April 2015, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang terbukti menaikkan harga barang dan beban cukai kepada rakyat.

Mekanisme penetapan harga minyak yang menghapuskan subsidi dan menggunakan harga rujukan di dalam Dollar Amerika Syarikat (USD) juga merugikan rakyat bila mana harga minyak terus kekal mahal sedangkan harga minyak RON95, diesel dan RON97 di negara-negara lain jatuh secara berkadar dengan harga minyak mentah di pasaran. Harga minyak di Malaysia kekal mahal (malah dinaikkan bulan ini) kerana kegagalan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengawal kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding USD menjadikan ringgit matawang tercorot di Asia.

Dengan kenaikan kadar tol dan tambang LRT yang bakal berkuatkuasa, setiap isirumah terutamanya di Lembah Klang akan terpaksa membayar lebih. Kos pengangkutan juga akan meningkat di seluruh negara dan akan menaikkan lagi harga barang. Kesannya, pendapatan boleh belanja (disposable income) setiap isirumah di seluruh negara akan berkurangan akibat dasar-dasar ini.

Dalam suasana ekonomi Malaysia yang kurang mendapat keyakinan pelabur antarabangsa (yang telah menarik berbilion ringgit pelaburan keluar dari Malaysia dalam tahun ini), pertumbuhan ekonomi negara lebih banyak bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia berbelanja. Jika kuasa beli pengguna kukuh, kegiatan ekonomi rancak dan ekonomi boleh terus berkembang walaupun sentimen pelabur antarabangsa kurang memberangsangkan.

Sebab itu, kedangkalan pentadbiran Najib  Razak melonggokkan beban ekonomi negara kepada rakyat sebenarnya tindakan membunuh diri kerana ia membawa risiko melembapkan pertumbuhan ekonomi negara ekoran kurangnya kuasa beli pengguna.

Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan sedang memuktamadkan Belanjawan Pakatan Harapan yang akan dilancarkan di sidang Parlimen minggu depan. Salah satu teras utama pendekatan ekonomi Pakatan Harapan yang dikupas ialah langkah-langkah inovatif dan praktikal untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat bagi mengekalkan kuasa beli pengguna.

Kami yakin bahawa kadar tol boleh dikekalkan dan harga minyak sewajarnya lebih murah dengan melaksanakan cadangan-cadangan berikut:

MEKANISME MENGEKALKAN KADAR TOL
Alasan yang selalu digunakan oleh pentadbiran Najib Razak untuk menaikkan kadar tol adalah kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung pampasan yang tinggi kepada pemegang konsesi.

Sebelum ini pun, parti-parti Pakatan Harapan konsisten menegaskan bahawa perjanjian yang berat sebelah dengan pemegang konsesi perlu dirunding semula untuk mengelakkan pampasan yang melampaui batas. Pun begitu, selagi Pakatan Harapan tidak berkuasa di Putrajaya, langkah ini tidak dapat dijalankan.

Oleh yang demikian, satu lagi langkah inovatif dan praktikal yang boleh dilaksanakan segera ialah memberi hak kepada pemegang-pemegang konsesi terbabit untuk mendapat keutamaan terbabit di dalam projek-projek lebuhraya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaikkan kadar tol.

Hak untuk mendapat keutamaan (sering dirujuk sebagai “first right of refusal”) adalah amalan biasa di dalam perjanjian komersil. Dengan cara ini, pemegang konsesi sedia ada tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat di dalam projek lebuhraya kerajaan yang akan datang dengan syarat perjanjian akan datang ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Kerja Raya lebih kreatif dalam membela rakyat dan merundingkan semula dengan pemegang konsesi dengan tawaran “first right of refusal” dalam projek lebuhraya akan datang pada kadar keuntungan berpatutan sebagai pertukaran mengekalkan kadar tol sedia ada.

MEKANISME MENURUNKAN HARGA MINYAK
Rakyat Malaysia terus menanggung harga minyak yang mahal akibat dari beberapa kesilapan dan kelemahan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak walaupun harga minyak mentah dan minyak siap diproses (“refined products”) kekal murah di pasaran antarabangsa.

Kesilapan pertama ialah apabila formula menetapkan harga bulanan RON95, diesel dan RON97 menggunakan harga rujukan di dalam USD. Formula penetapan harga secara prinsipnya adalah:

Harga RON95 = Kos minyak mentah dan memproses minyak mentah menjadi RON95 + Jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan stesen petrol

Sejak tahun 1980an, kerajaan Barisan Nasional menggunakan harga rujukan dari Singapura di dalam USD untuk menentukan kos minyak mentah dan memproses minyak mentah sedangkan maklumat yang lebih tepat boleh diperolehi terus dari syarikat-syarikat minyak di Malaysia.

Kelemahan kedua ialah kegagalan mentadbir matawang ringgit sehingga ia jatuh merudum berbanding USD. Oleh itu, walaupun harga minyak di dalam USD sebenarnya kekal murah, apabila ia diterjemahkan ke dalam ringgit menggunakan formula, tiba-tiba ia menjadi mahal akibat faktor matawang (bukan kerana harga minyak yang mahal).

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merombak kembali sistem penetapan harga minyak yang menggunakan harga rujukan di dalam USD untuk melindungi rakyat Malaysia dari kesan kejatuhan matawang ringgit akibat kelemahan Barisan Nasional sendiri.
 
Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan akan terus mengeluarkan cadangan-cadangan tuntas menjelang pembentangan Belanjawan Pakatan Harapan minggu depan.

JAWATANKUASA EKONOMI PAKATAN HARAPAN
13 OKTOBER 2015

YB Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

YB Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang

Dr Dzulkifly Ahmad
Pengarah Strategi AMANAH

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya



-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangsat najib guna duit GST utk 1MDB dia lah...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat jelata minta umno bn bertaubatlah dari menyamun duit rakyat secara terang2 di lebuh raya dan stesen minyak. Ikutlah perangai kapir siam itu. Mereka tak mahu ambil duit rakyat untuk bayar tol kerana dana dari macam2 cukai atas sebijik kereta dah cukup untuk menampung projek lebuh raya. Cukai2 atas kereta seperti duty import, cukai jalan, eksesori dan skru2nya sudah memadai. Hanya perlu tok ketua yang amanah saja untuk mengatur macam mana nak jaga dan belanjakan duit itu.

Sekarang rakyat yang bertambah miskin dipaksa bayar lagi untuk mengharungi kesesakkan bila sampai ke pondok tol. Kami tahu kau kutip sangat2 banyak. Tapi kami tak tahu jumlah sebenar kerana kau ni penyamun. Buat kerja pun macam penyamun. Saling pakat2 dan berjanji pun macam penyamun.

Kau nak guna duit tu untuk bayar hutang 1mdb ke? Boleh jadi betul kerana kami tidak tahu apa2. Sapa pun tak pernah naik opis kau bertanya kabar atau tengok2 carta. Betul2 macam opis penyamun le.

Stesen minyak tak untung banyak. Jadi kena jadikan kedai runcit. Mereka ni penyambung hayat kita juga. Jual minyak dengan untung ciput. Kena bayar macam2 dari upah lori, bendera, sabun dan tandas free. Dah campur kos pekerja dan lampu, kadang2 tauke pun tak dapat gaji. Ya, mujur ada kedai runcit.

Nak harap untung minyak sekarang agak payah kerana kapitalis petrolium ni bakhil betul. Rakyat kena bayar minyak dengan harga tinggi ni apahal? Padahal harga minyak dunia dah murah. Senang cakaplah, minyak memang dalam wilayah kita tapi masa perjanjian ada silap. Kau pi minum san miguel sampai mabuk buat apa? Masa tu pulak kau sain semua perjanjian tu sampai habis dakwat buat apa?

Sekarang kita tak boleh buat apa2 dah soal telaga minyak tu. Katanya kita dapat seposen saja dari sengget. Bingai betul. Patutnya beritahulah, bahawa satu relung dari sepuluh relung luas medan minyak itu kita punya. Kita nak buat apa pun kita punya pasallah.

Kau panggillah aku buat kilang minyak untuk rakyat. Beberapa hari saja aku dah siapkan satu kilang minyak khusus untuk rakyat jelata yang akan dijual dengan harga 70 sen seliter. Tak boleh buat macam tu ke? Boleh kalau betul2 nak tolong rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Melayu Melayu pilih budak Bahalol jadi Ketua Kabilah

Budak Bahalol mana ada otak

Tau tau nak ngentot free saja lepas tu Kabommmm!!!!!!!!!


Rakyat Bodoh lah

Sudah lah papa miskin kedana , angkat Otak Keldai pulak jadi Ketua Besar

Nak salah kan siapa pulak ?????

Kalau pandai ngentot kira sudah Bijak , Orang Buta pon tau Ngentot OK

Bodoh Sungguh !!!!!!