Selasa, 13 Oktober 2015

HUJAN HUJAN HUJAN







NASi

PANGGUNG

HUJAN LEBAT


Petang ahad hujan lebat
anak semua bangsa menumpang teduh
dibawah deretan kedai 
Meneruskan kerja bakti
berkongsi makanan bersama miskin kota

Menu Jalan Panggung ahad lepas:
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayam / Parpu Telur / Roti
Aunty Fazilah & Keluarga - Buah Epal / Cucur Sayur
Syafiqah - Roti

Anak semua bangsa yang datang berkerja bakti:
Aisyah, Quratul, Ying, Pardeep, Asyraf, Mimi
Lyn & Tim HELP Universiti, Komrad-komrad PSM
Kawan-kawan dari UPM, Fahmi UITM, Joyce, 
Awatif & Tim Recycle, Kawan2 dari SEKDEM, Fauzi
& semua yg hadir bersetiakawan di Jalan Panggung

Terima kasih daun keladi
next week jumpa lagi!

TERIMA KASIH SEMUA!

++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 

ezzuandi - 019-267-12-85
 atau Hadi Khalid  - 012-664-88-73


Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

12 Oktober 2015




---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah ratusan tahun orang2 barat menggandar sup cair dan roti keras sambil mencari2 orang terlantar dan lapar untuk disantuni. Untuk diberi makan. Untuk diberi tempat berbaring. Untuk bertanya khabar. Untuk dijamin nyawanya. Untuk kembalikan martabatnya sebagai insan yang punyai hak untuk hidup.

Dapur Jalanan ini bukti nyata bahawa anak2 bangsa kita yang terdidik di barat membawa pulang buahnya yang manis. Tidak seperti orang lain yang bawa balik kulitnya saja. Mereka mencontohi barat yang telah lama bina batalion2 salvation army yakni sukarelawan2 yang bertugas menyantuni orang terlantar supaya tidak mati kebulur. Supaya mereka hidup dan melahirkan pula manusia yang bakal membina semula tamaddun mereka yang telah hancur akibat perang.

Berilah sebesar2 sokongan dan bantuan kepada program Dapur Jalanan ini selagi hayat dikandung badan. Ruangan ini tidak cukup untuk aku tuliskan banyak lagi kisah tentang mulianya hati orang2 di Dapur Jalanan. Kisah betapa Allah Swt sangat2 mencintai hambaNya yang mengasihi orang lain yang terlantar. Semoga Dia membalas dengan sebaik2 balasan. Amin.