DARI ARKIB
BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU
bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut
ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi
laluan kereta
yang segar hanya ingatan
yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air terjun jeram toi
lalu aku teringat
jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat
nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan
ke laut tengah
jiwa aku sedang berdendang
dengan sonata kalashinkov
ah! berkelana lagi hati ini
bagaikan semalam
yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu
yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta
ah! hati ini berkelana lagi
bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat
akan pembelotan
lalu aku teringat
akan pengkhianatan
nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga
yang paling mahal
sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan
kepada kawan-kawan
yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih setia
pada janji
pada revolusi
pada darah yang terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan
kepada kawan-kawan
yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar
kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang yasser arafat dan george habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan
nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga
yang paling mahal
kepada kau kawan aku
yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan
kau yang membaca puisi aku ini
kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan
jangan sesekali kau lupa
untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan
harga yang paling mahal
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza
- pagi raya 2014-
-----------
14 ulasan:
Padan lah muka ko orang.Selangor jadi saksi tentang goblok nya ko orang pr.
benar.paling senag nak massuk adalah dari pintu hadapan.rmai orang2 palestine sendiri telah menjual taanah2 pertanian mereka pada orang2 zionis.mereka telah berkhianat pada anak2 dan cucu2 mereka.
berkhianat lah pada anak2 cucu2 kamu dari kampung2 kuala lumpur.berkhianatlah pada warga miskin kota.berkhianatlah pada baling.kerana nama nama kamu akan kami pahatkan dalam sejarah supaya anak anak cucu cucu kamu tahu pengkhianatan kamu.
Best layan puisi lu..dilatari kepulan dari sebuah balutan. Malam dingin dan langit bersih, diantara bukit2 subur di asalku. Yg ptgnya tiada bangla di sini.
Ini mesti ganja spray punya penangan ni......dapat kek jalan brunei ke.....hahhahaahah
what the fak parti islam samalaysia..
Sapi Betina (Al-Baqarah):109 - Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Keluarga 'Imran ('Āli `Imrān):72 - Segolongan (lain) dari Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): "Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mukmin) kembali (kepada kekafiran).
Goblok tu bahasa mamak Zam maidin.kau ni ular ka atau seorang eeeeeeeeeeeeeeee...kah..kah..kah..
Kah kah kah kah... Anwar dah kena jual
Angkara united malay iblis, dulu united malay iblis ni jugak kate korang parti ajaran sesat, skrg korang plak ikut... sah2 korang parti ajaran sesat kiblatkan united malay iblis
Penipuan besar besaran....
Cakap bab hudud ..kona sana kona sini...cungkil sana sini..
Tulis syair pula ttg palestin..islam x brapa cukup. X yah ckp perjuangan islam
Ambik bahasa mudah abang tukar tiub
Melayu jual melayu
Utk wang kedudukan dan jawatan
Jgn salahkan bangsa lain
Bangsa sendiri berniaga kepentingan bangsa
Atas alasan agama bangsa dan ketuanan
Ketuanan dijual setiap hari kepada bangla indon myanmar vietnam nepal nigera
Ramai masih tidak sedar
Malaysia akan jadi caca merba
Koloni pendatang asing tanpa izin pelarian menjadi jadi
Koloni perniagaan sudah sedia wujud
Koloni kekuasaan sedang wujud
Pihak berkuasa sudah was was
Ambil tindakan atau tidak
Ianya akan menjadi duri dlm daging
Itu semua tidak mengapa
Asal berebut kontrek
Asal berebut jawatan
Asal berebut kedudukan
Asal berebut projek
Kah kah kah
Pastinya melayu mudah lupa
Perit getir dulu
Sudah alpa dalam.kesejukan shopping mall mewah
Sudah lupa bertani dan berenang
Menikmati kehidupan moden
Makanan rutin semakin banyak impot impot
Kah kah kah
Itu juga tidak mengapa
Ladang makanan ruji jadi perumahan
Demi mencari kekayaan duniawi moden
Semua mahu kereta besar
Semua mahu rumah besar
Tapi malu berdikari dan usaha
Masih mengharap konterek ali baba
Masih kedarah hasil usaha org lain
Adakah ianya menjamin masa depan?
Tunggu dan lihat
Mana mana bangsa yang alpa
Yang lupa asal usul
Yang lupa tamadun budaya
Yang lupa pekerti santun
Atas pelbagai alasan
Akan menjadi tinggalan sejarah
Akan menjadi kenangan satu masa nanti
Sementara itu
Marilah kita sama.sama
Kah kah kah
Demi melupakan nista sengeta
Hati yang serba durjana
Hati yang serba kejahatan
Mencari ketenangan.dalam jiwa sendiri
Sebagai manusia.ilmiah
Masih mengadu domba
Amar maakruf nahi mungkar
Kah lah kah
Aku terus terkenang
Suatu yg tak di sebut orang..
Petai jiji Dan zai...
Catat Ulasan