Rabu, 6 Oktober 2021

PROJEK ANWAR KENA SAILANG

 




Putrajaya digesa isytihar darurat elak PRN Melaka

PUTRAJAYA perlu menguatkuasakan darurat di Melaka bagi mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) berikutan runtuhnya kerajaan negeri, kata para penganalisis.

Walaupun kes Covid-19 menurun sejak beberapa minggu terakhir ini, namun ini bukan masanya ahli politik membahayakan nyawa rakyat demi merebut kuasa, kata mereka.

Darurat adalah langkah tidak demokratik, namun ia penyelesaian terbaik bagi mengelakkan penularan virus seperti mana berlaku ketika PRN Sabah tahun lepas, kata mereka.

Lebih-lebih lagi, tidak jelas adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk adakan pilihan raya ketika epidemik, malah tidak ada jaminan rakyat akan keluar mengundi.

Bagi penganalisis yang lain, mereka berkata Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam tidak patut bubar DUN memandangkan satu pihak terang-terangan ada majoriti untuk bentuk kerajaan negeri.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata ini bukan masa yang sesuai untuk buat pilihan raya kerana jangkitan Covid-19 masih ada dalam masyarakat.

“(Mereka perlu) minta buat darurat, bukan PRN. Ini bukan masanya untuk pilihan raya. Walaupun sekarang ini kes rendah, virus masih ada di luar sana,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambah Mazlan perebutan kuasa di Melaka adalah masalah dalaman Umno dan ia perlu diselesaikan di antara mereka.

“Rakyat tidak ada kaitan. Oleh itu, jangan seret rakyat ke dalam kemelut ini. Selesaikan masalah anda secara dalaman.

“Jika mereka mahu pilihan raya, apa jaminan rakyat akan keluar mengundi? Jika rakyat protes dan tidak keluar mengundi, itu akan jadi tamparan buat mereka.”

Semalam Mohd Ali membubarkan DUN berkuatkuasa 4 Oktober, berikutan nasihat ketua menteri Sulaiman Md Ali.

Susulan itu, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

Pada Isnin, empat Adun Melaka umum mereka hilang kepercayaan terhadap Sulaiman dan menarik sokongan kepada kerajaan pimpinannya.

Empat Adun itu ialah bekas ketua menteri Idris Haron (BN-Sg Udang) Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Sulaiman kini disokong oleh 12 Adun (11 BN, satu Bersatu) sementara pembangkang mempunyai 15 Adun (11 Pakatan Harapan, dua BN, satu Bersatu dan satu Bebas).

Penganalisis politik Oh Ei Sun berkata ini bukan masanya untuk “bermain-main” dengan mengadakan PRN.

“Mereka perlu berhenti sekejap. Ini bukan ‘play play’, ini akan sebarkan virus.”

Pada September 2020, kerajaan mengadakan PRN Sabah walaupun pihak berkuasa kesihatan menentang idea tersebut.

Berikutan PRN Sabah, kes Covid-19 di seluruh negara melonjak naik, pertama kali selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac 2020 berjaya menurunkan jumlah jangkitan kepada satu angka.

PKP seterusnya dan keadaan darurat dari 11 Januari hingga 1 Ogos juga gagal menurunkan jangkitan di Malaysia. Susulan itu, kerajaan persekutuan melanjutkan darurat di Sarawak selama enam bulan lagi hingga 2 Februari 2022, bagi menangguhkan PRN Sarawak.

Oh berkata tidak jelas adakah darurat dapat diisytiharkan walaupun kerajaan persekutuan mahu kerana DUN telah dibubarkan, yang mana tidak sama seperti di Sarawak.

“Saya tidak pasti adakah mereka boleh isytihar darurat di Melaka untuk hentikan pilihan raya. Dalam kes Sarawak, DUN belum dibubarkan, jadi secara teorinya anda masih boleh hentikannya.

“Kerajaan persekutuan akan dilanda dilema sebab jika mereka tidak isytihar darurat, mereka berisiko tularkan epidemik seperti yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lepas.

“Tetapi jika anda isytihar darurat dan hentikan PRN, akan ada pihak yang kritik kerajaan kerana tidak demokratik.”

Adakah SPR akan bersedia?

Badrul Hisham Ismail dari badan pemikir Iman Research mempersoalkan adakah SPR bersedia untuk mengadakan PRN ketika pandemik.

“SPR perlu jujur. Adakah mereka bersedia untuk adakan pilihan raya dengan senario semasa ini. Apakah prosedur operasi standard? Mereka perlu jelaskan. Jika mereka tidak bersedia, mereka perlu terangkan.

“Sebab dengan isytiharkan darurat, bukanlah idea yang baik. Ketika epidemik, kita perlukan kerajaan yang berfungsi,” katanya.

Badrul juga mempersoalkan adakah ada kes pilih kasih di pihak Yang di-Pertua ketika beliau bubar DUN itu walaupun satu pihak jelas ada majoriti.

Yang di-Pertua boleh lantik ketua menteri baharu seperti yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat persekutuan dengan temu ramah ketua parti, tambahnya.

“Jelas pembangkang ada majoriti, mengapa perlu bubar DUN? Dengan tidak berbuat demikian, nampaknya Yang di-Pertua berat sebelah.”

Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga menyuarakan sentimen sama iaitu keselamatan perlu diutamakan dan oleh itu SPR harus ambil kira perkara ini.

“SPR perlu pertimbang untuk sama ada pilihan raya selamat memandangkan kempen politik boleh memaksa perhimpunan politik dan perhimpunan lain yang berkaitan.

“Kedua, ia perlu usulkan SOP ketat yang bagi mengatur PRN sekiranya tidak dapat dielakkan. Jika SPR tidak dapat jamin keselamatan pengundi dan rakyat secara umum, pihaknya perlu berunding dengan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Oleh itu, tambah Tunku Mohar tindakan terbaik adalah dengan menangguhkan pilihan raya.

“Saya rasa dalam keadaan sekarang, yang terbaik adalah tunda pilihan raya sehingga pandemik terkawal.

“Walaupun darurat itu antidemokrasi, dalam situasi sekarang, kesihatan awam perlu diberi keutamaan yang lebih besar.

“Saya yakin sentimen masyarakat sekarang menentang pilihan raya dibuat. Apa yang pandemik ajar, ianya tidak menentu,” tambahnya. – 6 Oktober, 2021.




PROJEK ANWAR

KENA SAILANG

KAH  KAH KAH

NIAT NAK TUBUH

KERAJAAN PAKATAN

KAH KAH KAH

KINI DAH KANTOI

KAH KAH KAH

ADA PRN KE

ADA DARURAT KE

INI SEMUA

SAILANG PROJEK

PEMIMPIN ISLAM

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: