Sabtu, 11 Jun 2022

AWAS ! INI PERMULAAAN

 

Gangguan bekalan rantaian punca klinik, farmasi kekurangan ubat

KEKURANGAN beberapa jenis ubat di pasaran ketika ini disebabkan gangguan rantaian bekalan serta bahan aktif dan eksipien (bahan tidak aktif), kata Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Situasi ini bagaimanapun bukanlah kritikal kerana langkah bagi mendapatkan bekalan alternatif untuk mengatasinya sedang diusahakan, kata Presiden MPS Amrahi Buang kepada The Malaysian Insight.

“Memang sukar kalau stok sekejap ada, sekejap tiada. Farmasi maklumkan masalah kekurangan ubat berlaku di seluruh negara.

“Situasi ini bermula sejak Oktober lepas tetapi ubat semakin kurang di pasaran apabila varian Omicron menular, kemudian berlarutan sehingga cuti Krismas, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidlfitri,” katanya.

Amrahi berkata, peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) juga menyebabkan stok ubat di farmasi semakin berkurangan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Selasa mengakui klinik swasta dan farmasi kekurangan stok ubat-ubatan bagi demam, batuk, selesema dan cirit-birit serta antibiotik.

Namun beliau memberi jaminan situasi adalah terkawal, dan beliau sudah mengarahkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementeriannya dan pengeluar ubat-ubatan mencari bekalan alternatif sekiranya masalah ini berterusan.

Mengulas jaminan menteri kesihatan itu, Amrahi melahirkan rasa lega memandangkan bekalan ubat-ubatan tidak mencukupi sejak tahun lepas lagi.

“Dari satu segi, ia disebabkan masalah bekalan dan permintaan, dan mereka cuba cari alternatif untuk selesaikannya.

“Selagi ada tindakan diambil untuk tangani masalah, maka kita tidak bimbang,” ujarnya.

Selain masalah bekalan bahan aktif dan eksepien, isu logistik dan pembungkusan turut menjadi faktor menyumbang kepada kekurangan ubat-ubatan, tambah Amrahi.

“Semuanya saling berkait. Dan perlu juga diambil kira sama ada ubat tersebut diimport atau buatan tempatan,” kata beliau.

Jelasnya, perang Rusia-Ukraine telah mengganggu perdagangan global, tidak terkecuali industri farmaseutikal.

“Kawalan sempadan China juga menjejaskan bekalan, kemerosotan nilai ringgit yang mendorong kenaikan harga ubat.”

Amrahi juga tidak menolak kemungkinan harga ubat-ubatan di pasaran akan terus meningkat.

“Harga memang sudah sedia naik, tetapi kita tak tahu akan terus naik atau sebaliknya,” katanya. – 11 Jun, 2022.   

AWAS

INI TANDA

PERMULAAN

AMIN

BALA BESAR

BELUM SAMPAI

AMIN

KITA WAJIB

BUAT UBAT

SENDIRI

AMIN

JUGA JANGAN

GANGGU UBAT

TRADISONAL

AMIN

GANJA KETUM

TONGKAT ALI

MISAI KUCING

ADN DAN DAN

PERLU DIPERLUAS

PENGUAAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

https://www.astroawani.com/video-dunia/penanaman-ganja-1-juta-ganja-mula-diedar-di-seluruh-thailand-1970915

Bang, thai govt dah start bagi benih ganja kat orang awam. Kita masih lagi tangkap, kurung dan heret naik turun mahkamah kalau kes ganja. Paling parah ialah kita terpaksa import ganja pasaran gelap. Ini sedikit sebanyak menjejaskan nilai mata wang kita.

Tanpa Nama berkata...

Kelentik kering perlu diperluaskan tanamannya secara komersial. Mesia boleh jd pengekspot terbesar kelentik kering dipasaran dunia sebelum Thailand menjadi pelopor tanaman ini.