Hadi buat kenyataan politik, tak perlu buka kertas siasatan – Zaid
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak bersetuju tindakan DAP membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka ke atas Hadi Al-Kawahli
Malah, katanya, polis telah memaklumkan sedang menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk ‘mengheret’ Presiden Pas itu ke muka pengadilan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap parti itu.
Kata beliau, Ahli Parlimen Marang itu membuat kenyataan politik dan seharusnya diselesai secara politik oleh parti yang dikaitkan dengan fahaman komunis, anti raja serta anti tuhan itu.
“Lagi pun, dalam ucapan kempen Abdul Hadi, dia tak kata DAP parti komunis pun. Dia hanya kata, ada sesetengah ahli parti itu bersimpati dengan fahaman komunis. Kalau DAP parti komunis, sudah lama Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (RoS) tidak lulus.
“Biasalah, dalam kempen pilihan raya, macam-macam orang politik akan kata. Ada yang betul, ada yang tidak betul. Takkan kes seperti ini pun nak buat laporan dan polis pun tidak usahlah ambil berat.
“Biarkan mereka selesai sesama politik. DAP boleh guna khidmat peguam ambil tindakan sivil ke atas Abdul Hadi, bukan jadikan ia kes polis. Polis banyak kerja nak selesai masalah jenayah lain,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, kertas siasatan membabitkan kes Abdul Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan masih menunggu tindakan arahan lanjut DPP.
Beliau berkata, siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan kes juga sudah dimajukan untuk perhatian pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Pada 5 Disember lalu, Abdul Hadi tiba hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, sebelum ini, pemimpin dari Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang pernah menggelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Firaun, Maha Firaun dan Mahazalim.
Bagaimanapun, katanya, mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu tidak pernah membuat laporan polis minta siasat dan hadap mereka yang mengecam dengan kata-kata itu ke mahkamah.
“Begitu juga mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak dituduh penyangak, penyamun. Beliau tidak pun buat laporan polis atau minta polis membuka kertas siasatan untuk mendakwa pemimpin PH.
“Saya harap pemimpin kerajaan sekarang bertolak ansurlah sikit. Tidak usahlah ambil berat dengan kenyataan pembangkang sekarang, sebagaimana mereka ketika menjadi kerajaan tidak peduli apa kamu tuduh mereka ketika kamu pembangkang dahulu.
“Sekarang ini zaman media sosial, berbeza dengan zaman dulu. Kita kena terimalah apa orang kata pada kita. Kalau tidak puas hati, guna peguam sendiri, jangan guna polis,” katanya.
Beliau berharap, pihak berkenaan menarik balik tindakan yang dikenakan kepada Abdul Hadi kerana ia tidak berbaloi malah boleh menambahkan lagi kemarahan orang ramai. –
3 ulasan:
Ini lah masalah orang kita, mulut sentiasa terbuka, semua nak komen belaka, buat kerja sendiri, tapi kerja orang lain sibuk belaka siang malam, sama macam orang politik gila, setiap hari ada saja nak cakap, nak komen kah kah kah semua buang masa buang kertas kah kah kah, susah sangat kah nak diam tanpa komen, tak ada kena mengena diam diam sudah lah, apa nak komen semua sibuk atau apa woit kah kah kah
sekurang2 kita paham ini lebai mmg begitu.. tapi rapuzi lepas jadi menteri berubah 100%.. ini l3gi teruk dari lebai lagi keling dari eee.. kah kah kab
Zahid ni dah mula nak menyondol ke arah mana pulak. Umno sudah PKR sudah KITA sudah DAP sudah Pas je belum lg.
Catat Ulasan