Hentikan 'witch hunt' terhadap pemimpin pembangkang, kata Hamzah
HAMZAH Zainudin mahu Putrajaya menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “witch hunt” terhadap pemimpin pembangkang.
Ketua pembangkang itu berkata hasrat kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat mestilah dilakukan dengan ikhlas dan bijaksana.
Beliau berkata usaha sebegitu tidak seharusnya berasaskan niat jahat terhadap pihak yang menentang pentadbiran.
“Malangnya, witch hunting di bawah kerajaan sekarang terhadap lawan politik mereka masih belum berakhir.
“Begitu banyak tuduhan dan fitnah tidak berasas dilemparkan kepada kami.
“Insya-Allah kami akan terus mengkritik dan memberi input secara bertanggungjawab dan pada masa sama akan memberikan sokongan kepada cadangan yang baik di bawah pentadbiran perdana menteri ke-10,” katanya hari ini membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan sebarang contoh atau kejadian di mana ahli Parlimen pembangkang menjadi mangsa oleh kerajaan semasa.
Hamzah berkata mesej Agong semasa ucapan harus didengari oleh semua orang tanpa mengira fahaman politik mereka.
Ahli Parlimen Larut itu berkata titah Agong yang negara stabil hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kerajaan dan pembangkang adalah sesuatu yang dipersetujui oleh semua ahli Parlimen.
Inilah sebabnya mengapa terpulang kepada Putrajaya untuk membina keyakinan orang ramai dan mewujudkan kepercayaan di kalangan masyarakat dan rakyat.
Hamzah berkata pembangkang akan memainkan peranannya untuk memastikan negara terus berada di landasan yang betul ke arah perpaduan dan kestabilan. – 14 Februari, 2023.
1 ulasan:
Kah kah Bodoh kah atau buat buat tak tahu kah kah? Memang lah nak tibai sampai barai, kalau tunggu ular akan patuk, walau bukan senagaja kena korek korek semua jahat kamu dulu kah kah, jahat kamu bukan sikit, banyak jahat curi ada rompak ada rakus semua ada lengkap kah kah
Catat Ulasan