BUDAYA
POLITIK UNDI
Saya menulis rencana ini pada pagi Selasa 28/7/2020 . Ketika saya menulis rencana ini Najib Razak sedang berada di Dewan Mahkamah Jalan Duta untuk menunggu hukuman dalam 7 kes SRC International Sdn. Berhad. Ini kes salah guna kuasa dan pengubahan duit haram yang masuk ke dalam bank akaun pribadi Najib. Tapi bukan kes ini yang hendak saya rungkai. Tulisan ini cuba memberi latar kepada apa yang sedang berlaku dalam politik Malaysia sekarang.
Saya hendak membawa pembaca memahami tentang politik undi atau dalam bahasa Inggeris electoral politic. Dari mana asal usul budaya sistem politik undi ini. Pada hemat saya pencerahan tentang kekuatan dan kelemahan politik undi ini amat-amat penting.
Untuk memulakan - kita wajib memahami konsep Dunia Ketiga. Malaysia tergulung dalam katogeri negara Dunia Ketiga. Ini adalah konsep politik yang lahir pada tahun 60’an dahulu. Dunia dibahagikan kepada tiga kumpulan. Dunia pertama – Super Power – Amerika dan Soviet Union. Dunia kedua iaah negara Eropah Barat. Negara dunia ketiga iah negara Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Pola dan ciri negara Dunia Ketiga ini amat jelas. Semua negara ini adalah negara bekas tanah jajahan. Bekas tanah jajahan Inggeris, Belanda, Belgium, Sepanyol , Peranchis atau German. Negara negara Dunia Ketiga semua wjuud sebagai negara hasil dari projek penjajah.
Tanah Melayu meresap untuk dijajah oleh Inggeris sadikit demi sadikit melalui perjanjian Pangkor 1874. Satu demi satu negeri Melayu jatuh ke tangan Inggeris. Ada yang bersekutu dan ada yang tidak bersekutu. Tapi hakikatnya semua lorong bukan ke Riyad tetapi ke London.
Apabila ada perlawanan dari anak watan yang mengangkat senjata melawan kuasa kolonial maka Inggeris telah mewujudkan parti politik yang sanggup bersetia untuk menjaga kepentingan kuasa kolonial.
Peranan budak suruhan ini dimainkan oleh United Malaya National Organisation. Melalui sokongan Inggeris gerombolan budak suruhan ini telah mengubah nama asal bumi ini - Tanah Melayu ditukar menjadi Malaysia. Tidak cukup dengan penukaran nama gerombolan anak didik Inggeris ini telah memisahkan pulau Singapura dari Ibu Pertiwi. Ini bukan dongeng. Ini fakta sejarah.
Perlembagaan rekaan Inggeris telah dipaksakan kepada warga bekas tanah jajahan. Salah satu dari lembaga yang tercakup didalam perlembagana rekaan kolonial ini ialah politik undi. Ini adalah sistem pemilihan perwakilan melalui pilihan raya. Mengundi untuk memilih pemimpin. Memberikan undi ditakrif sebagai memberi kuasa kepada yang telah menerima undi.
Dihujahkan bahawa sistem politik undi ini adalah hasil pengalaman sistem undi Inggeris yang kini berumur lebih dari 700 tahun. Dengan licik lagi bijak kuasa kolonial telah mengkahwinkan politik undi ini dengan kebebasan bersuara dan demokrasi.
Jika warga boleh mengundi maka negara itu ditakrif sebagai warga bebas dan negara merdeka. Negara yang tidak ada sistem politik undi ditakrif sebagai negara tidak demokratik, zalim dan kuku besi. Amin.
Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia. Dari tanah jajahan kini bumi Melayu ini menjadi negara neo koloni atau tanah jajahan bentuk baru. Semua ini berlaku atas nama politik undi.Yang membuat keputusan dihalalkan kerana mereka telah diundi untuk dijadikan wakil.
Kerana mereka wakil maka mereka boleh membuat keputusan apa sahaja. Sama ada orang ramai bersetuju atau tidak bukan penting. Tidak ada perbincangan luas kenapa nama Tanah Melayu ditukar. Tidak ada perbincangan tuntas kenapa Singapura dipisah dari Ubu Pertiwi. Amin.
Pada tahun 2020 ini Malaysia telah melalui 14 kali Pilihan Raya Umum (PRU). Kali pertama diadakan pada 27 Julai 1955 – dua tahun sebelum Inggeris memindahkan kuasa pentadbiran kepada United Malays National Organisation. Proses peralihan kuasa di make-up dengan gincu, bedak dan celak melalui politik undi.
Bertenang sajenak – sabenrnya politik undi mengudi untuk memilih perwakilan atau ketua bukan satu yang asing dalam wilayah bumi Melayu. Bukan Inggeris yang mengenalkan bentuk pemilihan ini kepada kita. Masyarakat feudal Melayu tradisional sebelum kedatangan Inggeris telah memiliki struktur dan budaya pemilihan yang kompak lagi bersih.
Di Negeri Sembilan pemilihan dilakukan untuk memilih Datuk Empat, Ketua Kampong, Tok Penghulu, Kepala Adat termasuk Datuk Undang. Semua tersusun rapi dalam kumpulan 12 suku masyarakat tradisional yang berpaksikan ekonomi sawah padi.
Telah wujud sistem yang halus tersusun melalui adat turun termurun. Melalui pepatah petitih - peraturan , atur cara dan pendekatan pemilihan dirakamkan. Bulat air kerana pembentong – bulat manusia kerana muafakat. Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Inilah falsafah Melayu asli sebelum menjadi lucah atau dilucahkan dengan undi moden.
Politik undi sebelum era kolonial ini lahir dari sistem ekonomi tradisionl pertanian. Lebih tepat lagi pemilihan bermuafakat ini lahir dalam sistem ekonomi sawah padi. Keperluan bermuafakat bekerjasama amat penting sebagai tulang belakang ekonomi menanam padi.
Dalam kelompok masyarakat yang mengenal satu sama lain pemilihan ketua atau pemimipin berjalan dengan intim dan penuh semangat kekitaan. Warga kampong mengaku bersetia kepada yang telah dilantik. Mengangguk muka atau mengakat tangan adalah tanda setia. Perlantikan melalui adat budaya bukan disira dengan wang ringgit.
Masyarakat sawah padi memerlukan sikap kerjasama yang kuat sekali. Sikap dan budaya kerjasama ini wujud kerana pembuatan menanam padi itu memerlukan budaya bergotong royong. Ekonomi sawah bukan ekonomi persendirian. Hak aku hak aku. Hak kau hak kau.
Alam dan iklim melahirkan budaya. Hujan turun sarentak. Empangan dan tali air wajib dibaiki bersama-sama. Ini kerana laluan air ini akan melintasi semua kawasan sawah bukan hanya untuk Si Polan seorang sahaja. Kering dihulu bermakna akan kering dihilir. Tikus dihulu bermakna tikus dihilir. Menyemai dan mengubah benih juga dilakukan bersama-sama.
Kuasa Inggeris membawa masuk ekonomi duit a.k.a kapitalisma. Kapitalisma mengajukan hak bersendirian – private property. Ini konsep amat asing untuk Bani Melayu. Tanah wajib ada geran. Ada cukai. Ada penama. Ada hak milik. Semua ini menjadikan semua struktur masyarakat berubah.
Lagi luas tersebar ekonomi kapitalis lagi runtuh budaya masyarakat lama. Sikap dan budaya gotong royong luntur. Empangan kini dibuat oleh kerajaan bukan melalui gotong royong. Pembetongn dan perparitan dijalankan oleh Jabatan Air Alam Sekitar. Bantuan sokongan nasehat yang dahulunya datang dari yang tua berpengalaman kini diambil alih oleh Jabatan Pertanian. Ekonomi duit membawa budaya baru . Ekonomi duit membawa cara pemilihan perwaklian baru.
Kini ekonomi duit atau ekonomi kapitalis berkait rapat dengan politik undi. Betulkah apabila kita boleh mengundi maka kita ditakrif bebas , merdeka dan demokratik?
Malaysia dikatakan mengikut sistem parlimen Westminster. Sistem pilihanraya Inggeris telah berjalan lama. Pada hari ini ianya telah telah dewasa. Pada satu ketika dahulu cara pemilihan perwakian dalam Parlimen Westminster juga cacat. Parlimen Inggeris juga dilihat sebagai sarang dan tempat kaki putar. Penipuan dan hukum hakam dilulus untuk kepentingan mereka yang berkuasa. Sebagai bukti ialah sosok yang bernama Guy Fawkes ( 1570-1606). Sosok ini secara jujur dan adil telah datang ke Parlimen Inggeris untuk meledakan bangunan parlimen yang dianggap sebagai pusat penipuan. Amin.
Malaysia dan di banyak negara Dunia Ketiga - negara bekas tanah jajahan - pada ketika ini sedang melihat perwakilan parlimen sama saperti apa yang dilihat oleh Guy Fawkes 500 tahun dahulu.
Politik undi pada hari ini semakin dilihat tidak memberi manafaat saperti yang diharapkan. Amerika Sarekat yang mengakui sebagai negara pengamal demokrasi terulung dalam dunia ini semakin diketawakan. Statistik menunjukan ada hampir 300 juta warga Amerika yang boleh mengundi. Pada tahun 2016 hanya 55.7% pengundi Amerikan turun mengundi. Manakala di United Kingdom yang turun mengundi pada pilihanraya 2019 hanya 42.4 % . Yang tidak turun mengundi tidak ambil pot.
Ada satu pekara yang wajib kita beri perhatikan teliti tentang politik undi ini. Dari tahun ke tahun politik undi semakin mahal. Bukan sahaja mahal untuk SPR mengendalikan pemilihan. Yang menjadi mahal dan naik harga ialah perbelanjaan berkempen untuk mencalonkan diri sebagai wakil.
Di Amerika calon Presiden memerlukan 1 hingga 2 bilion dollar untuk berkempen. Obama menggunakan 730 juta dollar manakala McCain berbelanjan sebanyak 333 juta dollar. Trump dilapor menggunakan 1.4 bilion dollar untuk masuk ke Rumah Puteh.
Justeru di Amerika hanya yang kaya boleh bertanding. Jangan lupa kepada Ross Perot bilionwan yang bertanding atas tiket bebas untuk jadi Presiden Amerika pada tahun 1992. Hakikatnya hanya yang memiliki dana boleh mecalonkan diri. Walau pun didalam perlembagaan tertera : sesiapa sahaja warga Amerika boleh dicalonkan untuk kerusi Presiden. Fasal ini dalam Perlembagaan Amerika Sarekat telah menjadi dongeng.
Berkempen dalam PRU di Malaysia juga semakin mahal. Kalau satu ketika dahulu Sang Calon boleh menggunakan beberapa ratus ringgit sahaja. Kini zaman itu telah lama tamat. Hari ini harga untuk menjadi wakil rakyat bukan lagi puluh ribu. Buka ratusan ribu. Kini telah mencecah jutaan ringgit.
Dari mana duit ini dicekau? Jeng jeng jeng.
Inilah rahsia politik undi yang ingin saya rungkai. Apa bila Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara untuk saya ini adalah manifestasi politik undi. Apabila Najib terlibat dalam kes 1MDB pada hemat saya semua ini hanyalah manifestasi politik undi.
Dua dekat kebelakangan ini kita selalu mendengar politik wang. Apa sabenar nya politik wang. Bagaimana dan kenapa politik wang wujud. Saya akan menyambung pencerahan minggu hadapan. Selamat hari Raya Haji. Amin. (TT)
1 ulasan:
Mengundi pon tak guna pabila wakil adun/mp melompat katak, paling afdal cuba rosakkan undi dengan kapsyen #fuck youlah, sudah menang nanti lu lompat katak macam anak pelacur katak
Catat Ulasan