HEBAT CEKAP
TUNTAS
LANGKAH APDAL
TAK MACAM
DI PERAK
PUTAR SANA
PUTAR SINI
Shafie Apdal gagalkan usaha Umno bentuk kerajaan, kata Zahid
RANCANGAN Umno untuk membentuk kerajaan di Sabah gagal susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata usaha untuk membentuk kerajaan baharu itu telah dinafikan selepas Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin mendapat nasihat daripada ketua menteri, Mohd Shafie Apdal bagi pembubaran DUN.
Umno katanya akan bertanding dalam pilihan raya negeri dan memberi amaran perkara sama boleh berlaku di negeri lain.
“Hakikatnya pembubaran ini menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat, untuk rakyat menentukan dalam bentuk mandat baru yang akan diberikan.
“Saya mengharapkan apa yang sedang berlaku di Sabah harus menjadi iktibar kepada lain-lain negeri kerana keutamaan kepada rakyat hendaklah digarisbawahi supaya kemelut seperti ini tidak akan pernah berlaku,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Zahid, oleh kerana Muafakat Nasional setakat ini belum ada di Sabah maka sebarang keputusan berkenaan kerusi pilihan raya negeri kan ditentukan oleh kepimpinan Umno Sabah dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional
“Kita ketahui bahawa Umno Sabah telah diberikan kuasa autonomi, maka sesuatu pertimbangan akan saya bincangkan terutamanya dengan kepimpinan Umno Sabah dan juga Tan Sri Musa Aman sendiri serta rakan-rakan yang lain yang memimpin parti-parti politik Sabah yang bersama-sama Barisan Nasional.”
Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman semalam mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Pagi tadi, Shafie dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini umum pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas mendapat perkenan dari YDP.
Beliau juga berkata akan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua menteri sehinggalah pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. – 30 Julai, 2020.
SIAPA
DIBELAKANG
PROJEK INI
CUBA CARI
CUBA TANYA
CUBA SELIDIK
AMIN
INI PROJEK
NAK HALANG
APDAL DARI
JADI CALON
PERDANA
MENTERI
AMIN
6 ulasan:
Gua dah agak dah.nie keje anwar
Mantap dato shafie
Kena ajar katak dan pengkianat petualang
Nak tau siapa yang halang Shapie jadi calon perdana menteri, tanya lah siapa gila nak jadi perdana menteri? Saekor tu dah meratip 2 tahun lebih. PM ke8 tak dapat, suruh tunggu 6 bulan jadi PM ke 10, tak nak!
Ini pasti kerja Abam semburit
Ini jangan jangan kerja Abam Omega tak
Catat Ulasan