Sabtu, 18 Januari 2025
ZIONIS BLACKROCK TERUS DI SERANG SEBELUM GENCATAN SENJATA
ZIONIS BLACKROCK
TERUS DI SERANG
SEBELUM
GENCATAN SENJATA
AMIN
SCAM CHINA KE SCAM MELAYU ?
BUAT SCAM INI
CHINA KE MELAYU
KAH KAH KAH
SAJE TANYA KERANA
BANYAK KENA TIPU
KHALAS
KITA BERDEMO LAWAN RASUAH
Pusat C4 sokong Himpunan Rakyat Lawan Rasuah
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) hari ini menyertai senarai pertubuhan masyarakat sivil yang menyokong Himpunan Rakyat Lawan Rasuah yang akan datang di Kuala Lumpur.
Dalam kenyataannya, NGO itu mengulangi gesaan agar Putrajaya menyiasat semua kes rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih kerana yakin wujud keraguan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat terhadap komitmen kerajaan untuk menangani isu berkenaan.
Menurut Pusat C4, keadaan itu timbul disebabkan oleh kurangnya tindakan kerajaan terhadap rasuah walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjanjikan reformasi institusi bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, serta bertoleransi sifar terhadap rasuah dalam sektor awam.
Sebagai contoh, NGO itu memetik skandal rasuah yang melibatkan beberapa pemimpin dan kerajaan Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula enggan menjamin perlindungan kepada pemberi maklumat.
“Banyak peristiwa menambahkan rasa tidak puas hati orang ramai, seperti kekurangan reformasi antirasuah yang digubal walaupun terdapat banyak janji, termasuk pemisahan kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pendakwa raya, serta pembentangan undang-undang penting antirasuah, juga isu pelaksanaan hukuman ke atas Najib Razak yang mungkin membawa kepada penahanan di rumah.
“(Terdapat) persoalan serius mengenai peranan AGC dalam pelbagai pelepasan bukan pembebasan melibatkan individu berkuasa politik seperti Ahmad Zahid Hamidi, Rosmah Mansor, Najib, dan Bung Moktar Radin.
“Juga pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Sabah walaupun ia terlibat dalam pelbagai skandal rasuah,” katanya.
Tambah Pusat C4 lagi, Anwar perlu bersuara terhadap tindakan menekan pelbagai entiti prokerajaan terhadap pelajar Universiti Malaysia Sabah yang menganjurkan protes antirasuah di negeri itu pada malam tahun baru dua minggu lalu.
Katanya pelajar terbabit berdepan denngan gangguan dan ancaman dan ketara, termasuk tuntutan oleh tokoh berpengaruh dan universiti agar mereka membatalkan perhimpunan tersebut.
Polis pula, dakwa NGO berkenaan, bertindak "secara salah" kerana mengisytiharkan himpunan tersebut sebagai haram.
“Pihak yang bertindak memihak kepada kerajaan dan bagi pihak kerajaan jelas menindas hak pelajar itu berhimpun secara bebas.
“Anwar, di sebalik dakwaannya sendiri terhadap antirasuah, tidak bersuara secara jelas menyokong penganjur perhimpunan atau mengutuk tindakan yang diambil untuk menyekat mereka.
“Oleh itu, Pusat C4 mengulangi gesaan yang dibuat oleh Sekretariat Rakyat Lawan Rasuah untuk menjalankan siasatan telus sepenuhnya terhadap semua dakwaan rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih agar pihak yang didapati bertanggungjawab dikenakan tindakan pantas dan tegas.
“Selain itu, Pusat C4 menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang dan dasar tadbir urus yang baik untuk membetulkan rasuah sistemik yang telah menjadi endemik dalam landskap politik Malaysia.
"Kerajaan Madani tidak lagi boleh bergantung pada alasan dan justifikasi 'perubahan tambahan' lagi," katanya.
TURUN TURUN
KITA BERDEMO
LAWAN RASUAH
AMIN
LAWAN LAWAN
LAWAN
KITA DEMO
LAWAN RASUAH
KHALAS
NAJIB JUAL NEGARA PADA CHINA
Najib guna khidmat Jho Low di China, jana kekayaan negara
PUTRAJAYA – Najib berkata, beliau memerlukan bantuan Low Taek Jho atau Jho Low di China untuk menjana kekayaaan negara dengan segera kerana ahli perniagaan dalam buruan itu mempunyai pengaruh yang kuat di negara tersebut.
Bekas Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau menghantar pegawai khasnya ketika itu, Amhari Efendi Nazaruddin ke sana pada 2016 meskipun mengetahui reputasi buruk Jho Low.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Najib berkata, niatnya hanya ingin membantu menjana kekayaan Malaysia dan tidak mengetahui cerita terperinci yang diperkatakan bahawa Jho Low menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehubungan itu, beliau menafikan pemergian Amhari ke China atas misi rahsia bagi membincangkan kaedah pembayaran hutang 1MDB dan SRC International.
Akram: Dalam laporan yang dihantar oleh Amhari kepada awak mengandungi perbincangan untuk selesaikan hutang 1MDB?
Najib: Tidak setuju, perkara itu tidak berlaku.
Akram: Sekitar tahun 2016, berita mengenai 1MDB heboh diperkatakan bahawa Jho Low menyeleweng dana 1MDB?
Najib: Betul, saya mengetahui berita yang heboh diperkatakan itu.
Akram: Terdapat gambar dia sedang berparti atas kapal mewah dengan beberapa individu.
Najib: Betul.
Akram: Mengapa awak masih memilih Jho Low untuk membantu Amhari, walhal dia hangat diperkatakan menipu negara ketika itu?
Najib: Tujuan saya untuk jana kekayaan negara secepat mungkin sebab hubungan baiknya dengan China, bukan untuk minta negara itu selesaikan hutang kita.
Najib, 71, menyatakan demikian ketika sesi soal balas sewaktu menjawab empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Istana Kehakiman, bersambung esok. –
WOIT
MAKIN JELAS
PERANAN JO LO
CHINA MERAH
AMIN
MEREKA GUNAKAN
PEMIMPIN MELAYU
UNTUK ROMPAK
TANAH MELAYU
AMIN
SEBAB ITU
JO LO MASIH
DI PILIHARA
OLEH
CHINA MERAH
AMIN
KHALAS
MASA DAH SAMPAI TERAJANG MADANON
MASA DAH SAMPAI
TERAJANG
MADANON
KHALAS
Unknown commented on
"INDUSTRI DADAH AKAN MENAJA POLITIKUS"
Kalau kepala tak betul mana nak ekor betul pulak, atasan tidak betul kemudian salahkan bawahan kah kah kah atasan sambung kontrak bawahan disalahkan selalu kah kah kah ini budaya Malaysia Boleh
Unknown commented on
"PAGI INI"
Ya betul madani tidak layak, rakyat semakin susah, yang tidak menyokong mendapat segala kemungkinan, yang sokong pula dikorek setiap masa, ramai sesal ramai sengsara ramai meluat melihat karenah Pak Menteri yang tidak menang pilihanraya, semakin galak kes anak ditutup,
semakin ramai perasuah diangkat ke tingkat atas kerana bersetuju operasi diteruskan, sebenarnya masalah utama dari kepala kepala atasan, mementingkan diri jawatan kuasa kemewahan sendiri setiap masa,
kemudian salahkan orang bawahan setiap peluang ada, kepala tidak pernah mengaku gagal tidak mengaku bersalah jauh sekali mengaku tidak layak kah kah kah
orang-orang yang terang lawan rasuah akan diketepikan dijauhkan ditendang keluar kerana agenda atasan tidak dipenuhi, tidak pandai bodek tidak pandai berlakon tidak pandai cium tangan kah kah kah semakin cerdik semakin mundur pemikiran kita amin
ANWAR BLACKROCK TIPU PENCARUM KWSP
KWSP terus diasak ketika penswastaan MAHB semakin hampir jadi kenyataan
Wakil badan bukan kerajaan, parti politik dan aktivis hari ini berkumpul di luar ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mendesak penjelasan mengenai saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di sebalik amaran pelbagai pihak mengenai kerugian yang ditanggung dana simpanan persaraan itu.
Mereka mahu KWSP menjelaskan penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 pada harga sekitar RM6.74 seunit, sebelum dana itu membeli pada harga tawaran RM11 seunit dalam usaha menswastakan MAHB.
"Kepada siapa saham MAHB dan daripada siapa saham itu dibeli semula pada harga tinggi?" soal Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika menghantar memorandum kepada KWSP di Kwasa Damansara hari ini.
"Jual pada harga murah beli pada harga mahal ini sangat menghairankan kami padahal KWSP ini terdiri daripada orang bijak pandai. Saya percaya ada tangan-tangan ghaib," katanya.
Sebelum ini, Presiden MCA Wee Ka Siong memberi amaran penjualan saham MAHB oleh KWSP pada 2023 merugikan 16.1 juta pencarum.
"KWSP sudah mempunyai pelan strategik untuk menswastakan MAHB dan hanya perlu membeli 14.3% saham sebagai tambahan kepada 15.7% saham sedia ada bagi mencapai pegangan 30%.
"Sebaliknya, dengan penjualan hampir 10% kepentingan tersebut, KWSP terpaksa membeli balik kira-kira 25% lagi saham MAHB beberapa bulan kemudian," kata Wee baru-baru ini.
Syed Hassan mencabar KWSP menyaman Wee sekiranya dakwaan mengenai kerugian KWSP itu tidak benar.
Memorandum hari ini membantah penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), yang mencetuskan kontroversi disebabkan ia dimiliki penuh BlackRock, syarikat pelaburan yang terpalit dengan jenayah perang Israel di Gaza.
KWSP bersama Khazanah Nasional membentuk sebuah konsortium membabitkan GIP dengan pemilikan 30%, sebagai langkah menswastakan MAHB yang menguruskan lebih 30 lapangan terbang dalam dan luar negara.
Penawaran saham MAHB pada kadar RM11 seunit ditentang oleh pengarah bebas yang menyifatkan tawaran itu "tidak adil".
Buat masa ini, konsortium itu masih belum mencukupkan syarat 90% pemilikan saham MAHB bagi membolehkan syarikat berkenaan diswastakan.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa, berkata bantahan terhadap urusniaga itu dibuat bagi membela jutaan pencarum KWSP.
"Kita mohon KWSP memberikan satu jawapan kepada pencarum tentang keputusan yang telah dibuat berkaitan penjualan saham MAHB.
"Kita tidak mahu aset dalam negara kita dijual kepada negara luar lebih-lebih lagi kepada BlackRock yang pro-Israel," katanya.
Bekas ahli Parlimen PKR, Tian Chua berkata, KWSP selaku entiti yang memegang amanah sejumlah 16 juta pencarum, harus menguruskan pelaburan MAHB dengan teliti.
"KWSP ada hala tujunya. Semua pelaburannya harus beretika.
"BlackRock pula ada darah di tangannya," katanya merujuk kepada penglibatan firma pelaburan itu dalam industri ketenteraan Israel.
Pengkritik berkata penjualan saham MAHB oleh KWSP mengakibatkan dana itu mengalami kerugian sebanyak RM500 juta kerana akan membeli saham-saham itu semula pada harga RM11 seunit.
KWSP dalam satu kenyataan berkata aktiviti dagangan saham MAHB dibuat bagi menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu.
"KWSP telah menjadi pemegang saham MAHB sejak 30 November 1999, apabila syarikat itu disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham.
"Selama 24 tahun, KWSP telah menguruskan pelaburannya dalam MAHB berpandukan rangka kerja dan strategi jual beli saham yang teliti bagi memastikan pulangan yang optimum untuk ahli KWSP," katanya.
Mengulas mengenai tindakan menjual saham pada harga murah dan kemudian membeli pada harga lebih tinggi, ia mendakwa mempunyai polisi memisahkan jabatan-jabatan yang berbeza dalam pengurusan ekuiti awam.
ANWAR
BLACKROCK
TIPU 16 JUTA
PENCARUM KWSP
AMIN
ANWAR
BLACKROCK
JUAL 39 AIRPORT
MILIK KHAZANAH
KEPADA SYARIKAT
ZIONIS ISRAEL
AMIN
KHALAS
GAZA PERLU 45 BILION RINGGIT
Peruntukan RM45 bilion diperlukan untuk bangun semula sistem kesihatan Gaza
GENEVA: Sekurang-kurangnya AS$10 bilion (RM45 billion) diperlukan untuk membangunkan semula sistem kesihatan Gaza yang musnah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang, menurut penilaian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.
"Keperluannya sangat besar," kata Wakil WHO di wilayah Palestin, Rik Peeperkorn, kepada wartawan.
Dengan gencatan senjata yang hampir tercapai, usaha kemanusiaan kini memerlukan peningkatan besar-besaran dalam bantuan ke Gaza yang dilanda perang.
Dalam masa yang sama, penilaian sedang dibuat untuk menentukan tahap keperluan yang amat mendesak.
Peeperkorn menyatakan anggaran awal pasukannya menunjukkan kos untuk membangunkan semula sektor kesihatan saja adalah "melebihi AS$3 bilion (RM13.5 bilion) bagi satu tahun setengah pertama dan sebenarnya mencapai AS$10 bilion (RM45 bilion) untuk tempoh lima hingga tujuh tahun.
"Di Gaza, kita semua tahu tahap kemusnahannya sangat besar. Saya tidak pernah melihatnya berlaku di mana-mana saja dalam hidup saya, seumpama ini" katanya.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pula berkata "kurang daripada separuh hospital di Gaza masih berfungsi."
Beliau menyambut baik pengumuman oleh pihak pengantara bahawa Israel dan Palestin akhirnya mencapai gencatan senjata yang dianggap sebagai "satu berita terbaik."
Beliau menyuarakan harapan bahawa "perjanjian ini menandakan berakhirnya episod paling gelap dalam sejarah hubungan antara Israel dan Palestin."
"Kami menyambut berita ini dengan rasa yang sangat lega, tetapi turut bersedih kerana ia datang terlalu lambat, mengorbankan banyak nyawa dalam konflik ini," katanya.
Beliau turut menyuarakan "langkah berhati-hati memandangkan pernah mengalami harapan palsu sebelum ini, dan perjanjian itu masih belum disahkan."
Walaupun pengantara menyatakan perjanjian itu dijangka berkuat kuasa pada Ahad ini, Tedros menggesa kedua-dua pihak untuk tidak mengambil sikap tunggu dan lihat.
"Jika kedua-dua pihak komited terhadap gencatan senjata, ia seharusnya bermula segera. 'Ubat terbaik' adalah keamanan," katanya.
Peeperkorn menegaskan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersedia untuk "memperluaskan sokongan dengan cepat" di wilayah itu.
"Apa yang sangat penting sekarang adalah menghapuskan halangan keselamatan dan politik yang menghalang penghantaran bantuan ke seluruh Gaza," katanya.
Beliau turut menekankan keperluan akses yang "cepat, tanpa halangan dan selamat" bagi mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.
BAGAIMANA
DENGAN RUMAH
SEKOLAH DAN
SERINU SATU
MACAM LAGI
DIPERLUKAN
UNTUK HIDUP
AMIN
GAZA PERLU
DUNIA BANTU
KHALAS
SELAIN DARI JUAL DADAH JUAL AGAMA JUGA BANYAK UNTUNG
SELAIN DARI
JUAL DADAH
JUAL AGAMA
JUGA BANYAK
UNTUNG
AMIN
PATANI MERDEKA !!!
PATANI
MERDEKA!!!
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Siam panggil balik warga mereka kembali membina negara ini bukan pelik atau jelik, Siam semakin maju ke depan, ramai pelancong banyak industri banyak sektor membangun dengan keluasan pertanian yang kacau bahagian selatan tidak pernah aman, dimana mereka berada disitu kekacauan berlaku, tak kira negara mana sekalipun kah kah kah
inilah dugaan dunia sekarang, kah kah kah jangan sampai pintu masuk ke Siam ditutup sudah sebabnya ramai akan menjadi gila tidak dapat rasa pulut santan mangga Siam nanti kah kah kah terbaik
DEMO UNTUK HASUT TARIK SOKONGAN
LAWAN RASUAH
JADIKAN SENJATA
MENGHASUT
TARIK SOKONGAN
KHALAS
Unknown commented on
"ANWAR BLACKROCK
LEBIH ZALIM DARI MADEY"
rasuah ni biasanya sebab UMNO. kalau PKR, DAP & Amanah tarik sokongan dari kerajaan.. maka kerajaan ini boleh ditumbangkan tidak lagi perlu demo.
kan ?
dari buat demo lawan rasuah .. baik buat demo tarik sokongan.. lebih mudah sebab semua parti PH lawan rasuah..
kalau ini pun tak boleh buat.. buat apa kita mengundi PH dulu.. ye tak ?
kah kah kah
PAGI INI
PAGI IN
SABTU 18 JANUARI 2025
DEMO DEMO DEMO
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
PAK TANI TURUN MELAWAN
SEMUA INI PETANDA BAIK
KERAJAAN MADANON
SEDANG DI GASAK
LAGI BANYAK DEMO
LAGI BAGUS
TURUN TURUN
TURUN
GUA PENDAKWAH DEMO
TAK TURUN JALAN RAYA
TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
PASTI MENANG PILIHAN RAYA
HANYA JALAN RAYA
BOLEH MENGUBAH
PETI UNDI
KES DAGING BABI
MASIH HANGAT
KES TITAH TITAH TAMBANHAN
MASIH HANGAT
KAH KAH KAH
ANWAR BLACK ROCK DIMANA?
DI GERMAN KE ?
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
AMERIKA
MAHKAMAH AGONG AMERIKA
BERSETUJU UNTUK LARANG
TIK TOK DI AMERIKA
SEHINGGA TIK TOK
DI MILIKI OLEH SYARIKAT
AMERIKA BUKAN
SYARIKAT CHINA KOMUNIS
ISREAL
KABINET ISREAL
BINCANG SAMPAI TENGAH MALAM
KEMUDIAN LULUS
PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
AKAN BERLAKU AHAD ESOK
AMERIKA
UPACARA ANGKAT SUMPAH
DONALD TRUMP SENIN INI
DI ALIH DARI LUAR
MASUK DALAM BANGUNAN
DI KATAKAN CUACA TERLALUS SEJUK
ATAU
JENG JENG JENG
MASIH ADA RANCANGAN
NAK BUNUH TRUMP
DUA TELAH DI TANGKAP
MASA ARWAH JIMMY CARTER
DI KEBUMIKAN
MEDIA TAK LAPOR
PAKISTAN
BEKAS PRESIDEN IMRAN KHAN
DI PENJARA 14 TAHUN
ATAS TUDUHAN RASUAH
HOKKIEN
PAGI INI KELAM BASAH
LANGIT MENDUNG MACAM
NAK UJAN
MATA HARI BELUM KELUAR
DI PINTU MASUK
GUA DENGAR MURAI BERKICAU
MENYAMBUT PAGI
ADUH !
INDAH PAGI INI
TAPI MASUK DALAM HOKKIEN
BUNYI MESIN MERACUN RUMPUT
BUNYI MESIN POTONG RUMPUT
PADAM SEMUA SUARA
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA
MATAHARI
JAP LAGI
GUA KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
NAK TENGOK
APA BUAH SPESIAL
MINGGU INI
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU
BRO
PERANG
TIDAK ADA MATA
BRO
DUA POLITIKUS BERGADUH
KITA API API
KAN LAGI
BRO
DUA PARTI DALAM KERAJAAN
BERGADUH
KITA SOKONG YANG LEMAH
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)









