Ahad, 17 Ogos 2025
SOSOK BIJAK & JUJUR DI AMERIKA
DI AMERIKA
MASIH RAMAI SOSOK BIJAK DAN JUJUR
TAPI MEREKA DI PAGAR OLEH
KEPENTINGAN INDUSTRI SENJATA
YANG MENGAJUKAN PERANG
YANG BEKERJSAMA
DENAGN KAUM ZIONIS PRO ISRAEL
AMIN
ABANG INI TAK FAHAM !!!
ABANG INI TAK FAHAM
ADALAH BAIK MENTERI INI
TERUS JADI MENTERI
MAKIN RAMAI RAKYAT AKAN BENCI
PADA KERAJAAN
JANGAN LUPA
BILA MUSUH BUAT SALAH
JANGAN DIBETULKAN
TAK PERLU BERI NASIHAT
KES JALUR TEMBERANG
'Nila lebih baik dari racun' - Akmal ucap terima kasih pada Mat Hasan
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menyatakan penghargaan kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, di tengah-tengah serangan berterusan Pemuda DAP terhadapnya.
Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal turut menyindir kritikan keras daripada Pemuda DAP berhubung isu Jalur Gemilang baru-baru ini.
"Kerana nila lebih baik daripada racun. Terima kasih tok mat," katanya memuat naik tangkap layar laporan Malaysiakini bertajuk 'Pemuda DAP gesa Mohamad tak pertahan nila setitik'.
Dalam hantaran terdahulu, Akmal turut menzahirkan penghargaan kepada Mohamad yang mengatakan tindakan tidak boleh dikenakan terhadapnya sahaja, selepas menganjurkan perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
"Untuk kami takut kepada mereka tidak sama sekali," katanya sambil berkongsi laporan berita tersebut.
Semalam, Mohamad menggesa DAP mengawal sayap Pemudanya dan “kembali berfikir secara rasional,” sambil mengingatkan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru yang boleh menyulitkan kerja kerajaan perpaduan.
Kenyataannya itu dibuat selepas sayap Pemuda DAP di beberapa negeri menggesa parti itu memutuskan kerjasama politik dengan Akmal.
Mohamad turut mempertahankan perhimpunan yang dianjurkan Akmal di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Dia menyifatkan perhimpunan itu sebagai “misi aman” dan mengatakan mujur tiada perkara buruk berlaku selepas Akmal “diprovokasi”.
Susulan itu Majlis Eksekutif Pemuda DAP mendesak Mohamad supaya memberikan nasihat yang sama terlebih dahulu kepada Akmal.
Menegaskan bahawa Akmal telah berulang kali mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan politik, Majlis Eksekutif Pemuda DAP menggesa Mohamad untuk mengakui perkara itu dan tidak terus mempertahankan “nila setitik”.
Pemuda DAP juga mengingatkan Mohamad tentang “perangai samseng” serta kesalahan lalu dilakukan ketua Pemudanya itu.
Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, turut menzahirkan sokongan kepada Akmal dengan menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai seorang patriotik kerana memeprtahankan bendera negara.
Mohd Puad mempersoalkan mengapa mereka yang mempertahankan Jalur Gemilang pula dilabel sebagai “samseng politik”.
“Adakah tiodak boleh ditegur? Dr Akmal dan Pemuda Umno bukan mahu merusuh. Ttu hak meereka untuk berhimpun,” tegasnya.
Akmal sebelum itu mengetuai satu himpunan di luar sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas selepas pemiliknya disiasat kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
KES JALUR
TEMBERANG
HANYA
MANIFESTASI
AMIN
ISU SEBENAR
TAK SUKA DAP
TAK SUKA ZAHID
AMIN
RAKYAT MAHU
KERAJAAN
MADAFAKA
RUNTUH
AMIN
KHALAS
PENSEJAJARAN BARU
MIC akui adakan perbincangan tak rasmi bersama PN
KOTA TINGGI: MIC mengakui parti berkenaan sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentukan hala tujunya.
Presiden MIC, S A Vigneswaran, berkata pucuk pimpinan parti itu sedang meneliti dengan serius hala tuju susulan usul dicadangkan akar umbi termasuk dari Kedah dan Pulau Pinang untuk menyokong PN.
Katanya, dinamika dan landskap politik negara yang sudah berubah memerlukan parti itu menentukan hala tuju bagi memastikan ia tidak terkubur.
"Ya, kita akui ada melakukan perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju MIC. MIC tak sembunyi apa-apa, ini bukannya hubungan sulit.
"MIC akan menentukan hala tuju kita sendiri, namun kami tidak marah dengan siapa-siapa," katanya selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Johor yang ke-79, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi MIC Johor, K Raven.
Minggu lalu, beberapa MIC negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak dilaporkan meluluskan usul untuk bekerjasama dengan PN dan tidak menolak kemungkinan keluar daripada Barisan Nasional (BN)
Namun, Pengerusi MIC Kedah, SK Suresh, dilaporkan berkata, keputusan muktamad akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti itu.
Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata, MIC masih meneliti dengan terperinci hala tuju parti berkenaan sebelum keputusan muktamad dibuat nanti.
Katanya, keputusan yang akan diambil nanti adalah untuk kebaikan masyarakat India negara dan parti di masa hadapan.
"Semua perlu faham, dinamika politik negara sudah berubah, jika MIC tak terima hakikat itu, kami akan hilang. MIC terima, kami dikata lemah, namun pelik apabila masih ramai nak bincangkan mengenai parti ini. Ini kita tak faham.
"Banyak analisis dibuat mengenai MIC, macam-macam yang yang dikatakan namun kita tidak percaya. MIC hanya percayakan akar umbi kami sahaja," katanya.
INI LANGKAH
PENSEJAJARAN
BARU
AMIN
NO ZAHID
NO DAP
NO MADAFAKA
KAH KAH KAH
TERUSKAN
HINDRAF SEKALI
LAGI
AMIN
TAK TURUN
JALAN RAYA
TAK AKAN
MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
SATU LAGI KES MATI KATAK
Keluarga Wan Faris tuntut pihak berkuasa buka semula siasatan
Selepas kes kematian Zara Qairina Mahathir, ingatan orang ramai kini kembali kepada kes kematian membabitkan pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang meninggal dunia 12 tahun lalu.
Malam tadi Himpunan Justice for Faris diadakan di Dataran Warisan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV bagi menuntut pihak berkuasa membuka semula siasatan jenayah terhadap kes berkenaan.
Menurut laporan Berita Harian, peguam keluarga, Alias Ibrahim, berkata, beberapa keterangan penting pada prosiding inkues sembilan tahun lalu sepatutnya mencukupi untuk memulakan siasatan.
"Terdapat beberapa bukti penting seperti nama suspek, laporan polis serta penemuan sampel DNA pada kain pelikat yang dijumpai bersama mangsa, juga sepasang selipar di lokasi mayat Allahyarham dijumpai.
"Namun, sebagai peguam saya kecewa dan terkilan kerana barangan bukti penting seperti DNA dan cap jari tidak dianalisis secara menyeluruh walaupun maklumat berkenaan sudah dikemukakan semasa prosiding koroner.
"Bukti dan keterangan dikemukakan di Mahkamah Koroner pada 2016 sudah mencukupi, namun mungkin ia tidak kukuh sepenuhnya bagi menghidupkan siasatan dan pertuduhan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita.
Alias turut mendedahkan motif kejadian berkemungkinan membabitkan unsur buli dan dendam, susulan beberapa insiden yang menyebabkan segelintir pihak tidak berpuas hati terhadap Allahyarham.
"Saya sendiri mengendalikan kes ini sejak 12 tahun lalu. Apa yang masyarakat lihat dan baca dalam nota keterangan mahkamah yang tular di media sosial sebenarnya adalah fakta yang pernah didengar dalam prosiding rasmi mahkamah, bukannya rekaan," katanya.
Dalam pada itu, Alias berkata saman sivil yang difailkan keluarga terhadap kerajaan persekutuan dan pihak polis pada Julai lalu akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 Ogos ini.
Pihaknya turut mendesak siasatan jenayah diambil alih oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan bukan lagi dikendalikan oleh pasukan penyiasat dari Kelantan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti.
Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.
Mayatnya dilaporkan dijumpai penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas itu dan hasil bedah siasat mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut serta tiada kaitan dengan unsur jenayah.
KEMATIAN
ZARA MEMBUKA
BANYAK KES
MATI KATAK
AMIN
INI KERANA
RAKYAT TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
TAK TURUN
JALAN RAYA
TERUS MATI KATAK
AMIN
KHALAS
AMERIKA RUNTUH - ISRAEL TERKUBUR
ISRAEL RUNTUH
BILA AMERIKA
RUNTUH
AMIN
SEKARANG
PERLAWANAN
DI TERUSKAN
KHALAS
Unknown commented on
"PELESTIN DIHALAU
MASUK KE MESIR"
Hari itu kata Hamas dah berjaya, Iran dah berjaya melumpuhkan Yahudi? Tak betul kah? Apa cerita berpusing juga TT ini? Kalau berjaya Yahudi takut patut dah blah ini berterusan sketsa sekarang apa sebenarnya berlaku? Nampak sangat Yahudi masih berupaya menghalau anak watan ke tempat lain kah kah kah
BONGKAR SATU LAGI KES MATI KATAK - SAPA PEMBUNUH - KINI DALAM KERAJAAN ?
SIAPA
PEMBUNUH INI?
KINI KEMBALI
BERKUASA DALAM
KERAJAAN ?
AMIN
ORANG BAIK LEBIH RAMAI DARI ORANG JAHAT
Sanggup sewa 3 rumah, gaji pekerja urus 700 kucing sakit, terbiar diselamatkan dari jalanan
NILAI: Tidak sampai hati melihat kucing sakit dan terbiar hidup di jalanan, pasangan suami isteri sanggup menyewa tiga rumah untuk menempatkan sehingga 700 kucing yang diselamatkan.
Selain kediaman sendiri di Putrajaya yang menempatkan kucing untuk pertandingan, pasangan Nor Izwan Asli, 42, dan Ernani Hamis, 40, turut menyewa dua lagi rumah di Lenggeng, dekat sini serta Cheras di Kuala Lumpur untuk menempatkan kucing sakit dan terbiar dari jalanan.
Bermula dengan sebuah rumah kampung di Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor pada 2015 yang menempatkan kira-kira 30 ekor kucing, pasangan itu mula menyewa beberapa rumah lain selepas jumlah kucing diselamatkan bertambah.
"Di Putrajaya itu rumah kami sendiri, yang ditempatkan kucing cantik untuk pertandingan, manakala dua rumah lagi untuk kucing bermasalah.
"Mereka (kucing elok dan kucing bermasalah) perlu diasingkan untuk mengelak jangkitan penyakit," katanya.
Mengenai kos ditanggung, pasangan itu mengakui membelanjakan lebih RM20,000 sebulan untuk operasi tiga rumah terbabit meliputi kos makanan, penjagaan kesihatan dan gaji pekerja.
Kebanyakan kucing diselamatkan adalah anak kucing yang tiada ibu, kucing mengandung, mempunyai kecacatan atau kucing berpenyakit.
"Kami hanya selamatkan kucing bermasalah yang ditemui di jalanan... jika kucing jalanan sihat, biasanya kami berikan makanan sahaja," katanya.
Ernani pula berkata, untuk menjana pendapatan, dia dan suami turut menyediakan perkhidmatan 'grooming', hotel kucing dan khidmat penghantaran haiwan itu.
"Dari segi makanan, kebanyakannya ditampung hasil kemenangan dalam pertandingan atau pertunjukan kucing cantik. Setiap bulan kami akan menyertai pertandingan di seluruh negara.
"Selain menyertai pertandingan kucing cantik, kami kerap bekerjasama dengan banyak pihak bagi program 'adoption' (pengambilan anak angkat) setiap bulan bagi memastikan jumlah kucing tidak terus bertambah.
"Ada pihak salah anggap kami jual kucing, sebenarnya caj RM200 dikenakan itu untuk kos rawatan dan penjagaan kesihatan. Malah mereka turut diberikan pakej makanan, peralatan dan 'carrier'," katanya.
Tambah Ernani, dia kini sedang membangunkan taman kucing di Ipoh, Perak untuk membeir lebih keselesaan kepada kucing yang semakin bertambah.
"Kucing-kucing ini memerlukan cahaya dan alam semula jadi. Jika tidak, mereka akan tertekan dan alami penyakit. Jadi taman ini akan memberikan mereka lebih kebebasan.
"Tetapi taman ini mengambil masa lama untuk disiapkan kerana kosnya tinggi. Kami buat sikit-sikit," katanya.
INI BUKTI
ORANG BAIK
LEBIH RAMAI
DARI
ORANG JAHAT
AMIN
SAYANG PADA
BINTANG SAMA
JUGA SAYANG
PADA MANUSIA
AMIN
KHALAS
MAKAM HOKKIEN
MAKAM HOKKIEN
FLET YANG GUA SEWA
DI SEBALAH MAKAM HOKKIEN
INI WILAYAH HIJAU HUTAN TEBAL
PALING DEKAT DENGAN KOTA
DULU SEWA MURAH
KERANA KUBUR
3 BUS STOP KE PASAR SENI
20 MINIT JALAN KAKI
KE KL SENTRAL
HUTAN TEBAL TEMPAT TADAHAN AIR
SUNYI SEJUK NAYAMAN INDAH
AMIN
Unknown commented on
"PETANG INI"
Hisham, kenapa kau suka sangat pergi kubur cina?
LEMBAH BUJANG BUKAN KELING
LEMBAH BUJANG
LEMBAH BUJANG KERAJAAN MELAYU
BERAGAMA HINDU
BUKAN ORANG KELING DARI KALINGA
YANG JADI RAJA
BAGITU JUGA PARAMESWARA
DIA PUTERA RAJA MELAYU
DIA BERAGAMA HINDU
DIA BUKAN KELING
HINDU PRINCE ITU
KONSEP DI BAWA OLEH INGGERIS
SAMA MACAM INGGERIS GUNA
MALAYA UNTUK GANTI TANAH MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"INGGERIS BAWA
CHINA & INDIA KE TANAH MELAYU"
Masa portugis belanda dia bawak siapa? Biawak belanda ayam belanda? Masa sebelum portugis di lembah bujang tu siapa? Siapa raja disana? Rajagopal atau rajasingam?kajakakaka
KES 1MDB NAJIB LAMA SANGAT
KES 1MDB NAJIB
KES INI BERJALAN DI MALAYSIA LAMA SANGAT'
DI AMERIKA YANG TERLIBAT DAH DI HUKUM
DI SWITZERLAND YANG TERLIBAT DAH DI HUKUM
DI SINGAPURA YANG TERLIBAT DAH MASUK JIL
PUKI MAK
DI MALAYSIA MASIH BELUM SELESAI
PASAI APA?
MUSTAHIL NAJIB AKAN DI DAPATI TIDAK BERSLAH
KERANA KUNCU-KUNCU LAIN
TELAH MAASUK PENJARA
MUSTAIL KEPALA TAIK INI
AKAN BEBAS
APAKAH NAK LAMBATKAN
AGAR NAJIB DI PENJARA
DALAM RUMAH MACAM KES SRC?
KHALAS
KES SERANG ANAK RAFIZI
Kes serang anak Rafizi diambil alih JSJ Bukit Aman
KUALA LUMPUR: Siasatan kes serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kini diambil Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata penyerahan kes itu kepada Bukit Aman selaras keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
"Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan," katanya melalui kenyataan hari ini.
Semalam, Shazeli memaklumkan polis menemukan beberapa petunjuk positif bagi mengesan suspek kes serangan terhadap anak Rafizi di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu lalu.
Beliau berkata, petunjuk berkenaan diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.
Terdahulu, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau 'whistleblower' berkait sebuah skandal.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia juga cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.
Beliau mendakwa seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.
Media sebelum ini melaporkan polis sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.
KES INI
MUDAH SELESAI
AMIN
CUI BONO
SAPA UNTUNG
KAH KAH KAH
MUSTAHIL TIDAK
TAHU
KAH KAH KAH
KITA TUNGGU
BERAPA LAMA
BARU ADA
TANGKAPAN
KAH KAH KAH
ATAU KES INI
DITERLUPAKAN
MACAM KES
SIMBAH ASID
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)







