Khamis, 4 Disember 2025
ALBERT TEI BANGUN MELAWAN
Tei cabar Anwar: Jawab dalam tujuh hari atau letak jawatan
Ahli perniagaan Albert Tei memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjawab sejumlah tuntutan berkaitan pertuduhan baharu berhubung tawaran rasuah dalam skandal lombong Sabah.
Bercakap kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejurus selepas membayar ikat jamin RM70,000, Tei berkata tuntutannya merangkumi penjelasan berhubung rakaman CCTV dari rumahnya pada 28 Nov – hari dia ditahan – selain beberapa kejadian yang didakwa berlaku semasa dan sebelum tangkapan.
“Saya menuntut penjelasan daripadanya (Anwar) dalam tujuh hari, termasuk rakaman CCTV itu, dan sama ada beliau mengarahkan Shamsul Iskandar menghantar mesej kepada saya.
“Bayangkan — Shamsul adalah setiausaha politik kanan, orang kanan, orang nombor dua kepada perdana menteri. Kalau dia pun saya tak boleh percaya, siapa lagi saya boleh percaya?” kata Tei, yang berdepan empat pertuduhan menawarkan rasuah RM176,830 kepada Shamsul Iskandar, yang turut didakwa menerima habuan itu.
“Saya beri (Anwar) tujuh hari untuk jawab semua tuntutan saya. Jika gagal, kamu mesti letak jawatan,” kata Tei, mengakhiri sidang media itu dengan laungan “Reformati!” (reformasi sudah mati).
‘Anwar arahkan rakam video?’
Tei turut mendakwa bahawa Shamsul Iskandar — yang telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kanan — pernah memaklumkan kepadanya: “Anwar suruh rakam (video) Adun Sabah yang terlibat dalam skandal rasuah ini.”
Tei, yang sebelum ini didakwa memberi rasuah kepada dua bekas Adun Sabah, merujuk siri pendedahan videonya sejak November tahun lalu yang mengaitkan lebih 12 wakil rakyat dalam pentadbiran ketua menteri Hajiji Noor sebelum ini.
“Kenapa saya lawan isu rasuah Sabah ini sejak November 2024? Sebab ada dalang besar di belakangnya, satu ‘jerung’ besar!
“Saya nak tanya — adakah Anwar Ibrahim sudah disiasat? Adakah keterangannya telah diambil?”
Menurut Tei, dia bertanya kepada Shamsul apakah benar tindakan itu dibuat atas arahan perdana menteri.
“Dia (Shamsul) kata, ‘dia (PM) sudah bincang dengan perdana menteri dan perdana menteri minta ia dibuat.’
“Sebab video rasuah ini boleh digunakan untuk memeras ugut mereka demi kepentingan politik. Baru saya berani teruskan!” kata Tei.
‘SPRM acukan pistol seperti 1998’
Tei juga mengulangi dakwaan — yang sudah dinafikan MACC — bahawa anggota suruhanjaya agensi itu mengacukan pistol ke arahnya semasa serbuan.
“Bila mereka serbu, saya turun dan buka pintu, buka tingkap. Salah seorang pegawai pakai topeng macam hantu — memang menakutkan!
“Dia acu pistol dan jerit, ‘buka pintu! buka pintu!’ Tapi mereka akhirnya pecahkan pintu juga — selak keselamatan dah tersekat. Bukan saya tak nak buka.”
Tei turut menyamakan cara dia ditangkap dengan cara Anwar ditahan pada 1998 — tetapi mendakwa dirinya diperlakukan lebih kasar.
“Tapi masa itu Anwar tak digari, tak tertiarap dan diikat dengan kabel.
“Apa yang mereka buat pada saya sama seperti apa yang berlaku pada dia (Anwar) pada 1998,” kata Tei, yang sebelum ditahan dilihat bersama dengan Dr Mahathir Mohamad — tokoh yang memecat Anwar sebagai timbalannya pada ketika itu.
Pengerusi MACC Azam Baki sebelum ini menegaskan penangkapan Tei dibuat mengikut prosedur, dan laporan polis telah dibuat supaya siasatan dijalankan terhadap dakwaan “fitnah” ke atas pegawainya.
HEBAT HEBAT
ALBERT TEI
MEMANG HEBAT
AMIN
BERANI LAWAN
MADAFAKA
KAH KAH KAH
AMIN
ORANG RAMAI
SOKONG
ALBERT TEI
AMIN
SEMUA
NAK TAHU APA
LAGI CERITA BARU
AMIN
KHALAS
SUARA CUKONG TAK MAHU BAYAR CUKAI
'Boleh abaikan saya tapi bukan suara rakyat Sabah' - Lim ingatkan Anwar
Penasihat DAP, Lim Guan Eng, mengingatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bahawa tindakan mengabaikan suara pengundi Sabah boleh menjejaskan PH dan menyukarkan sokongan terhadap gabungan itu.
"Perdana Menteri boleh memilih untuk tidak mendengar saya. Namun, beliau tidak mampu untuk mengabaikan suara pengundi Sabah. Berbuat demikian akan menjejaskan prospek PH dan DAP serta sokongan rakyat terhadap kerajaan perpaduan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Bekas menteri kewangan itu menafikan dakwaan bahawa dia hanya membangkitkan kesusahan rakyat akibat peluasan asas percukaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), e-invois dan bayaran balik tertangguh bagi lebihan cukai yang telah dibayar, hanya selepas dan bukan sebelum pilihan raya (PRN) Sabah.
"Sebaliknya, perdana menteri tetap meneruskan pelaksanaan langkah-langkah tersebut pada separuh kedua tahun 2025," katanya.
Lim berkata sebelum PRN Sabah, dia berucap berkali-kali di Parlimen bagi menggesa kerajaan menangguhkan dan mengkaji semula peluasan skop SST, e-invois, sumbangan 2 peratus oleh majikan kepada KWSP untuk pekerja asing mereka serta cukai-cukai lain.
"Sejak Disember 2024, saya telah membuat sekurang-kurangnya tujuh ucapan di parlimen membantah peluasan skop SST dan langkah-langkah lain yang membebankan rakyat.
"Malah pihak media di Parlimen juga boleh mengingati dan mengesahkan bahawa saya telah berulang kali membuat ucapan meminta kajian semula dan penangguhan langkah-langkah SST, cukai dan lain-lain ini," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Lim membangkitkan isu dihadapi Cheong Wei Foong, pengusaha empat buah akademi muzik yang menghadapi masalah bayaran balik lebihan cukai yang tertangguh oleh LHDN sejak tahun 2020.
Katanya, sepanjang tempoh lima tahun, Cheong berkali-kali hadir sendiri ke pejabat LHDN untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan, tetapi pulang dengan kekecewaan.
"Beliau ditangguhkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM112,000. Setelah membuat aduan kepada LHDN Cawangan Bangi, beliau akhirnya menerima hanya RM4,147 pada bulan Mac tahun ini.
"Beliau amat kecewa kerana jumlah tersebut terlalu kecil berbanding keseluruhan tunggakan. Selepas membuat semakan lanjut, beliau dimaklumkan bahawa itulah sahaja amaun yang dapat diproses pada waktu ini, manakala baki selebihnya masih perlu menunggu — tanpa sebarang tarikh pasti bila ia akan dikembalikan.
Justeru Lim menggesa LHDN untuk segera memulangkan lebihan cukai yang tertunggak, bukan sahaja kepada Cheong tetapi juga kepada seluruh pengusaha PKS yang berdepan situasi sama.
"Wang yang dituntut ini adalah hak syarikat, oleh itu ia tidak wajar sama sekali ditangguhkan," katanya
GUAN ENG SUARA
CUKONG TAK
MAHU BAYAR
CUKAI
AMIN
CUKONG NAK
LARI DARI
BAYAR CUKIA
AMIN
SELAMA INI
CUKONG ELAK
CUKAI
AMIN
SOKONG DAN
TAHNIAH PADA
MADANI KUTIP
CUKAI
UNTUK RAKYAT
KHALAS
BERITA BAIK UNTUK DUNIA - AMERIKA NAK SERANG VENEZEULA
WAJIB KITA
ALAU-ALUKAN
NIAT TRAMP
NAK SERANG
VENEZEULA
AMIN
LAGI CEPAT SERANG
LAGI CEPAT SISTEM
EKONOMI KAPITALIS
AMERIKA RUNTUH
KHALAS
SETPOL ANWAR BIN IBRAHIM BUAT LAWAK
Saya tak bersalah – Shamsul Iskandar ikrar lawan dakwaan rasuah
Berdepan pertuduhan menerima suapan daripada ahli perniagaan Albert Tei, bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Md Akin, berikrar untuk membersihkan namanya.
Bercakap kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas didakwa dengan empat pertuduhan menerima rasuah, Shamsul Iskandar – ditemani pasukan peguam – berjanji mematuhi sepenuhnya proses undang-undang.
“Insya-Allah, saya akan buktikan saya tidak bersalah. Kita akan ikut jalur hukum proses mahkamah.
“Dan sejak dari awal, seperti rakan-rakan media tahu, saya mengambil sikap proaktif dan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan dan insya-Allah membersihkan nama saya. Saya berdoa dan minta rakan-rakan doakan supaya kebenaran akan dapat kita capai,” katanya.
Shamsul Iskandar berdepan empat pertuduhan menerima suapan RM176,830 daripada Tei – yang turut didakwa memberi rasuah – didakwa bagi membantu syarikat-syarikatnya mendapatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.
Pertuduhan itu termasuk dua dakwaan menerima wang tunai berjumlah RM140,000, manakala bakinya berupa perabot dan peralatan.
Peguam Shamsul Iskandar, Amer Hamzah Arshad, berkata pemimpin PKR Melaka itu konsisten menafikan semua tuduhan.
“Beliau sejurus, selepas berita atau tohmahan dikeluarkan telah membuat laporan polis di Sandakan semasa ketika itu beliau berada di Sabah untuk kempen,
“Beliau telah membuat laporan polis untuk membersihkan tohmahan tohmahan yang telah dilemparkan ke atas beliau dan juga ke atas PMX (Anwar),” kata Amer Hamzah.
Sementara itu, seorang lagi peguamnya, Yusmadi Yusoff, memberi peringatan kepada para pengulas dalam talian.
“Kes ini baru bermula, tak perlu kita berspekulasi kerana saya lihat banyak juga komen-komen yang saya rasa yang agak melampaui batas dan saya tidak teragak-agak untuk melihat mana-mana komen komen yang melampaui daripada apa yang sepatutnya,” katanya.
Shamsul Iskandar dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM atas pertuduhan menerima rasuah, manakala Tei pula didakwa mengikut Seksyen 17(b) kerana memberi rasuah.
Kedua-dua kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali jumlah suapan.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Suzana Hussin, yang mendengar kedua-dua kes, hari ini menetapkan jaminan RM150,000 dengan dua penjamin untuk Shamsul Iskandar dan RM70,000 dengan dua penjamin untuk Tei.
Diiringi pasukan peguam, Shamsul Iskandar meninggalkan kompleks mahkamah jam 1.13 tengah hari diiringi laungan “Bebas! Bebas! Bebas Shamsul!” dan “Tolak Fitnah!”



