Selasa, 20 Mei 2025
SABTU PETANG DI SOGO - TURUN TURUN TURUN
Demo diteruskan walaupun ada Sidang Kemuncak Asean
Perhimpunan antikerajaan bagi “mempertahankan kepentingan Melayu” di ibu negara Sabtu ini tetap diteruskan walaupun tarikhnya bertindih dengan Sidang Kemuncak Asean pada 23 hingga 28 Mei.
Aktivis politik Syed Hassan Syed Ali berkata mereka sedar terdapat penutupan jalan secara berperingkat di sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu, namun yakin ia tidak menghalang kehadiran orang ramai.
Mewakili kumpulan dinamakan “Sekretariat Gabungan NGO Melayu-Islam”, Syed Hassan berkata mereka juga tidak berniat mengganggu persidangan Asean.
“Hanya kebetulan tarikh itu bertindih, percayalah NGO kami ini antara yang disiplin.
"(Kami) tidak suka buat huru hara, hanya ingin meluahkan kegusaran dan kegelisahan kami sebagai rakyat biasa yang melihat keadaan semasa negara yang dipimpin oleh kerajaan yang semakin hari semakin lama kita lihat merugikan kepentingan Melayu dan Islam,” katanya.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Syed Hassan berkata pihaknya telah mengundang pemimpin daripada pelbagai parti politik sebagai simbol penyatuan Melayu merentasi parti.
“Semua pemimpin politik dijemput dan boleh menghantar wakil untuk berucap,” katanya yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Kumpulan itu pada 13 Mei lalu mengumumkan perhimpunan itu bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan mempertahankan kepentingan Melayu-Islam.
Antara isu yang dibangkitkan termasuk Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA), yang didakwa berpotensi menggugat pemilikan tanah orang Melayu di bandar; serta isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru di ibu negara.
Sementara itu, Syed Hassan berkata bahawa mereka telah menyerahkan surat makluman kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita mengharapkan kerjasama daripada pihak PDRM, dan mereka telah menerima surat yang dihantar.
Insya-Allah tiada halangan. Dan mereka sedia bekerjasama bagi memastikan kelancaran program,” jelasnya.
TURUN TURUN
TURUN
AMIN
ASEAN UNTUK
AGENDA BAIK
WILAYAH ASEAN
AMIN
HIMPUNAN MELAYU
DI SOGO UNTUK
AGENDA BAIK
BANI MELAYU
AMIN
KHALAS
PKR GANTI MIC
Kongres Nasional PKR 2025: Polis ambil langkah keselamatan
JOHOR BAHRU – Polis Johor memberi jaminan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan penganjuran Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 selama tiga hari di bandar raya ini lancar dan selamat.
Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, kongres berkenaan yang bermula Khamis ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada), Hotel Berjaya Waterfront, Pusat Konvensyen Danga Bay dan pusat beli-belah Toppen.
“Anggota polis akan ditempatkan di empat lokasi penganjuran program sempena kongres berkenaan di sekitar bandar raya ini.
“Kesesakan lalu lintas mungkin akan berlaku memandangkan jangkaan lebih kurang 10,000 orang terdiri daripada delegasi, ahli parti dan tetamu kehormat akan hadir.
“Acara ini akan berlangsung bermula Khamis sehingga Sabtu ini,” katanya ditemui pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Menurut beliau, pihaknya tidak menjangkakan sebarang isu besar akan timbul pada penganjuran kongres itu selagi mana semua peraturan dan undang-undang dipatuhi.
“Kita tidak jangkakan ada apa-apa isu berlaku. Kita ada peruntukan undang-undang untuk dipatuhi. Jadi, selagi ikut undang-undang, tidak ada masalah, walau apa sahaja program yang dianjurkan,” katanya.
Kumar turut memaklumkan, tiada sebarang penutupan jalan raya dibuat sepanjang tiga hari berkenaan, namun mengakui kesesakan lalu lintas mungkin akan berlaku.
“Kita tidak tutup sebarang jalan, tetapi akan berlaku sedikit kesesakan di kawasan bandar raya, tetapi kita tidak nampak ada isu besar,” katanya.
Sebelum ini, Kongres Nasional PKR dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Disember 2024 di Persada.
Bagaimanapun, pada 30 November tahun lalu, PKR dilaporkan memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional PKR itu susulan bencana banjir di beberapa negeri termasuk Johor, ketika itu. –
PARTI
ANAK BERANAK
MAKIN HEBAT
KAH KAH KAH
LEBIH HEBAT
DARI MIC
KAH KAH KAH
DAH JADI
PARTI PARIAH
KAH KAH KAH
AMIN
PETANG DI SOGO - MALAM DI DATARAN MERDEKA !!!
Kumpulan ajak turun berdemo tuntut Azam Baki undur
Sekretariat Undur Azam Baki mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka pada jam 8 malam, 24 Mei ini bagi menyatakan bantahan terhadap lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Kumpulan itu berkata himpunan tersebut akan menjadi medan bagi rakyat menyuarakan pendirian terhadap pelantikan semula Azam.
Sekretariat Undur Azam Baki berkata program “Pidato Rakyat: Undur Azam Baki” dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam, 24 Mei ini.
“Pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SUruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan suatu tindakan yang mencemarkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban institusi awam.
“Langkah ini adalah satu penghinaan nyata oleh kerajaan Madani terhadap usaha memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran dan keadilan negara,” kata kumpulan itu pada satu kenyataan.
Sekretariat itu turut memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan kempen #TangkapAzamBaki, yang pernah disokong oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum gabungannya membentuk kerajaan perpaduan pada 2022.
“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap maruah dan integriti negara untuk bersama-sama menghadirkan dan menyatakan solidariti dalam himpunan ini,” tambah kenyataan tersebut, yang turut dimuat naik di laman Instagram Federasi Pemuda Kebangsaan.
Sebelum ini, sebuah gerakan pelajar di Sabah turut mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah pelantikan semula Azam serta isu-isu berkaitan rasuah.
Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0, yang dijadual berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan, bertujuan menjadi “amaran tegas” kepada mereka yang didakwa menghancurkan Sabah demi kepentingan peribadi.
Minggu lalu, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenankan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Azam, 62, memegang jawatan tersebut sejak 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya dan telah dilantik semula pada Mei 2023 serta Mei 2024.
Gambar fail, demonstrasi anti-Azam Baki pada Januari 2022.
Azam dikritik kerana tanggapan SPRM gagal bertindak pantas dalam menyiasat skandal rasuah di Sabah yang melibatkan beberapa Adun dan pemimpin kerajaan negeri.
Pada penghujung 2021, beberapa aktivis dan ahli politik pembangkang – termasuk mereka yang kini memegang jawatan menteri – menyertai beberapa siri perhimpunan dan protes membantah kontroversi pemilikan saham yang membabitkan Azam.
Namun pada Januari 2022, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM membersihkan nama Azam daripada sebarang salah laku berkaitan pemilikan saham korporat, yang pada awalnya didakwa melanggar peraturan perkhidmatan awam kerana memiliki saham melebihi RM100,000 dalam sesebuah syarikat.
JANGAN MOHONG
JANGAN TIPU
ANAK MUDA DAH
BENCI
AMIN
HANYA JALAN RAYA
UBAH KERAJAAN
AMIN
TAK TURUN
JAAN RAYA
TAK MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
TRUMP BUAT TEATER
Trump hubungi Putin bincang gencatan senjata antara Moscow dan Kyiv
ISTANBUL: Rumah Putih mengesahkan panggilan telefon antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin, dalam usaha mencapai gencatan senjata antara Moscow dan Kyiv, telah bermula semalam, lapor Anadolu Ajansi.
Trump pertama kali mengumumkan beliau akan mengadakan panggilan dengan pemimpin Russia itu melalui hantaran di media sosial pada Sabtu.
Kremlin kemudian mengesahkan pada hari yang sama bahawa perbualan itu akan berlangsung.
Trump turut menyatakan bahawa beliau akan membincangkan isu perdagangan dengan Presiden Russia tersebut.
Panggilan itu berlaku susulan laporan CNN yang memetik kenyataan pihak presiden Ukraine bahawa Trump telah memulakan usaha diplomasi hariannya dengan menghubungi Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy terlebih dahulu, bukannya Putin, walaupun beliau sebelum ini mengumumkan sebaliknya.
Trump memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Putin pada jam 10 pagi (1400GMT), diikuti panggilan dengan Zelenskyy dan pegawai NATO.
Tidak jelas apa yang menyebabkan perubahan rancangan yang dilaporkan itu. Rumah Putih enggan mengesahkan atau menafikan sama ada panggilan Trump-Zelenskyy benar-benar berlaku.
Trump menggambarkan perbualan tersebut sebagai satu langkah ke arah menamatkan "pertumpahan darah" yang meragut lebih 5,000 nyawa askar setiap minggu.
"SEMOGA INI HARI YANG PRODUKTIF," tulisnya di Truth Social.
Panggilan itu diadakan selepas perwakilan Russia dan Ukraine mengadakan rundingan langsung pertama mereka dalam tempoh lebih tiga tahun di Istanbul pada Jumaat.– BERNAMA-ANADOLU
WOIT
TRUMP BUAT
TEATER
AMIN
KALAU NAK TAMAT
PERANG AMAT
MUDAH
AMIN
AMERIKA HENTI
HANTAR SENJATA
AMIN
HENTI DANA
DAN BAWA
PULANG SOLDADU
YANG KENDALI
SENJATA AMERIKA
DI UKRAINE
KHALAS
ADA LUBANG LAIN DI KLIA?
112 warga Bangladesh, India, Pakistan ditolak masuk ke Malaysia - AKPS
KUALA LUMPUR: Seramai 112 individu terdiri warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak daripada memasuki negara ini semalam, selepas gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Semua mereka dikesan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, lebih enam jam, namun tidak hadir ke kaunter untuk pemeriksaan Imigresen.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), memaklumkan semua mereka adalah antara 300 individu dari pelbagai negara yang diperiksa dalam operasi pemantauan berkala oleh Unit Pemantau AKPS di KLIA.
"Hasil pemeriksaan kita mendapati sebilangan daripada mereka yang lama mendarat dengan sengaja tidak pergi ke kaunter Imigresen.
"Tindakan mereka mencetuskan keraguan terhadap tujuan kedatangan mereka ke negara ini sebelum mereka ditahan.
"Semua mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Unit Pemantau AKPS KLIA bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut sebelum keputusan rasmi penolakan kemasukan dikeluarkan ke atas mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
AKPS akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pintu masuk dan kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.
AKPS bagaimanapun tidak memperincikan kesalahan yang dilakukan oleh 112 individu berkenaan.
WOIT
APAKAH ADA
LUBANG LAIN
UNTUK PENDATANG
BOLOS DI KLIA?
AMIN
KENAPA MEREKA
TAK KELUAR BILA
DAH SAMPAI?
AMIN
APAKAH ADA
TALIBARUT MEREKA
YANG AKAN BAWA
MEREKA KELUAR?
AMIN
BAGAMANA DENGAN
PENDATANG DARI
CHINA MERAH?
INI JUGA BAHAYA
KHALAS
LULUSAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
TOLONG JANGAN
HINA LULUSAN
PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PROJEK JUAL
VAKSIN DITERUSKAN"
Formula Rafizi ialah Menangkan Nurul Izzah maka Papa terselamat... Formula kencing lokos sesama sendiri...
Best student Ekonomi VS Sastera Klas 3 PMx...
Formula Rafizi menyerang PMx dengan cara reversed sikology. Lepas tu kau pun tak boleh bercakap lebih sebab dlm kerajaan terpaksa telan walaupun tak setuju Azam Baki jadi Pengarah SPRM. Skg Nurul tak setuju Azam Baki lanjut tempoh... Lepas menang Timbalan Presiden PKR Nurul akan u turn lah tu.... Tunggu haah
https://vt.tiktok.com/ZShgX3m4s/
Dolu papa kalau nak "cing" masa kempen bawak sehelai kertas hitam ajer suma terpekik teelolong. Tapi Rafizi bawa data dan statistik. Sekor pandai ekonomi sekor lulusan sastera ajer.. walaun nak pilih lulusan sastera klas 3 kaki kencing atau lulusan ekonomi klas satu... Kikiki
Haaah pop corn tambah dan tepokkkk... Beli pop corn boleh masuk tengok wayanggg..!!
Kah kah kah..
FATWA ULAMAK SEDUNIA
Houthi Yaman ancam sekatan ke atas pelabuhan Israel
SANAA, Yaman: Kerajaan Houthi Yaman, memberitahu akan melaksanakan sekatan laut ke atas pelabuhan Israel sebagai tindak balas terhadap peningkatan perang di Gaza.
Jurucakap tentera Houthi, Yehya Saree berkata mereka akan mula melaksanakan sekatan laut ke atas pelabuhan Haifa.
"Semua syarikat yang mempunyai kapal di pelabuhan itu atau dalam perjalanan ke sana diberi notis bermula dari masa pengumuman ini, pelabuhan berkenaan dimasukkan ke dalam senarai sasaran," katanya.
Langkah itu diambil `sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan kejam musuh Israel terhadap rakyat kami dan di Gaza', katanya sambil menambah serangan terhadap Israel akan dihentikan apabila pencerobohan dan sekatan di Gaza ditamatkan."
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini mengumumkan negaranya akan `mengambil alih sepenuhnya' Gaza sebagai sebahagian daripada serangan yang dipertingkat terhadap Hamas.
Houthi yang disokong Iran kerap melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel sejak perang Gaza tercetus pada Oktober 2023, susulan serangan Hamas terhadap Israel.
Mereka menghentikan serangan ketika gencatan senjata dua bulan yang berakhir pada Mac lalu.
Houthi juga mengancam menyambung semula serangan terhadap perkapalan antarabangsa akibat sekatan bantuan Israel ke atas Gaza.
Sebagai tindak balas, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara hampir setiap hari bermula 15 Mac lalu bagi menangkis ancaman terhadap kapal-kapal di Laut Merah dan Teluk Aden.
Walaupun gencatan senjata dipersetujui dengan AS bulan ini, Houthi tetap berikrar untuk terus mensasarkan Israel sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Jumaat lalu, Israel mengancam mensasarkan pemimpin Houthi selepas jet pejuang Israel menyerang dua pelabuhan yang dikuasai kumpulan itu.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, memberi amaran kepada pemimpin Houthi bahawa jika serangan peluru berpandu diteruskan, mereka akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Hamas yang terbunuh di Gaza.- AFP
HANYA HOUTHI
DARI YAMAN
YANG PATUH
DENGAN FATWA
ULAMAK ISLAM
SEDUNIA
AMIN
FATWA MENYOKONG
SERANGAN
KE ATAS ZIONIS
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)








