Sabtu, 22 November 2025

HARGA SAYUR AKAN NAIK ?


WOIT

APAKAH HARGA

SAYUR AKAN NAIK

AMIN

CARI DANA UNTUK PARTI DAN BOSS


CARI DANA

UNTUK PARTI

DAN BOSS

KHALAS

LANGKAH KAJANG DUA



Amirudin Shari syor Nurul Izzah jadi MB Selangor, ini pandangan PM Anwar


JOHANNESBURG: Cadangan Menteri Besar Selangor,  Amirudin Shari supaya Nurul Izzah Anwar mengambil alih tanggungjawab peneraju nombor satu di negeri itu mengejutkan bapa kepada Timbalan Presiden PKR berkenaan.

Anwar  bin Ibrahim, ketika ditanya mengenai perkara itu di sini malam tadi, berkata: "Itu pandangan beliau (Amirudin), dia tidak pernah berbincang perkara ini dengan saya."

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR semalam dipetik berkata beliau sudah bercakap dengan Nurul Izzah mengenai perkara berkenaan dan terserah kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk menerimanya atau tidak.

"Sejujurnya, saya sudah beritahu Izzah sendiri, terpulang kepadanya sama ada dia mahu terima atau tidak," kata pemimpin Selangor itu dalam podcast Keluar Sekejap dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Dalam program itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugas di peringkat Persekutuan.

Pendedahan Menteri Besar Selangor itu tular dan mencetuskan perbualan bukan sahaja mengenai perubahan kepimpinan di antara negeri paling berprestij di negara ini, tetapi juga kemungkinan rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Perdana Menteri sekali lagi menjawab secara ringkas bahawa masih jauh sebelum pilihan raya umum seterusnya diadakan.

Namun, apabila diasak sama ada rombakan Kabinet akan berlaku, beliau berkata: "Itu untuk mengisi kekosongan. Siapa yang akan mengisi kekosongan ini? Boleh cadangkan beberapa nama, saya akan pertimbangkan."

Apabila diberitahu bahawa Amirudin bersedia berpindah ke peringkat Persekutuan, Anwar yang dikerumuni wartawan selepas majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini, merujuk kepada kekosongan dalam Kabinet Persekutuan dan menjawab: "Baik, itu nombor satu. Bagaimana pula nombor dua dan tiga… sekurang-kurangnya ada tiga kekosongan."


KAH KAH KAH

LANGKAH 

KAJANG DUA

AMIN

TEMPAT MELAYU

MINAH LAKI CINA

TAK BOLEK MENANG

KAH KAH KAH

TEMPAT MAJORITI

CHINA BARU

BOLEH MENANG

KAH  KAHA KAH

NAJIB ADA 

KAK MAH

NUAR ADA NURUL

KAH KAH KAH

KESIAN SELANGOR

JADI MANGSA

KELUARGA ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

KANG KONG BIJAK TELAN DUIT



SPRM siasat perolehan UKM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM,  Zainul Darus, berkata sehingga ini, pihaknya sudah memanggil lima individu untuk diambil keterangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata SPRM membuka kertas siasatan selepas pendedahan dilakukan Laporan Ketua Audit Negara pada Julai lalu.

"Setakat ini, proses siasatan termasuk penelitian dokumen berkaitan masih giat dijalankan.

"Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan itu," katanya hari ini.

Beliau berkata SPRM memberi komitmen berterusan dalam memastikan integriti dan pengurusan tatakelola negara dilaksanakan dengan baik, selaras dengan usaha memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam.

BH difahamkan, isu perolehan itu turut disentuh dalam titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi, hari ini.

Pada Julai lalu, LKAN dilaporkan mendedahkan, tiga daripada tujuh tender perolehan UKM berjumlah keseluruhan RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan.

Laporan itu mendedahkan bahawa Jawatankuasa Perolehan Tender UKM telah memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Jawatankuasa Pra-Tender.

"Terdapat ketidakteraturan yang serius serta kelemahan dalam proses perolehan tender dan tatakelola pengurusan perolehan di UKM. Keputusan Jawatankuasa Perolehan Tender dibuat oleh semua ahli secara kolektif.

"Ini termasuk Jawatankuasa Pra-Tender yang memperakukan syarikat yang gagal di peringkat Jawatankuasa Penilaian Tender bagi kerja menaik taraf dan penggantian 16 unit lif," menurut laporan itu.

Laporan turut menyatakan bahawa Naib Canselor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perolehan, bertanggungjawab memastikan operasi universiti dan tadbir urus perolehan berjalan dengan teratur, selaras dengan subseksyen 12(3) Perlembagaan UKM serta prinsip 'duty of care'.

Menurut laporan LKAN itu, UKM juga didapati tidak melantik wakil Kementerian Kewangan (MoF) sebagai ahli Jawatankuasa Perolehan, manakala wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilantik tidak hadir dalam mesyuarat berkaitan tiga tender berkenaan.

WOIT

MAKIN BERAT

KANG KONG

PUN BIJAK

TELAN DUIT

KAH KAH KAH

DULU BIJAK

BUAT  DONUT

TERBEASAR

AMIN

SEKARANG MAIN

JUTA JUTA $$

KAH  KAH KAH

KHALAS

HOT HOT HOT - TERKINI TER NOWW TER HOTT


TERKINI

TER NOW

TER HOTT

DEMO ANTI

ANWAR BIN

IBRAHIM

DI BANGKOK

AMIN



PEMBELOT LIHAT SAMBIL GARU TELO



Keganasan meningkat di Tebing Barat, kematian warga Palestin meningkat - PBB

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran keadaan bertambah buruk di Tebing Barat yang dijajah, melaporkan lonjakan keganasan mengakibatkan orang awam Palestin menghadapi peningkatan korban jiwa, kehilangan tempat tinggal dan rasa tidak selamat, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Beralih kepada Tebing Barat, rakan sejawat kemanusiaan kami memberi amaran bahawa tahap keganasan sana kekal amat membimbangkan, membawa kepada korban jiwa, kerosakan harta benda, kehilangan tempat tinggal, kehilangan mata pencarian serta rasa tidak selamat yang kuat bagi orang awam Palestin," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada wartawan.

Minggu ini, Dujarric berkata jumlah kanak-kanak Palestin terbunuh pada 2025 mencecah 50 orang.

"Secara keseluruhan, lebih 200 warga Palestin kini dibunuh pasukan Israel sejak awal tahun ini," katanya.

Dujarric berkata, hanya dalam seminggu, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendokumenkan 29 serangan dilakukan pendatang haram Israel yang mencederakan 11 orang dan merosakkan 10 rumah, dua masjid, puluhan kenderaan, dan pelbagai aset pertanian.

"Kami terus menyeru perlindungan orang awam – termasuk menguatkuasakan undang-undang kepada sesiapa saja melakukan serangan – dan agar kekerasan digunakan pasukan keselamatan hanya mengikut piawaian penguatkuasaan undang-undang diiktiraf antarabangsa.

"Taktik ala perang tidak boleh diterima sebagai norma baharu (di Tebing Barat)," katanya.

Ketika ditanya rancangan Israel merampas sebahagian besar tapak bersejarah utama di Tebing Barat, Sebastia, Dujarric berkata PBB telah melihat laporan akhbar mengenai hasrat itu.

"Saya fikir kami sangat jelas menentang rampasan tanah sebegini," katanya.

Tentera Israel telah meningkatkan serangan di Tebing Barat sejak meletus perang di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023.

Lebih 1,076 warga Palestin dibunuh sejak itu, dan 10,700 cedera dalam serangan dilakukan tentera serta pendatang haram di wilayah yang dijajah. Lebih 20,500 orang turut ditahan.

Dalam pendapat penting Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan penjajahan wilayah Palestin oleh Israel adalah tidak sah dan menyeru pengosongan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.


PEMBELOT

AL-FATAH

MAHMUD ABAS

HANYA LIHAT

SAMBIL AGRU TELO

KAH KAH KAH

KHALAS

MAHARAJA TRUMP BERI TEKANAN


MAHARAJA TRUMP

BERI TEKANAN

KHALAS

SOLAT TERBAIK WAJIB ADA AVOKADO

 



SOLAT YANG

TERBAIK WAJIB

ADA AVOKADO

KHALAS

Unknown commented on

 "KENALI KITA SAMA KITA"


Jiran bela anjing dalam rumah macam kau TT, siapa nak ziarah, mailikat pon tak datang. Hari2 mengumpat dan buat maksiat, tak solat. Bertaubatlah TT sebelum mari.

SHAMSUL ISKANDAR PEJUANG PKR


SHAMSUL

PEJUANG BERANI

DARI PKR

KHALAS




PELAN DAMAI - DIBUAT SEVARA RAHSIA


PELAN DAMAI

UKRAINE DIBUAT

SECARA RAHSIA

AMIN

PERNIAGAAN JUAL BANGLA - LUMAYAN !


Sindiket pekerja asing: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin bekas menteri

Mahkamah Tribunal Penindasan Jenayah Pemerdagangan Manusia di Dhaka, Bangladesh menolak permohonan jaminan bekas menteri kebajikan dan pekerjaan luar negara di negara itu, Imran Ahmed.

Imran merupakan seorang daripada 103 yang didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia dalam sindiket pekerja asing di Malaysia.

Dalam keputusan pada 17 Nov lalu hakim Md Abdullah Al Mamun berkata permohonan jamin Imran ditolak berikutan bekas menteri terbabit berisiko tinggi untuk melarikan diri, selain mengambil kira dakwaan yang dikenakan sebagai serius.

Ketika dihubungi, peguam kepada Altab Khan – yang menjadi pengadu kes tersebut –Md Rafiqul Islam, mengesahkan keputusan mahkamah itu kepada Malaysiakini.

"Sebahagian tertuduh hadir di mahkamah, tetapi lebih ramai yang masih bebas dan melarikan diri, termasuk mereka yang sebelum ini pernah dibenar diikat jamin.

"Beberapa tertuduh lain pula memohon penangguhan dan berjaya mendapat kelulusan mahkamah, dan ini menunjukkan jurang kawalan terhadap tertuduh dalam sistem perundangan," katanya.

Berdasarkan penghakiman, Md Abdullah berkata permohonan Imran juga ditolak atas faktor keselamatan mangsa dan kelancaran siasatan.

Untuk rekod, pada 23 Okt lalu polis Bangladesh menahan Imran yang terkait dalam siasatan berskala besar melibatkan agensi tenaga kerja yang menghantar pekerja ke Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Dhaka membatalkan laporan akhir yang dikemukakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bangladesh terhadap 103 individu berkenaan.

Bukan laporan menyeluruh

Altab membuat laporan polis pada 3 Sept tahun lalu di Balai Polis Paltan, Bangladesh mendakwa 103 individu menggelapkan RM8.36 bilion melalui sindiket terancang.

Antara nama besar dalam laporan itu adalah bekas setiausaha kanan Ahmed Munirus Saleheen dan bekas ahli parlimen Nizam Uddin Hazari.

Sementara itu, Md Rafiqul mengesahkan mahkamah dalam penghakiman yang sama mengarahkan polis menyerahkan laporan penuh baru sebelum 7 Januari depan.

"Anak guam saya (Altab) sebelum ini mendakwa laporan akhir polis tidak lengkap, tidak telus, dan dipengaruhi tertuduh.

“Pegawai penyiasat juga gagal menemu bual mangsa dan tidak melawat lokasi kejadian, meninggalkan banyak fakta penting tidak disiasat.

"Kenyataan mangsa tidak dirakam mengikut Seksyen 161 Kanun Prosedur Jenayah, manakala saksi didakwa diberikan kenyataan palsu, menjadikan kes ini terdedah kepada manipulasi tertuduh.

"Bukti yang diserahkan kepada polis pula tidak disemak, menimbulkan kesan bahawa laporan akhir polis sekadar dokumen formal, bukan laporan siasatan menyeluruh," kata Rafiqul.

Untuk rekod, penghantaran pekerja Bangladesh ke Malaysia disambung semula pada Ogos 2022 selepas hampir enam tahun tergendala.

Namun, pada Mei lalu – selepas lebih 476,000 pekerja dihantar – program itu dihentikan menyebabkan 17,000 lagi pekerja berlesen tidak dapat berlepas.

Putrajaya ketika itu hanya memberi kebenaran kepada 25 agensi Bangladesh untuk menghantar pekerja yang kemudian dikenali sebagai "sindiket" yang dikatakan mempunyai kaitan dengan empat bekas menteri dan ahli parlimen Bangladesh.

Walaupun kerajaan Bangladesh menetapkan kos rasmi pada sebanyaj 79,000 taka (kira-kira RM3,400) bagi setiap pekerja, pekerja pula mendakwa mereka dipaksa membayar sehingga 544,000 taka (kira-kira RM23,000) seorang.

Daripada jumlah itu, kira-kira 142,000 taka dikutip oleh ejen di Bangladesh dan 150,000 taka lagi oleh sindiket di Malaysia bagi setiap visa.

Julai lalu Malaysiakini melaporkan Dhaka bersetuju untuk menghentikan siasatannya terhadap dakwaan sindiket mengeksploitasi warganya yang ingin bekerja di Malaysia, atas arahan kerajaan Malaysia.

Menurut seorang pegawai tempatan yang enggan dikenali, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat di Kuala Lumpur antara wakil kerajaan Bangladesh dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia (Kesuma) pada 17 Julai.

MAMAT INI

PASTI ADA RAKAN

NIAGA BANGLA

DI MALAYSIA

AMIN

ADA  TOWKAY

BANGLA

YANG TERLIBAT 

SAMA DI KL

AMIN

POLITIKUS 

TEMPATAN JUGA

TERLIBAT SAMA

KHALAS

BURSA SAHAM KUALA LUMPUR ADA GLC & FLC


SAHAM

GLC & FLC

PELABUR & PEMBELI SAHAM
 DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR
ADA DUA  PILIHAN
GLC ATAU FLC
GOVERMENT LINK COMPANY
ATAU
FARHASH LINK COMPANY
PILIH
UNTUK BUAT   DUIT

KHALAS

MAHARAJA TRUMP BERTITAH



Trump desak Ukraine terima rancangan tamat perang dengan Russia sebelum 27 November


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam menggesa Ukraine menerima rancangan pentadbirannya bagi menamatkan perang dengan Russia melalui penyerahan wilayah.

Trump menegaskan rakan sejawatnya di Kyiv itu perlu menerima rancangan berkenaan.

"Dia perlu menerimanya, dan jika dia tidak suka, maka mereka bolehlah terus berperang," kata Trump kepada pemberita ketika ditanya mengenai respons dingin Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky terhadap rancangan berkenaan.

"Pada satu ketika, dia perlu menerima sesuatu," katanya lagi pada pertemuan di Pejabat Oval bersama Datuk Bandar New York akan datang, Zohran Mamdani.

Semalam, Zelensky menolak rancangan AS, dengan menegaskan beliau tidak akan 'mengkhianati negara sendiri berhubung dokumen 28 perkara terbabit, yang dianggap di Kyiv berat sebelah sebagai sangat memihak kepada Kremlin.

Pemimpin Republikan berusia 79 tahun itu semakin kecewa kerana masih gagal menamatkan perang yang tercetus pada Februari 2022 selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan kini mahu proses itu dipercepatkan.

Terdahulu semalam, Trump menetapkan tarikh akhir 27 November – cuti Thanksgiving di AS– untuk Ukraine menerima rancangan pentadbirannya bagi menamatkan perang dengan Russia.

"Saya sudah menetapkan banyak tarikh akhir, tetapi jika keadaan berjalan dengan baik, kita biasanya melanjutkannya. Namun Khamis adalah masa yang sesuai," katanya dalam temu bual bersama Fox News Radio.

Di bawah rancangan itu, Ukraine perlu menyerahkan sebahagian wilayah timur kepada Russia serta mengurangkan saiz angkatan tenteranya, menurut draf yang diperoleh AFP.

Kyiv juga perlu berikrar untuk tidak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan tidak akan menerima kehadiran pasukan pengaman Barat seperti yang diminta sebelum ini, meskipun pesawat pejuang Eropah akan ditempatkan di Poland.

Trump berkata jika pertempuran berterusan, Ukraine tetap akan kehilangan wilayah yang perlu diserahkan kepada Russia di bawah pelan damainya.

"Katakan apa sahaja, mereka memang sangat berani," katanya mengenai anggota tentera Ukraine yang menentang Russia.

INI TITAH

MAHARAJA

KAH KAH KAH

TRUMP GILA NAK

DAPAT HADIAH

NOBEL KEAMANAN

TAHUN  2026

KAH KAH KAH

KHALAS

KENALI KITA SAMA KITA


KENALI SESAMA

KITA - IKAT

HUBUNGAN 

MESRA

KHALAS

Unknown commented on
 "MARI BERKENALAN 
 DENGAN ROHINGYA"

Sila berkenalan sesama warga rakyat Malaysia, sila mengenali jiran sebelah rumah, sila mengenali sanak saudara yang masih ada, sila melawat rakan taulan yang sama-sama sekolah dahulu, sila bina silaturrahim sesama rakyat pelbagai kaum agama di Malaysia, sila mengenali salah silah keturunan kepercayaan bangsa agama dahulu,

 sila belajar toleransi sesama rakyat, sila berhubungan dengan darah daging kita sendiri kah kah kah, aku tak tahu lah nak cakap apa, zaman sekarang ini manusia cukup pelik, jiran dibenci warga asing disantuni kah kah kah yang jauh dikenang manakala orang sebelah dilupakan mampoos pemikiran