Ahad, 24 Ogos 2025
PEMILIK SERVER AKAN TENTUKAN JUMLAH UNDI
MUSTAHIL
TAK SERDAR
PEMILIK SERVER
AKAN TENTUKAN
JUMLAH UNDI
AMIN
POLITIK MALAYSIA DALAM BAHAYA
Rafizi: Dah sebut berkali-kali pasal Farhash, tapi jawapan Anwar sama
Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli berkata dia dan beberapa pemimpin PKR lain pernah membangkitkan isu berkaitan ahli politik yang kini bergelar usahawan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, bekas timbalan presiden PKR itu berkata, Anwar menolak kebimbangan tersebut.
"Kami sendiri pun ada bersebut berkali-kali tapi jawapan Datuk Seri Anwar itulah, dia (Anwar) kata dia (Farhash) bekas setiausaha politik saya,” kata Rafizi dalam episod terbaru podcastnya Yang Berhenti Menteri malam tadi.
Rafizi berkata kebimbangan itu timbul berikutan persepsi bahawa Farhash mempunyai pengaruh politik yang besar dalam parti itu.
"Semua orang tahu banyak percaturan di dalam parti memang dibuat oleh Farhash,” katanya sambil menambah perkara itu sudah menjadi rahsia umum dalam PKR.
Menurut Rafizi, persepsi itu perlu ditangani, dan hubungan Farhash dengan Anwar menyebabkan isu tersebut perlu dibawa secara dalaman kepada perdana menteri.
"Memang dibawa ke Anwar, tapi jawapan Anwar seperti itulah, ‘tak ada kena-mengena, dia bekas setiausaha politik saya’," katanya.
Pengaruh dalam parti
Rafizi berkata dia mula menyedari kehadiran Farhash pada 2019, dia dilihat menunggu di luar bilik Anwar di Hospital Cheras untuk bertemu presiden PKR itu.
Menjelang 2022, katanya, pengaruh Farhash cukup besar sehingga dia mampu mengetuai kumpulannya sendiri.
Kumpulan itu digelar “geng baju hitam” yang menampilkan diri mereka sebagai pembela Anwar.
Rafizi berkata fenomena itu berlaku kerana “kuasa politik dan pengaruh politik mereka datang daripada Anwar.”
Selain itu, Rafizi turut menyentuh mengenai pemberi maklumat (whistleblower) yang sebelum ini menemuinya dengan dakwaan mengaitkan Farhash dalam skandal perlombongan di Sabah.
"Pemberi maklumat ni datang lepas saya sebut bahawa Farhash perlu disiasat kerana saya ingat itu kali pertama mana-mana ahli politik menyatakan secara terbuka, Farhash, nama dia.
"When you do so-called investigative journalism, the moment you hantar isyarat then orang akan datang,” katanya.
Rafizi berkata selepas serangan terhadap anak lelakinya berusia 12 tahun, dia telah bertemu dengan pemberi maklumat tersebut.
Dia memberi bayangan bahawa serangan itu – di mana anaknya dicucuk dengan jarum suntikan di sebuah tempat letak kereta di pusat beli-belah di Putrajaya – mungkin berkait rapat dengan pertemuan tersebut.
Farhash sebelum ini menafikan dirinya ada kaitan dengan serangan terhadap anak Rafizi dan menyifatkan dakwaan itu sebagai “gila”
WOIT
INI DAH BERAT
AMIN
KALAU RAFIZI
KATA MACAM
INI MAKNANYA
POLITIK MALAYSIA
DALAM BAHAYA
AMIN
APA AKAN JADI
APA AKAN BERLAKU
JENG JENG JENG
KHALAS
KEPALA RASUAH MASIH BEBAS !!!
'PM bimbang keselamatan negara selepas penahanan perisik tentera’
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyuarakan kebimbangan berkenaan keselamatan negara susulan penahanan beberapa perisik tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh SPRM, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, berikutan laporan mengenai serbuan SPRM yang membawa kepada rampasan sejumlah wang dan penahanan lima anggota perisikan tentera, dengan empat daripadanya adalah pegawai Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) - agensi di bawah ATM.
"Perdana Menteri membangkitkan sedikit pertanyaan berhubung kerisauan terhadap insiden ini, khususnya dari segi keselamatan yang mungkin timbul.
"Pihak Kementerian Pertahanan telah diminta untuk menyediakan satu laporan penuh kepada Jemaah Menteri selepas siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dan ATM selesai," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, penahanan lima individu itu melalui Ops Sohor dilaporkan telah melumpuhkan sindiket penyeludupan yang beroperasi di selatan tanah air.
Siasatan awal mendapati mereka membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket untuk membawa masuk barangan larangan seperti dadah dari negara jiran ke Malaysia.
Kata Fahmi lagi, kerajaan mengambil serius perkara tersebut dan menyeru semua pihak untuk menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan.
"Kita tunggu siasatan tersebut," katanya ringkas.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata perdana menteri juga telah meminta Kementerian Pertahanan untuk meneliti segala aspek berkaitan keselamatan bagi memastikan tiada ancaman yang timbul, selari dengan siasatan yang sedang dijalankan.
“Oleh kerana siasatan ini bermula dengan pihak SPRM, maka aspek siasatan itu tidak boleh diganggu dan mesti diteruskan.
“Pada masa yang sama, perdana menteri telah meminta pihak Kementerian Pertahanan untuk meneliti aspek-aspek bagi memastikan keselamatan negara tidak terjejas,” katanya.
Jelas Fahmi lagi, perkara itu akan diteliti sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan, manakala siasatan oleh SPRM akan berjalan tanpa sebarang campur tangan.
“Tiada gangguan kepada siasatan SPRM. Kita tunggu hasil siasatan tersebut,” katanya.
WOIT
INI BERITA
MENAKUTKAN
AMIN
RASUAH DAH
MASUK KE TIM
RISIKAN
AMIN
SILAP SILAP
NEGARA AKAN
TERGADAI
AMIN
TAPI KEPALA
RASUAH MASIH
BEBAS
KHALAS
MASALAH ASEAN DAN GLOBAL
Lima rakyat Malaysia jadi hamba sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja rayu diselamatkan
KUALA LUMPUR – Lima rakyat Malaysia dilaporkan terperangkap di Kemboja selepas dijadikan mangsa sindiket pekerjaan palsu termasuk dua beradik dipaksa bekerja sebagai operator penipuan pelaburan lebih 17 jam sehari sejak enam bulan lalu.
Pendedahan itu dibuat selepas keluarga mangsa tampil membuat aduan kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) baru-baru ini.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua keluarga datang dalam keadaan cemas dan trauma, ada yang menangis sambil menunjukkan mesej terakhir daripada anak mereka yang merayu untuk diselamatkan.
“Ada mangsa yang sempat beritahu ibunya, ‘tolong selamatkan saya, saya hidup terseksa di sini.’ Bayangkan anak yang pergi dengan harapan besar untuk bantu keluarga, akhirnya terperangkap sebagai tawanan.
“Mereka bukan sahaja ditipu, tetapi dipaksa menjadi hamba moden,” katanya kepada MalaysaGazette.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa berusia 20 hingga 31 tahun itu berangkat ke Kemboja sekitar Mac lalu selepas ditawarkan kerja kononnya sebagai penterjemah dan pekerja kasino.
Namun sebaik tiba, pasport mereka dirampas, pergerakan dikawal dan mereka diperhambakan dalam pusat operasi sindiket.
“Aduan keluarga jelas menunjukkan mereka bekerja lebih 17 jam sehari, tidur dalam keadaan tidak menentu malah setiap pergerakan diawasi. Ini penderaan fizikal dan psikologi yang sangat berat,” tegasnya.
MHO kini sedang mengumpulkan maklumat lengkap aduan keluarga untuk diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Malaysia di Phnom Penh serta pihak berkuasa Kemboja.
“Kami tidak akan berdiam diri. Aduan keluarga sudah kami terima dan MHO akan memastikan suara mereka sampai ke peringkat tertinggi. Rakyat Malaysia tidak boleh terus menjadi mangsa sindiket kejam seperti ini,” ujarnya.
Hishamuddin turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran kerja luar negara yang menjanjikan gaji lumayan tanpa melalui saluran sah.
“Masalah kewangan tidak boleh dijadikan alasan untuk ambil jalan singkat. Tawaran indah di luar negara kadangkala hanyalah perangkap yang meragut maruah dan kebebasan,” katanya.
INI MASALAH
BESAR DUNIA
AMIN
PAKAR SCAM JUGA
BERADA DI KL
DI IPOH DAN...
AMIN
ADA DI MYANMAR
ADA DI SIAM
ADA DI NIGERIA
ADA DI LONDON
ADA DI PARIS
ADA DI CHINA
AMIN
ASEAN WAJIB
URUS DENGAN
MYANMAR
KAMBOJA & CHINA
AMIN
PBB PERLU
ADA HUKUM
BARU UNTUK
SEKAT EKONOMI
NEGARA YANG
TERLIBAT AGAR
POLIS NEGARA ITU
BERGERAK
MELAWAN
KHALAS
SAIFUDDIN WAJIB SEDAR DIRI
Saifuddin diperintah bayar RM670,000 kepada Sanusi
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, pada 2023.
Tuduhan itu berkait dakwaan Muhammad Sanusi mencuri unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Berikutan itu, Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memerintahkan Saifuddin membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 dan kos RM70,000 kepada Muhammad Sanusi.
Dalam keputusannya, hakim memaklumkan mahkamah membenarkan tuntutan Muhamamd Sanusi selaku plaintif secara khusus ke atas kenyataan REE dan MARRIS yang dikeluarkan Saifuddin selaku defendan.
"Mahkamah mendapati perkataan 'pencuri' memberikan impak jenayah ke atas kenyataan itu. Keseluruhan kenyataan itu bermula dengan imej operasi polis yang berterusan untuk menangkap pelaku kecurian REE.
"Mahkamah mendapati kenyataan MARRIS merujuk kepada plaintif. Maksud memfitnah frasa 'menyalahi semua tata kelola kewangan kerajaan' dengan jelas mengimputasikan plaintif melakukan salah urus kewangan yang, di mana defendan menguatkan perkara itu dengan memetik Ketua Audit Negara dalam kenyataannya," katanya.
Muhammad Sanusi diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussof, Mohd Faizi Che Abu dan Nur Iffah Hizwani Omar, manakala defendan diwakili peguam Navpreet Singh, William Leong dan Sakina Siraj.
Mahkamah turut menetapkan defendan membuat permohonan maaf yang diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari.
Selain itu, terma permohonan maaf juga perlu dimuat naik di akhbar utama dan perlu mendapat kelulusan daripada Muhammad Sanusi terlebih dahulu.
Mahkamah turut mengekalkan perintah injuksi melarang defendan atau ejennya mengulang kenyataan berkaitan dakwaan mencuri REE dan penyelewengan wang peruntukkan MARRIS.
Pada 3 Ogos 2023, Muhammad Sanusi memfailkan saman terhadap Saifuddin kerana mendakwa Menteri Dalam Negeri itu memfitnahnya mencuri REE di Kedah dan menyeleweng peruntukkan MARRIS.
Melalui pernyataan tuntutannya, Muhammad Sanusi berkata, Saifuddin ketika menyampaikan ceramah pada 15 Julai 2023, mengeluarkan kata-kata fitnah yang menuduhnya selaku Menteri Besar dan Menteri Besar Incorporated (MBI) mencuri REE di Kampung Chong, Sik yang mendapat liputan luas media.
Muhammad Sanusi berkata, Saifuddin pada majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 14 Julai 2023, mengeluarkan kata-kata fitnah yang menuduhnya menyalahgunakan peruntukan MARRIS.
SAIFUDIN INI
WAJIB SEDAR
DIRI
AMIN
DIA TAK MENANG
PILIHANRAYA
MAKNA BUKAN
ADA MANDAT
DARI ORANG
RAMAI
AMIN
KINI DIBUKTI
MEMBUAT FITNAH
AMIN
JANGAN LETAK
JAWATAN DAN
TERUS BANTU
PERIKATAN NASIONAL
KHALAS
OLYMPIK - EMAS PERAK GANGSA PASTI MILIKI MALAYSIA
OLYMPIK
EMAS PERAK
GANGSA
PASTI MILIK
MALAYSIA
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Kalau kategori rasuah masuk olimpik pasti peminat pemimpin kita semua akan bertanding dan kemenangan amat pasti terhebat sekali Bossku number knew woit ataupun Mahathir Mohamad dahulu atau arwah Taib Mahmud atau arwah Daim Zainuddin? Kah kah kah
JAGA BURIT SENDIRI
JAGA PELIR
SENDIRI DULU
SEBELUM JAGA
BURIT ORANG
KHALAS
Unknown commented on
"MALAYSIA WAJIB
IKUT CARA VIETNAM"
Woit cat jalan dah tak nampak, tolong cat dahulu, jalan berlubang tolong tampal dahulu, tandas awam tiada paip cuci bontot sila pasang dahulu, benda asas pun tak boleh sediakan, longkang penuh tanah tak korek, longkang sumbat, jalan buruk, sampah sarap merata tempat,
pantai penuh sampah sungai penuh kotoran tolong atur ini dahulu sebelum bina kereta terbang, sebelum bercakap pasal AI? Tolonglah kah kah kah selamat negara daripada kumpulan perasuah yang diberi pingat pangkat jawatan dan gaji elaun tetap kah kah kah
MALAPETAKA IKLIM
Yaman dilanda banjir kilat, 8 terkorban
ISTANBUL: Sekurang-kurang lapan termasuk kanak-kanak maut akibat banjir kilat yang melanda beberapa wilayah Yaman sejak dua hari lalu, lapor media tempatan pada Sabtu, menurut Anadolu Ajansi (AA).
Di wilayah Hajjah, barat laut Yaman, portal 26 September kendalian pihak Houthi memetik sumber pertahanan awam berkata, sebuah kediaman runtuh menimpa penghuninya termasuk tiga kanak-kanak di perkampungan al-Khadraa, daerah Ku'aydinah.
Malam tadi, Pusat Media Keselamatan Kementerian Dalam Negeri pula memaklumkan banjir telah memusnahkan puluhan khemah sementara dan tempat perlindungan milik pelarian di daerah Abs, Hajjah.
Di wilayah Shabwah, penduduk berkata, seorang bapa dan anak lelakinya lemas di daerah Usaylan pada lewat Jumaat.
Beberapa jam sebelum itu, dua kanak-kanak dan seorang pemuda turut lemas dalam insiden berasingan di Shabwah serta Hadhramaut, menjadikan jumlah korban di kedua-dua wilayah berkenaan mencecah lima mangsa dalam tempoh 48 jam.
Pada Selasa lalu, hujan lebat mengakibatkan banjir di bandar pelabuhan Aden di selatan Yaman, mencederakan beberapa orang dan menyebabkan kerosakan harta benda.
Pihak berkuasa di beberapa wilayah telah mengeluarkan amaran mengenai hujan lebat berterusan dan risiko banjir kilat, selain menggesa penduduk menjauhi kawasan sungai serta empangan
MALAPETAKA
IKLIM
AMIN
CUACA DUNIA
BERUBAH
AMIN
SUHU MAKAN
PANAS
AMIN
SEPANYOL CANADA
PERANCHIS GREEK
PORTUGAL
HUTAN TERBAKAR
AMIN
NEGARA KERING
PAKISTAN YAMAN
ALAMI BANJIR
AMIN
SELAMAT DATANG
MALAPETAKA
BUATAN MANUSIA
KHALAS
INI SEBAB MALAON INI DIPANGGIL MADAFAKA
INI SEBAB
MALAON INI
DIA DIPANGGIL
MADAFAKA
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
dulu madafaka kempen hapus akta hasutan .. kini akta hasutan diguna untuk nyawa madafaka..
dulu madafaka nak penjara madey.. kini madey saman madafaka suruh masukan dia dalam penjara...
ini mmg zaman edan... kah kah kah
Langgan:
Ulasan (Atom)









