Khamis, 28 Ogos 2025
BURUH BERDEMO KEPONG PARLIMEN TUNTUT NAIK GAJI MINIMUM
BURUH BERDEMO
DISOKONG SISWA
KEPONG PARLIMEN
TUNTUT
NAIK MINIMUM
SAKSI KES GUAN ENG BUNUH DIRI ?
Guan Eng terima 2 beg hitam berisi RM2 juta, kata saksi
Saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng memberitahu mahkamah hari ini, dia sendiri yang menyerahkan dua beg hitam berisi wang berjumlah RM2 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Ahli perniagaan, G Gnanaraja, 44, berkata dia menerima dua beg berkenaan - dengan setiap satu berisi RM1 juta - daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang ketika itu Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB).
Katanya ia berlaku di Hotel Eastin Petaling Jaya pada 18 Ogos 2017 dan untuk diserahkan kepada Lim.
"Selepas saya menerima dua beg hitam berisi wang berjumlah RM1 juta setiap satu, saya menyimpan beg-beg itu di dalam bilik kerja saya.
"Satu beg telah saya keluarkan pada 20 Ogos 2017 dari bilik kerja saya untuk dibawa dan diserahkan kepada Lim semasa menghantar beliau ke Publika, Hartamas.
"Lim telah mengambil beg berkenaan dan selepas itu menepuk bahu Zarul Ahmad yang berada di tempat duduk pemandu. Saya merasakan beliau (Lim) menepuk bahu Zarul Ahmad adalah tanda ucapan terima kasih atas pemberian beg berisi wang RM1 juta itu,” kata Gnanaraja.
Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim.
Gnanaraja berkata dia mengeluarkan satu lagi beg hitam berisi RM1 juta dari bilik kerjanya dan meletakkan ia di dalam kereta Bentley berwarna hitam miliknya pada jam 10 malam, 28 Ogos 2017 selepas menerima pesanan ringkas daripada Zarul Ahmad.
Duduk di depan
Menurut Gnanaraja, selepas mengeluarkan beg tersebut daripada bonet keretanya, dia telah menyerahkan beg berkenaan kepada Lim yang datang ke rumahnya antara jam 2 pagi hingga 3 pagi pada 29 Ogos 2017.
Lim kemudian memasuki kereta dan duduk di tempat duduk belakang.
"Lim menyambut beg yang diserahkan oleh saya dengan menggunakan tangan kanan sambil tersenyum. Selepas Lim mengambil beg itu beliau terus masuk ke dalam kereta dan meletakkan beg tersebut di atas ribanya.
"Pada masa itu, Zarul Ahmad duduk di tempat duduk penumpang hadapan.
"Kenderaan yang dinaiki oleh Lim dan Zarul Ahmad kemudian beredar dari kediaman saya. Saya tidak tahu hala tuju mereka selepas itu," katanya.
Sementara itu, Gnanaraja berkata, sebelum menyerahkan beg tersebut kepada Lim, mereka membuat perbincangan sulit lebih kurang sejam mengenai perjalanan, penerimaan serta pengeluaran kewangan projek terowong pada hari yang sama (29 Ogos) di kediaman Gnanaraja.
“Dalam pengetahuan saya, nilai projek terowong yang dianggarkan adalah berjumlah RM6.3 bilion. Lim ada sebut 10 peratus daripada keuntungan projek berjumlah RM6.3 bilion itu adalah untuk Lim sendiri.
"Lim juga ada menceritakan persetujuan Zarul Ahmad terhadap permintaannya berkenaan 10 peratus daripada keuntungan projek itu," kata Gnanaraja.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan dia untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan terbabit dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Dia turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu berlangsung di hadapan hakim Azura Alwi. Perbicaraan bersambung esok.- Bernama
WOIT
SAKSI INI
DUDUK DIMANA?
AMIN
DI KONDO
ATAU DI BANGLO ?
AMIN
KALAU DIKONDO
MINTA PASANG
JARING KELILING
RUMAH
KAH KAH KAH
NANTI AKAN
TERJUN
BUNUH DIRI
WALAU PUN DARI
TINGKAT SATU
KAH KAH KAH
KHALAS
TAHNIAH PDRM !!!
Lebih 400 ahli sindiket penipuan ditahan dalam serbuan di ibu negara – Fadil Marsus
KUALA LUMPUR – Polis menahan lebih 400 indvidu dipercayai ahli sindiket penipuan bagi membantu siasatan berhubung serbuan dilakukan di ibu negara, kelmarin.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, namun enggan mengulas lanjut susulan tangkapan yang ramai.
“Saya sahkan perkara itu berlaku dan satu sidang media akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Semalam, akbar tempatan China Press melaporkan serbuan polis menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara selepas menahan lebih 100 individu dalam serbuan di sebuah menara komersial di Bangsar South.
Akhbar itu melaporkan, operasi berkenaan dijalankan ke atas sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan yang dipercayai menempatkan pusat panggilan sindiket tersebut.
Difahamkan, kumpulan lelaki dan wanita yang ditahan dibawa dengan tujuh trak polis secara berperingkat ke balai berhampiran untuk siasatan lanjut.
Wartawan akhbar itu yang turut berada di lokasi memaklumkan operasi masih berterusan sehingga lewat petang apabila lima lagi trak digunakan untuk membawa tambahan suspek.
Tangkapan itu turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan terbabit mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian.
Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang. –
SYABAS PDRM
ORANG RAMAI
TUNGGU BERITA
MACAM INI
AMIN
JANGAN HANYA
TANGKAP PEKERJA
AMIN
CARI SIAPA
CUKONG TOWKAY
SYARIKAT INI
AMIN
PASTI DIA TAK
ADA SAMA
DI TANGKAP
AMIN
DATUK?
TAN SERI ?
DATUK SERI?
SAPA PUNYA
PROJEK?
KHALAS
TAK PERLU TOPENG
LAWAN MADAFAKA
TAK PERLU TOPENG
AMIN
Unknown commented on
macam2 topeng boleh implement tapi aksi demo tak mau topeng sebab direct isu2 yang wajar patut lawan turun sebab rakyat pun mau x ambik gaji tapi ok senang selesa macam madafaka kah kah kah x caya tanya rakyat!!!
NAJIB BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA ?
Bapa Altantuya tuntut siasat afidavit Azilah 'diarah bunuh'
Setev Shaariibuu, bapa kepada warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah.
Ini antara lain, bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pihak berkuasa menyiasat – atau melengkapkan siasatan – berhubung kandungan afidavit tambahan bekas pegawai polis, Azilah Hadri.
Afidavit bertarikh 24 Sept 2024 itu menggabungkan satu akuan berkanun bertarikh 17 Okt 2019, dengan Azilah mendakwa dia bertindak di bawah arahan jelas.
Azilah, salah seorang daripada dua bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya bergantung kepada afidavit tambahan itu.
Akuan bersumpah itu antara dokumen lain yang dikemukakan dalam rayuan Azilah di Mahkamah Persekutuan untuk meringankan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.
Peguam Setev, Sangeet Kaur Deo pada kenyataan pagi ini mengesahkan permohonan semakan kehakiman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Susulan keputusan mahkamah pada Oktober lalu, keluarga Altantuya menggesa kerajaan menyiasat dakwaan dalam afidavit bahawa Azilah menerima arahan daripada “pegawai kanan kerajaan” untuk “menghapuskan dan melupuskan” warga Mongolia itu.
Pada Januari, peguam Sangeet Kaur Deo (gambar bawah) memperbaharui gesaan tersebut, menegaskan pentadbiran kerajaan tidak boleh dilihat bersekongkol dan mesti menunaikan ikrar untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dengan menyiasat dakwaan berkenaan.
“Jika terbukti benar, dakwaan ini menunjukkan eksploitasi institusi negara untuk agenda peribadi oleh individu berpengaruh, sekaligus melemahkan kepercayaan awam dan mencemarkan reputasi antarabangsa negara.
“Sebarang persepsi mengenai tindakan tidak diambil atau usaha menyembunyikan kebenaran secara sengaja akan menjejaskan kredibiliti pentadbiran dan kedudukan negara di mata rakyat serta masyarakat antarabangsa,” katanya.
Sangeet turut mendedahkan sepucuk surat yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail pada Oktober lalu – dan kemudiannya disalurkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Jabatan Peguam Negara – tidak pernah dibalas.
“Berapa lama lagi pihak yang terkesan perlu menunggu sebelum tindakan sebenar diambil? Berapa lama lagi kerajaan mahu berdiam diri sementara reputasi negara terus tercemar,” soalnya.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Azilah Hadri dan seorang lagi pegawai UTK, Sirul Azhar Umar, bersalah membunuh Altantuya.
Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan mereka pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan mengembalikannya dua tahun kemudian dengan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya. Bagaimanapun, ketika itu Sirul sudah melarikan diri ke Australia, mengelak daripada keputusan akhir tersebut.
Dalam perbicaraan saman fitnah terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas tahun lalu, bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi menegaskan dia tidak ada kaitan dengan pembunuhan itu atau pernah bertemu dengan mangsa.
“Pada masa kejadian, saya ialah timbalan perdana menteri. Saya tidak pernah bertemunya dan saya tidak bersalah dalam jenayah ini.
“Saya mengenali Abdul Razak Baginda. Dia ialah penganalisis pertahanan yang bekerja di bawah pentadbiran saya ketika itu. Dari situlah saya mengenalinya. Dia terlibat dalam pembelian kapal selam daripada pembuat kapal selam Perancis yang membabitkan urus niaga bernilai berbilion dolar,” katanya.
Najib telah memfailkan saman fitnah terhadap Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berhubung kenyataan mengenai pembunuhan itu dalam buku My Story: Justice in the Wilderness.
Pada Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan Malaysia dan Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya sementara menunggu rayuan berhubung keputusan mahkamah sivil pada 2022.
WOIT
SAPA BERI
ARAHAN BUNUH
ALTANTUYA?
AMIN
PASTI YANG
PALING BERKUASA
PADA MASA ITU
JENG JENG JENG
SAPA ADA KUASA
BERI ARAHAN
JENG JENG JENG
NAJIB RAZAK?
RAZAK BAGINDA
ATAU
ROSMAH MANSOR
KAH KAH KAH
KHALAS
EATON OF THE EAST
PATUTLAH
SEKOLAH KAMU
TIDAK DINOBATKAN
SEBAGAI
EATON OF THE EAST
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
terlalu banya benda boleh dibuat pukul 3 pagi.. dulu.. budak2 asrama tempat gua gi fly main snuker. ini amalan mulia tradisi zaman berzaman asrama tempat gua sekolah dulu...
kah kah kah
INDIA JADI MANGSA TRUMP
Kenaikan tarif berganda Trump jejaskan India
WASHINGTON: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggandakan tarif ke atas import dari India sehingga 50 peratus berkuat kuasa, semalam memberikan tamparan hebat kepada hubungan dua negara itu.
Tarif 'menghukum' 25 peratus itu dikenakan kerana pembelian minyak Russia oleh India, ditambah ke atas tarif 25 peratus sebelum ini yang dikenakan Trump terhadap import dari negara Asia Selatan itu.
Jumlah keseluruhan kini meningkatkan kadar duti sehingga 50 peratus untuk barangan seperti pakaian, permata dan barang kemas, kasut, peralatan sukan, perabot serta bahan kimia, antara yang tertinggi dikenakan oleh AS dan hampir setara dengan Brazil serta China.
Tarif baharu itu mengancam ribuan pengeksport kecil dan pekerjaan di India, termasuk di Gujarat dan dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara membangun yang paling pesat berkembang di dunia.
Tiada tanda-tanda rundingan baharu antara Washington dan New Delhi, selepas lima pusingan rundingan sebelum ini gagal menghasilkan perjanjian perdagangan untuk menurunkan tarif AS kepada sekitar 15 peratus seperti yang dipersetujui Jepun, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah.
Bagaimanapun, seorang sumber kerajaan India berkata New Delhi berharap AS akan mengkaji semula tambahan tarif 25 peratus itu, sambil menambah bahawa kerajaan sedang merancang langkah bagi mengurangkan kesannya.
Tiada reaksi pasaran India terhadap langkah itu, semalam, kerana bursa ditutup.
Bagaimanapun Selasa lalu, penanda aras ekuiti mencatat sesi terburuk dalam tempoh tiga bulan selepas pengumuman rasmi dari Washington mengesahkan tambahan tarif berkenaan.
Rupee India juga meneruskan trend kejatuhan untuk lima sesi berturut-turut pada Selasa, berakhir pada paras terendah dalam tempoh tiga minggu.
Notis Kastam dan Perlindungan Sempadan AS kepada penghantar barang menyediakan pengecualian selama tiga minggu untuk barangan India yang dimuatkan ke dalam kapal dan sedang dalam perjalanan ke AS sebelum tarikh akhir pada tengah malam.
Penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro, berkata India hanya perlu berhenti membeli minyak Russia untuk mengurangkan cukai import AS.
"Caranya mudah, India boleh mendapat potongan 25 peratus esok jika ia berhenti membeli minyak Russia dan membantu membiayai mesin perang (Russia)," katanya. - AFP
RUSIA ADALAH
SAHABAT
LAMA INDIA
AMIN
INDIA PASTI
AKAN CARI
RAKAN NIAGA
BARU
AMIN
KHALAS
CONTOH TERBAIK DARI JAKARTA
CONTOH
TERBAIK DARI
JAKARTA
AMIN
Unknown commented on
"KETIKA INI SATU JUTA
BURUH TURUN BERDEMO !!!"
ini pun penting berjangkit sampai mesia baru syok naik sheikh rakyat kecik, buruh & sapa saja ramai2 nak selesa macam pm menteri tokey elit bangsawan etc!!! x x ambik gaji pun senang ezi hidup??
Langgan:
Ulasan (Atom)








