Selasa, 30 September 2025
GEN ZEE DI MOROKO BANGUN MELAWAN
ANAK MUDA
GEN ZEE 212
TURUN BERDEMO
DI 11 KOTA & PEKAN
DI MOROKO
KHALAS
DEMO TOLAK TRUMP SEDANG DI SUSUN
PAS merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di ibu negara dalam masa terdekat bagi membantah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang dijangka hadir ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 bulan depan, susulan jemputan rasmi kerajaan Malaysia.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menunjukkan solidariti menentang penindasan dan kezaliman yang didakwa dilakukan oleh pemimpin negara kuasa besar itu.
"Itu antara perancangan kita, sebagai menunjukkan bantahan dan saya kira bukan saja PAS tapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, yang menentang kezaliman kemanusiaan ini saya rasa semua kita tak bersetuju dengan kedatangan itu," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Ketua whip Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian mengulas perancangan PAS mengadakan himpunan anti-Trump susulan jemputan Putrajaya kepada Presiden AS itu yang disifatkan sebagai 'syaitan besar' oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang, semalam.
Takiyuddin berkata PAS bercadang menganjurkan demonstrasi itu dalam masa terdekat, sama ada sebelum atau semasa lawatan Trump ke negara ini.
"Jadi, saya merasakan insya-Allah kita akan mengadakan satu demo untuk itu dalam waktu terdekat. Mungkin sebelum dia datang atau semasa dia datang," katanya.
Bagaimanapun, masa dan lokasi demonstrasi itu belum ditetapkan dan akan diumumkan kemudian.
Terdahulu, Abdul Hadi mengkritik keras jemputan kerajaan kepada Trump, yang digelarnya sebagai ‘syaitan besar’ kerana menyokong kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza.
Dalam tulisan rencananya, Abdul Hadi berkata Trump secara terang-terangan bersekongkol bersama Israel dengan melakukan kekejaman melampau terhadap orang Islam di Palestin, khususnya di Gaza.
"Bahkan, sudah puluhan ribu kanak-kanak menjadi korban keganasannya, apatah lebih besar lagi angkanya kalau dicampurkan dengan kaum wanita, warga tua, dan pesakit yang berada di hospital.
"Israel juga telah memusnahkan rumah kediaman, khemah pelarian, dan rumah ibadat, sehingga turut membunuh petugas bantuan kemanusiaan. Jenayahnya telah disabitkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC),” tegasnya.
Abdul Hadi yang juga bekas duta khas ke Timur Tengah menegaskan, alasan menjemput Trump menyertai Sidang Kemuncak Asean adalah sangat rapuh dan tidak boleh diterima oleh akal yang sihat.
Kerajaan sebelum ini menjelaskan keputusan menjemput Trump ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 bulan depan membuka ruang kepada negara anggota blok itu untuk menyatakan pendirian mereka secara terus berhubung isu Palestin.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kehadiran Trump membolehkan negara Asean menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin serta mengkritik sikap hipokrit sesetengah negara dalam menangani isu tersebut.
Pada 18 Sept lalu, AS menggunakan kuasa vetonya buat kali keenam di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menolak resolusi yang menuntut gencatan senjata serta-merta dan pembebasan semua tebusan di Gaza.
Resolusi itu disokong oleh 14 daripada 15 anggota majlis dan ditaja oleh 10 negara anggota tidak tetap.
Teks tersebut turut menuntut Israel membuka sekatan bantuan kemanusiaan dan menghentikan serangan ketenteraan di Gaza.
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 65,926 orang dengan 167,784 lagi cedera akibat konflik Hamas-Israel sejak 7 Oktober 2023.
BERITA BAIK
UNTUK SEMUA
AMIN
MARI KITA
BUAT RAMAI
SAMBUT TRUMP
AMIN
BERSATU LAWAN
ZIONIS TEMPATAN
KHALAS
JANGAN RISAU FIRAUN TAK ADA SOKONGAN RAKYAT - ADA BUKTI
Penyiasatan: Wujudnya rangkaian 263 tentera siber naikkan sokongan di FB Anwar
Siasatan Malaysiakini mendedahkan kewujudan rangkaian sekurang-kurangnya 263 akaun yang terlibat dalam kempen tersusun untuk secara palsu melonjakkan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di halaman Facebook rasminya.
Ia turut melibatkan akaun Facebook Syukur Aiman Shukri, yang merupakan seorang pemimpin Pemuda PKR peringkat negeri.
Penemuan ini dua tahun selepas Meta menamatkan satu lagi rangkaian berasingan melibatkan 600 akaun yang menjalankan manipulasi prokerajaan, yang dikaitkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Walaupun kedua-dua rangkaian itu beroperasi semasa pentadbiran berbeza, dan pihak polis telah menafikan penglibatannya, dapatan ini menunjukkan kaedah tidak autentik yang tersusun bagi membentuk wacana politik di Malaysia masih berterusan.
Pakar yang meneliti dapatan ini berkata coraknya jelas menunjukkan kegiatan astroturfing secara profesional – iaitu kempen untuk mewujudkan gambaran tidak benar tentang sokongan akar umbi.
“[Corak ini] petunjuk kuat kegiatan astroturfing, di mana sekumpulan kecil pelaku terancang cuba mewujudkan gambaran seolah-olah terdapat sokongan akar umbi yang meluas,” kata Nuurrianti Jalli, pakar propaganda dalam talian di Oklahoma State University.
Dalam tempoh tiga bulan, komen daripada rangkaian 263 akaun ini merangkumi hampir satu perempat daripada jumlah komen dalam hantaran Perdana Menteri yang disampel Malaysiakini.
Skrip yang sama
Jaringan ini bergantung kepada skrip yang telah disediakan, termasuk pujian umum seperti “bukti kerajaan Madani…” dan naratif khusus seperti “gaji minima RM1700”.
Menurut Ross Tapsell, pakar media digital Asia Tenggara di Australian National University, taktik ini bertujuan mewujudkan “ilusi konsensus”.
“Jika pengundi meneliti komen-komen, mereka biasanya hanya membaca lima hingga sepuluh yang teratas, dan komen-komen itu membentuk pandangan mereka,” katanya.
Operasi profesional
Bukti koordinasi tidak hanya pada penggunaan teks. Corak paling ketara ialah jadual kerja rangkaian ini.
Analisis terhadap lebih 6,000 komen menunjukkan waktu puncak aktiviti rangkaian ini adalah petang dan malam hari bekerja, dengan penurunan mendadak pada hujung minggu.
Sebaliknya, pengguna tulen media sosial menunjukkan corak berbeza, iaitu paling aktif pada waktu malam dan hujung minggu.
Jadual profesional ini disokong dengan struktur berkluster. Analisis rangkaian mendapati operasi ini dipecahkan kepada 27 kluster akaun berbeza yang kerap membuat hantaran dalam tempoh 10 minit yang sama.
Struktur ini menandakan kumpulan berasingan diaktifkan secara terancang dalam kelompok kecil, bukannya bertindak secara spontan.
Walaupun bukti menunjukkan ia adalah kempen profesional dan tersusun, pakar yang menilai dapatan berpandangan operasi itu sendiri bermutu rendah.
Analisis linguistik mendapati kosa kata akaun-akaun tersebut jauh lebih banyak berulang dan tidak pelbagai, berbanding pengguna asli di laman sosial itu.
Benjamin Loh, penyelidik yang membuat kajian berkenaan tentera siber di Malaysia, menyifatkan operasi ini sebagai “malas dan jelas sambil lewa”.
“Cybertrooper dahulu... jauh lebih mahir mempelbagaikan hantaran mereka,” katanya, dengan membandingkan rangkaian ini dengan operasi sebelum 2018 yang menurutnya lebih canggih.
Hubungan dengan PKR
Selepas data mengesahkan kewujudan rangkaian ini, siasatan lanjut telah mengenal pasti salah seorang pengendali sebagai Syukur, pengarah komunikasi Pemuda PKR Perlis.
Apabila dihubungi Malaysiakini, Syukur menafikan dirinya sebagai tentera siber dan berkata dia bertindak secara sendiri atas dasar sokongan yang tulen terhadap presiden partinya.
“Saya orang parti, bukan tentera siber,” katanya menerusi pesanan teks.
“Saya komen secara sendiri sebab saya orang parti, Perdana Menteri adalh presiden parti. Jadi bila dia buat benda baik, saya komen tanda sokongan,” katanya lagi.
Namun, dakwaan Syukur bahawa dia membuat komen atas kapasiti sendiri bercanggah dengan data akaunnya di platform.
Siasatan mendapati akaun Syukur menggunakan skrip sudah ditulis yang sama seperti yang digunakan rangkaian lebih luas dan turut terlibat dalam hantaran bersilang secara pantas.
Sebagai contoh, pada 23 Julai, akaunnya memuatkan enam komen pada lima hantaran berbeza dalam tempoh kurang dua minit, menggunakan frasa khas rangkaian itu.
Malah, data mengesahkan dia tidak bertindak sendirian. Akaunnya adalah sebahagian daripada salah satu kluster tersusun, kerap membuat hantaran dalam tempoh 10 minit sama dengan ahli rangkaian lain.

Tingkah laku ini – menggunakan skrip yang dikongsi dan membuat hantaran serentak dengan rangkaian lebih besar – bercanggah dengan gambaran sokongan spontan seperti yang dikatakannya.
Penafian dan penghapusan akaun
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang pengetahuan mahupun penglibatan dengan rangkaian ini, dan menyatakan tiada asas atau keperluan untuk mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) menyiasatnya.
Dalam maklum balas kepada Malaysiakini, PMO turut menegaskan tiada dana awam digunakan, dan “baik kerajaan, kepimpinan parti, mahupun sayap pemuda tidak pernah mengeluarkan arahan atau menyediakan pembiayaan untuk operasi tersebut.”
PMO mengaitkan aktiviti itu dengan individu yang menggunakan kebebasan bersuara masing-masing.
Namun, penjelasan itu bercanggah dengan bukti penggunaan skrip sama, jadual kerja profesional, dan struktur kluster yang tersusun.
Malah, beberapa hari selepas pertanyaan Malaysiakini, sebahagian besar rangkaian itu dibubarkan. Sekurang-kurangnya 76 daripada 263 akaun (29 peratus) telah dipadam atau dinyahakses, termasuk 11 daripada 13 akaun berprofil tinggi yang ditandakan dalam dokumen yang dihantar ke Meta – termasuk akaun Syukur.
Tidak jelas sama ada Meta atau pihak rangkaian yang memadam akaun berkenaan. Bagaimanapun kedua-dua kemungkinan ini mengesahkan kegiatan tersusun yang tidak autentik.
‘Kesan terhadap demokrasi’
Pakar memberi amaran bahawa operasi seumpama ini, tanpa mengira skala atau tahap kecanggihannya, boleh menjejaskan wacana demokrasi.
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengingatkan yang tingkah laku ini boleh “memutarbelit persepsi sentimen awam, menenggelamkan suara berbeza, dan melemahkan keupayaan masyarakat untuk terlibat dalam perdebatan secara bermakna.”
Pandangan itu turut dikongsi Nuurrianti. “Ini memberi kesan terhadap bagaimana rakyat mentafsir perdebatan dalam talian dan kesihatan wacana demokrasi,” katanya.
Meta masih belum memberi respon terhadap pertanyaan Malaysiakini. Malaysiakini juga telah menghubungi beberapa pemimpin PKR untuk mendapatkan komen mereka berhubung perkara ini.
Esok: Penipuan dan data: Di sebalik siasatan rangkaian CIB pro-Anwar


