Khamis, 4 September 2025
MANIFESTASI PERLAWANAN KELAS
INI MANIFESTASI
PERLAWANAN
KELAS
AMIN
YANG KAYA
HASIL RASUH
DILAWAN OLEH
YANG MISKIN
TERTINDAS
KHALAS
IKLAN UNTUK MALAYSIA NOW
Farhash gagal dapat perintah injunksi ke atas MalaysiaNow
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama dua plaintif lain bagi mendapatkan perintah injunksi terhadap portal berita MalaysiaNow berhubung artikel berkaitan skandal perlombongan di Sabah.
Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili MalaysiaNow dan editor Abd Ar-Rahman Koya, mengesahkan keputusan tersebut kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Rajesh berkata hakim Noor Hayati Mat yang menyampaikan keputusan melalui prosiding dalam talian hari ini mendapati Farhash dan dua plaintif lain gagal membuktikan bahawa pembelaan pihak defendan tidak berasas.
"Hakim juga menyatakan bahawa isu berkaitan kekukuhan pembelaan kami akan diputuskan selepas perbicaraan kes itu dijalankan.
“Hakim mendapati bukan menjadi tanggungjawab mahkamah untuk memutuskan sama ada kenyataan tersebut adalah fitnah atau sebaliknya pada peringkat awal ini,” katanya.
Rajesh menambah selepas meneliti bukti-bukti yang dikemukakan dalam permohonan injunksi – termasuk dokumen yang menyokong dakwaan laporan MalaysiaNow – mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan tidak jelas ia palsu, justeru tidak ada keperluan untuk injunksi sementara.
Dia turut memaklumkan bahawa hakim memerintahkan kos sebanyak RM5,000 dibayar kepada pihak defendan.
Rajesh turut mengesahkan bahawa dengan keputusan hari ini, MalaysiaNow boleh mengekalkan penerbitan artikel-artikel berkenaan buat masa ini.
Sementara itu, peguam yang mewakili pihak plaintif, Rajan Navaratnam, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Pada 21 Ogos lalu, Farhash bersama dua individu lain memfailkan saman fitnah terhadap MalaysiaNow dan Rahman, serta menuntut ganti rugi RM10 juta berhubung artikel berkaitan skandal perlombongan di Sabah.
Dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini menunjukkan saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Julai.
Farhash bersama Bumi Suria Sdn Bhd (Bumi Suria) dan Mohd Aminudin Mustapha menamakan MNow Sdn Bhd serta Rahman sebagai defendan.
Farhash dan Aminudin merupakan pengarah syarikat Bumi Suria.
Selain RM10 juta, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi punitif.
Mereka juga memohon perintah mahkamah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf penuh dan tanpa syarat di portal berkenaan, faedah lima peratus setahun, serta remedi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mereka juga menuntut defendan memadam artikel-artikel berkenaan dari laman MalaysiaNow, selain memfailkan permohonan injunksi segera bagi menghalang portal itu daripada mengeluarkan semula artikel yang didakwa berunsur fitnah.
Dalam afidavit sokongan, plaintif mendakwa artikel berkenaan mencemar reputasi bekas setiausaha politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu sebagai tokoh awam terkenal dan dihormati, serta menjejaskan kerjaya dan hubungan perniagaan Aminudin.
Artikel itu, kata plaintif, menggambarkan seolah-olah mereka menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan lesen perlombongan secara haram.
WOIT
KES SAMAN
INI JADI IKLAN
UNTUK
MALAYSIA NOW
KAH KAH KAH
TAPI BILA
NAK SAMAN
RAFIZI ?
KHALAS
SELAMAT BERSARA GORAN
Goran anjing K9 PDRM pertama diserah kepada individu selepas bersara
SUNGAI PETANI: "Dua tiga hari ini dia nampak murung dan kurang selera makan, seolah-oleh tahu kami akan berpisah."
Anggota Unit K9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Koperal M Shivabalan, berkata anjing pengesan diberi nama Goran, bersara hari ini selepas enam tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menjaga Goran sejak dibawa masuk dari Czechoslovakia pada 2019, Shivabalan, 38, mengakui haiwan itu adalah rakan kerja yang cekap.
Katanya, Goran kini berusia lapan tahun dan setia bertugas walaupun mengalami masalah tulang pinggul.
"Antara kejayaan terbesar Goran ialah membantu saya mencari baju suspek kes bunuh di Baling tahun lalu. Dia jumpa pakaian pembunuh hingga membawa kepada penangkapan suspek," katanya.
Shivabalan ditemui selepas Program Penyerahan Adoption K9 PDRM yang disaksikan Ketua Penolong Pengarah D6 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zuraimi Zam Zam, di sini, hari ini.
Goran menjadi anjing K9 pertama di negara ini diserah kepada individu yang layak menjaganya sebagai haiwan peliharaan selepas bersara.
Penjaga baharu Goran, Inspektor Lee Sheng Wey, 35, dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, akan memastikan anjing itu dapat membiasakan diri.
"Goran boleh bebas bergerak dalam rumah, keluar berjalan-jalan dan tidak terkurung," katanya.
Sementara itu, Zuraimi ketika berucap berkata, program itu julung kali dilaksanakan atas kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak penubuhan Unit K9 pada 1968.
Katanya, pengambilan K9 bersara akan melalui tapisan ketat dengan keutamaan diberi kepada penjaga asal sebelum dibuka kepada anggota PDRM lain dan orang awam yang benar-benar layak.
"Sepanjang enam tahun berkhidmat, Goran banyak berjasa kepada PDRM dan masyarakat," katanya
DIUCAPKAN
SELAMAT BERSARA
UNTUK GORAN
AMIN
DAPAT TUAN BARU
DAPAT RUMAH BARU
AMIN
PEGUAM SAKSI DARI MURID MANA ?
Inkues: Zara mungkin lompat atau hayunkan diri - pakar patologi
Pakar patologi utama yang melakukan bedah siasat terhadap Qairina Mahathir selepas kematiannya memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa pelajar berusia 13 tahun itu berkemungkinan besar melompat atau menghayunkan dirinya melepasi palang asrama tingkat tiga.
Dr Jessie Hiu menjelaskan Zara juga berkemungkinan memanjat dinding konkrit dan melangkah melepasi palang besi yang berkedudukan melintang.
Katanya lagi, kedudukan tubuh Zara ketika ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu berhampiran jeriji longkang di kaki blok asrama, menunjukkan daya trajektori dan membayangkan ia melibatkan pergerakan aktif, bukannya terjatuh secara pasif.
“Berdasarkan maklumat mengenai kedudukan dan lokasi mayat si mati yang ditemui pada 16 Julai, dia mesti sama ada melompat atau menghayun dirinya,” katanya kepada mahkamah.
Hiu berkata demikian selepas timbalan pendakwa raya Badiusman Ahmad memintanya mengesahkan sama ada Zara melompat atau menghayun diri yang membawa kepada kejadian itu.
Keterangan pakar patologi itu menyusuli penemuannya sebelum ini bahawa Zara tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak.
Dia berkata koridor asrama itu mempunyai palang setinggi 118cm, manakala ketinggian Zara ialah 154cm, menjadikan penghadang itu lebih tinggi daripada pusat graviti tubuhnya.
Hiu juga menjelaskan yang jika Zara meletakkan sebelah kakinya ke luar terlebih dahulu, dia akan jatuh dengan kepala dahulu.
Sebaliknya, corak kecederaan antemortem menunjukkan kaki kiri Zara mengenai tanah dahulu, diikuti kaki kanan, sebelum dia terhentak pada bahagian sisi dan kemudian terlentang.
Mesin basuh berhampiran
Sementara itu, Badiusman juga bertanya jika Hiu ada melihat mesin basuh di lokasi kejadian. Dia menjawab ada, walaupun tidak begitu mengingatnya dengan jelas.
“Ia terletak bersebelahan tangga di tingkat bawah,” katanya.
Ditanya tentang saiz mesin itu, Hiu menyifatkannya sebagai model domestik dan bukannya industri.
“Saya tidak memeriksa saiz dram mesin basuh tersebut. Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram, dan saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram,” katanya lagi.
Prosiding kemudian bersambung dengan sesi soal balas oleh salah seorang peguam saksi, Ahzhier Farhan, sebelum hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan mengarahkan rehat 15 minit.
Pakar patologi tolak kemungkinan dipukul
Apabila disoal oleh Ahzhier, Dr Jessie Hiu berkata kecederaan Zara tidak konsisten dengan kesan pukulan, sebaliknya menunjukkan jatuh dari tempat tinggi.
Katanya, kepatahan pada tulang belakang remaja berusia 13 tahun itu memerlukan impak kuat tetapi ia tidak disertai dengan kerosakan tisu lembut yang lazimnya wujud akibat hentakan berulang.
Hiu menerangkan yang Zara jatuh dengan kaki dahulu, dengan daya hentakan bergerak ke atas tubuhnya sebelum kepalanya terhentak ke tanah.
Ketika sesi soal jawab, seorang wakil daripada Persatuan Undang-Undang Sabah membantah apa yang disifatkannya sebagai soalan berbentuk memimpin daripada Ahzhier.
Dia berhujah yang prosiding inkues bersifat penyiasatan (inquisitorial), bukannya pertentangan (adversarial).
Amir kemudian membenarkan sesi soal jawab diteruskan, dengan menegaskan tujuan inkues adalah untuk menentukan punca kematian.
Hiu turut berkata tiada tanda menunjukkan Zara diseret, dengan menekankan ketiadaan kesan calar atau lelasan yang biasanya menunjukkan tubuh ditarik ke lokasi dia ditemui.
Peguam ibu Zara, Rizwandean M Borhan juga menyoal Hiu dengan memberi tumpuan kepada senario hipotesis tentang bagaimana remaja itu mungkin melepasi palang – sama ada dengan duduk, berlari, atau berdiri di atasnya.
Hiu berkata dia tidak dapat mensimulasikan situasi sedemikian secara sepenuhnya dan menjelaskan jawapan lebih jelas hanya akan diperoleh semasa lawatan ke lokasi kejadian yang dijadualkan pada 11 Sept ini.
SILA PERHATIKAN
PEGUAM SAKSI
SENGAJA
ALIH SOALAN
UNTUK BUKTI
ZARA TIDAK
DIPUKUL
JENG JENG JENG
INI PEGUAM SAKSI
UNTUK SIAPA?
JENG JENG JENG
KHALAS
TENTERA MESIR JORDAN & TURKI WAJIB REMPUH MASUK
Sejuta penduduk Gaza akan hilang tempat tinggal dalam serangan terbaru Israel
BAITULMAQDIS: Israel menjangkakan serangan besar-besaran yang bakal dilancarkan ke atas Gaza akan menyebabkan kira-kira sejuta penduduk Palestin hilang tempat tinggal, kata seorang pegawai kanan tentera.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika laporan daripada pasukan pertahanan awam Gaza menyebut puluhan orang awam terbunuh di seluruh wilayah tersebut akibat serangan berterusan tentera Israel.
Seorang pegawai kanan dari COGAT, sebuah badan Kementerian Pertahanan Israel yang menyelia hal ehwal awam di wilayah Palestin, berkata, kira-kira 70,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan utara Gaza sejak kebelakangan ini.
Bercakap kepada wartawan dengan syarat tidak dinamakan, pegawai itu berkata, pihak berkuasa Israel menjangka 'sejuta orang' akan melarikan diri ke selatan, tanpa memberikan jangka masa yang spesifik.
Kebanyakan daripada lebih dua juta penduduk Gaza sudah kehilangan tempat tinggal sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh perang yang hampir dua tahun sejak 2023.
Israel terus memperhebat operasi termasuk memanggil puluhan ribu askar simpanan untuk memperkukuh kekuatan ketenteraannya menjelang serangan besar ke atas Bandar Gaza, selepas hampir dua tahun peperangan.
Walaupun tekanan antarabangsa supaya perang dihentikan semakin meningkat, Israel meneruskan operasi ketenteraan bagi menguasai bandar terbesar di Semenanjung Gaza itu.
Pegawai COGAT berkata, kawasan kemanusiaan yang dirancang akan ditubuhkan, bermula dari kem pelarian di tengah Gaza ke kawasan selatan Al-Mawasi dan ke arah timur Semenanjung itu.
Israel sudah menetapkan kawasan pantai Al-Mawasi sebagai zon kemanusiaan pada awal perang, namun tenteranya berulang kali menyerang kawasan itu.
Pada pertengahan Ogos, jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB Thameen al-Kheetan berkata rakyat Palestin di Al-Mawasi berdepan akses sangat terhad kepada perkhidmatan dan bekalan penting, termasuk makanan, air, elektrik dan khemah.
Serangan Hamas pada 2023 yang mencetuskan perang mengakibatkan kematian 1,219 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.
Serangan balas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 63,746 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, menurut angka dari kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB.
Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan di sini, bagi menggesa gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan selepas hampir dua tahun perang.
Keluarga tebusan yang ditahan di Gaza dan kumpulan anti-perang Israel menggesa protes tiga hari di Baitulmaqdis, yang memuncak pada Jumaat lalu.
Anat Angrest, ibu kepada anggota tentera Matan Angrest, yang ditahan di Gaza, merayu kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada sidang akhbar.
"Saya menunggu 700 hari untuk anda mengeluarkan anak saya dari tahanan, dan ia berada di tangan anda. Dengan satu keputusan oleh pihak anda, saya boleh berjumpa Matan (anak) lagi esok, " katanya.
Wanita itu berkata, Natenyahu memilih untuk terus mengorbankan tebusan berbanding merebut perjanjian di atas meja untuk mencapai perjanjian yang komprehensif.
Daripada 251 tebusan yang dirampas semasa serangan Hamas, 47 masih berada di Gaza, termasuk 25 yang dikatakan telah meninggal dunia oleh tentera Israel. - AFP
NEGARA ARAB
NEGARA ISLAM
HANYA BERUPAYA
MELIHAT DAN
GARU TELOR
AMIN
JIKA ASKAR
MESIR JORDAN
DAN TURKI
REMPUH MASUK
SATU DUNIA AKAN
SOKONG
KHALAS
MINAH SEMBAB JANGAN BODOHKAN RAKYAT
MINAH SEMBAB
100 RINGGIT
JANGAN
BODOHKAN
RAKYAT
KHALAS
Unknown commented on
"UNDANG UNDANG
SUSAHKAN RAKYAT"
ada undang undang menjadi sia sia di sebabkan manusia di antaranya ahli politik yang bertaraf adun atau MP ( legislatif/lawmaker) tapi sukar misi pencerahan,.. tapi ada current solusinya iaitu turunkan dulu madafaka kah kah kah jgn marah!!
Unknown commented on
"UNDANG UNDANG
SUSAHKAN RAKYAT"
memang sama indonesia dan malaysia iaitu Sia Sia , kat mesia sia sia ada akta akta rimba & obsolete kah kah kah turun sampai sia sia turun?!
SAPA TOWKAY KEDAI JUDI INI ?
KEDAI JUDI HARAM
DI BUKIT BINTANG
INI TOWKAYNYA
WARGA SWEDEN
ATAU CHINA ?
AMIN
WAJIB DIJELASKAN
KHALAS
GEROMBOLAN UMNO IALAH UDAK SURUHAN INGGERIS
GEROMBOLAN
UMNO IALAH
BUDAK SURUHAN
INGGERIS
AMIN
Unknown commented on
"JILAT TENGKOK
YUSOFF RAWTHER"
British penjajah dikenali sudah diketahui peranan penjajah, mengaut segala hasil bumi di bawa balik ke London, untuk majukan ekonomi mereka semuanya lipatan sejarah diketahui sudah diterima, manakala penjajah tempatan lahir daripada menyokong penjajah dulu akhir sekali membuat sama, mengaut segala untuk diri keluarga kaum kerabat sanak saudara kroni kemudian berlakon hebat menjadi pejuang bangsa agama ketuanan sendiri amin kah kah kah
BARISAN BERSATU - KENALI MUSH UTAMA
UNITED FRONT
KENALI
MUSUH UTAMA
KHALAS
Unknown commented on
"APA KATA ISHAM JALIL"
Orang macam ini ada pemikiran berpilih pilih, sama macam TT, kawan dia walaupun jahat sekalipun dia tetap pertahan, kalau lawan dia pasti tibai hari-hari, inilah perangai terunggul orang asal usul, pendendam hasad dengki, walau apapun kebaikan akan dilihat sebagai kejahatan, semuanya topeng muka tebal, kah kah kah
tiada pemikiran tuntas menyeluruh cuma ambil kesempatan mencari peluang tibai tibai tibai kah kah kah, jadi kadangkala terfikir juga pemimpin diktator macam Mahathir Mohamad itu perlu ada, sumbat semua sekali pakai Kamunting kah kah kah aman damai seketika terus, tak ada siapa berani kah kah kah jangan jadi hipokrit sangat kerana tidak suka seseorang itu, kah kah kah
PETANG INI
PETANG INI
JAM 3.30 PETANG
DARI BALKONI LE CHATEAU
KELIHATAN AWAN MENDUNG
RINTIK RINTIK TURUN
BUNYI GURUH JAUH KEDENGARN
DI TEMAT GUA MENULIS
TAK TAK DAN EZI
GELISAH
BUNYI GURUH MENAKUTKAN MEREKA
EZI DUDUK BAWAH MEJA TULIS GUA
HUJAN PASTI TURUN
MALAM INI SEJUK SANTI
AMIN
HANGAT HANGAT TAHIK AYAM ?
APA JADI
DENGAN
NIAT FARHASH
NAK SAMAN
RAFIZI?
HOT HOT
CHICKEN SHIT
KAH KAH KAH
KHALAS
GEMPA BUMI KE 8
Gempa bumi lemah melanda Sri Medan, Batu Pahat pula
BATU PAHAT – Gempa bumi lemah terbaharu direkodkan di Sri Medan, Parit Sulong, di sini, petang tadi menjadikannya gegaran kelapan sejak kejadian pertama di Segamat pada 24 Ogos lalu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memaklumkan, gegaran lemah bermagnitud 2.9 itu berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 1.95 darjah utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi tersebut,” menurut MetMalaysia.
Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8.
Sementara itu, gegaran bermagnitud 3.0 berlaku di Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 petang Ahad lalu, menurut mesej pemberitahuan Google.-
APAKAH INI
BEMAKNA ADA
BUMI RETAK ?
AMIN
ATAU ADA
LALUAN YANG
BERIBU TAHUN
MATI KINI RETAK
HIDUP KEMBALI?
AMIN
KITA TAK JAUH
DARI KARAKATOA
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)









