Sabtu, 18 Oktober 2025

SEMUA KENA KENCING


SEMUA KENA

KENCING

KAH KAH KAH

KHALAS

ZIONIS ISRAEL SERANG LEBANON



ZIONIS ISRAEL

SERANG LEBANON

AMIN

PANDANGAN BAIK PEMIMPIN NEGARA


PANDANGAN BAIK

PEMIMPIN NEGARA

AMIN

JAGUH KITA TERBONGGENG


JAGUH KAMPONG

TERBONGGENG

DI MATA DUNIA

KAH KAH KAH

KHALAS

MADAFAKA MENGIKUT PANDANGAN RAFIZI


Anwar begitu fokus menang penggal kedua tanpa kira harga perlu dibayar – Rafizi


KUALA LUMPUR –  Rafizi Ramli mendedahkan Anwar Ibrahim begitu fokus untuk menang bagi penggal kedua, tanpa mengira apa pun harga yang perlu dibayar.

Katanya, bagi Anwar yang juga Presiden PKR, menjaga hati UMNO; DAP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan pihak-pihak berkepentingan lain adalah lebih penting dari segala-galanya.

Sedangkan, kata Rafizi, beliau berpandangan sebaliknya dan di situlah bermulanya keluhan Anwar terhadap beliau.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR diberi peluang menjadi kerajaan untuk menzahirkan perubahan-perubahan.

Perubahan itu, katanya, bukan sahaja berkaitan struktur dalam aspek pentadbiran ekonomi dan sosial yang menyeluruh, tetapi membawa budaya politik yang bersih dan telus, seperti yang digagaskan dalam agenda reformasi yang dilaungkan puluhan tahun lamanya.

“Keutamaan dan kesetiaan bukan kepada batang tubuh, tetapi kepada wawasan yang kita bawa.

“Lagi pun soal kesetiaan ini tidak sepatutnya timbul langsung.

“Tidak cukupkah puluhan tahun, dari usia muda, yang kami abadikan berjuang untuk PKR dan beliau, yang banyaknya beliau berada di dalam penjara?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Penjelasan Rafizi itu bagi menjawab ulasan pemerhati politik, Liyana Marzuki yang antara lain menggambarkan seolah-olah Rafizi bercita-cita menjadi Perdana Menteri sehingga tidak setia dan dilihat menentang Anwar.

Menyangkal dakwaan Liyana, Rafizi berkata, sekiranya beliau tidak setia kepada Anwar dan mahukan jawatan politik, adalah lebih mudah baginya mencium tangan  Dr. Mahathir Mohamad semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) 1.0.

Ujarnya, perkara itu sama seperti dibuat oleh ramai pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang lain pada ketika itu.

Atau tambahnya, beliau juga boleh bergabung dengan bekas Timbalan Presiden PKR,  Mohamed Azmin Ali untuk mencabar Anwar selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

“Malah, keputusan-keputusan yang merintis kepada bebasnya beliau dari penjara dalam tahun 2018, diberi pengampunan diraja dan ada peluang kembali untuk menjadi Perdana Menteri, banyaknya dirintis oleh kami, sedangkan Anwar (semasa di dalam penjara) tidak bersetuju pun dengan penubuhan PH.

“Pada ketika itu, beliau tetap percaya PKR tidak akan menang PRU tanpa Pas.

“Namun, kami teruskan juga kerana kami yakin itu satu-satunya jalan untuk menewaskan BN dalam PRU 2018 yang membuka jalan untuk beliau keluar penjara,” katanya.

Tambah Rafizi, soal tidak setia kepada Anwar hanya ditimbulkan secara tiba-tiba kerana beliau berpandangan PKR mesti lebih berani membuat perubahan walaupun rakan dalam kerajaan dan pihak berkepentingan lain kurang selesa.

“Itu harapan rakyat kepada kita,” katanya. – 

TAHNIAH RAFIZI

SAH PEMIMPIN

BESAR NEGARA

KAH KAH KAH

BARU 

SEDAR SAPA

MADAFAKA

KAH KAH KAH

BERSAMA RAFIZI

RAKYAT  BANGUN

TOLAK

MADAFAKA

KHALAS

TUJUH JAHANAM !!!




‘Tak ada bukti’ - Peguam persoal sekali lagi kemahiran BM pemain warisan

Peguam, Eric Paulsen meluahkan rasa kesal berhubung tiadanya bukti yang menunjukkan tujuh pemain warisan warisan dalam skuad bola sepak kebangsaan benar-benar fasih dalam Bahasa Malaysia, dan sekali lagi menggesa agar kerajaan memberi penjelasan.

Paulsen berkata walaupun kerajaan berulang kali menyatakan proses pemberian kewarganegaraan melibatkan tahap penelitian yang tinggi, perkara sebaliknya dilihat berlaku dalam kes pemain kelahiran luar negara itu.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL) itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail tampil dengan bukti mengenai jenis penilaian yang dilakukan ke atas mereka sebelum mereka diberi status warganegara Malaysia.

“Keperluan bahasa di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan adalah lebih tinggi berbanding keperluan ‘pengetahuan asas bahasa Melayu’ di bawah Perkara 16 dan ‘pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu’ di bawah Perkara 16A.

“Jelas terdapat tahap standard yang berbeza, dengan ‘pengetahuan asas bahasa Melayu’ di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan merupakan yang paling ketat. Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 menjelaskan maksud ‘asas’ dan ‘mencukupi’ dalam konteks pengetahuan bahasa Melayu.

“Di bawah Peraturan 8, pengetahuan mencukupi bermaksud seseorang itu mampu bertutur dengan kemahiran yang munasabah, dan kecuali dihalang oleh buta atau kecacatan fizikal, boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi atau Rumi,” katanya kepada Malaysiakini.

Eric Paulsen

Menurutnya, pelaksanaan objektif keperluan bahasa di bawah Perkara 19 memerlukan pemohon asing bukan sahaja mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik, tetapi juga boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu.

Dia berkata tahap syarat bahasa yang lebih tinggi ini adalah logik kerana ia terpakai kepada warga asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan Malaysia.

Standard yang sama juga diamalkan di banyak negara lain, di mana pemohon diwajibkan menguasai bahasa rasmi sebelum diberikan kewarganegaraan.

Bagaimana dengan minoriti lain?

Paulsen, yang pernah menjadi wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), berkata kini terdapat ribuan individu tanpa kerakyatan — termasuk Orang Asli serta generasi lebih tua dalam kalangan etnik Cina, India dan lain-lain — yang lahir dan menetap sepanjang hayat mereka di Malaysia.

Dia berkata golongan ini telah “dipaksa secara salah” oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memohon kewarganegaraan melalui naturalisasi di bawah Perkara 19, sedangkan mereka sepatutnya sudah lama layak mendapat kewarganegaraan di bawah peruntukan lain yang lebih sesuai dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Menteri Dalam Negeri mesti menjawab dengan jelas dan telus, tanpa putar belit. Bagaimana tujuh pemain itu lulus syarat ‘pengetahuan asas bahasa Melayu’ di bawah Perkara 19? Atau adakah dia turut mengecualikan syarat itu?

“Benar bahawa ada negara yang membenarkan naturalisasi kepada individu berbakat besar, dengan pencapaian luar biasa atau yang boleh menyumbang kepada negara. Namun itu bukanlah undang-undang kewarganegaraan di Malaysia.

“Isu ini melangkaui alasan ‘tidak salah memberi kewarganegaraan kepada atlet demi kepentingan negara’.

“Skandal ini menunjukkan kerajaan tidak menghormati batas yang ditetapkan oleh Perlembagaan, dan tidak akur kepada undang-undang. Mereka bertindak sewenang-wenangnya tanpa menghormati prinsip kedaulatan undang-undang — dan itu hanya akan membawa kepada lebih banyak penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu, Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia telah menggunakan kuasa pengecualian yang dinyatakan dalam Perlembagaan untuk mempertimbang tujuh pemain warisan itu sebagai layak diberi kewarganegaraan.

Dia menegaskan kesemua tujuh pemain telah memenuhi syarat undang-undang untuk diberi taraf kewarganegaraan melalui naturalisasi, termasuk pengetahuan dalam Bahasa Malaysia.

Katanya, pemain-pemain tersebut menunjukkan tahap kemahiran yang mencukupi dalam bahasa kebangsaan berdasarkan ujian asas yang dijalankan oleh JPN.

MP perlu bersuara

Paulsen turut menggesa para anggota Parlimen untuk mempersoalkan apa yang dilihat sebagai percanggahan itu, dan tidak hanya menjaga kedudukan masing-masing di Dewan Rakyat.

“Adakah berbaloi mengorbankan prinsip dan idealisme hanya untuk duduk semeja dengan pihak berkuasa?

“Kesetiaan dan taat setia sebenar anda sebagai anggota Parlimen adalah kepada Malaysia, bukan kepada kerajaan semasa,” katanya lagi.

‘Kad merah’ untuk pemain, FAM

Pada 26 September lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengenakan tindakan disiplin terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain tersebut atas pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib Fifa berkaitan pemalsuan dokumen.

Fifa berkata FAM telah menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain-pemain itu untuk beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.

Fifa turut mengenakan denda sebanyak 350,000 franc Swiss (RM1.9 juta) ke atas FAM, manakala setiap tujuh pemain dikenakan denda 2,000 franc Swiss (RM10,500) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Fifa turut mendedahkan bahawa pihaknya memperoleh dokumen asal datuk dan nenek pemain yang didakwa “lahir di Malaysia”, yang ternyata bercanggah dengan dokumen yang dihantar oleh pihak Malaysia.

Sebagai respons terhadap pendedahan Fifa, FAM menegaskan tiada sebarang dokumen telah dipalsukan dan mendakwa Fifa tidak mengemukakan sebarang bukti konkrit bagi menyokong tuduhan tersebut.

FAM turut berkata pihaknya terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Akta Pasport, yang menghalangnya daripada mendedahkan bukti.

Dalam sidang media semalam, FAM memaklumkan bahawa ia akan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat kes melibatkan tujuh pemain itu.

Naib presiden FAM, S Sivasundaram turut mengesahkan setiausaha agung, Noor Azman Rahman telah digantung tugas serta-merta

BAGAIMANA

DENGAN RIBUAN

WATAN SABAH

YANG TAK DAPAT

JADI RAKYAT?

AMIN

BERAPA RAMAI

WARGA

 CHINA MERAH

DAH JADI WARGA

MALAYSIA?

AMIN

TANAH MELAYU

DALAM BAHAYA

KHALAS